Jumaat, 6 Mac 2015

34 Melayu lebih percaya Pseudosains berbanding Sains

Satu lagi kelemahan orang Melayu adalah terlalu percaya kepada sesuatu ilmu, kaedah, kepercayaan, amalan dan juga produk yang bersifat pseudosains, di mana pengamal dan penjualnya menganggap ia adalah suatu yang santifik dan merupakan cabang sains, namun hakikatnya ia tidak mengikut kaedah saintifik dalam pengajian dan amalannya.

Istilah pseudosains ini (pseudoscience) berasal dari perkataan Greek iaitu pseudo - (palsu atau berpura-pura) dan perkataan Latin scientia (pengetahuan). Orang yang percaya kepada pseudosains ini sering percaya yang suatu amalan dan produk itu mempunyai kesaktian dan bersifat ajaib, walaupun ia tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan ilmiah.

Sumber

Keratan di atas adalah salah satu contoh produk ajaib yang bersifat pseudosains yang sangat ajaib. Dengan tampal kad atau stiker di tempat isi minyak kenderaan sahaja sudah boleh jimat minyak. Bukan itu sahaja, ia juga turut boleh menjimatkan bil elektrik di rumah dengan meletakkan kad tersebut di main fusebox elektrik.

Dalam pseudosains, kita kena percaya 100% hanya berdasarkan kepada testimoni sahaja yang siapa2 sahaja boleh reka, malah kita tak boleh persoalkan pun, kerana jawapan yang kita akan terima bukanlah sebarang hujah, bukti saintifik atau kajian ilmiah, tetapi jawapan yang berbentuk makian seperti beruk, bodoh dan nak jatuhkan perniagaan melayu.

Sumber

Banyak lagi sebenarnya produk2 lain yang seperti stem cell ajaib, air ajaib, batu kristal ajaib, gelang magnet ajaib, stokin ajaib, tilam garam laut ajaib, jam tawaf ajaib dan macam2 lagi produk yang terlalu ajaib sehingga boleh menyembuhkan 1001 jenis penyakit termasuk penyakit2 kronik sampai boleh mengalahkan kajian2 saintifik yang telah dibuat beratus ribu tahun.

Sumber

Bukan itu sahaja, malah amalan dan rawatan2 lain seperti tenaga cakra alam, terapi ozon, pembedahan batin dan lain2 amalan dan rawatan alternatif karut turut menjadi kepercayaan lazim orang2 Melayu. Lagi teruk jika pseudosains ini disertai dengan unsur2 keagamaan yang hanya mahu mempergunakan agama untuk keuntungan sendiri.

Kenapa rawatan berbentuk pseudosains ini tidak ditawarkan di hospital dan klinik, dan produk ajaib pseudosains pula biasanya dijual secara MLM dan tidak di pasaran terbuka? Kerana pseudosains itu sendiri sains yang palsu dan tak diiktiraf, maka bila nak jual dan mengamalkannya pun mereka kenalah buat dengan cara dan kaedah penipu juga.


Dan yang si Melayu penipu ni pulak, sudahlah buat rawatan menipu, jual produk tipu, sijil degree master PhD pun palsu beli dari bogus universiti di luar negara yang tak diiktiraf, biasanya di UK, India, Sri Lanka dan negara2 lain, lagi teruk lagi bila Professor dan Dr. palsu ini dapat pula gelaran Dato'. Jangan kata orang kampung, orang bandar pun mudah tertipu dan percaya dengan individu2 pembongak seperti ini. 

Macai2 kepada Melayu penipu ini pula sudah lah bodoh, ilmu tak ke mana, takde sijil yang sah, tapi bercakap mengalahkan doktor dan engineer yang diiktiraf. Lebih malang lagi bila ramai orang Melayu kita lebih mempercayai Melayu2 yang menipu daripada orang Melayu professional yang memang benar2 berilmu. Kebodohan apakah itu?

Sumber

Biasanya mereka yang percaya dan sanggup dirinya ditipu oleh pengamal dan penjual pseudosains ini adalah mereka yang sanggup dirinya sendiri ditipu kesan daripada efek placebo atau placebo effect, yang merujuk kepada satu kaedah manipulasi minda oleh pakar perubatan untuk memberi kesihatan yang baik kepada pesakit mereka.

Sebagai contoh, seorang atlit percaya bahawa doktor yang merawatnya memberi minum air ajaib yang telah ditambah kandungan oksigen secara kimia, maka dia merasakan dirinya menjadi lebih aktif dan bertenaga, padahal doktor tersebut hanya memberikan air paip biasa saja kepada atlit tersebut.


Apa yang aku tulis kat atas ini cuma pengenalan dan mukadimah sahaja. Kalau korang berminat nak mengikuti perkembangan dan pembongkaran demi pembongkaran mengenai penipu2 Pseudosains ini, korang boleh follow Fanpage FB berikut:
Dan bagi yang nak ikuti pembongkaran kegiatan2 MLM dan lain2 skim penipu di Malaysia, boleh follow Fanpage FB berikut:



tags: pseudosains pseudoscience sains placebo effect mind over body penipu produk perubatan rawatan kaedah ilmu scam mlm degree phd master palsu bogus fake professor dato beli i want to believe ecpi water kad jimat minyak smartcard bio scalar energy sticker hdn power saving 1m

34 ulasan:

  1. selamat malam~ ku disini percayakan kebodohan melayu terletak pada egonya eh pertama lagi hehe2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini semua salah Proton dan UMNO-BN!

      Padam
    2. RAHSIA UNTUK SENJATA LELAKI LEBIH KUAT, KERAS, BESAR & PANJANG ADA DISINI:

      www.ProdukHubunganIntim.blogspot.com

      Padam
  2. Itu penting ilmu.
    Dapat bezakan baik buruk sesuatu.
    Masuk U sibuk nak bercinta.

    BalasPadam
  3. Macam Stem cell product tu lerr, yakin je boleh repair cell manusia bagi lawa, padahal guna stem cell anggur la, apple la, ape bende la tetiba stem cell manusia disamakan dengan buah.HAHAHA.

    Sepatutnya Malaysian kena la tingkatkan ilmu pasal biotechnology, mcm korea dh pakai teknologi nano utk kosmetik. Ini merepek2 je .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cube CikMai argue ngan si penjual tu yg stem cell manusia n buah adalah berbeza. Nnt kuar la hujah agama yg kite semua dijadikan dr tanah. Padahal si penjual tu pki tudung steng n baju sendat ikut susuk tubuh..

      Padam
    2. Maaflah... Sye cume nk mmbtolkan ape yg slh... Sye ad juge gune product triple stem cell sbb sye ad penyakit kulit... Dan alhamdulillah sbb ia smkin pulih... Tanpa gune products lain... So cmne plak ea.... Xelok lah kan kalau kite cite buruk pasal org padahal bnde tu x btol... Kn...

      Padam
    3. .Macai pyhto triple super diple detected. Ya adik2 abg2 kakak2 makcik2. Kemam ini serbuk Boleh menyembuhkan beribu2 penyakit. Buah pinggang, kecing manis, darah tinggi, barah otak, syndrom down, yg tua bole jd muda, yg nk dekat nazak nk baham tanah lg 2 3secen boleh sihat segar balik xjadi mati ..

      Xperlu blajar tinggi2, xperlu blajar psl ubat, xperlu jd doktor. Jual ubat stemsell sudah cukup.. Kekekekeke ..

      MLM & bangang berpisah tiada ..

      Padam
    4. Kehkehkeh, Siapa cerita buruk? Saya cuma bercakap apa yang saya belajar.

      Padam
  4. Air alkali. Mampu menyembuhkan segala jenis penyakit badan!
    .
    .
    .

    Tapi yg wat aku curious, alkali + asid (yg semulajadi mmg wujud dlm perut utk pemecahan mknn) = neutral la. So it won't change a thing. Yg tukang jual dok pot pet pot pet jual air alkali kat kaki 5 kedai.. lu pikir la sendri.

    BalasPadam
  5. Dr penipu lagi banyak...yg paling pelik jual air liur...seminar motivasi...berduyun2 orang pi...bila tegur...dikatakan..dengki...kesian..dan mcm2 lagi la....noob..bleh buat x srtikel psl benda ni

    BalasPadam
  6. Setuju dgn noob.Bila kita persoal jer...terus cop kita dengki dan nak menjatuhkan bisnes melayu.Masalahnya bisnes ko menipu...menipu mak bapak kita ni.Mak mentua aku dulu kene kanser rahim...jumpa so called Dr homoepathy ( ini bkn doktor homoepathy sebenar..cuma mempergunakan gelaran ) & claimed mak mentua aku sakit batu karang jer.Buat scan,bg ubat mahal nak mampus...dtg scan blk ckp batu karang dh xde.Last2 bleeding tak berhenti...aku terus masuk campur ckp kat husband stop jumpa "doktor" tu.Terus bwk pergi gynae...confirmed cancer.Nasib baik masih peringkat awal.Lepas bedah,Alhamdulillah..dh beransur pulih.Sblm tu plak,penjual MLM dtg promote.Katanya bleeding tu disebabkan badan nak buang toksik.Tu tindakbalas badan dgn product herba diorg.Terus aku caras sekor sekor...geram.

    BalasPadam
  7. org MLM nih lebih bodo dr lembu...nafsu kuat dari kuda...cm setan diaorg nih...hahahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. mesti ko pernah layan kuda...hahaha

      Padam
    2. atau layan pil kuda,.................................. nnn

      Padam
  8. Alah..ramai je kat luar sne jenis cmtu. Bosan dah aku. Cuma mampu jeling tak kata apa2 je la. Suka keluar fakta ciptaan yg ntah apa2.. Bila kita minta terangkan..dia kata kita butthurt.pekejadah la. Aku kalau jumpe yg jenis ckap merapu..pastu aku mintk dia jelaskan secara logikal..kalau dia ckp aku butthurt..automatik aku letak dia taraf lebih rendah dari beruk

    BalasPadam
    Balasan
    1. beruk juga ciptaan Allah..jgn nak merendahkan taraf makhluk ciptaan Allah..bkn nak marah, cuma nak kongsi nasihat...

      Padam
  9. selain pseudo sains, pseudo agama pun majoriti melayu percaya. ostat goreng kata nabi makan roti jala kuah kari pun ramai percaya. kononnya analogi.

    BalasPadam
  10. N org kita senang kena tipu dgn statement2 yg nampk gah n malas buat research. Spend byk duit utk benda yg sebenarnya nothing..just dr segi marketing yg nmpk gempak.

    Anything, do research before buying. Kalau ada benda boleh putihkan muka, suruh Acapan pakai dulu..kalau putih esok sy beli. Sama gak dgn benda lain, kata boleh jd pandai, bertenaga..nape x bagi pakcik 60-70 tahun minum n boleh berlari pecut 100m? Bagi testomoni kat org yg sememangnya bagus..pas2 kita senang2 kena tipu dgn keuntungan berlipat kali ganda, x kira yg jual 2 org cina atau melayu kita sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wei ayam, hang ni memang kuat dengki la dengan melayu. Aku ikut nasihat Dr Azizan, sekarang aku dah boleh buat bisnes juat roket kepada USA dan Israel serta Rusia dan China. Dulu aku tak pernah semayang, sekarang aku selalu semayang kat Sidratul Muntaha. Setiap hari aku dibawa bersiar2 ke beberapa planet dan cakerawalah dalam sekelip mata.

      Wow, best la masuk kelas Dr Azizan tu. Meh la join.

      Padam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tuyul ler pulakkkkkk.......

      Padam
  12. Remember there was a man named Aidid Muaddib......then you all bash them.

    BalasPadam
    Balasan
    1. oi melayu bodoh lagi bebal lagi bangsat! tak semua claim mcm apa ko ckp len kali tulis elok2 la makhluk melayu yang suka melampau2 bersangka buruk kat orang zzz -_-
      ko ingat semua bash dia ke? rmi gak orang lain setuju dan sedar siap cek balik betul ke idak, termasuk ak, bodoh bin babi la lu... apapun rupa2nya vitamin b17 tu scam rupanya pundek gila...

      Padam
  13. alahai orang Melayu dengan kepercayaan karut marut memang tak boleh dipisahkan.. ahahahaha..

    Errr.. dulu Misaki pun pernah le nak try gelang magnet tuh tapi fikir balik berlambak lagi benda yang boleh mengubati diri.. madu ada.. air zam zam ada.. habbatus sauda ada.. ahahaha XD (rasa bodoh kejap time tuh) tapi tak beli pun sebab kena berleter dengan abah ibu percaya karut2 nih ahahaha :3

    hok aloh.. mohong benor lah weyh Encik Prof dengan spiritual bagai.. ahahahaha :3 lawak lah..

    BalasPadam
  14. Zmn skrg Ni, kalo org Tu bagi talk atau seminar, title dokter la, prof la, pakar itu ini, aku mmg lgsung xpcya...yg aku pelil org Kita Ni mudah Sgt pcya org bagi talk Tu,,sembang kencang, untung juta2 bagai,...tp realitinya xsemudah Tu...bisnes bkn benda mudah...
    Berkenaan ubat dgn kesihatan, stkt Ni aku xbrani nk rekomen pd kawan2 wpon aku test result dia bgs..sbb setiap org bdn xsama, Dan aku mnjaga hubungan kawan2....bagi aku ubat yg baik mestilah yg original asal...tidak bercampur gas. Asid Atau pewarna...sbg cth daun herba xkirala pkk apa pon...ia mestilah daun asal itu dimakan direct atau diekstrak pati atau getah dia..bukannye yg dijual di kedai yg siap packing pastu dibubuh pewarna Atau gas serta tidak dicampur gula...1 lagi ubat yg baik mestilah 1 unsur shja, bknnye bercampur unsur lain wpon unsur yg lain unsur baik...cth kalo madu, madu je...zaiton, zaiton je...jgn yg bercampur2 sbb setiap mknn cas dia berbeza....begitu juga pokok, Baja yg baik mestila Baja tunggal, bukannye Baja sebatian bercampur2...

    BalasPadam
  15. Apa ni melayu2 ni ,ada masalah ke?

    BalasPadam
  16. Salam semua.Sebelom kita mnceritakan sesuatu keburukkan perlu kita siasat dahulu. Mnyakit ade 2 JENIS. satu zahir dan satu batin.. bila yg zahir mkn la ubat ape pon di hospital ,farmasi dsb.hanya mngunakan akal dan kajian yg zahir. Jika penyakit batin pula perlu di ubat secara batin... Mngikut alquran dan sunnah.ini perlu mngunakan ilmu untuk kajian. Tidak mngunakan akal... Sebagai org islam kita perlu menutup aib seseorang x perlu di viralkan.asalkan kita jgn guna dah le. Ada yg sebarkan benar bg orang yg telah gunakan sudah berhasil dan ada yg guna product yg sama tp tidak berhasil. Yg negativ akan sebarkan fitnah mcm mcm. Tidak kah kamu semua terfikir kenapa Allah suruh manusia berfikir. Tiap2 mnyakit dtg dari Allah dan Allah jua yg sembuhkan. Kita sebagai manusia berfikir dan usaha utk mncari penawarnye. Tidak perlu kita berbalah balah hanye kerana negative pada kita positif pada yg lain.. lebih baik jaga diri kita dulu sebelom jaga diri yg lain. Sekian.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.