Tak sampai seminggu gabungan Pakatan Harapan memerintah kerajaan Malaysia, sudah banyak berita palsu atau fake news dan juga rungutan yang boleh menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi bertebaran di media sosial.
Bermula dari senarai menteri kabinet palsu...
Kemudian kenyataan media palsu dari Kementerian Kewangan tentang pemansuhan GST berkuatkuasa 1 Jun 2018...
Selepas itu berita palsu tentang Sultan Brunei menderma USD1 billion kepada kerajaan Malaysia tanpa perlu bayar balik...
Ditambah lagi dengan rungutan dan luahan kakitangan kerajaan yang telah ditamatkan kontrak perkhidmatan serta merta...
Yang rupa-rupanya mereka adalah penjawat awam berstatus kontrak lantikan politik, bukan kakitangan kerajaan berstatus tetap melalui lantikan SPA malah telah diperjelaskan oleh CUEPACS...
Itu baru sebahagian isu yang popular dan viral, ada juga isu-isu kecil lain yang turut dibangkitkan berkaitan kerajaan yang baru ini.
Aku tak mahu menuduh siapa sebenarnya dalang di sebalik berita-berita palsu ini, boleh jadi cybertrooper pihak pembangkang, boleh jadi orang biasa buat troll, atau mungkin penyokong parti politik tertentu yang cuba menangguk air yang keruh, namun tak sampai beberapa hari kerajaan baru dibentuk, nampaknya perang saraf politik di alam maya sudah pun bermula.
Kalau macam ni la gayanya aku harap Akta Antiberita Tidak Benar tidak perlu dimansuhkan sebaliknya digunakan sebaik-baiknya oleh kerajaan untuk menangani masalah berita tidak benar ini.
Malah kerajaan juga mungkin perlu bentuk dengan segera satu pasukan task force yang ditugaskan hanya untuk mengekang dan menangani berita-berita palsu ini dan memberi kenyataan rasmi tentangnya dengan cepat dan pantas agar ia tidak terus menular dan menjadi barah hingga membawa kerosakan terhadap imej kerajaan yang baru ini.
Dan kita juga tak perlu lah menggelabah beruk bila baca apa-apa berita di media sosial atau mendapat maklumat melalui Whatsapp tentang kerajaan yang baru ni. Semak balik kat laman web akhbar atau tonton berita kat Astro Awani. Berita kat Buletin TV3 dan Utusan Malaysia pun korang dah tengok dah.
Ingat, selagi tak keluar berita tersebut di saluran berita rasmi dan perdana, maka tak perlulah percaya bulat-bulat apa yang korang baca. Ini berita dari page FB merepek ntah apa-apa pun korang boleh percaya. Relaks jari tu tak payah menggelabah nak kongsi laju-laju.
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami
dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga
koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.
tags: berita isu palsu fake news selepas pru kerajaan baru
Selasa, 15 Mei 2018
3 ulasan:
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
nak bisjut?
BalasPadamkenapa nak cipta fitnah klau itu bukan hakikat....
BalasPadamcer tengok muka sekor2 yg dlm gambar atas tu... semua muka2 bijak pandai gak rasanya.... melayu kan... maka secara otomatiknya islam la kan
dah tu knp nak fitnah.... siap register nama sendiri kat neraka nampak gayanya
berita GST mansuh pd 1 Jun ni sahih ke idok?
BalasPadam