Khamis, 30 April 2020

2 Buasir Otak TV: Kawan ajak lawan Beyblade

Bila ada kawan ajak keluar main lawan Beyblade. Jom tonton animasi ini.

* Lama saya buat video ni sebab saya tak tahu sangat pasal Beyblade jadi kena buat research dulu. Harap korang share dan ajaklah ramai-ramai tengok berbaloi sikit penat lelah saya ni.



1 Inkramadan 2020: 07 Ramadan - Waktu

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Waktu
Tarikh: 07 Ramadan 1441

Ramadhan tahun ini kita memang banyak masa lapang di rumah memandangkan masih dalam PKP, namun manfaatkanlah waktu yang ada ini dengan sebaik-baiknya dengan beribadah untuk merebut ganjaran pahala yang besar di bulan mulia ini.


Rabu, 29 April 2020

1 Inkramadan 2020: 06 Ramadan - Yang Jauh

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Yang Jauh
Tarikh: 06 Ramadan 1441

Selain dari kita yang perlu duduk di rumah dan juga barisan hadapan yang perlu bekerja setiap hari, titipkan juga doa buat pesakit dan juga mereka yang disyaki dijangkiti wabak kerana terpaksa dikuarantin dan berjauhan dengan keluarga sehingga berminggu dan berbulan lamanya.


Selasa, 28 April 2020

3 Buasir Otak TV: Fitnah itu membunuhku

Mengisahkan tentang seorang isteri yang telah difitnah oleh kawannya sendiri lalu dia dibenci keluarga dan diceraikan oleh suaminya. Sesungguhnya fitnah itu membawa kehancuran yang besar.



2 Inkramadan 2020: 05 Ramadan - Di Rumah

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Di Rumah
Tarikh: 05 Ramadan 1441

Kita pasti banyak menghabiskan masa di rumah ketika berpuasa di musim PKP ini. Namun biarpun suasana Ramadhan kali ini berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, semoga kita semua terus tabah dan tidak berputus asa dari terus berjihad melawan wabak ini.


0 Buasir Otak TV: Tak larat sebab puasa katanya

Tahulah kita sedang berpuasa, tapi tak boleh dijadikan alasan untuk bermalas-malasan. Si suami tu tolonglah isteri sikit, anak-anak pula ringan-ringankanlah tulang bantulah ibu bapa buat kerja-kerja rumah. Ini main game boleh pula, tapi bila orang minta tolong mula lah penat lah, tak larat lah. Jom tonton animasi ini.



Isnin, 27 April 2020

0 Inkramadan 2020: 04 Ramadan - Jamaah

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Jamaah
Tarikh: 04 Ramadan 1441

Bulan Ramadhan tahun-tahun yang lepas ramai yang pergi ke surau dan masjid untuk berterawih secara berjamaah. Biasanya yang buat 8 rakaat ramai, yang sambung buat 20 rakaat kurang. Tapi tahun ini nampaknya kita berterawih berjamaah bersama keluarga di rumah sahajalah. Yang dah biasa jadi makmum, biasakanlah diri untuk jadi imam pula.


Ahad, 26 April 2020

2 Buasir Otak TV: Wanita bukan alat mainan

Menceritakan tentang seorang lelaki yang tinggal bersama adik perempuan kesayangannya setelah ibu bapa mereka meninggal dunia, namun sering bersikap liar dan gemar berpoya-poya dengan ramai perempuan, malah menganggap wanita ini hanya sekadar permainan baginya. Tonton kisah sepenuhnya dalam video animasi ini.



0 Inkramadan 2020: 03 Ramadan - Kekuatan

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Kekuatan
Tarikh: 03 Ramadan 1441

Dalam menjalani ibadah puasa ini pasti banyak ujian dan dugaan, maka perbanyakkanlah berdoa dan sentiasalah memohon agar diberi kekuatan dari Allah Taala.


Sabtu, 25 April 2020

0 Buasir Otak TV: Setiap kali kejut bangun sahur

Setiap kali bila minta tolong orang lain kejut bangun sahur. Jom tonton animasi ini.



0 Inkramadan 2020: 02 Ramadan - Perintah

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Perintah
Tarikh: 02 Ramadan 1441

Dalam kita mematuhi perintah PKP oleh kerajaan, perintah dan suruhan Allah Taala jangan kita lupa dan abaikan pula, lebih-lebih lagi perintah yang wajib.


Jumaat, 24 April 2020

2 Inkramadan 2020: 01 Ramadan - Cabaran

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Cabaran
Tarikh: 01 Ramadan 1441

Setiap kali bulan Ramadhan pasti banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh umat Islam, namun pada tahun ini cabarannya lain macam sikit tidak sama seperti tahun-tahun lain terutama bagi para barisan hadapan apabila perlu menjalani ibadah puasa tatkala mengangani wabak COVID-19 dan juga perangai manusia yang pelbagai karenah.


Khamis, 23 April 2020

1 Buasir Otak TV: Ku jaga dia untukmu

Cerita yang mengisahkan tentang seorang lelaki yang sudah lama berkawan dan bercinta dengan seorang perempuan malah sudah hampir ke jinjang pelamin, namun beliau akhirnya hanyalah menjaga jodoh orang lain apabila hubungan mereka terkandas di tengah jalan.  Tonton kisah sepenuhnya dalam video animasi ini.



2 Inkramadan 2020: 29 Syaaban - Mula Bersama

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Mula Bersama
Tarikh: 29 Syaaban 1441

Esok umat Islam akan mula berpuasa. Mulakan hari puasa kita dengan bersahur. Jika terlambat pun, makan kurma dan air kosong je pun dah cukup untuk alas perut dan mengambil keberkatan bersahur.


Rabu, 22 April 2020

0 Buasir Otak TV: Lelaki Melayu VS Mat Salleh

Beza lelaki Melayu dengan lelaki Mat Salleh di mata segelintir orang perempuan. Bukan semua ya, segelintir. Jom tonton animasi ini.



0 Inkramadan 2020: 28 Syaaban - Rindu

Inkramadan Geng BO:TK
Tema: Rindu
Tarikh: 28 Syaaban 1441

Inkramadan kembali lagi untuk tahun ini. Lagi 2 hari umat Islam akan mula berpuasa. Namun menyambut Ramadhan ketika PKP ini pasti menggamit rindu yang sangat dalam pada keluarga yang saling berjauhan.


Selasa, 21 April 2020

0 Buasir Otak TV: Puisi terhebat

Mengisahkan seorang budak lelaki yang pandai melukis, namun pada suatu hari dia mahu cuba menulis puisi terhebat untuk 'crush'nya yang juga rakan perempuan sekelasnya, namun tidak tahu bagaimana hendak menulis puisi. Tonton kisah sepenuhnya dalam video animasi ini.



0 Buasir Otak TV: Pantang larang orang-orang tua

Orang-orang tua Melayu zaman dulu memang banyak pantang larang. Tak boleh duduk atas bantal, tak boleh menyanyi di dapur, tak boleh potong kuku waktu malam, tak boleh makan leher ayam, tak boleh makan berpindah-randah dan sebagainya. Tapi setiap satu pantang larang tu mesti ada sebabnya. Jom tonton animasi ini.



Sabtu, 18 April 2020

2 Buasir Otak TV: Origami Biru - Adiff

Cerita yang mengisahkan tentang Adiff, seorang remaja yang baru sahaja kehilangan kakaknya yang selama ini menjaga dan menjadi teman rapatnya setelah ketiadaan kedua ibu bapanya. Disebabkan itu dia lebih suka menyendiri dan menjadi seorang pelajar yang nakal dan bermasalah di sekolah, sehinggalah kehadiran seorang pelajar perempuan baru di kelasnya...

Tonton kisah sepenuhnya dalam video animasi ini.



Jumaat, 17 April 2020

0 Buasir Otak TV: Setiap stesen radio tempatan

Orang yang biasa dengar stesen radio tempatan berbahasa Malaysia mesti faham benda ni. Tak semua stesen radio tempatan macam tu, cuma kebiasaannya lah. Macam lah kuman tu peduli kau tu kayangan ke marhaen. Jom tonton animasi ini.



Rabu, 15 April 2020

0 Buasir Otak TV: Kawan dunia

Setiap orang pasti ada kawan di dunia ini. Kawan setaman, kawan sekolah, kawan universiti, kawan sepejabat, kawan media sosial dan macam-macam lagi. Dalam ramai-ramai kawan kita pasti ada yang punya pelbagai perangai. Ada yang bersahabat baik, ada yang berkawan atas kepentingan, ada kawan yang suka membuli orang, ada kawan yang suka cakap belakang dan ada kawan yang suka makan kawan. Namun, pernahkah kita terfikir, dalam ramai-ramai kawan itu...

Tonton kisah sepenuhnya dalam video animasi ini.



Selasa, 14 April 2020

0 Buasir Otak TV: Kluster kayangan sombong ya amat

Sebelum ini kluster tabligh ramai yang bagi kerjasama, frontliner pun senang hati. Tapi bila muncul kluster kayangan yang baru tiba dari luar negara, macam-macam perangai. Bagi tempat tinggal dan makanan percuma untuk kuarantin pun macam-macam komplen, sangat cerewet, manja dan mengada-ngada. Macam lah kuman tu peduli kau tu kayangan ke marhaen. Jom tonton animasi ini.



Isnin, 13 April 2020

0 Buasir Otak TV: Teman pengganti

Sebuah cerita seram dan misteri yang mengisahkan tentang dua orang kawan baik terpaksa berpisah kerana salah seorang dari mereka mengikuti keluarga berpindah. Sebelum berpindah, dia memberi anak patung kesayangannya kepada sahabat baiknya untuk dijaga. Namun, suatu tragedi telah berlaku sehingga menyebabkan mereka terpisah untuk selama-lamanya. Tonton kisah sepenuhnya dalam video animasi ini.



Sabtu, 11 April 2020

0 Buasir Otak TV: Nak royi ke nak bisjut?

Bila ada organisasi kemanusiaan dan kebajikan nak bagi bantuan makanan pada pelajar universiti yang tak boleh pulang ke rumah dan kena duduk di kolej, namun ada pelajar yang cerewet dan tak berpuas hati dengan makanan yang diberikan. Jom tonton animasi ini.



Khamis, 9 April 2020

0 Buasir Otak TV: Ibuku sudah tiada

Mengisahkan seorang pemuda baru sahaja kematian ibunya, telah dinaikkan pangkat oleh bosnya yang baik hati kerana mahu membantunya. Namun, suatu hal yang tidak terduga telah berlaku. Tonton kisah sepenuhnya dalam video animasi ini.



Rabu, 8 April 2020

0 Buasir Otak TV: Kantoi pergi luar negara

Masa musim kuarantin ni ada juga yang pergi luar negara, lepas tu kantoi sebab upload kat media sosial, tak pasal-pasal kena kecam. Jom tonton animasi ini.



Isnin, 6 April 2020

2 Buasir Otak TV: Hanya kerana mata

Sebuah kisah tentang seorang lelaki yang membesarkan anaknya sendiri selepas kematian isterinya akibat kemalangan, namun disebabkan dia tempang, anaknya sentiasa diejek sehingga dia merasa malu dan sentiasa menjauhkan diri dari ayahnya. Tonton kisah sepenuhnya dalam video animasi ini.



Sabtu, 4 April 2020

0 Buasir Otak TV: Bosan duduk rumah lama sangat

Bila dah terlalu lama sangat kuarantin ni mula lah bosan duduk rumah. Jom tonton animasi ini.



Khamis, 2 April 2020

0 Konflik di antara golongan B40, M40 dan T20

1. Sejak kebelakangan ini banyak berlaku konflik dan pertikaian di antara golongan B40, M40 dan T20 di mana ada T20 yang memandang rendah dan menyindir golongan B40. Sebelum itu kita kena faham maksud kategori golongan B40, M40 dan T20.



0 Buasir Otak TV: Taubat seorang lelaki

Menceritakan tentang sejarah seorang lelaki lembut yang sering diejek dan dipinggirkan oleh kawan-kawan lelaki ketika di zaman sekolah, berubah menjadi mak nyah setelah dewasa. Namun satu hari berlaku kejadian yang membuatkan dia mengambil keputusan untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Tonton kisah sepenuhnya dalam video animasi ini.



Rabu, 1 April 2020

0 Ekonomi gawat, bantuan kerajaan, golongan T20 dan artis

1. Sejak pandemik COVID-19 menular dan juga Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan, ekonomi individu, keluarga dan negara terjejas. Bahkan ekonomi semua negara di dunia ini terjejas teruk.

2. Walau bagaimanapun tak semua sektor terjejas malah terdapat beberapa perniagaan yang memperoleh keuntungan berlipat kali ganda ketika ini.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...