Sabtu, 29 Februari 2020

0 Buasir Otak TV: Epal buruk dalam keluarga

Sebuah cerita yang mengisahkan tentang seorang anak lelaki yang dianggap sebagai epal buruk dalam keluarga, hanya kerana dia bekerja di kampung dan tidak berjaya seperti abangnya yang menjadi doktor di luar negara dan adik perempuannya yang mengikut suaminya bekerja di Sabah. Tonton kisah sepenuhnya dalam video animasi ini.



Khamis, 27 Februari 2020

0 Buasir Otak TV: Bila muncul isu semasa viral

Setiap hari ada je isu semasa baru yang viral yang menjadi perbualan hangat netizen di media sosial. Ustaz kahwin lagi lah, mak nyah buat umrah lah, isu faraid antara balu dan keluarga belah suami lah, pengantin lelaki cium adik ipar perempuan lah, Perdana Menteri letak jawatan lah, cikgu merangkak lah. Lepas satu, satu. Tak menyempat-nyempat.

Lepas ni apa pulak? Jom tonton animasi ini.



0 Golongan songsang kecam lagu Bunkface Akhir Zaman

1. Band Bunkface keluar lagu baru bertajuk Akhir Zaman. Bunkface ni bukanlah favorite band aku tapi aku suka lagu-lagu diorang terutama lagu-lagu masa awal mereka.

2. Lagu baru mereka ini kalau aku nak review dari sudut pendengar muzik, bagi aku taklah best sangat dan masih tak boleh mengatasi lagu-lagu lama mereka seperti Situasi dan Revolusi.



Rabu, 26 Februari 2020

0 Bukan mudah untuk menghasilkan konten lawak

1. Sudah lebih kurang 6 bulan saya buat channel Youtube Buasir Otak TV. Syukur Alhamdulillah, pencapaian setakat ini sudah berjaya memperolehi 2,000,000 Views, 8,000 Subscribers dan 90 Video. Terima kasih kepada semua yang sudi bantu dan sokong selama ini dengan Subscribe, View, Like dan Share.

2. Imbas kembali, masa awal-awal buat channel dulu susah juga nak naik, tapi tak disangka-sangka video ke 41 iaitu sketsa animasi tentang "Kisah di sebalik lagu Hutang" tiba-tiba meletup ramai orang tonton, mungkin sebab masa tu lagu Hutang nyanyian Floor 88 tengah popular, jadi bila orang buat carian lagu tu kat Youtube, video saya akan terselit sekali.



Selasa, 25 Februari 2020

0 Cara politik Tun Mahathir yang harus diteladani

Dalam ramai-ramai ahli politik, pada pandangan aku Tun M adalah ahli politik yang paling berprinsip yang wajar dicontohi segenap lapisan masyarakat. Walaupun beliau pernah banyak kali menyandang jawatan tertinggi dalam kerajaan dan parti politik, tapi beliau tak pernah taksub pada seseorang atau parti politik.



0 Buasir Otak TV: Jangan dilupakan Jasa Bonda

Engkau semakin dewasa berjiwa merdeka. Sedang dia semakin tua membilang usia. Di saat kau berjaya, dia tiada berdaya. Semoga kau tak lupa, jasa bonda. Tonton kisah sepenuhnya dalam video animasi ini.



Ahad, 23 Februari 2020

0 Buasir Otak TV: Setiap kali pelajaran merosot

Setiap kali bila pelajaran anak merosot, ada juga ibu bapa yang menyalahkan cikgu. Jom tonton animasi ini.



1 Buasir Otak TV: Kasih yang tidak terbanding

Seorang bapa ingin meminjam kereta anak lelakinya, namun diherdik dan dimarahi oleh anaknya apabila si anak mendapat tahu bapanya telah tercalarkan kereta miliknya. Tonton kisah sepenuhnya dalam video animasi ini.



Sabtu, 22 Februari 2020

0 Buasir Otak TV: Bakal menantu kerja kilang

Bila bakal menantu yang kerja kilang jumpa bakal bapak mertua nak minta izin kahwin dengan anak dia. Jom tonton animasi ini.



Rabu, 19 Februari 2020

0 Buasir Otak TV: Kasihnya ibu tidak ternilai

Sebuah komik pendek yang menceritakan tentang seorang pemuda yang sering meminta bantuan kewangan daripada ibunya yang tinggal di kampung meskipun dia sudah dewasa dan bekerjaya. Tonton kisah sepenuhnya dalam video animasi ini.



Selasa, 18 Februari 2020

0 Buasir Otak TV: Kawan tak koyak bila kena ejek

Kawan-kawan yang rapat memang tak mudah sentap dan susah nak terasa hati dengan ejekan gurauan dan usikan kawan. Jom tonton animasi ini.



0 Bila semua benda kau ambil terlalu peribadi

Jangan "take too personal" dalam semua perkara yang berlaku sekeliling kau. Seolah-olah dunia ini berkisar tentang kau seorang je.



Isnin, 17 Februari 2020

0 Buasir Otak TV: Jangan hukum ibu bapaku

Mengisahkan seorang kanak-kanak yang sering menjadi mangsa penderaan ibu bapanya namun takut untuk mengakui dan melaporkannya kerana tidak mahu ibu bapanya dihukum. Tonton kisah sepenuhnya dalam video animasi ini.



0 Punca orang Jepun suka sangat tinggal di Malaysia

1. Kat media sosial heboh pasal orang Jepun puji cara kerajaan Malaysia menangani penularan wabak Coronavirus selepas ia dihighlight oleh cikgu Zailee. Jepun dilihat negara yang maju dalam pelbagai aspek dari sudut pendidikan, teknologi, infrastruktur dan sebagainya, namun Malaysia dilihat lebih baik dari segi kemanusiaan.

2. Akan tetapi ada juga yang mempertikaikan pujian tersebut dengan mengatakan orang yang puji tu bukan orang Jepun sebenar, orang Jepun tu penulis upahan kerajaan PH dan sebagainya. Mereka kata orang Jepun ni ego tinggi, takkan orang Jepun ini akan puji negara yang lebih mundur dari mereka.



Ahad, 16 Februari 2020

0 Buasir Otak TV: Setiap kali belanja kawan makan

Bukan selalu kita belanja kawan makan, tapi bila kawan tu dalam kesusahan betul-betul takde duit untuk makan, apa salahnya sekali sekali kita belanja dia makan. Jom tonton animasi ini.



Khamis, 13 Februari 2020

0 Buasir Otak TV: Akibat terlalu fanatik

Sebuah cerita yang mengisahkan pasangan suami isteri yang minat dengan bola sepak, namun kerana terlalu fanatik dan taksub terhadap pasukan kegemarannya, sang suami sanggup melakukan perkara yang keji. Tonton kisah sepenuhnya dalam video animasi ini.



Rabu, 12 Februari 2020

0 Buasir Otak TV: Bila cikgu buat kuiz Matematik

Bila setiap kali cikgu tiba-tiba buat kuiz Matematik dalam kelas dan semua murid-murid langsung tak bersedia pun. Jom tonton animasi ini.



Selasa, 11 Februari 2020

1 Tukang Masak Bayang ADUKA

Pada Abad ke-23, dunia menghadapai krisis makanan terbesar selepas tercetusnya Perang Dunia Ke-3 pada 100 tahun sebelum itu. Haiwan ternakan mati, tanaman musnah dan sumber air bersih tercemar teruk.

Untuk mengatasi masalah itu, para saintis telah menemukan cara terbaru untuk memenuhi keperluan makanan iaitu dengan mencipta "Pil Makanan".

Namun dengan kewujudan Pil Makanan, banyak negara termasuk Malaysia telah melarang rakyatnya dari memakan makanan biasa.

Maka bermulalah kisah Aduka, anak kepada seorang Tukang Masak Bayang yang pernah mencetuskan Revolusi Makanan, dalam mengejar impiannya. Apakah impiannya itu? Ikuti pengembaraan Aduka dalam komik ini.



0 Buasir Otak TV: Jangan masuk lorong gelap itu

Apabila dua anak muda mahu mencari keseronokan dunia dengan cuba-cuba masuk lorong gelap, seorang lelaki dewasa cuba melarang dan memberi amaran kepada mereka betapa kotor dan hinanya lorong gelap itu. Tonton kisah sepenuhnya dalam video animasi ini.



Ahad, 9 Februari 2020

0 Buasir Otak TV: Setiap kali ada reunion sekolah

Reunion sekolah selalunya bukanlah sesuatu yang menyeronokkan lebih-lebih lagi bagi orang yang tidak ramai kawan atau yang pernah menjadi mangsa ejekan dan bulian. Sebab itu ada orang tak suka datang reunion sekolah kerana sesungguhnya reunion sekolah adalah scam. Jom tonton animasi ini.



Jumaat, 7 Februari 2020

1 Buasir Otak TV: Abang, adik sudah berjaya

Sebuah cerita pendek yang mengisahkan seorang remaja lelaki yang rajin belajar demi mencapai cita-citanya menjadi seorang doktor, namun sering diganggu oleh adik perempuannya yang tidak suka belajar dan lebih suka bermain. Tonton video animasi ini.



Khamis, 6 Februari 2020

0 Buasir Otak TV: Budak belajar kat kedai makan

Restoran atau kedai makan tu tempat makan, bukan belajar. Nak belajar pergi duduk rumah, perpustakaan atau sekolah. Kalau nak belajar sangat kat kedai makan, cari kedai yang tak ramai orang. Jom tonton animasi ini.



Rabu, 5 Februari 2020

0 Buasir Otak TV: Andaiku mampu undurkan waktu

Kita jarang menghargai dan mensia-siakan suatu di depan mata, namun apabila sudah tiada barulah kita rasa kehilangan. Sebuah cerita yang mengisahkan seorang gadis yang sangat rapat dengan neneknya ketika kecil namun berubah sikap menjadi dingin setelah dia dewasa. Tonton video animasi ini.



Selasa, 4 Februari 2020

0 Buasir Otak TV: Cinta monyet budak sekolah

Masa zaman sekolah janganlah bercinta atau bercouple, semuanya hanya cinta monyet yang takkan membawa kita ke mana-mana. Fokuslah pada pelajaran dan kejarlah cita-cita dahulu, itu yang lebih utama. Dapatkan jawapannya dalam video animasi ini.



Isnin, 3 Februari 2020

1 Buasir Otak TV: Antara dua dunia berbeza

Sebuah cerita yang mengisahkan cabaran dua orang guru yang mengajar di sebuah sekolah rendah. Seorang guru menghadapi cabaran mengajar murid kelas hadapan, manakala seorang lagi guru menempuh cabaran berbeza mengajar pelajar kelas belakang. Tonton video animasi ini.



Ahad, 2 Februari 2020

0 Buasir Otak TV: Cara membuat perempuan suka kita

Bagaimana nak bagi perempuan rasa kagum supaya dia suka dan jatuh hati pada kita? Dapatkan jawapannya dalam video animasi ini.



Sabtu, 1 Februari 2020

0 Buasir Otak TV: Harga setitik peluh

Sebuah cerita pendek yang mengisahkan tentang seorang remaja lelaki memberontak akibat dimarahi ibu apabila mendapat tahu anaknya membeli dan menghisap rokok tanpa pengetahuannya. Jom tonton video animasi ini.