Jumaat, 2 September 2022

0 Kalau tak tau cakap je tak tau tak payah palatao

1. Ada sekali tu masa aku tengah lepak dengan kawan aku si Man (bukan nama sebenar) kat kedai makan, tiba-tiba aku terserempak dengan member lama aku si Usin (bukan nama sebenar juga). So si Usin ni pun nak join la lepak kat meja kami.

2. Si Usin ni dia juruteknik komputer, dulu satu tempat kerja dengan aku sebelum dia dapat kerja kat gomen. Usin ni salah seorang member aku yang sangat palatao. Dia rasa semua benda dia tau. Semua benda dia nak ulas.

3. Tambah lagi dia ni jenis orang yang kalau sembang susah nak berhenti, sampai kadang-kadang aku tak nak argue apa dia cakap walaupun aku tahu apa dia cakap tu salah sebab dah tahap malas nak layan. Cakap je la apa pun aku angguk je sampai la akhirnya dia berhenti sendiri.

4. So berbalik pada cerita kat kedai makan tadi, aku pun tanya la dia kat gomen kerja kat mana sekarang, dia cakap lah dia sekarang kerja kat Kementerian A. Aku pun sambung la sembang sikit-sikit. Tapi member aku sorang lagi si Man ni dia tak kenal si Usin, jadi dia pun tanya la si Usin pasal hal-hal berkaitan Kementerian A tu. Si Usin pun apa lagi dia jawab la semua soalan Man.

5. Disebabkan Usin macam boleh jawab semua soalan Man, Man tanya lagi macam-macam soalan. Si Usin terus menjawab dengan sangat yakin dan konfiden, walaupun aku tau ada benda yang dia cakap tak betul dan banyak benda dia goreng.

6. Tak lama lepas Man bertubi-tubi tanya soalan sampai Usin tergagap-gagap nak jawab, akhirnya si Usin cakap, "Aku tak tau la pasal tu. Benda tu semua department lain jaga. Aku kat situ juruteknik komputer repair PC dan tukar printer je", sebelum dia angkat kaki dan blah dari situ. Aku dalam hati gelak je kah kah kah. Kalau kau cakap dari awal benda tu bukan bidang kau kan senang.

7. Orang palatao macam Usin ni ramai. Jenis kalau kau sembang la pasal apa pun, pasal politik ke, ekonomi ke, dunia ke, agama ke, anime ke, motor ke, ketenteraan ke, game ke, gajet ke, sukan ke, hiburan ke, semua benda lah dia palatao. Kalau ada argument, dia mesti nak betul, dia mesti nak menang.

8. Malah bila sembang pasal sesuatu, dia pun mesti ada je kawan yang buat benda tu. Contohnya bila sembang pasal polis, dia akan cakap "Aku ada kawan polis bla bla bla". Sembang pasal mat rempit, dia cakap "Kawan aku pun mat rempit bla bla bla". Sembang pasal bola, dia cakap "Aku pun ada kawan pemain bola bla bla bla".

9. Apa la salahnya kalau kau tak tau, cakap je tak tau. Kalau kau tak tau pun its okay, orang takkan judge pun atas ketidakketahuan kau tu. Tak perlu juga argue untuk semua perkara. Tak perlu nak reka cerita semata-mata nak bagi nampak kau lebih hebat. I don't care. Aku tak peduli.

10. Aku sendiri pun tak tahu semua benda yang tempat kerja aku buat, dan aku tak perlu tahu. Cukup aku tahu pasal kerja aku sahaja. Bila orang tanya benda yang di luar pengetahuan aku, aku cakap je tak tahu, dan aku suruh je dia call nombor helpdesk, biarlah orang yang lebih arif jawab. Buat apa nak tunjuk pandai benda yang kita tak tahu, last-last benda tu akan menyusah dan memakan diri kita balik.

 


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: tak tau cakap payah palatao buat kepala semua benda tahu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.