Isnin, 9 Mac 2015

37 Lepasan SPM perlu elak 10 jurusan tak berguna ini?

Terdapat sebuah artikel dari blog media TheVocket yang bertajuk "Lepasan SPM Mohon Elakkan 10 Jurusan Tidak Berguna Ketika Musim Gawat Ini" yang mana agak ramai orang kongsikan di media sosial lantas mengundang kemarahan di kalangan warga maya. Ini kerana 10 jurusan tersebut bukan sahaja dilabelkan sebagai tidak berguna, malah data statistik yang digunakan juga bukan data yang diambil berdasarkan negara Malaysia tapi US.


Jurusan yang dilabelkan tidak berguna mengikut data US adalah seperti di bawah, dan aku akan bagitau kenapa ia tidaklah tidak berguna seperti yang ditulis setelah disesuaikan mengikut persekitaran di Malaysia.

10. Jurusan Keadilan Jenayah dan Perlindungan Kebakaran

Pertama sekali, kursus ini bukannya tidak berguna, tapi tidak wujud pun di universiti2 di Malaysia. Yang paling hampir mungkin adalah Jurusan Undang-Undang bagi Jurusan Keadilan Jenayah, manakala Jurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan pula lebih hampir kepada Jurusan Perlindungan Kebakaran. Dan kedua2 jurusan ini, memang banyak jenis pekerjaan yang boleh diceburi seperti peguam, pegawai keselamatan dan kesihatan, polis, bomba dan lain2 yang berkaitan.


9. Jurusan Sains Komputer

Jurusan ini memang terlalu ramai orang yang mengambilnya, baik peringkat Sarjana Muda di universiti awam, swasta, mahupun peringkat yang lebih rendah seperti Diploma di kolej2 dan politeknik2, dan ia adalah salah satu kerjaya yang agak demanding juga, kerana kebanyakan jabatan dan syarikat pasti wujud IT Department untuk support proses kerja mereka.

Walaupun kadangkala kerja di bidang IT ni agak sucks, tapi ia bukanlah tidak berguna malah sangat berguna, cuma bergantung kepada macam mana anda bersaing dengan lambakan graduan2 lain untuk mendapatkan tempat dalam sektor pekerjaan.

Btw, sebelum ambil jurusan Sains Komputer, sila baca dulu artikel "10 Sebab kenapa aku menyesal belajar Sains Komputer".


8. Jurusan Komunikasi dan Media Massa

Siapa kata jurusan ini yang juga lebih popular dengan nama mass comm. ini tidak berguna? Habis tu yang berlambak2 bekerja di syarikat penyiaran, penerbitan dan media massa itu siapa kalau bukan graduan dari jurusan Komunikasi dan Media Massa?

Malah jurusan ini skop kerjayanya lebih besar, kerana mereka boleh jadi wartawan, jurnalis, pembaca berita, editor, penerbit, artis, penulis skrip, pegawai perhubungan awam, produser, MC, DJ, VJ dan macam2 lagi, plus dengan industri hiburan dan media ini memang kegilaan masyarakat Malaysia, ia masih lagi jurusan yang berguna walau ketika musim gawat.


7. Jurusan Kejuruteraan Kimia

Walaupun Jurusan Kejuruteraan Kimia ini job demandingnya tidak banyak, kerana fokus kerjaya mereka lebih kepada Jurutera yang melibatkan bahan kimia, namun masih banyak industri besar yang memerlukan para graduan Jurusan ini seperti industri oil and gas, perkilangan, pembuatan dan lain2 lagi.

Paling teruk pun kalau tiada kerja juga, mereka masih boleh menjadi pensyarah atau menyambung kursus KPLI seterusnya menjadi cikgu matapelajaran Kimia dan Sains di sekolah menengah.


6. Jurusan Kejuruteraan Awam

Dalam banyak2 cabang Kejuruteraan, bagi aku Kejuruteraan Awam antara yang paling banyak demanding selepas Elektrik/Elektronik. Ini kerana selagi ada pembangunan infrastruktur di Malaysia ini, tidak kiralah pembangunan rumah, bangunan pejabat kerajaan/swasta, jambatan, jalanraya, lebuhraya, sekolah dan lain2 lagi, selagi itu Jurutera Awam ini diperlukan dan kekal relevan.

Malah kalau tak dapat kerja pun, mereka boleh tubuhkan syarikat kontraktor sendiri dan ambil kerja buat pengubahsuaian rumah, bangunan, jalan dan lain2. So aku tak pasti tang mana yang tidak berguna tu.


5. Jurusan Kerja Sosial/Kebajikan/Kemasyarakatan

Di Malaysia ada jurusan Sains Sosial, Sains Kemasyarakatan dan Sains Kemanusiaan. Aku pun kurang pasti apa prospek kerajaya bagi graduan2 jurusan ini, namun ia menjurus kepada pekerjaan yang melibatkan manusia, persekitaran dan masyarakat seperti pegawai tadbir, penyelidik sosial, ahli akademik, guru, ahli geografi, sejarahwan, pustakawan, pemikir, jurnalis dan lain2 kerja dalam bidang pentadbiran serta aktiviti kemasyarakatan. 


4. Jurusan Seni Komersil dan Rekabentuk Grafik

Masalah yang dihadapi oleh graduan rekabentuk seni grafik ini lebih kurang sama dengan graduan sains komputer, so boleh baca pula "10 Sebab Kenapa Aku Menyesal Belajar Graphic Design". Market banyak, tapi persaingan dia sangat tough. Korang boleh bekerja dalam apa jua cabang seni grafik, multimedia, animasi, audio visual, syarikat advertising dan macam2 lagi, dan kalau korang bijak lagi, korang boleh buka sendiri syarikat grafik anda sendiri, so jurusan ini sebenarnya agak berguna walau di waktu gawat.


3. Jurusan Komputer dan Sistem Informasi

Jurusan Komputer dan Sistem Informasi (IT) ini lebih kurang sama dengan Jurusan Sains Komputer, so pointnya sama sahaja seperti di atas. Cuma aku nak tambah, jurusan ICT nampak je macam kecik tapi sebenarnya banyak cabang, antaranya Pembangunan Sistem, Rangkaian, Kejuruteraan Perisian, Keselamatan ICT, Pengurusan Pusat Data, Pangkalan Data, Pentadbiran Sistem dan lain2, dan siapa yang menguasai lebih dari satu cabang maka sebenarnya peluang kerjaya mereka lebih cerah.


2. Jurusan Pemasaran dan Kajian Pasaran

Di Malaysia, jurusan yang serupa ditawarkan adalah Jurusan Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran). Dan sekali lagi aku cakap, graduan dalam business, sales dan marketing ni sebenarnya masih laku dan banyak ruang kerjaya. Ini kerana boleh dikatakan semua syarikat terutama syarikat2 yang besar memerlukan orang untuk membuat kerja2 sales dan marketing produk dan perniagaannya, dan itulah tugas bagi graduan jurusan ini.

Malah mereka juga boleh masuk dalam jawatan pegawai akaun, ekonomi, logistik dan lain2 yang berkaitan pentadbiran perniagaan. Dan kalau susah sangat nak dapat kerja, mereka adalah orang yang paling mudah untuk membuka perniagaan sendiri kerana sudah belajar segala benda mengenai perniagaan.


1. Jurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Perjawatan

Ini bagi aku paling mengarut. Jurusan Sumber Manusia ini langsung bukan tidak berguna, malah sangat berguna dan masih relevan. Ini kerana boleh dikatakan semua syarikat tak kira dalam industri dan sektor apa sekalipun, pasti ada Bahagian Sumber Manusia yang perlu menguruskan hal2 ehwal berkaitan organisasi syarikat serta pekerja, malah Pegawai Sumber Manusia adalah orang yang paling penting dalam sesebuah pentadbiran syarikat.

Merekalah yang akan menentukan berapa ramai pekerja yang boleh diambil, jawatan apa yang perlu diambil dan sebagainya. So hatta anda seorang doktor, atau jurutera, atau system analyst, atau operator kilang, atau apa2 sahaja, pegawai sumber manusialah yang menguruskan anda.


Akhir kata, there is no such thing as useless course. Semua jurusan sebenarnya adalah berguna, kerana ia ada tempat dan prospek kerjaya masing2. Malah yang menentukan suatu kursus itu berguna atau tidak bukan kursus itu sendiri, tapi orang yang belajar dalam jurusan tersebut.

Jika anda memang minat terhadap kursus tersebut lantas belajar bersungguh dan mendapat keputusan yang sangat cemerlang, pasti jurusan itu amat berguna untuk diri anda, tapi jika anda menamatkan pengajian dengan kepujian kelas ketiga atau gagal mendapat kepujian (CGPA bawah 2.0), maka sudah tentu sebagus mana jurusan itu, ia akan menjadi tidak berguna buat anda.

Sambil-sambil tu tonton video tentang Kerja Tidak Bermaruah ini:



Baca juga artikel-artikel lain berkaitan kerjaya:


tags: lepasan spm mohon elakkan 10 jurusan tidak berguna kursus major minor degree sarjana muda universiti awam swasta ipta ipt ipts keputusan peperiksaan cgpa gpa cemerlang gagal kepujian

37 ulasan:

  1. Pasangkan niat belajar kerana Allah, insyaAllah semua ilmu yang kita belajar akan jadi berguna.

    Setidak-tidaknya, kita dapat pahala.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    2. Noob. Aku xnk blog kesayangan aku ada benda haroomm...

      Padam
    3. Menatang nomor ghoib ni dah berjangkit kat blog ni pulak dah..

      Padam
    4. Setuju. Dengan niat dan matlamat yang betul ditambah dengan usaha dan secubit sokongan dari kawan serta keluarga...


      Pasti boleh..

      BERJAYA !

      Padam
  2. HR tu sgtlah mengarut. setuju dgn buasir otak. HR sgt2 diperlukan

    BalasPadam
  3. aahhaha.. tengah tunggu nak sambung degree yg tak tersambung2 lagi.. baca pulak entry nih :3

    hurmmm.. XDD

    BalasPadam
  4. Semangat betoi hang noob, ya.. apa jurusan pun, tgk siapa yg amik, CGPA yg kita nak kena score dan cara memasarkan diri di pasaran kerja yg bersesuaian.

    Pasaran kerja bukan kerajaan biasanya lihat kekuatan individu terhadap kerja yg dipohon. Asal jurusan ada bau2 bacang dengan jawatan dipohon, boleh pulun sediakan diri dgn pengalaman dan sahsiah diri utk berjaya dalam temuduga.

    Melalui pengalaman saya, negara kita masih belum lagi memperincikan keperluan2 dan kebolehan2 spesifik tahap tinggi hinggakan menutup peluang graduate yg ada. Jika ada, masih ianya dianggap satu kelebihan. Contoh, nak kerja IT, nak kena ada MCSE bagai.. CCNA bagai.. Mungkin 10 tahun lagi, peluang calon kian mengecil dan semakin mencabar. Mcm kat US, HR Manager perlu ada CCNA-CCIE dan MCSE sebagai tambahan asas untuk tahu jaga data department sendiri daripada bocor.

    Apapun selamat berjaya dalam kerjaya masing2.

    BalasPadam
  5. Course Sains Politik..

    BalasPadam
  6. UNTUK ZAKAR YG KERAS, BESAR, PANJANG, TAHAN LAMA & POWER SILA LAYARI

    www.ProdukHubunganIntim.blogspot.com

    BalasPadam
  7. Saya kenal seorang trainer IT ni dari filipina. Dia ambil degree biologi. Lepas tu dia ambil sijil2 professional microsoft lalu menjadi IT trainer pulak. Tapi dia tak pernah kata degree dia itu tidak berguna. Setidak2nya, pengalaman mengambil degree tu mesti sikit sebanyak membantu beliau menjadi seperti apa yang dia di masa kini. Cuma tak nampak. Seolah nak kata, ada hikmah di sebalik kejadian.

    Kalau nak sangat berguna, saya mencari juga universiti di Malaysia ini yang menawarkan kursus dalam jurusan Rekabentuk Cupcake, Penganalisa Media Sosial, Seni Penulisan Blog, Seni Gambar Instaagram dan yang paling penting dan berguna, jurusan Api Syurga Meragut Lalang...

    BalasPadam
  8. Lepasan SPM yang bodo bukan sahaja perlu elak 10 jurusan ni. Mereka juga kena elak dr ambil sebarang jurusan degree kat mana2 universiti. Biar yg pandai je amik degree yg bodo buat sahaja yg sesuai dgn kelulusan. Skrg ni semua kerja utk org bodo dh kena ambil oleh PATI. Dengan pertambahan PATI ini juga kadar jenayah semakin meningkat.

    Kurang PATI kurang jenayah!

    Berlakulah adil di bumi ini. Adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Negara tidak perlukan PATI sumber manusia kita cukup untuk menggerakkan negara ini. Kita tak perlukan pati untuk cuci tandas di pasaraya, jadi buruh di kaw pembinaan, tombak buah sawit di ladang. Rakyat kita boleh buat semua itu, yang penting kurang pati kurang jenayah. Perjuangan KEDEPAN adalah memastikan 100k PATI dihantar pulang seterusnya membuka 100k peluang pekerjaan kepada rakyat.

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai. Adil buat semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hidup lagi ko ni (-_-)

      Padam
    2. Setiap org ada kelebihan dan kekurangan incik... jgn membodohkan org. Puihhhh...

      Padam
    3. kalau ko punya spm tu tinggi sgt, jgnla asyik nak merendahkan org...ke ko x puas hati sbb org bodo ni layg dapat pointer tinggi dr ko

      Padam
    4. Sesiapa yg bodoh awalnya boleh jadi pandai belakangnya,, samalah mcm ,, kita tak tau org yg hina akan matinya hina dan tak tau juga kalau org yang mulia akan matinya mulia.. cuma kena sentiasa beringat2 aldan berusaha.. anyone deserves 2nd chance ��

      Padam
  9. jurusan HR/sumber manusia tu gua setuju. bersepah. percayalah sbb gua pun mangsanya. huahuahua *nangis balik mesin fotostat.

    BalasPadam
  10. kursus yang terlalu hi tech juga perlu dielakkan..contohnya aeronautik atau automotif...

    BalasPadam
  11. Jurusan Kejuruteraan Papan Kekunci takde ke. Boleh apply kerja sebagai pahlawan papan kekunci.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus tu. Tapi aku rasa dah xde keje kosong kot. ramai dah keyboard warrior sekarang.

      Padam
  12. kalau macam tu blog vocket tu ada cadangan tak jurusan apa yg perlu di ambek?

    jurusan pernyanyian dan hiburan?

    pfft

    BalasPadam
  13. Org melayu kalau nak kaya jadi org politik dan jadi penyanyi. Takde degree pun boleh kaya.

    BalasPadam
  14. IPTS bersepah. Seme tawar kursus itu ini. Hasilnya ramai orang ada ijazah. Semua ada ijazah. Implikasinya korang fikir la sendiri, malas nak hurai lebih2 takut ada yang tersentuh lak.

    BalasPadam
  15. Mungkin apa noob katakan kpd yg bakal nak ambil course kat U nanti...bukan kpd kita yg dah graduate n katakan course yg termasuk dlm list course xleh pakai buat kita rasa menyesal...ada guna subjek yg kita ambil, tp byk antara kita x kira ambil engineering atau doktor sekalipun, kerjaya anda skrg jauh dr course anda ambik masa dulu...maybe buat sales, marketing, MLM atau jadi cikgu atau suri rumah sepenuh masa.

    Yg popular, jgn ambik course sains komputer..dah bersepah n gaji x sebesar mana berbanding kerje yg dibuat utk entry level. Ingat, rezeki berada di mana2, terpulang kpd kita nak ambil peluang dr kelebihan yg kita ada utk kerjaya yg berkaitan.

    BalasPadam
  16. Di zaman gawat jangan ambil.... zaman gawat berapa lama jer... dan belajar berapa lama.. by the time habis belajar, gawat pun dah takder... demand kerja akan pulih semula...

    BalasPadam
  17. yang no 10 tu memang tak pernah dengar

    follower #2905

    BalasPadam
  18. Tiada ilmu yang tidak berguna sebenarnya. Ilmu itu tetap berguna cuma masa dan keadaannya yang akan menentukan tahap kebergunaannya. Tapi, commonly, orang ukur berguna atau tak berguna ilmu tu ikut market value pasaran. Padahal, ilmu tu tetap bermanfaat terhadap umat manusia.

    BalasPadam
  19. Kalaulah malaysia boleh amik jurusan tukar-tukar, contoh macam ambil bachelor in biology, then second degree in computer science or mathematics, kan best. dapat ramai pakar2 bioinformatics ..

    BalasPadam
  20. Kalau lepas SPM nak amek jugak kursus seni grafik or fine grafik...ok tak??
    Pendapat please...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ambil je. Peluang kerja dan pendapatan tu banyak jalan, cuma bergantung pada rezeki dan nasib jugalah.

      Padam
  21. asalamualaikum admin and smua pmbaca,..nk mnta pendapat korang klau bacelor dlm bidang perladangan tu korg rasa oky x peluang pkerjaan skrg ..tutama utk wanita mcm aku,,err..mcm kat ukm..bacelor in bioteknologi tumbuhan..mnta pendapat semua..help meh..huhuu

    BalasPadam
  22. Adalagi program bidang jurusan yg agak berguna namun hakikat jarang2 ada peluang pekerjaan.. tetapi boleh juga diterima akal & Dan lumayan.

    Disini sy ada senarai jurusan pengajian yg mungkin ada dimalaysia & luar negara. Menurut rakan2 sy yg pangkat brader2 & otai pernah tinggal diluar negara..

    1.ijazah bidang kajian kunci Dan mangga
    Prospek kerjaya ( pakar kunci mekatronik/ pencipta kunci elekrtonik/ pencipta kunci & mangga berdefinisi tinggi

    2. Ijazah / PhD bidang gosok baju (ustaz Aku cerita bidang ni ada Di jepun) prospek kerjaya : pakar gosok lining pakaian, Teknik menghasilkan lining 3D,4D, PAKAR cipta iron baju teknologi solar & hijau.

    IJAZAH ESaNOLOGI/ kajian air laut: prospek kerjaya : pakar air laut, pakar maritime, hidupan laut, pakar pembenihan haiwan aquatic.

    IJaZAH kedoktoran gastronomy prospek kerjaya : R&D CHEF, pakar makanan nutrisi, pencipta food addative & food chemical.

    IJaZAH bidang toilet (prospek kerjaya : pakar buat toilet bowl, pakar rekabentuk toilet TERKINI mmbuat design tertentu

    IJaZAH in sperm modified : pakar genetic manusia, haiwan & tumbuhan. Boleh merosakkan & Dan memulihkan atau merubah kehendak.

    Sekian perkongsian..

    BalasPadam
  23. Saya tengah fikir untuk ambil course bussiness administration agaknya demand ok tak? Lagi satu, kalau ambil course lain untuk degree boleh tak? Cth : Diploma in hotel management pergi Bussiness Admin...Sekarang dah grad dan kerja tapi fikir untuk study balik sebab sekarang sangat kompetitif , semua benda pun nak degree...

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh je nak sambung degree course lain pun, janji masih ada semangat untuk belajar. bab kerja tu rezeki, ada degree nanti mungkin membantu tapi mungkin juga tak membantu sangat.

      Padam
  24. ambilla apa pun jurusan..kalau kite rajin dan kmited dan nak selalu memperbaiki diri...akan pasti berguna dan berjaya...btw..kalau ade adik2 yg nak sedikit tips dn advice dri sis..sis megjr private college-bolehla emel ke vivadivasue@yahoo.com ..jus nak pesan..better pilih course yg bole jamin kerja..skrg ni zaman tech savvy-production youtube/viral and so on-jd?carik skill la..mcm graphic/web editor etc..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.