Selasa, 30 Jun 2020

0 Buasir Otak TV: Lawan ayat pickup line paling padu

Bila kau dan kawan suka kat perempuan yang sama dan berlawan ayat pickup line siapa lagi padu. Jom tonton animasi ini.



Isnin, 29 Jun 2020

2 Hard disk selalu penuh tapi tak tahu kenapa?

1. Kadang-kadang bila kita dah lama guna PC atau notebook, walaupun kita rasa kita tak banyak save atau download file, tapi hard disk kita selalu penuh, makin lama makin sikit space yang tinggal.

2. Lepas tu bila kita clear recycle bin dan buat disk cleanup pun, hard disk masih tinggal sikit ruang yang kosong. Kita pun mula berfikir, sebenarnya aku simpan apa dalam komputer ni sampai banyak makan hard disk space? Ada hard disk 500GB atau 1TB pun penuh juga.

3. Nak check satu-satu folder yang pakai space banyak ni jenuh juga. Dah check space kat directory tu, lepas tu nak kena check pulak satu-satu sub directory di dalamnya.



Ahad, 28 Jun 2020

0 Buasir Otak TV: Bila kawan ajak datang rumah

Bila kawan kau bosan ajak kau datang rumah dia hujung minggu untuk main game. Jom tonton animasi ini.



Jumaat, 26 Jun 2020

0 Buasir Otak TV: Parodi you memang sangat cute

Sketsa parodi bila kau cuba nak mengayat awek guna lagu You Memang Sangat Cute nyanyian Harith Zazman yang popular kat TikTok. Jom tonton animasi ini.



Khamis, 25 Jun 2020

4 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Pergi

Beberapa tahun lepas aku ada cipta sebuah lagu bertajuk Pergi. Sebab suara aku tak berapa sedap dan juga pelat "R", jadi aku tukar suara jadi chipmunk. Intro lagu ni aku gunakan untuk semua video Buasir Otak: The Komik (AWAKENING) yang aku letak kat channel Buasir Otak TV ni. Jadi aku nak kongsikan lagu penuhnya. Kalau tak sedap jangan marah ye, aku hanya mencuba. Nanti aku buat kartun lagi.



0 Beli durian dengan kulit VS beli isi durian

1. Aku suka makan durian. Dulu aku memang selalu beli durian timbang kulit.

2. Tapi sejak gerai durian kat kawasan perumahan aku ada jual durian yang dah siap bukak isi masuk dalam tupperware, aku suka beli yang tu je.

3. Sebab beli buah durian ni bagi aku macam ikut nasib. Aku pernah beli sebiji durian tak ingat jenis apa. Sekilo lebih kurang RM25.



Rabu, 24 Jun 2020

0 Buasir Otak TV: Kawan ramai follower kat Internet

Bila kawan dah popular ada ramai kawan maya dan follower media sosial kat Internet, mula lah sombong dan lupa daratan tak peduli kawan dunia nyata. Jom tonton animasi ini.



Isnin, 22 Jun 2020

0 Buasir Otak: The Komik (AWAKENING) suatu kenangan


1. Tahun 2016.

Tahun ini agak istimewa bagi aku. Masa tu aku rancang satu plan yang agak gila untuk buat komik indie Buasir Otak yang ke-4 iaitu Buasir Otak: The Komik (AWAKENING). Hasilnya aku berjaya kumpulkan 55 orang pengkarya untuk berkolaborasi dalam sebuah komik setebal 300 muka surat. Dalam komik tu ada 56 cerita komik pendek. Projek ni mengambil masa sehingga 8 bulan juga lah untuk disiapkan.

2. Berbekalkan duit sendiri, untuk permulaan aku cetak 150 unit. 56 unit aku bagi kepada semua pengkarya yang terlibat, baki aku jual RM25 seunit. Sejujurnya tak balik modal pun walaupun terjual semua sebab kos printing tinggi. Namun disebabkan ada permintaan lagi, aku cetak lagi 150 unit dan Alhamdulillah habis dalam tempoh 6 bulan.



0 Buasir Otak TV: Mimpi yang panjang

Hidup ini... bagaikan sebuah mimpi yang panjang, yang bermula saat kita muncul ke dunia, dan berakhir saat kita meninggalkannya. Jom tonton animasi ini.



Ahad, 21 Jun 2020

0 Buasir Otak TV: Slow Mo Battle - Coki VS Budak 46

Antara dua orang ikon slow mo tempatan iaitu Coki dan Budak 46, siapakah yang lebih hebat? Teknik slomo siapakah yang paling mantap? Persoalannya bakal tidak terjawab dalam video ini. Jom tonton animasi ini.



0 Mencari audien sasaran yang tepat bagi Youtuber

1. Kali ni aku nak share sikit tips untuk Youtuber, tapi tak semestinya untuk Youtuber sahaja. Benda ni boleh apply juga pada benda lain seperti bisnes, muzik, filem, komik, buku dan sebagainya.

2. Buat Youtube ni sebenarnya sama macam buat bisnes menjual barang dan perkhidmatan. Channel Youtube dan video-video kita adalah produk kita. Ramai orang nak buat Youtube, tapi strategi dan fokus kurang berkesan. Ini tidak termasuk bagi orang yang buat Youtuber lalu bernasib baik contentnya jadi viral. Jadi aku nak share sikit berdasarkan pengalaman aku sendiri.

3. Bila kita mula buat Youtube, biasanya orang pertama yang kita suruh tengok dan Sub adalah dari kalangan kawan dan keluarga kita. Biasanya mereka akan Sub, tapi mungkin tidak tengok video kita sebab tak minat dengan content kita. Mereka Sub pun atas dasar ikatan keluarga dan kawan. Lagipun volumenya sangat kecil kerana bilangan kawan dan keluarga kita tak lah banyak mana.



Sabtu, 20 Jun 2020

0 Buasir Otak TV: Aku si Jiwa Kosong

Manusia mengalami pelbagai perasaan dan emosi. Gembira, teruja, seronok, sedih, cemburu, kecewa, marah, benci dan dendam. Namun perasaan yang paling dibenci oleh manusia, adalah jiwa berada dalam kekosongan. Jom tonton animasi ini.



Jumaat, 19 Jun 2020

0 Buasir Otak TV: Jurujual hina pelanggan

Bila jurujual berlagak menyindir dan hina pelanggan kerana hanya menilai mereka dari rupa luaran sahaja. Jom tonton animasi ini.



6 Akidah boleh terjejas tanpa kita sedari

1. Minggu lepas lalu kat timeline aku orang share post seperti ini, "Sesuatu yang ingin kamu lakukan seandainya tidak dilarang dalam agama". Hantaran tu asalnya dari orang Indonesia, tapi ada juga orang Malaysia yang jawab dan kongsi.

2. Antara yang dikomen adalah "tak payah solat", "tak payah beribadah", "buat tatoo", "tukar jantina", "kahwin kaum sejenis",  "minum arak", "mencuri", "berzina", "merogol", "bunuh orang", "bunuh diri" dan macam-macam lagi hal yang dilarang dalam agama.

3. Lagi menyedihkan apabila ada juga orang Melayu Islam yang turut sama kongsi dan menyatakan keinginannya untuk melakukan sesuatu yang dilarang oleh agama.



Khamis, 18 Jun 2020

1 Buasir Otak TV: Usah ambil gambarku

Menceritakan tentang seorang gadis yang suka mengambil gambar dan mahu bergambar dengan atuknya, lantas dimarahi oleh atuknya yang benci mengambil foto kerana tidak mahu dibayangi kenangan pahit. Jom tonton animasi ini.



Rabu, 17 Jun 2020

2 Buasir Otak TV: Parodi Burung Puyuh & Ayam Goyeng

Bila kau tiba-tiba didatangi oleh orang yang tak dikenali cakap pasal burung puyuh dan ayam goyeng. Jom tonton animasi ini.



Isnin, 15 Jun 2020

0 Buasir Otak TV: Si Comot menemui bahagia

Mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang sering melawan nasihat ibunya dan asyik keluar pergi ke cyber cafe untuk bermain game dengan kawan-kawannya, sehinggalah dia terjumpa dengan seekor kucing terbiar membuatkan sikapnya berubah. Jom tonton animasi ini.



4 Runtuhnya generasi muda bila ibu bapa tidak peduli

1. Tular pasal cikgu buat group Whatsapp untuk murid kelas, murid-murid dia tukar nama group kelas 'Kami Tak Nak Homework'. Lepas tu ada pula yang left group.

2. Ada juga cikgu mengadu dia buat video pembelajaran upload kat Youtube, suruh semua murid-murid subjek dia tengok. Video dia cuma ada 10 views je sedangkan bilangan muridnya lebih ramai.

3. Anak buah aku sendiri, kelas dia dalam 40 orang. Ada sekali tu cikgu Sains dia invite Google Meet untuk buat kelas online. Yang join, anak buah aku, kawan dia seorang, dan cikgu dia. 3 orang je.



Sabtu, 13 Jun 2020

6 Buasir Otak TV: Permainan zaman dulu VS sekarang

Zaman 80/90-an dulu banyak permainan kanak-kanak/tradisional yang popular terutama di negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Indonesia dengan pelbagai nama dan versi tersendiri, antaranya Batu Seremban, Congkak, Konda Kondi, Teng Teng dan sebagainya.

Namun di zaman serba moden dan berteknologi ini, ada di antara permainan lama ini yang masih diwarisi dan dimainkan oleh kanak-kanak masa kini, ada juga yang hanya dimainkan ketika acara sukaneka atau hari keluarga, namun ada yang sudah pun tenggelam dek zaman dan hanya tinggal kenangan sahaja kerana kanak-kanak zaman ini lebih gemar bermain game seperti PUBG, FreeFire, Roblox, Minecraft dan Mobile Legends.

Jom tonton animasi ini.



4 Malaysia lubuk duit orang luar negara

1. Malaysia adalah sebuah negara yang unik. Dari dulu lagi, Malaysia dah menjadi lubuk duit bagi pekerja-pekerja asing yang datang secara sah mahu pun tidak sah terutama dari negara membangun untuk bekerja mencari rezeki di negara kita terutama dalam sektor 3D (Dirty, Dangerous & Difficult)

2. Di zaman teknologi ini pula, Malaysia sekali lagi menjadi lubuk duit bagi orang luar negara, bukan sahaja dari Negara Membangun malah dari Negara Maju seperti US, Jepun, Korea Selatan, negara-negera Eropah dan sebagainya, sama ada mereka datang ke Malaysia, atau pun buat duit dari negara mereka sahaja tanpa perlu menjejakkan kaki di Malaysia.

3. Kerana apa? Kerana kebanyakan orang Malaysia secara umumnya mengkagumi orang luar, lebih-lebih lagi dari negara maju. Kita kagum dengan orang caucassian berkulit putih, kita kagum dengan orang Jepun dan Korea.



Jumaat, 12 Jun 2020

2 Yang boleh buat, buat. Yang tak boleh buat, ajar

1. Pepatah Inggeris ada mengatakan, "Those who can, do; those who can't, teach".

2. Secara literalnya ia bermaksud, orang yang dapat melakukan sesuatu dengan baik boleh bergantung hidup dengannya, manakala orang yang tidak dapat melakukan sesuatu dengan baik boleh bergantung hidup dengan mengajar.

3. Pepatah ini sering disalah ertikan apabila ia dilihat seolah-olah downgrade profesion guru, yang mana orang yang jadi cikgu kerana dia tak reti buat kerja lain.



Khamis, 11 Jun 2020

2 Buasir Otak TV: The Miracle

Diadaptasi dari kisah benar, cerita tentang seorang lelaki yang pergi ke luar negara untuk bertarung dalam sebuah Kejohanan MMA (Mixed Martial Arts) untuk merebut hadiah kemenangan wang ringgit demi membayar bil perubatan ibunya yang sakit. Jom tonton animasi ini.



Rabu, 10 Jun 2020

2 Buasir Otak TV: Kisah di sebalik lagu Hutang Part 2

Memanda Fasola tikam di tapak kakinya
Dah memang kau salah ku taboh kau pon tak apa

Tahukah anda kisah di sebalik lagu Hutang yang popular itu oleh kumpulan Floor88? Ini sambungan Bahagian 2...

Jom tonton animasi ini.



Isnin, 8 Jun 2020

0 Buasir Otak TV: Jangan tinggalkan ibu

Menceritakan tentang seorang gadis yang bakal menduduki SPM tidak lama lagi, namun degil dan tidak mahu mendengar nasihat ibunya, lalu mengambil keputusan untuk melarikan diri dari rumah kerana merajuk akibat dimarahi ibunya. Jom tonton animasi ini.



0 Teknik mudah simpan dokumen ke format PDF

Mungkin ada yang dah tahu, tapi bagi yang tak tahu, ni saya nak share satu kaedah paling mudah nak simpan atau convert sebarang jenis dokumen atau fail ke format PDF.

Teknik ini boleh digunakan di semua komputer Windows 10 tanpa perlu install atau gunakan sebarang perisian PDF atau converter tools.

Langkah-langkahnya mudah sahaja:



Ahad, 7 Jun 2020

0 Buasir Otak TV: Pekerja cuba scam bos

Bila bos merasakan pekerja IT di syarikatnya cuba scam dan menipu dengan membeli printer rosak.  Jom tonton animasi ini.



Jumaat, 5 Jun 2020

0 Buasir Otak TV: Masihkah kau ingat kawan?

Sebuah cerita tentang dua orang lelaki yang masuk bekerja di sebuah syarikat bersama-sama, lama kelamaan hubungan mereka rapat dan menjadi sahabat baik, namun segalanya berubah apabila salah seorangnya dinaikkan pangkat. Jom tonton animasi ini.



Khamis, 4 Jun 2020

0 Buasir Otak TV: Bila kawan suka minta tolong

Bila ada kawan yang suka tolong orang, mulalah ada orang yang lain yang suka minta tolong dan ambil kesempatan atas kebaikan kawan itu. Jom tonton animasi ini.



Rabu, 3 Jun 2020

0 Buasir Otak TV: Majikanku juniorku

Sebuah kisah tentang seorang gadis suka membuli junior ketika dia masih belajar di universiti, kini sukar untuk mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian. Namun segala-galanya berubah apabila dia bertemu semula dengan junior yang sering dibulinya dulu. Jom tonton animasi ini.



Selasa, 2 Jun 2020

0 Buasir Otak TV: Bocah kurang ajar kat Internet

Bila ada budak-budak suka tulis komen yang biadab dan kurang ajar di Internet dan media sosial. Jom tonton animasi ini.



Ads RichPartners