Khamis, 30 Jun 2016

13 Perompak digital rembat duit atas usaha orang lain

Cetak rompak.

Baru-baru ini viral di media sosial FB ada orang menjual USB Pen Drive yang mengandungi pelbagai kandungan video animasi tempatan seperti Didi & Friends, Upin Ipin, Pada Zaman Dahulu, Boboboi dan juga luar seperti Pingu, Ultraman, Tom & Jerry dan sebagainya lalu menamakan produk mereka Smart Pendrive. Smart? Really?

Dan untuk menghalalkan produk mereka, mereka turut memasukkan video zikir dan doa agar nampak lebih Islamik. Harga pula? Kena Whatsapp dulu baru tahu harga.



Rabu, 29 Jun 2016

16 Melayu Liberal dan Melayu Islamik

Liberalisme.

Liberalisme ialah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi. Liberalisme menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang. Dalam konteks lain, seorang yang berideologi liberal meletakkan hak kebebasan individu di atas segala-galanya termasuk agama. Mereka berpandangan setiap manusia itu berhak melakukan apa sahaja tanpa perlu terikat pada peraturan agama.

Di Malaysia seperti yang kita tahu, semua orang Melayu itu adalah Islam. Sama ada mereka seorang muslim yang patuh atau tidak, di dalam kad pengenalan mereka tetap Islam. Biasanya orang Melayu yang mahu keluar dari agama Islam atau murtad, mereka akan keluar dari negara Malaysia dan melepaskan kewarganegaraan mereka.



Selasa, 28 Jun 2016

24 Jenis housemate rumah sewa bujang yang haram jadah

Aku hidup menyewa di bandaraya KL. Pada awalnya aku menyewa sendiri sebab senang dan aku jenis yang tak mudah nak bermesra dengan orang. Aku sukakan privasi. Senang keluarga nak datang melawat bila menyewa sorang-sorang ni. Area bagus, banyak kemudahan yang disediakan. Kawasan orang berkeluarga pulak tu, jadi kes-kes sumbang tu sangat terkawal.

Tapi lama-lama sedih juga menyewa sorang-sorang ni. Tahun kedua aku terima sorang penyewa. Bukan orang lain, kawan time belajar jugak. Dah kenal orang dia macam mana. Dia pun sama macam aku, jenis yang tak sibuk hal orang. Jenis yang tak perlu nak bermesra-mesra sangat. Sewa bayar on-time. Memang bagus sangat. Tak ada yang aku tak berkenan.


Isnin, 27 Jun 2016

12 Kewajaran makan secara terbuka di bulan Ramadhan

Selepas dimalukan secara terbuka, Mrym Lee mempersoal kewajaran orang ramai menegur dan menghina terhadap golongan wanita yang makan pada bulan Ramadan.

Mrym Lee, yang juga merupakan seorang aktivis menimbulkan satu perdebatan mengenai isu pengawasan moral di negara ini menerusi akaun Facebooknya.

Dia berkongsi kisah bagaimana dia dan rakannya ditegur apabila kedua-dua mereka memutuskan untuk membantah gejala pengawasan moral dengan sengaja menjamu selera di khalayak ramai pada bulan Ramadan.


Ahad, 26 Jun 2016

8 Suami isteri ideal dari mata lelaki dan wanita

Dalam memilih pasangan hidup, kita akan mencari orang yang kita suka, seseorang yang mempunyai ciri-ciri lelaki/wanita idaman, yang memenuhi citarasa kita, yang sedap mata memandang, yang kita cuba untuk terima luar dan dalam, orang yang kita rasa dapat hidup bersama kita hingga akhir hayat. Maka bagaimana ciri-ciri seorang suami yang ideal mengikut pandangan mata lelaki dan wanita, dan juga ciri-ciri seorang isteri yang ideal juga mengikut pandangan mata lelaki dan wanita melayu.



Sabtu, 25 Jun 2016

6 Manusia mempunyai tiga jenis wajah yang berbeza

Pepatah Jepun menyebut, kita manusia mempunyai tiga jenis wajah. Wajah pertama adalah wajah yang kita tonjolkan kepada semua orang.

Wajah kedua kita hanya kita tonjolkan kepada ahli keluarga dan sahabat rapat. Dan wajah terakhir adalah wajah kita yang tidak seorang pun pernah melihatnya melainkan kita sendiri.



Jumaat, 24 Jun 2016

5 Megalomania: Merasa diri begitu hebat dan berkuasa

Dalam kehidupan seharian tiada seorang pun dapat menghindari diri daripada berkata-kata. Tetapi apabila kita berkata-kata secara berlebihan atau dalam erti kata yang lain bercakap besar, kita  sesungguhnya telah melakukan kesilapan. Kesan kepada tabii bercakap  besar ini boleh mewujudkan sifat-sifat negatif di kalangan masyarakat  seperti benci-membenci dan berlakunya kerenggangan komunikasi di  kalangan mereka. Lebih-lebih lagi bila kata-kata yang didengar itu diyakini kebenarannya meskipun dalam banyak hal tidak masuk akal.

Cakap besar yang melebihi batas sebenarnya merupakan sejenis penyakit. Bidang psikiatri mengistilahkannya sebagai Megalomania iaitu penyakit  merasa diri paling hebat dan berkuasa. Perkataan megalomania terdiri  daripada dua patah perkataan, iaitu 'mega' yang bererti besar dan 'mania' bermakna melampaui batas. Berdasarkan gabungan makna yang dijelaskan tadi, pengertian megalomania dirumuskan sebagai suatu pemikiran atau gagasan maha besar di luar batas tentang penting dan berertinya diri seseorang.



Khamis, 23 Jun 2016

6 Perkara paling asas yang perlu dididik di sekolah

Baru-baru ni banyak kawan-kawan yang share artikel dan link tentang perbezaan pendidikan negara dan luar negara. Saya setuju, cara pendidikan luar negara memang jauh berbeza dan secara peribadi saya merasakan bahawa ianya lebih relevan dengan situasi zaman sekarang. Tambahan pula terdapat seorang junior sekolah saya yang menetap di New Zealand dan beliau telah kongsi satu post daripada tadika di sana.


Rabu, 22 Jun 2016

11 Gadis Melayu dan cinta khayalan berpisah tiada

So today I saw this video of two lovebirds, dia sewa LIMO tuuuu untuk celebrate bday gf dia.. flower bouquet dia pon besar giler.. hehe.. I have nothing against the video. It’s the fellas’ money and he can do whatever he wants with the money no doubt.. apa salahnya dia nak gf dia jadi pwincesss..

But what got me moved is the amount of people tagging their boyfriends and husband on the video.. Alahai.. kesian kaum adam semalam and hari ni..




Selasa, 21 Jun 2016

5 Sindrom bodoh sombong suka menyalahkan orang lain

Ada satu jenis sindrom di kalangan masyarakat kita, iaitu menyalahkan orang lain atas kesilapan, kesalahan dan kegagalan diri sendiri. Penyakit ini biasa kita jumpa di mana-mana, di rumah, sekolah, universiti, kolej, pejabat, politik malah media sosial sekali pun. Setiap kali salah, sudahlah tidak mahu meminta maaf, salahkan pula orang lain atas kebodohan diri sendiri.

Bila kau buat salah, lalu kau salahkan ibu bapa, salahkan jiran, salahkan kawan, salahkan anak buah, salahkan admin page lain, salahkan follower, salahkan netizen, salahkan kaum lain, salahkan penganut agama lain, salahkan batu, salahkan pokok, salahkan haiwan, salahkan semua benda kecuali diri kau sendiri sebab kau rasa kau sentiasa betul dan tak pernah salah.




Isnin, 20 Jun 2016

5 Senioriti bukan lesen untuk buli dan aib junior

Budaya buli di sekolah mahu pun pusat pengajian tinggi bukanlah satu isu baharu malah di sesetengah IPT bagaikan sudah jadi satu kemestian buat para senior melakukan perbuatan buli bagi ‘menyambut’ kedatangan pelajar baharu.

Bagaimana pun sudah agak lama juga budaya buli atau ‘ragging’ tidak didengari hinggalah baru-baru ini, apabila seorang pengguna Twitter berkicau tentangnya sekali gus menjadi viral dalam beberapa hari lalu.


Ahad, 19 Jun 2016

4 Analisa keputusan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar

Pilihanraya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru berakhir semalam. Untuk makluman PRK ini diadakan setelah ahli parlimen kedua-dua tempat terlibat dalam nahas helikopter di Sebuyau sewaktu Pilihanraya Negeri Sarawak bulan lepas. Dalam kedua-dua PRK ini, seperti yang dijangka parti Barisan Nasional menang besar. PRK Kuala Kangsar menyaksikan pertembungan 4 penjuru antara calon BN, PAS, AMANAH dan Bebas manakala PRK Sungai Besar menyaksikan pertembungan 3 penjuru antara calon BN, PAS dan AMANAH.



Sabtu, 18 Jun 2016

10 Logik seorang atheist tentang kebebasan bersuara

Beberapa minggu yang lepas seorang warga Singapura yang berbangsa Cina dan juga seorang Atheist iaitu Amos Yee telah memuat naik video yang menghina agama Islam di laman Youtube miliknya di mana dia memberi tafsiran yang salah tentang isi kandungan Al-Quran, malah lebih teruk lagi telah mengoyak dan membuat perkara tak senonoh terhadap kitab suci Al-Quran.

Untuk pengetahuan, Amos Yee ini merupakan seorang bekas pelakon kanak-kanak, pernah ditahan dan didakwa beberapa kali kerana membuat video menghina bekas Perdana Menteri Singapura iaitu Lee Kuan Yew sejurus selepas kematiannya, dan juga membuat video yang mengandungi kata-kata keji dan menghina penganut Kristian. Tindakannya itu telah membuatkan dia pernah diserang ketika berada di tempat awam. Kali ini, dia mensasarkan agama Islam pula.



Jumaat, 17 Jun 2016

4 Bulan Ramadhan harga barang naik kerana sikap kita

Kenaikan harga barangan pada bulan Ramadan bukan disebabkan oleh cukai barangan dan perkhidmatan (GST), tetapi sikap orang ramai, kata Ketua Pengarah, Biro Tatanegara (BTN) Datuk Ibrahim Saad hari ini.

Ibrahim berkata orang ramai membeli melebihi keperluan mereka pada bulan puasa, yang menyaksikan permintaan yang tinggi dan bekalan yang rendah sehingga harga pula meningkat.

“Biasanya beli beras 3kg, tapi bulan puasa beli 10k. Telur biasa beli satu papan tiba-tiba beli tiga papan.

“Tapi dalam puasa kenapa beli banyak? Sebab nak puasa, tak makan. Saya tahu pasal isteri saya pun begitu,” katanya kepada kira-kira 100 kakitangan awam dan guru di ceramah mengenai isu-isu nasional di Sungai Besar hari ini.


Khamis, 16 Jun 2016

4 Elakkan anak dari menonton video karut di Youtube

Zaman sekarang memang ramai orang melayari dan menonton video daripada laman Youtube, dari yang kecil melayan lagu Didi and Friends Pak Atan ada ladang, yang remaja melayan video muzik K-Pop sehinggalah yang dewasa melayan macam-macam video dari yang bermanfaat sampailah video yang bukan-bukan.

Tak dinafikan juga ibu bapa zaman sekarang ramai yang memberi anak-anak mereka bermain smartphone, tablet atau komputer untuk menonton video Youtube tanpa sebarang pengawasan, namun tahukah anda di Youtube itu terlalu banyak video yang kandungan yang tidak elok dan tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak?



Rabu, 15 Jun 2016

3 Uji minda dengan Teka-Teki Buasir Otak

Bermula dari hari Rabu, 6 April 2016, kami telah menyiarkan segmen uji minda Teka Teki Buasir Otak di page FB Buasir Otak: The Komik yang dikelolakan oleh cEro dari blog cErolian - nULL & aLteRnate. Soalan bagi teka teki ini kami telah siarkan pada setiap hari Rabu jam 9 malam pagi manakala jawapannya pada hari Khamis jam 12 tengahari selama 10 minggu berturut-turut. Segmen ini telah pun berakhir pada hari Khamis, 9 Jun 2016 minggu lepas dengan siri ke-10 sebagai siri terakhir, dan dengan berakhirnya segmen ini maka kami kumpulkan kesemua soalan di sini.

Bagi yang tidak berkesempatan untuk mencuba sebelum ini boleh cuba untuk uji minda anda dengan kesemua 10 soalan mencabar yang telah kami kumpulkan ini. Jawapan disediakan di bahagian bawah selepas semua soalan. Anda juga boleh kongsikan teka-teki ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda di Whatsapp, Telegram dan media sosial. Selamat mencuba!



Selasa, 14 Jun 2016

5 Cara terbaik untuk menyebarkan berita khabar angin

Hari tu Felixia Yeap. Lepas tu Stacy. Kali ni Acapan. Ya, aku faham kita suka apabila ada orang bukan Islam mendekati dan memeluk agama Islam, namun kita kena la jadi muslim yang bijak, yang tahu menghormati privasi orang lain, yang memastikan suatu info itu tepat dan sahih baru kongsikan. Ini tidak, asal dapat info kat Whatsapp, kat FB, yang tidak disertakan sumber yang sahih, yang info masih lagi di level khabar angin, main sebar je tanpa berfikir panjang.

Seperti juga dengan berita kematian, dah berapa ramai dah orang mati hidup balik sebab ramai sangat kongsikan berita tak betul cakap orang itu dah meninggal sedangkan dia masih hidup. Itu belum dikira lagi dengan orang yang mereka-reka cerita fiksyen tapi dikatakan kisah benar konon atas nama nak berdakwah atau nak memberi pengajaran.



Isnin, 13 Jun 2016

13 Adakah darah orang gay halal untuk dibunuh?

Seorang lelaki menembak mati 50 orang dalam sebuah kelab gay yang sesak dengan pengunjung di sini, manakala 53 lagi cedera sebelum penyerang itu mati ditembak polis, petang semalam.

Penyerang dikenali sebagai Omar S Mateen, penduduk Port St Lucie, Florida, yang FBI setakat ini yakin dia pengikut kumpulan militan Negara Islam (IS) dan pihak berkuasa Amerika Syarikat menganggap dia serangan pengganas.

Seorang anggota polis yang bekerja sebagai pengawal keselamatan kelab itu berbalas tembak dengan penyerang kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan dan penyerang kemudian menawan pengunjung sebagai tebusan.


Ahad, 12 Jun 2016

7 Bulan Ramadhan bukan sekadar untuk dihormati

Di bulan Ramadhan ini, ada 3 jenis orang yang selalu kita jumpa. Pertama, orang yang berubah menjadi patuh semasa bulan Ramadhan kerana sekadar mahu menghormati bulan Ramadhan, namun selepas bulan Ramadhan dia kembali seperti asal. Kedua, orang yang tidak berubah ketika bulan Ramadhan kerana tidak mahu merasa hipokrit. Ketiga, orang yang menjadikan bulan Ramadhan ini sebagai titik perubahan dan penghijrahan untuk menjadi muslim yang patuh.



Sabtu, 11 Jun 2016

7 Kisah konflik keluarga group Whatsapp paling sayu

Kadang-kadang pergaduhan dan perselisihan di dalam keluarga di antara ibu bapa dengan anak-anak serta antara adik beradik boleh berlaku walau dalam group Whatsapp sekalipun. Namun sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, buangkanlah segala yang keruh dan ambil yang jernih. Layan video kisah perbualan sebuah keluarga dalam group Whatsapp yang ringkas tapi sangat kreatif dan boleh membuatkan orang menitiskan air mata.



Jumaat, 10 Jun 2016

6 Kasih ibu bapa tidak terbanding kasih anak

Rumah ibu bapa adalah rumah bagi anak-anak tapi tak semua rumah anak-anak adalah rumah ibu bapa.
Anak-anak boleh bebas dalam rumah ibu bapa.
Makan apa sahaja.
Tengok siaran TV ikut suka.
Guna apa saja kepunyaan ibu bapa ikut suka.

Tetapi...
Ibu bapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak-anak.
Tak boleh masak sesuka hati.
Makan apa yang ada dalam peti ais ikut suka.
Buat apa sahaja ikut suka.
Anak tetap akan berkecil hati dengan ibu bapa.


Khamis, 9 Jun 2016

9 Berpuasa tak perlu kalut dan menggelabah

Kita mula belajar berpuasa biasa ketika zaman kanak-kanak lagi, sudah mula berpuasa penuh ketika sudah akil baligh, selepas sekolah tamat biasanya puasa itu sudah menjadi alah bisa tegal biasa, dan semakin kita berusia semakin lama kita pun sudah menjadi biasa sangat untuk berpuasa di bulan Ramadhan.

Seseorang yang berusia 25 tahun mungkin sudah mempunyai 15 tahun pengalaman berpuasa. Ia suatu yang kita lakukan tiap-tiap tahun, bukannya benda yang pelik atau baru. Dan kita pun bukannya kanak-kanak lagi nak mengada-ngada waktu puasa, rasa lembik ya amat, tak boleh tahan tengok makanan, tak sabar gila nak tunggu waktu berbuka dan sebagainya.

Kita umat Islam umat yang kuat. Puasa itu sepatutnya menjadi perkara yang biasa bagi kita. Bukan kita seorang je pun berpuasa, berbillion-billion umat Islam satu dunia ni pun berpuasa. Puasa zaman Nabi dulu pun lagi banyak cabaran dan dugaannya berbanding berpuasa pada hari ini. Maka kenapa perlu kalut dan menggelabah bila ternampak dan terbau makanan depan mata ketika siang hari atau ternampak orang bukan Islam makan?



Rabu, 8 Jun 2016

15 Batman, vigilantism dan kempen tendang cermin sisi

Batman seorang vigilante. Vigilantism adalah tindakan mengambil undang-undang di tangan sendiri, tanpa autoriti. Sebagai vigilante, Batman sebenarnya watak anti-hero. Yang mendorong beliau ialah pegangan etika teleologi; iaitu matlamat menghalalkan cara. Batman melanggar undang-undang untuk menghukum mereka yang melanggar undang-undang. Bagi Batman, matlamat akhir menumpaskan penjenayah menentukan sama ada wajar atau tidak tindakan yang diambil.

Ia berbeza dengan norma etika deontologi yang mementingkan nilai moral dalam kaedah untuk mencapai matlamat. Matlamat tidak menghalalkan cara. Melanggar undang-undang atau memukul pesalah jalanraya tetap salah secara moral walau bagaimana baik sekalipun tujuannya.



Selasa, 7 Jun 2016

9 Feminisme, kesamarataan dan keadilan jantina

Hari ini isu feminisme menjadi topik hangat di dalam dunia dan juga media sosial. Kebiasaannya orang lelaki tidaklah begitu kisah tentang pergerakan dan perjuangan feminisme ini, namun bagi wanita pula ia telah mewujudkan golongan yang menyokong feminism manakala satu lagi kelompok yang anti-feminism di dalam dan juga luar negara. Golongan anti-feminism di Malaysia ini melihat gerakan feminism di Malaysia yang agak sudah lama bertapak ini sebagai sebuah perjuangan liberal yang dipengaruh barat sehingga meletakkan perjuangan mereka lebih daripada batas-batas agama dan budaya ketimuran.

Sebelum itu kita lihat sedikit apakah matlamat perjuangan feminisme ini. Feminism adalah suatu gerakan politik, ideologi, sosial yang mempunyai matlamat yang sama bagi wanita sejagat, sama ada kesaksamaan dalam ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan pekerjaan, juga antaranya hak-hak wanita untuk mengundi, hak untuk bekerja, bekerja di jabatan kerajaan, mendapat gaji yang setimpal, untuk memiliki hartanah, mendapat pendidikan, untuk memperoleh kontrak, kesaksamaan dalam institusi perkahwinan dan mendapat cuti bersalin yang pada suatu ketika lama dahulu, hak-hak seperti ini dinafikan terhadap kaum wanita.



Ahad, 5 Jun 2016

8 Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 2016/1437H

Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, kami dari blog Buasir Otak ingin mengucapkan kepada semua umat Islam selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menjalani ibadah berpuasa. Semoga ibadah kita diterima dan diberkati Allah Taala.



Sabtu, 4 Jun 2016

9 Wanita dalam novel dan drama luar negara VS tempatan

Realiti cerita novel dan drama zaman sekarang, di mana cerita novel dan drama luar negara banyak mengangkat martabat kaum wanita dengan menggambarkan wanita itu dengan watak seorang pemimpin, pejuang, bekerjaya, profesional, penuh karisma, berwibawa, bercita-cita tinggi dan hebat, sementara cerota novel dan drama tempatan kita masih di takuk lama dilambakkan dengan watak perempuan yang mengejar dan mendambakan cinta seorang suami yang kacak, kaya, anak dato', CEO syarikat, belajar oversea dan sempurna serba serbi.



Jumaat, 3 Jun 2016

7 Gejala pedofil dan gila seks yang semakin parah

Pedophile. Pedofil. Pedofilia. Pedo.

Ia bermaksud manusia yang mempunyai perasaan nafsu seksual terhadap kanak-kanak. Kebiasaannya gejala pedo ini berlaku di kalangan lelaki dewasa di mana mereka ghairah dan terangsang terhadap kanak-kanak perempuan atau lelaki. Ada juga pedo di kalangan wanita dewasa namun jumlahnya agak kecil dan terpencil.

Gejala pedo ini bukan sekadar berlaku di kalangan orang Melayu atau umat Islam sahaja malah di serata dunia, hatta bangsa Caucasian bermata biru yang ramai orang bangga-banggakan tu pun. Baru-baru ini keluar berita yang mengejutkan di mana seorang lelaki pedofil warga Britain iaitu Richard Huckle ditangkap dan dibicarakan atas kes penderaan seksual yang menjijikkan terhadap 23 kanak-kanak berusia antara enam bulan dan 12 tahun, dan 22 mangsa tersebut adalah daripada Malaysia!



Khamis, 2 Jun 2016

11 Kalau wanita boleh kahwin ramai padan muka lelaki

Poligami.

Dalam Islam, lelaki dibenarkan untuk berkahwin ramai tidak lebih dari 4 orang dalam satu-satu masa, wanita pula tidak boleh berkahwin ramai. Poligami itu sunnah, begitu juga dengan monogami dan juga amalan-amalan sunnah yang lain. Jika tidak mampu berkahwin ramai, kahwinilah seorang wanita sahaja.

Jika tak mampu berkahwin langsung, tak perlu berkahwin. Kerana perkahwinan ini tidak kiralah berkahwin seorang atau ramai, ia datang dengan tanggungjawab. Jika mahu berkahwin ramai, adalah wajib untuk suami berlaku adil dan membahagiakan kepada isteri-isterinya.


Rabu, 1 Jun 2016

6 Cerita Orang IT: Masalah

Perasan tak biasanya masalah yang berkaitan dengan peralatan IT ni sama ada PC ke, laptop ke, network switch, router, modem, handphone, server dan sebagainya bila bermasalah je, teknik penyelesaian pertama yang anda kena cuba lakukan adalah restart. Lepas dah restart tu kalau tak OK juga, baru cari solusi lain atau paling tidak hantar kedai untuk baiki je lah.