Khamis, 31 Mei 2018

5 Tindakan kerajaan baharu 3 minggu selepas PRU14

Sudah 3 minggu sejak kerajaan Malaysia ditadbir Pakatan Harapan selepas PRU14. Banyak perkara dan peristiwa yang telah berlaku sejak dari itu, suatu yang kita sendiri tak pernah menjangkakan. Banyak pengumuman dilaksanakan, banyak pendedahan dibuat, banyak perubahan dilakukan, demi untuk mengejar manifesto 100 hari Pakatan Harapan.

Dan berikut, merupakan intipati dan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sebuah sidang media selepas mesyuarat kabinet kali kedua semalam serta sedikit komen dan ulasan aku tentang pengumuman ini:



Isnin, 28 Mei 2018

4 Terjemah ilmu dalam bahasa asing ke bahasa ibunda

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan.

Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003. Akhirnya pada 8 Julai 2009 dasar ini akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah kajian mendalam dilakukan.



Sabtu, 26 Mei 2018

9 Apa yang menjadikan suatu negara itu terkenal?

Kebanyakan negara ada suatu perkara, yang menjadi tanda kehebatan, kebanggaan, populariti, gaya hidup, pop culture, ikutan, tarikan, pusat tumpuan dan penjana ekonomi, malah ia menjadi ikon dan trademark bagi negara tersebut untuk dikenali di seluruh dunia sehingga ada yang menjadi agenda nasional kerana ia boleh memberi sumbangan yang banyak kepada hasil negara.


Rabu, 23 Mei 2018

7 Sebenarnya masih ramai yang sayangkan UMNO dan BN

Sudah 2 minggu tampuk kepimpinan dan kerajaan Malaysia berubah. Saat keputusan PRU14 diumumkan tatkala hening pagi 10 Mei 2018, orang ramai tak kira penyokong BN, PH, PAS atau pengundi atas pagar yang terkedu, tergamam dan langsung tidak menyangka dan tak dapat membayangkan yang BN akhirnya tewas setalah 60 tahun lebih mentadbir Malaysia.

Malah ramai penyokong BN terutama mereka dari generasi lama, golongan ibu bapa kita, golongan tua dan warga emas turut bersedih sehingga mengalirkan air mata seolah-olah tidak percaya dan tidak sanggup menerima berita kekalahan itu, seperti yang dikongsi oleh netizen di Twitter ini.



Isnin, 21 Mei 2018

8 Perlukah pelantikan Menteri Pendidikan dibantah?

Beberapa hari lepas, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan barisan kabinet dalam kalangan ahli komponen parti Pakatan Harapan (PH), antaranya adalah Dr. Maszlee Malik yang dilantik sebagai Menteri Pendidikan. Namun belum apa-apa sudah kedengaran suara-suara sumbang yang menentang dan membantah pelantikan itu, antaranya Siti Kasim, seorang peguam dan aktivis berideologi liberal.



Ahad, 20 Mei 2018

7 20 Juadah yang popular ketika bulan Ramadhan

Bila tiba bulan Ramadhan, antara yang meriah adalah aneka juadah yang dijual di pasar atau bazar Ramadhan. Namun banyak juadah yang boleh kata kita mudah nak jumpa di mana-mana pasar Ramadhan tapi agak susah nak jumpa ketika di bulan lain. Kalau ada pun mungkin hanya di gerai dan restoran tertentu atau di pasar malam.



Jumaat, 18 Mei 2018

5 Rentetan peristiwa penting seminggu selepas PRU14

Seminggu sudah pun berlalu sejak Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran kerajaan Malaysia setelah menang PRU14 yang diadakan pada 9 Mei 2018 yang lepas. Dalam satu minggu ini juga, macam-macam peristiwa telah berlaku. Berikut adalah ringkasan antara peristiwa yang telah pun berlaku selepas Tun Dr Mahathir Mohamad memulakan tugas sebagai Perdana Menteri.



Selasa, 15 Mei 2018

3 Kerajaan baru sudah mula dihujani berita palsu

Tak sampai seminggu gabungan Pakatan Harapan memerintah kerajaan Malaysia, sudah banyak berita palsu atau fake news dan juga rungutan yang boleh menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi bertebaran di media sosial.



Ahad, 13 Mei 2018

3 Bagaimana kerajaan PH boleh kekal lama berkuasa?

Sebelum ini aku menulis tentang bagaimana parti UMNO dan BN boleh mendapatkan kembali keyakinan dan sokongan rakyat kepada mereka. Kali ini aku akan mengulas tentang bagaimana kerajaan PH pula boleh mengekalkan kuasa mereka untuk tempoh yang lama.

Ini adalah kali pertama parti selain BN memegang tampuk kepimpinan negara. Sebelum ini parti seperti PKR, DAP dan PAS hanya pernah menerajui kerajaan negeri tapi bukan kerajaan persekutuan, maka bagi Pakatan Harapan secara keseluruhannya tentu ini adalah suatu pengalaman yang baru bagi mereka meskipun Tun Mahathir sebelum ini pernah memerintah Malaysia selama 22 tahun.



4 Bagaimana UMNO-BN boleh dapat kembali sokongan?

Setiap kali parti selain BN kalah, penyokongnya tak rasa sedih dan malu sangat sebab dah biasa sangat kalah, malah boleh lagi lantang bersuara.

Tapi bila parti BN kalah, dia punya sedih dan malu terduduk tu lain macam sebab sebelum ni tak pernah kalah, malah ramai penyokong yang terus diam, ada yang tutup akaun FB terus. Ada juga yang bergaduh dan bercakaran saling menyalah sesama sendiri.

Dan aku sendiri, walaupun bukan penyokong BN, bila tengok wajah sugul Najib kat TV, baca status KJ, tengok tiada sambutan ulangtahun UMNO yang meriah seperti tahun-tahun sebelum, pun timbul rasa hiba dan sayu.



Sabtu, 12 Mei 2018

1 Golongan yang harus bersikap neutral dalam politik

Sebagai seorang rakyat Malaysia, adalah tidak salah untuk kita menyata, menzahir dan memberi sokongan kepada mana2 parti politik, namun ada keadaan kita perlu bersikap neutral atau berada atas pagar dan tidak perlu menyatakan sokongan secara terbuka.

Berikut antara golongan yang perlu bersikap neutral dalam politik agar tidak memakan diri kelak:


4 Cabaran dan tanggungjawab rakyat selepas PRU14

Tun Mahathir akhirnya telah sah menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7. Barisan kerajaan baru yang bakal ditubuhkan kelak pasti akan melalui cabaran yang sangat besar memandangkan ini kali pertama parti selain BN mengurus dan mentadbir negara Malaysia.

Namun rakyat terutama yang menyokong dan mengundi PH dalam PRU14 serta seluruh rakyat amnnya turut mempunyai cabaran dan tanggungjawab.


Jumaat, 11 Mei 2018

3 Pasca PRU14: Menuju Malaysia Baru

Inikah revolusi
Atau hanya ilusi
Bagaikan mimpi jadi realiti

Sejak beberapa hari yang lalu, aku sering mainkan lagu ini. Mendengar lagu ini, macam masih tak percaya, baru hari Selasa yang lepas PM kita masih Najib muncul kat TV bagi amanat, dan hari ini, kita sudah ada kerajaan yang baru, dan PM yang baru, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.



Khamis, 10 Mei 2018

6 Bagaimana Pakatan Harapan akhirnya menang PRU14?

Pilihan Raya Umum ke-14 yang berlangsung semalam menyaksikan sebuah sejarah baru tercipta, sebuah peristiwa yang belum pernah negara kita lalui lagi, iaitu jatuhnya parti yang telah memerintah negara Malaysia selama 60 tahun sejak merdeka iaitu Barisan Nasional (dulunya Parti Perikatan), dan buat pertama kalinya ia dimenangi oleh parti yang selama ini menjadi pembangkang iaitu gabungan PKR, DAP, PAN, PPBM, WARISAN dan lain-lain yang membentuk Pakatan Harapn.

Syabas dan Tahniah buat Pakatan Harapan!



Selasa, 8 Mei 2018

1 Rakyat adalah majikan, ahli politik adalah pekerja

Rakyat kena faham, kita mengundi untuk pilih orang yang boleh bekerja untuk kita, bukan kita nak bekerja dengan siapa. Kita kena ada mindset yang kita adalah majikan dan calon PRU adalah calon pekerja.

Maka kalau kita jadi majikan, biasanya nak pilih pekerja ada 2 cara:

1. Ambil orang lama sebab mereka lebih berpengalaman. Namun begitu orang lama ni biasanya lebih demand, kurang semangat, lay back, susah nak dikawal, pandai macam mana nak manipulate kerja dan orang dan sebagainya.

2. Ambil orang baru sebab walaupun mereka kurang pengalaman, namun mereka kurang demand, lebih rajin dan bersemangat nak kerja, passionate nak belajar benda baru, mudah ikut cakap majikan, takut nak buat salah dan sebagainya.


Isnin, 7 Mei 2018

4 Perbandingan manifesto BN, PH dan GS untuk PRU14

Menjelang PRU14, parti politik di Malaysia telah membentangkan manifesto perjuangan masing-masing untuk merebut kepercayaan rakyat dalam mengemudi negara sepanjang tempoh lima tahun ini.

Walaupun kita sering dihidangkan dengan berita dan cerita yang penuh kontroversi, provokasi, kutuk mengutuk antara satu sama lain, tapi mereka sebenarnya ada janji manifesto yang mungkin kita jarang dengar dan ambil tahu. Daripada kita layan perkara-perkara yang negatif, adalah lebih baik kita lihat dan nilai sendiri tawaran setiap parti kepada rakyat untuk PRU14 ini.

Berikut adalah 15 ringkasan perbandingan manifesto oleh Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Gagasan Sejahtera (GS) dalam bentuk infografik bagi aspek utama seperti aspek Pekerjaan, Pendidikan, Kesihatan, Kos Sara Hidup, Sabah & Sarawak dan sebagainya.



Ahad, 6 Mei 2018

4 Suasana pilihan raya paling teruk, kotor dan jijik

Tarikh mengundi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tinggal beberapa hari lagi. Namun pada pandangan aku suasana pada PRU14 kali ini antara pilihan raya yang paling teruk, kotor dan jijik pernah aku rasa, apatah lagi kita sekarang hidup di zaman kecanggihan teknologi Internet dan kepesatan media sosial, ditambah lagi PRU kali ini menyaksikan pertembungan antara 3 gabungan parti yang besar di Malaysia.

Kenapa aku merasa demikian?