Jumaat, 11 Mei 2012

6 Antara loji gas, nadir bumi dan nuklear

Sebuah loji memproses gas petronas di Kerteh, Dungun, Kemaman telah meletup dan terbakar sehingga menyebabkan 23 pekerja cedera di mana 9 daripadanya cedera parah kerana melecur teruk manakala seorang pekerjanya terkorban dan seorang lagi hilang. Takziah buat semua mangsa yang terlibat. Sumber Kosmo.




Kemalangan memang boleh berlaku kat mana2. Tapi manusia sebenarnya boleh mengelakkan kemalangan2 ni sekiranya mengikuti aspek keselamatan, mematuhi peraturan dan prosedur (SOP) yg telah ditetapkan, mengambil langkah pencegahan dan sentiasa membuat penyelenggaraan berkala mengikut waktu yg telah ditetapkan.


Sama juga seperti kemalangan jalanraya, jika semua org mematuhi peraturan jalanraya, tak langgar lampu isyarat dan kenderaan dipastikan dlm keadaan yg baik dgn membuat maintenance mengikut jadual, pasti kemalangan jalanraya dapat dielakkan. Kecuali kemalangan yang disebabkan bencana alam memang tidak dapat dielak.


Sebab tu dalam post aku yg sebelum ini, tak kisahlah kalau kerajaan, PM, menteri besar, menteri kecil, professor falsampah, para cendekiawan, saintis, ahli geologi, ahli arkeologi, ustaz, engineer, doktor, ahli pakar perlembagaan, peguam, programmer, guru sekolah, blogger, penganggur, polis, demonstran, mahasiswa hatta sesiapa pun boleh bagi jaminan bahawa kilang/loji memproses nadir bumi (rare earth) Lynas tu selamat, sisa buangan boleh diurus dengan baik, aku tetap FUCK LYNAS. Kenapa? Baca sendiri kat post tu aku maleh nak ulas balik panjang2.


Jangan kata Lynas, lagi nak cadang buat reaktor nuklear kat Malaysia menjelang 2021? Dari sumber MStar dan Wiki. Loji gas pun boleh meletup, kau nak cerita pasal loji nuklear? Aku tanya berapa banyak dah berlaku kes2 kebakaran dan letupan kat loji2 Petronas sebelum ni? Cuba Google sikit? Kat Jepun tu sebab gempa bumi je loji nuklear dia meletup, tapi mana ada kes2 meletup disebabkan manusia.




Selagi orang Malaysia tak ubah mindset dan cara bekerja seperti 1st world country, jangan harap la nak bangunkan teknologi2 yg berisiko tinggi. Sebab Malaysia ni suka sangat mengikut2 benda yg negara lain buat, syok sendiri dan kemudian 'MALAYSIA BOLEH!'. Sama seperti satu ketika dulu, Program Angkasawan Negara... akan aku cerita kemudian dalam entry yg lain.


tags: loji proses gas petronas meletup terbakar dungun kerteh kemaman kompleks A mangsa cedera parah maut melecur teruk hilang rosli mansor hospital dungun hospital sultanah zahirah kuala terengganu sheikh azlan kilang lynas reaktor nuklear

6 ulasan:

  1. Takziah buat keluarga yang terkorban..hrap tabah menghadapi dugaan-Nya

    BalasPadam
  2. "Kat Jepun tu sebab gempa bumi je loji nuklear dia meletup, tapi mana ada kes2 meletup disebabkan manusia."
    aku rasa hang 'Prince of Noob' bersikap tak adil dalam buat perbandingan. memandangkan hang selalu dilambakan dengan berita2 di malaysia dan juga berita2 dunia didalam bahasa melayu dan bahasa inggeris, pernahkah kamu ambil masa yang lama untuk mengikuti perkembangan buruk di jepun, sama ada dalam media bahasa inggeris atau bahasa jepun? aku rasa mesti ada satu atau dua kes yang pernah berlaku akibat kecuaian manusia di sektor2 yg kritikal.


    apa-apa hal pun, aku setuju dengan kerisauan hang tentang lynas & loji nuklear. rasuah boleh membawa ke arah kurangnya kualiti dalam pembinaan.
    oh ya lagi satu, mohon para manusia sentiasa ikut SOP dan langkah2 keselamatan.

    BalasPadam
  3. Sumber berita yang dia kutip pun semua dr bahasa melayu dengan enggeris jer. Sebab tu dia tulis pusing-pusing ke situ jer. cuba baca sikit sejarah jepun sana tu, memang takde ke disebabkan kecuaian manusia. Aparaaaahh punya pemikiran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang la ada bai... kat mana2 ada kemalangan kerana kecuaian manusia, tapi bilangan kat jepun tu kurang la berbanding kat malaysia. reaktor nuklear kat US dan Jepun tu org maintain gila2 pun still ada minor accident... kita baru loji gas bai...

      tgk je la kemalangan jalanraya. kita no. 20 bai ranking dunia. lu boleh tgk kat sini http://www.worldlifeexpectancy.com/cause-of-death/road-traffic-accidents/by-country/. lu cuba tgk negara2 maju lain dok no. berapa? indonesia pun no. 54 bai...

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.