Isnin, 29 Jun 2020

2 Hard disk selalu penuh tapi tak tahu kenapa?

1. Kadang-kadang bila kita dah lama guna PC atau notebook, walaupun kita rasa kita tak banyak save atau download file, tapi hard disk kita selalu penuh, makin lama makin sikit space yang tinggal.

2. Lepas tu bila kita clear recycle bin dan buat disk cleanup pun, hard disk masih tinggal sikit ruang yang kosong. Kita pun mula berfikir, sebenarnya aku simpan apa dalam komputer ni sampai banyak makan hard disk space? Ada hard disk 500GB atau 1TB pun penuh juga.

3. Nak check satu-satu folder yang pakai space banyak ni jenuh juga. Dah check space kat directory tu, lepas tu nak kena check pulak satu-satu sub directory di dalamnya.


4. Jadi nak check hard disk space dengan mudah, aku sarankan pakai software TREESIZE. Boleh Google je dan download. Dia ada versi Free dan Pro, tapi untuk sekadar check disk space, pakai free version pun dah memadai.


5. Software ni akan paparkan semua saiz directory dan sub directory yang ada dalam hard disk kita dan sort yang paling banyak guna space di atas. Jadi kita boleh tengok terus folder apa sebenarnya yang makan banyak space.

6. Korang boleh tengok la directory mana yang besar sangat tu, folder Downloads ke, folder Documents ke, folder movie ke, folder lagu MP3 ke, folder gambar ke, folder kerja ke dan sebagainya. Jadi boleh lah padam atau pindahkan ke external hard disk file-file yang besar sangat tu.

7. Tapi kadang-kadang ada juga sub directory yang selain file korang sendiri yang makan banyak space seperti sub directory di bawah directory Windows, Users, Program Files, ProgramData, AppData dan sebagainya.

8. Folder dan file-file besar yang ada dalam directory tu sebenarnya ada yang tak penting dan boleh dipadam seperti file temp, cache, log, malware dan sebagainya. Tapi kalau korang tak tahu boleh padam ke tak, cuba dapatkan nasihat dari kawan-kawan korang yang pakar IT dulu. Takut tersalah delete, Windows pulak tak boleh bukak pulak nanti.

9. TIPS: Bila korang delete file dalam komputer, file tu akan masuk ke Recycle Bin dulu, lepas tu korang kena kosongkan Recycle Bin untuk betul-betul padam file tu atau restore balik kalau nak. Tapi kalau korang nak padam terus file tanpa dia masuk Recycle Bin, tekan Shift + Delete. Cuma hati-hati, file yang dah dipadam cara ni takkan dapat direstore kembali.

Kongsikan jika anda rasa bermanfaat bagi diri anda dan juga orang lain.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: teknik tutorial panduan cara kaedah mudah hard disk space storage disc selalu penuh tak tahu kenapa treesize free download


2 ulasan:

  1. Yang jem kalau besar-besar macam temp files, cache apa tu. Teman tak berani ngusik nye...Hahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau tak pasti boleh cuba Google - is it safe to delete [nama file]

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.