Iklan Leaderboard

Jumaat, 31 Mac 2017

5 Orang asing itu hadirnya untuk sebentar

ORANG ASING

Aku lihat
Kau sendiri
Duduk di situ
Merenung jauh
Memikirkan sesuatu
Di balik wajah
Yang muram



Khamis, 30 Mac 2017

5 Hanya sekadar kawan kepada kawan

KAWAN KEPADA KAWAN

Hai
Awak tak kenal saya
Tapi saya kenal awak



Rabu, 29 Mac 2017

1 Buat dengan salah sebelum melakukan dengan betul

SALAH SEBELUM BETUL

Hidup ini
Penuh dengan
Try and Error
Cuba dan Gagal



Selasa, 28 Mac 2017

4 Kemegahan sebuah istana pasir

ISTANA PASIR
Megahnya
Istana pasir itu
Tidaklah sukar
Untuk dibina



Rabu, 22 Mac 2017

1 Makin berisi makin tunduk ke bumi

TUNDUK

Hati koyak carik dan akal nanah punah punggah dirabik
Tabik kerendahan hati, rendah akhlak akal bila dada didabik

Cuba tolak bergolak tarik terbalik tanpa timbal balik
Tercari-cari ciri diri dari helaian diari dalam bait-bait lirik



Isnin, 20 Mac 2017

5 Minat dan kecenderungan berubah seiring masa

Setiap orang pasti akan melalui suatu fasa iaitu fasa perubahan dalam kehidupan. Perubahan rutin hidup, perubahan sikap, perubahan pekerjaan, perubahan perasaan, perubahan emosi, perubahan minat dan sebagainya. Perubahan itu adalah normal dan suatu yang kita tidak boleh elak seiring dengan perubahan masa. Ada orang sukakan perubahan, ada orang sukar untuk menerima perubahan. Walaupun tidak semua perubahan itu menjadi suatu yang lebih baik, itu yang menjadikan seorang manusia itu, manusia.



Jumaat, 17 Mac 2017

0 Menangani sindrom takut pada penolakan

Penolakan, atau rejection.

Penolakan itu adalah suatu yang menyakitkan. Penolakan tidak pernah menyenangkan. Penolakan itu tiada sempadan, dalam pelajaran, pekerjaan, perhubungan, sosial dan sebagainya. Semua orang pernah merasa penolakan, dari tolakan kecil yang tidak membawa sebarang kesan sehingga tolakan besar yang memberi kesan luka yang sangat besar terhadap psikologi dan emosi kita.

Penolakan biasanya melibatkan dua pihak, pihak yang menaruh harapan dan pihak yang menolak harapan.



Rabu, 15 Mac 2017

4 Lelaki di mata kaum wanita dan sebaliknya

Sudah menjadi sifat manusia suka pada perkara yang cantik dan tidak suka pada perkara yang tidak cantik, termasuk pada rupa seseorang. Orang lelaki suka tengok perempuan yang cantik, dan orang perempuan suka melihat lelaki yang kacak, walaupun mereka sendiri pun tidak cantik atau tidak kacak. Tiada salah pun tentang itu, kerana memang begitulah sifat dan naluri manusia. Namun yang menjadi salah apabila kita menilai seseorang itu dari rupa luaran mereka.





Isnin, 13 Mac 2017

1 Teknik peras ugut digital dengan Ransomware

Memeras ugut, atau ransom.

Ransom adalah satu keadaan di mana seseorang mengugut ugut mangsa dengan sesuatu tindakan yang boleh membahaya atau memalukan mangsa atau kepentingan mangsa, lalu meminta sesuatu yang kebiasaannya wang ringgit sebagai bayaran untuk menuntut tebusan tersebut.

Sebagai contoh, penjenayah menculik anak orang kaya untuk meminta wang tebusan jika mahu anaknya dilepaskan, atau seorang lelaki memeras ugut bekas teman wanitanya untuk menyebarkan gambar bogelnya jika dia tidak bayar sejumlah wang.

Namun di zaman teknologi yang serba canggih ini, jenayah peras ugut ini bukan sekadar berlaku di dunia nyata malah di alam maya. Kini terdapat sejenis virus komputer atau malware (malicious software) yang berfungsi untuk tujuan ini yang digelar 'Ransomware'.



Jumaat, 10 Mac 2017

2 Ibu bapa usah layan cikgu macam sampah

Aku tak tahu apa yang segelintir ibu bapa zaman sekarang mahukan bila hantar anak mereka ke sekolah. Anak tak pandai, salahkan cikgu. Anak nakal, salahkan cikgu. Anak jahat, salahkan cikgu. Anak kurang ajar, salahkan sekolah. Semua salah cikgu, salah sekolah, mereka sendiri tak pernah rasa salah.

Tapi bila cikgu nak disiplinkan anak mereka, mereka bising. Bila cikgu denda berdiri atas kerusi, duduk atas jalan tar, kata cikgu aibkan anak mereka. Bila cikgu denda bersihkan longkang, ketuk ketampi, kata cikgu dera anak mereka. Bila cikgu pulas telinga dan rotan, kata cikgu nak cederakan anak mereka lalu dimarahnya cikgu, digertak cikgu, dipukul cikgu, diugut malah disamannya cikgu.


Rabu, 8 Mac 2017

2 Bukan jarak yang memisahkan hubungan manusia

Ada orang duduk berjauhan tapi selalu rasa dekat di hati, namun ada orang duduk begitu dekat tapi rasa begitu jauh.

Sesungguhnya bukan jarak yang memisahkan manusia. Ada pasangan suami isteri yang duduk berjauhan namun masih lagi saling menyayangi antara satu sama lain. Ada kawan yang duduk merentas laut tetapi masih lagi berkawan baik.

Kerana apa?

Kerana antara mereka masih ada komunikasi, selalu bercakap dan berbual antara satu sama lain. Selagi manusia saling berkomunikasi antara satu sama lain, mereka akan sentiasa merasa dekat dengan kita.

Namun hubungan manusia akan menjadi semakin jauh apabila mereka tidak lagi berkomunikasi antara satu sama lain.




Isnin, 6 Mac 2017

6 Mencipta kejayaan atas kegagalan orang lain

Persaingan.
Peraduan.
Pertandingan.
Perlawanan.
Perlumbaan.

Dalam kehidupan kita ini, persaingan adalah suatu yang kita tak boleh elakkan. Dari kecil lagi kita sudah bersaing. Bersaing dengan adik-beradik berebutkan sesuatu, bersaing dengan kawan-kawan dalam peperiksaan, bersaing dalam perlawanan sukan, bersaing untuk masuk institusi pengajian tinggi, bersaing untuk memperoleh hati seseorang lelaki/perempuan untuk dijadikan pasangan hidup, bersaing untuk mendapatkan tempat dalam pekerjaan, bersaing dalam perniagaan dan sebagainya. Walau macam mana pun kita cuba mengelakkan persaingan, pada suatu ketika kita tetap akan menempuhnya juga.



Sabtu, 4 Mac 2017

9 Jenis-jenis golongan elitis dalam masyarakat

Golongan yang merasakan diri mereka ini elitis ada pelbagai jenis. Ada elitis agama, elitis ilmu, elitis hobi, elitis harta, elitis ideologi, elitis politik, elitis bangsa, elitis bisnes, elitis pangkat, elitis keturunan, elitis pekerjaan dan sebagainya.

Namun ciri-ciri elitis ini semua sama, iaitu dia begitu berbangga dan angkuh dengan apa yang dia miliki, dan merasakan orang lain yang tidak setaraf atau sama pemikiran dengan dia mempunyai kedudukan yang lebih rendah daripadanya.



Rabu, 1 Mac 2017

3 Penyelesaian kepada kesesakan trafik jalan raya

Jalan-jalan di Malaysia trafiknya selalu sesak dan padat sehingga seringkali mengakibatkan traffic jam. Kadangkala lebuhraya yang banyak laluan pun boleh sesak. Ada juga jalan yang jaraknya hanya beberapa kilometer yang masa perjalanannya sepatutnya 10 minit tetapi boleh memakan masa sehingga 30 minit.

Antara faktor penyebab jalan raya sesak ini adalah seperti banyak kenderaan di waktu puncak, halangan seperti lampu isyarat, simpang, bulatan, laluan mengecil, kemalangan, sikap pemandu memotong laluan dan sebagainya. Namun pernah tak anda menempuh kesesakan jalan raya juga walaupun tiada kemalangan mahupun halangan?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...