Memaparkan catatan dengan label Poyo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Poyo. Papar semua catatan

Isnin, 7 Julai 2025

1 Bila bersara awal sangat overrated

1. Ramai orang claim bersara awal. Ramai orang ajak bersara awal. Tapi bila tanya sekarang buat apa, katanya buat MLM. Kena cari downline, buat marketing jual produk.

2. Ada yang katanya dah bersara awal berhenti kerja untuk berniaga sendiri. Still kena bangun awal, cari stok barang, sediakan barang jualan, uruskan kedai. Masih bekerja.


Rabu, 10 Julai 2024

0 Perangai bos baru yang menjengkelkan

1. Di pejabat, people come and go. Kadang orang bawahan yang keluar masuk, kadang orang atasan yang keluar masuk. Sepanjang aku kerja, dah banyak kali bos besar atau bos kecik keluar masuk kat department aku. Tapi setakat aku bekerja selama ini, bos yang betul-betul ok hanya ada 2-3 orang je.

2. Bila ada bos yang dah berpindah, berhenti atau bersara, nak tunggu dapat bos baru tu biasanya agak lama, kadang lepas 1-3 bulan baru dapat bos baru. Kadang lagi lama dari tu. Jadi sepanjang ketiadaan bos, akan ada bos dari depatment lain yang ambil alih atau tanggung sekejap jadi bos kami sementara nak dapat bos baru. Operasi department berjalan seperti biasa, kami pun buat kerja seperti biasa.


Jumaat, 2 September 2022

0 Kalau tak tau cakap je tak tau tak payah palatao

1. Ada sekali tu masa aku tengah lepak dengan kawan aku si Man (bukan nama sebenar) kat kedai makan, tiba-tiba aku terserempak dengan member lama aku si Usin (bukan nama sebenar juga). So si Usin ni pun nak join la lepak kat meja kami.

2. Si Usin ni dia juruteknik komputer, dulu satu tempat kerja dengan aku sebelum dia dapat kerja kat gomen. Usin ni salah seorang member aku yang sangat palatao. Dia rasa semua benda dia tau. Semua benda dia nak ulas.


Ahad, 15 September 2019

1 Kisah persahabatan satu hala yang toksik

1. Amir dan Manaf berkawan baik sejak sekolah rendah. Kini masing-masing ada akaun media sosial.

2. Amir seorang yang extrovert dan sukakan perhatian, manakala Manaf seorang yang introvert dan tidak suka perhatian.

3. Amir suka mencari rakan dan followers baru di media sosial, manakala rakan dan followers Manaf hanya di kalangan kawan-kawan dunia nyata.

4. Bila Amir post status, Manaf akan Like dan bagi komen, begitu juga dengan Amir akan Like dan komen status Manaf.

5. Lama kelamaan bilangan friend dan follower Amir semakin ramai dan dia semakin popular. Sebagai kawan, Manaf tumpang gembira dan terus Like dan komen post kawannya tanda sokongan.



Sabtu, 14 September 2019

0 Manusia poyo acah-acah rebel di media sosial

1. Golongan Raja juga manusia biasa yang ada hati dan perasaan macam kita.

2. Mereka juga ada keinginan nak guna Internet dan media sosial macam kita juga.

3. Kalau tak suka dengan mereka, simpan dalam hati sudah atau sembang dalam private group. Pergi cakap kat Twitter memang mendapatlah.

4. Sebab celah mana pun, mereka Raja dan kau cuma rakyat biasa.

5. Ya, mereka memang mendapat elaun dan peruntukan dari kerajaan Malaysia. Sejak dulu dah termaktub dalam undang-undang mereka memang layak dapat atas jawatan dan tugas mereka, buat apa nak persoalkan?



Isnin, 3 Disember 2018

1 Meraih publisiti murahan dengan aplikasi Tik Tok

Sekarang ini Tik Tok sudah menjadi trend dan kegilaan anak muda dan remaja bukan setakat di Malaysia malah satu dunia. Pada waktu ini ia dianggarkan mempunyai 500 juta pengguna di 150 negara. Apa benda sebenarnya Tik Tok ni?

Tik Tok merupakan sebuah aplikasi media sosial telefon di mana penggunanya boleh membuat perkongsian video pendek dengan memasukkan efek, muzik dan juga suara latar. Sebelum TikTok, ada beberapa aplikasi perkongsian video pendek yang popular seperti Musical.ly, Vines, Dubsmash dan sebagainya, namun kini TikTok telah pun menjadi aplikasi paling popular dalam kategorinya, menjadikan syarikat di sebalik TikTok kini bernilai lebih $75 bilion!



Sabtu, 4 Mac 2017

6 Jenis-jenis golongan elitis dalam masyarakat

Golongan yang merasakan diri mereka ini elitis ada pelbagai jenis. Ada elitis agama, elitis ilmu, elitis hobi, elitis harta, elitis ideologi, elitis politik, elitis bangsa, elitis bisnes, elitis pangkat, elitis keturunan, elitis pekerjaan dan sebagainya.

Namun ciri-ciri elitis ini semua sama, iaitu dia begitu berbangga dan angkuh dengan apa yang dia miliki, dan merasakan orang lain yang tidak setaraf atau sama pemikiran dengan dia mempunyai kedudukan yang lebih rendah daripadanya.



Jumaat, 4 November 2016

6 Orang lain sekadar normies di mata seorang elitis

Dalam dunia ini, ramai orang yang merasakan mereka begitu istimewa dan lain daripada orang lain.
Kadangkala mereka merasakan diri mereka seorang elitis manakala orang lain hanya sekadar normies iaitu orang kebanyakan/normal yang tiada pengetahuan atau kepakaran dalam sesuatu dalam bidang atau minat mereka.



Isnin, 24 Oktober 2016

9 Kenapa beria sangat nak jadi hakim media sosial?

Seperti sudah menjadi hal yang biasa dan boleh diterima ramai, banyak isu dan masalah yang melibatkan seseorang individu dengan individu yang lain diviralkan di media sosial.

Suami mengadu masalah rumahtangga dia dan isterinya di Facebook lalu menjadi viral. Ramai orang kutuk dan maki hamun isteri lelaki itu. Tidak lama kemudian isteri pula mengeluarkan kenyataan di media sosial untuk mempertahankan dirinya. Ramai orang kutuk dan maki hamun pula suami itu.

Seorang lelaki meluahkan ketidakpuashatiannya kepada teman wanitanya kerana keluarganya meminta hantaran yang tinggi di Facebook lalu menjadi viral. Ramai orang kutuk dan maki hamun wanita itu serta keluarganya. Tidak lama kemudian teman wanitanya memberi kenyataan balas untuk mempertahankan diri dan keluarganya. Ramai orang kutuk dan maki hamun pula lelaki itu.

Kakak mendakwa dan menceritakan keburukan adiknya kerana melakukan pecah amanah di Facebook lalu menjadi viral. Ramai orang kutuk dan maki hamun adik itu. Tidak lama kemudian adiknya itu menulis status untuk mempertahankan dirinya. Ramai orang kutuk dan maki hamun pula kakak itu.


Sabtu, 23 Mei 2015

6 PoyoMelayu menghubung kembali sel-sel otak Melayu

Apa itu Poyo? Poyo berasal dari perkataan beria-ia. Setelah mengalami evolusi yang agak panjang, segala perbuatan manusia yang agak jengkel, jelek, meluat, annoying, berlebih2an, terlalu bersungguh2 akan digelarkan sebagai POYO.

Apa itu Melayu? Melayu adalah suatu nama sebuah kaum majoriti yang menghuni negara Malaysia. Kaum Melayu mempunyai sejarah dan peradaban yang sangat panjang di rantau nusantara dan pentas dunia. Bangsa Melayu juga adalah bangsa yang terulung lagi teragung yang juga digelar sebagai bani Tamim, bani Jawi, keturunan Keturah dan lain2 lagi.

Maka apabila Melayu bergabung dengan Poyo, maka tercetuslah sebuah page dan blog yang diberi nama PoyoMelayu demi untuk menghubung kembali sel-sel otak Melayu Beria.



Ahad, 15 Jun 2014

14 Acara menjamah coklat secara berjemaah

“Kami  tidak takut dikecam. Malah sanggup berdepan dengan mana-mana individu sekalipun.” Itulah pengakuan berani yang disuarakan Presiden Aktivis Siber Malaysia (ASM), Md Faisal Ahmad yang mempertahankan imej JAKIM susulan isu coklat Cadbury yang didakwa sebelum ini ada DNA babi.

Katanya pengguna harus mempercayai sepenuhnya keputusan status halal yang dikeluarkan JAKIM selaku pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal.



Jumaat, 7 Mac 2014

40 Apabila melakukan perkara baik menjadi janggal

Negara kita adalah sebuah negara di mana melakukan perkara yang baik dan sesuatu yang betul itu adalah suatu yang janggal kerana tidak ramai yang melakukannya, manakala sikap dan kelakuan buruk itu adalah suatu kebiasaan dan dianggap normal hanya kerana ramai yang melakukannya sehingga ia tidak lagi kelihatan seperti suatu yang buruk atau kurang baik.



Khamis, 30 Januari 2014

20 Cara dan panduan untuk berselfie dengan betul

Budaya dan trend merakam gambar diri sendiri menggunakan telefon pintar atau kamera digital yang digelar sebagai 'selfie' bukan lagi suatu yang asing sejak kewujudan telefon bimbit yang ada kamera dan juga kamera digital seawal tahun 2000-an. Pada mulanya, kelakuan ini berlaku apabila ada seseorang yang mahu merakam gambar kenangan bersama latar belakang suatu pemandangan, namun tiada orang lain yang ada disekitar yang boleh membantunya mengambil gambar, atau terlalu malu dan tidak mahu menyusahkan orang lain untuk meminta bantuan mengambil gambar, maka disebabkan itu, dia memegang sendiri kameranya lantas menangkap sendiri gambarnya. Namun, kini perbuatan merakam gambar sendiri semakin popular dan ia bukan lagi semata2 kerana mahu mengambil gambar kenangan bersama permandangan, tiada orang lain yang boleh bantu atau kerana sifat malu, tapi kebanyakannya kerana mahu tunjukkan kecantikan diri, mahukan perhatian dan jumlah LIKE yang banyak.


Jumaat, 22 November 2013

34 Hukum hudud bukan untuk negeri Kelantan sahaja

Mula2 keluar berita pasal Mahkamah Syariah Kelantan sudah mampu untuk menguruskan pelaksanaan undang-undang hudud jika kerajaan Kelantan pimpinan Pas mampu menguatkuasakan undang-undang berkenaan di negeri tersebut.



Jumaat, 26 April 2013

29 Melayu Bumiputera antara realiti dan poyo

Jika anda seorang Melayu Bumiputera, sila tengok video ini dan bagi pendapat anda.



Isnin, 15 April 2013

18 Budak2 baru nak up gaduh versi awek

Lagi cerita budak2 sekolah baru nak up tapi kali ni perempuan. Aku tak tahu kenapa video budak2 sekolah perempuan bergaduh kat Youtube kebanyakannya berlaku di sekolah dekat Kelantan? Sekolah kat negeri lain mungkin banyak jugak kes2 gaduh macam ni tapi mungkin pelajar2nya tak suka rakam kat handphone dan upload kat Youtube.



Rabu, 10 April 2013

90 Beza budak2 baru nak up dulu dan sekarang

Kalau zaman dulu budak2 baru nak up yang kepala taik gangster memang pailang habis macam haram jadu. Badan ketak, muka hodoh, tangan berparut, gigi sumbing, mulut busuk, rambut botak dan lain2 yang menggambarkan kegangsteran dia. Nak jiwang2 couple2 ni jauh sekali la, hati memang sekeras batu. Bagaimana pula dengan gangster sekolah zaman sekarang?



Rabu, 30 Januari 2013

41 Antara Nazmi Faiz dan Messi Malaysia

Apa masalah pemain bola sepak kita?



Rabu, 12 September 2012

85 Dari mana asal usul perkataan POYO

Poyo... Apakah sebenarnya maksud dan makna poyo itu? Dari mana perkataan poyo itu datang? Dalam kamus Dewan dan Bahasa Pustaka tidak wujud pun perkataan poyo. Malah asal usul perkataan poyo tu pun sendiri dikatakan sangat misteri. Ia banyak digunakan oleh golongan remaja serta "young adults" macam aku ni time zaman2 sekolah dulu. Banyak orang2 tua tidak tahu akan kewujudan perkataan ini sampai ada seorang pak cik pernah bertanya pada aku "Poyo tu apa benda?".