Memaparkan catatan dengan label Kemalangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kemalangan. Papar semua catatan

Sabtu, 16 April 2022

2 Apa salah budak basikal lajak dan pelanggarnya?

1. Untuk memberi pandangan adil terhadap isu pemandu yang melanggar budak basikal lajak, bagi aku kedua-dua pihak ada salahnya.

2. Bagi pihak budak-budak yang bermain basikal lajak di atas jalan raya besar tersebut pada jam 3 pagi, umum tahu memang mereka salah, atau lebih kepada salah ibu bapa kerana membiarkan anak mereka terjebak dengan aktiviti tersebut.


Khamis, 27 Mei 2021

1 Buasir Otak TV: Bila kereta api kiss each other

Bila ada berlaku kemalangan LRT berlanggar tapi ada orang cakap benda tu normal cuma 2 keretapi kiss each other je. Jom tonton animasi ini.


Selasa, 19 Mei 2020

1 Buasir Otak TV: Keputusan saat akhir

Mengisahkan tentang seorang lelaki yang menunggang motosikal cuba mengejar lampu kuning dan melanggar lampu merah. Tindakannya itu telah menyebabkan dia dilanggar dan hampir meragut nyawanya. Jom tonton animasi ini.



Rabu, 6 November 2019

1 Basikal lajak tidak perlu wujud atas jalan raya

1. Kes tragedi basikal lajak 2 tahun lepas baru melabuhkan tirainya minggu lepas, apabila tertuduh dibebaskan dari tuduhan memandu melulu hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada 18 Februari 2017.

2. Ramai yang dapat menerima keputusan itu, namun ramai juga yang tidak bersetuju. Ada juga yang mengaitkannya dengan politik dan isu perkauman. Aku sendiri nak kata setuju atau tidak, mahkamah dah buat keputusan, jadi suka atau tidak kita perlu hormat keputusan mahkamah.



Khamis, 16 Mei 2019

0 Remaja bunuh diri disebabkan undian Instagram?

1. Dua hari yang lepas dilaporkan dalam berita tentang kes seorang remaja perempuan membunuh diri dengan terjun bangunan di Kuching, Sarawak.

2. Dilaporkan juga sebelum mangsa membunuh diri, mangsa telah membuat poll di Instagram dengan catatan 'Really important, help me choose D/L'. 69% rakan Instagram mangsa memilih D. Mangsa turut memuat naik status 'WANNA QUIT F**KING LIFE I’ M TIRED' dalam Facebooknya, serta menulis status WeChat yang mengucapkan sayang kepada kawan-kawannya, yang ditulis dalam bahasa Cina.

3. Polis melaporkan bahawa remaja tersebut dipercayai tertekan selepas bapa tirinya berkahwin dengan wanita Vietnam di Singapura dan jarang pulang ke rumah mereka.

4. Aku sebenarnya tak nak ulas isu ni memandangkan ia agak sensitif, malah akhbar pun tak melaporkan siapa mangsa tersebut. Namun bila sebuah akhbar mendedahkan identiti mangsa, dan ramai pula yang nak acah-acah jadi hero, aku terpaksa juga menulis sesuatu.



Rabu, 17 Januari 2018

9 Nyawa tergadai akibat kebodohan orang lain

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan tragedi yang sangat menghayat hati tentang seorang remaja lelaki maut selepas ditimpa kerusi yang dicampak dari tingkat atas PPR Seri Pantai, Pantai Dalam. Mangsa, S. Sathirawan, 15, meninggal dunia di tempat kejadian akibat daripada hentakan kerusi pejabat yang tepat mengenai kepalanya.

Menurut ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, kejadian berlaku kira-kira pukul 8 malam.
Ketika kejadian, mangsa bersama ibunya baru pulang dari kedai runcit, tiba-tiba kerusi tersebut jatuh dari tingkat atas dan mengenai mangsa.



Selasa, 17 Oktober 2017

2 Impian yang gagal bukanlah untuk selamanya

Semua orang ada impian.
Semua orang memiliki cita-cita.
Setiap orang mahu mencapai impian mereka dan mengharapkan ia menjadi realiti.

Akan tetapi hakikatnya tidak semua mampu memperoleh apa yang mereka impikan.
Tidak semua orang akhirnya berjaya menemukan cita-citanya akibat gagal di tengah jalan.

Namun andai anda gagal menggapai impian anda, usahlah kuburkan impian tersebut bersama anda, sebaliknya wariskanlah impian tersebut kepada generasi baru.

Curahkan ilmu dan bakat yang anda ada kepada mereka. Berikan bimbingan, tunjuk ajar dan dorongan kepada anak-anak muda agar generasi akan datang akan terus maju dan membina kejayaan.

Baca sebuah komik dari buku kami yang terkini iaitu Buasir Otak: The Komik (AWAKENING) bertajuk Impian Yang Gagal oleh Nikey Ze.



Selasa, 21 Februari 2017

5 Tragedi maut basikal lajak harus jadi iktibar

Pertama sekali takziah diucapkan kepada keluarga mangsa tragedi nahas jalanraya sekumpulan remaja berbasikal dirempuh kereta di Jalan Lingkaran Dalam, Johor yang berlaku pada jam 3.00 pagi hari Sabtu lepas sehingga mengakibatkan 8 remaja maut. Sekarang baru aku rasa nak tulis tentang isu ini selepas ia reda sikit sebagai menghormati keluarga mereka yang terkorban. Lagipun benda pun dah berlaku, tak guna untuk kita memaki, menghina dan menyalahkan siapa-siapa, yang penting kita mengambil iktibar daripada kejadian ini agar ia tidak lagi berulang dan dapat dicegah pada masa akan datang.



Selasa, 12 Julai 2016

17 Kemalangan jalan raya: Buat laporan atau kawtim?

Pernah tak anda terlibat dalam sebuah kemalangan kecil di jalan raya, tak kira sama ada pihak anda yang salah atau pihak satu lagi, selepas sedikit pergaduhan kecil dan perbalahan, akhirnya anda dan dia pun kawtim bersetuju untuk tidak buat laporan kepada polis dan mahu setel sendiri-sendiri? Rasanya ramai yang macam ini kan terutama apabila melihat kerosakan kenderaan akibat kemalangan tidaklah begitu teruk dan rasa rugi jika claim insurance untuk baiki kerosakan kerana NCD (No Claim Discount) untuk insurans kenderaan akan kembali 0%.

Seorang lelaki ini berkongsikan pengalamannya di sebuah group FB di mana orang yang terlibat kemalangan dengannya bersetuju untuk settle sendiri namun akhirnya ditipu apabila pihak satu lagi membuat laporan polis. Sejauh mana kebenaran cerita beliau aku tidak tahu, tapi ia sesuatu yang kita boleh jadikan pengajaran.



Rabu, 8 Jun 2016

15 Batman, vigilantism dan kempen tendang cermin sisi

Batman seorang vigilante. Vigilantism adalah tindakan mengambil undang-undang di tangan sendiri, tanpa autoriti. Sebagai vigilante, Batman sebenarnya watak anti-hero. Yang mendorong beliau ialah pegangan etika teleologi; iaitu matlamat menghalalkan cara. Batman melanggar undang-undang untuk menghukum mereka yang melanggar undang-undang. Bagi Batman, matlamat akhir menumpaskan penjenayah menentukan sama ada wajar atau tidak tindakan yang diambil.

Ia berbeza dengan norma etika deontologi yang mementingkan nilai moral dalam kaedah untuk mencapai matlamat. Matlamat tidak menghalalkan cara. Melanggar undang-undang atau memukul pesalah jalanraya tetap salah secara moral walau bagaimana baik sekalipun tujuannya.



Rabu, 4 Mei 2016

8 Kawalan dan pencegahan kemalangan jalan raya

"Pemandu tak sedar dan merempuh kon yang diletak sebelum kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam lubang," kata saksi kejadian, Muhd Khairul Mihar, 41, mengenai kemalangan di Jalan PJU 10/1, Damansara Damai berhampiran Park Avenue Kondominum di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, sepasang suami isteri berusia 50-an dan 60-an, cedera apabila kereta Toyota Vios dinaiki mereka terjunam ke dalam lubang penyelenggaraan Indah Water sedalam 12 meter.

Menurutnya, kedua-dua mangsa meminta pertolongan daripada orang awam yang berada di lokasi kejadian.



Isnin, 2 November 2015

4 Kebahayaan lif dan eskalator yang kurang disedari

Setiap teknologi yang dicipta itu adalah untuk memudahkan urusan manusia, namun ia sebenarnya turut datang dengan risiko. Ada dua mesin atau jentera yang selalu kita guna namun jarang kita ambil berat dan memandang ringan ketika menggunakannya terutama dari aspek keselamatan, iaitu lif (elevator) dan tangga bergerak (escalator). Boleh kata ramai yang guna teknologi ini tiap2 hari di pejabat, di bangunan tinggi, di rumah apartment atau kondominium mahupun di pusat membeli belah, namun boleh dikatakan ramai orang yang tidak sedar akan kebahayaan kedua2 mesin ini terutama terhadap kanak2.



Khamis, 15 Oktober 2015

11 Orang darah manis lebih mudah kemalangan

Selalu apabila ada kemalangan jalanraya yang melibatkan kematian, ramai warga Internet akan tengok kereta, dan jika yang terlibat itu adalah kereta2 yang murah2 seperti kereta Perodua Kancil dan Proton Saga, benda yang biasa orang komen adalah kereta ni body lembut macam tin milo, takde safety, no wonder remuk habis dan sebagainya.

Dan jika mangsa yang meninggal pula adalah pengantin, bakal pengantin dan orang yang masih dalam pertunangan, mereka akan komen orang darah manis ni sepatutnya mana boleh bawak kereta laju2, mana boleh memandu, kenalah lebih berhati2 dan sebagainya.


Khamis, 24 September 2015

9 Besarnya ujian buat umat Islam di musim haji ini

Aidiladha tahun ini umat Islam di seluruh dunia dikejutkan dengan berita tragedi kren jatuh di Masjid al-Haram, Mekah yang berlaku pada 11 September 2015 yang lalu menyebabkan banyak kematian dan kecederaan para jemaah haji termasuk daripada Malaysia.

Susulan dengan tragedi tersebut, Arab Saudi akan membayar pampasan kepada semua waris mangsa nahas serta menggantung syarikat pembinaan BinLaden Group yang bertanggungjawab terhadap kren tersebut.

Ditambah pula lagi dengan insiden rempuhan di Mina ketika sedang melakukan ibadah wukuf yang telah mengorbankan sejumlah besar jemaah haji.

Takziah diucapkan kepada semua mangsa yang terlibat dan semoga ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Semoga ahli keluarga mangsa yang terlibat juga dapat bersabar dan tabah dalam menghadapi dugaan dan ujian ini.


Rabu, 23 September 2015

27 Jalanraya hak milik bersama bukan milik mat rempit

Tersebar hari ini di laman sosial hari ini dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama Semut Gergasi dua buah video kejadian kemalangan yang melibatkan perserta lumba haram di Shah Alam Expressway (Lebuhraya Kesas).

Berdasarkan video yang dimuatnaik tersebut menunjukkan kira-kira enam buah motosikal sedang berlumba di atas lebuhraya berkenaan sambil di tonton kira-kira ratusan orang yang lain.

Bagaimanapun ketika pelumba sedang berlumba dilihat seorang daripada mereka telah cuba memotong sebuah kereta jenis proton Exora yang melalui kawasan tersebut tetapi gagal menyebabkan dia terlanggar belakang bahagian kanan kereta berkenaan lalu hilang kawalan merempuh pelumba haram yang lain.


Sabtu, 25 Julai 2015

9 Hentikan budaya sebar gambar mayat di media sosial

"Mak cik... Pak cik dah tak ada.."

Berderai air mata mak cik, mengatahui suaminya sudah tiada. Pak cik 70-an sudah terlantar di rumah 9 bulan akibat strok, datang ke hospital kerana radang paru-paru serius.

Kematian adalah perkara biasa dalam profesi kami. Setiap waktu pasti kami akan menghadapi kematian.

Berurusan dengan kematian, ada adabnya, ada santunnya. Dalam keadaan pesakit sudah tenat, kami bantu sedaya upaya kami, kami bisikkan syahadah (yang beragama Islam) di telinga pesakit, sudah meninggal, kami uruskan jenazah mereka dengan penuh hormat. Jenazah perlu dijaga sebaiknya.


Jumaat, 19 Jun 2015

14 Gadis sanggup mencedera dan bunuh diri demi cinta

Di media sosial banyak orang yang menunjukkan kecenderungan mahu membunuh diri, malah memaparkan gambar atau video mereka mencederakan diri sendiri. Kebiasaannya wanita yang mahu membunuh diri ini biasanya mengalami masalah percintaan atau rumahtangga yang kronik. Ada juga kes lelaki yang cuba bunuh diri atau cederakan diri sendiri sebab masalah percintaan juga tapi tak sebanyak wanita. Di Facebook juga terutama di page KHK banyak gambar perempuan muda2 yang post gambar mereka menoreh tangan mereka dengan pisau sehingga berdarah kerana kecewa dengan teman lelaki mereka seperti video dan gambar berikut:


Sabtu, 2 Mei 2015

35 Tragedi melibatkan Myvi paling buruk setakat ini

Tiga beranak termasuk bayi perempuan berusia 7 bulan maut selepas SUV Pajero Sport dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan dua Perodua Myvi di Kilometer 6.3 Lebuhraya Duke arah Jalan Duta, dekat sini, 1.05 pagi tadi.

Fairuz Nizam Husain, 35, meninggal dunia di tempat kejadian, isterinya, Nova Safitri Azhari,27, dan bayi mereka, Nur Firuza Annisa meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).



Ahad, 5 April 2015

8 Tidak perlu ideologi politik dalam ucapan takziah

Apabila ada kematian yang melibatkan pemimpin dan ahli politik, banyak komen2 di Facebook dan media sosial yang aku baca seperti ini:

"Takziah kepada Si Fulan walaupun kita berlainan ideologi politik. Al-Fatihah"

"Walaupun aku tak sokong Si Fulan sebab ideologi politik kita berlainan tapi aku tetap mahu ucapkan takziah atas kematiannya. Al-Fatihah"



Khamis, 2 April 2015

26 Awek Myvi VS pakcik teksi VS keyboard warrior

Ramai orang sudah tahu pasal video viral sekumpulan wanita yang mengamuk di stesen minyak Petron di Shah Alam. Pergaduhan ini dikatakan berpunca daripada perlanggaran di antara kereta Perodua Myvi milik awek2 amuk tersebut dan juga Teksi Proton Exora milik pakcik pemandu teksi. Dalam kedua2 video yang dirakam oleh pihak awek dan pakcik teksi penuh dengan makian, carutan dan adegan langgar melanggar. Namun apakah sebenarnya yang berlaku? Siapakah sebenarnya yang menjadi punca kepada insiden ini?