Memaparkan catatan dengan label Peringatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peringatan. Papar semua catatan

Isnin, 22 Jun 2020

0 Buasir Otak TV: Mimpi yang panjang

Hidup ini... bagaikan sebuah mimpi yang panjang, yang bermula saat kita muncul ke dunia, dan berakhir saat kita meninggalkannya. Jom tonton animasi ini.



Sabtu, 20 Jun 2020

0 Buasir Otak TV: Aku si Jiwa Kosong

Manusia mengalami pelbagai perasaan dan emosi. Gembira, teruja, seronok, sedih, cemburu, kecewa, marah, benci dan dendam. Namun perasaan yang paling dibenci oleh manusia, adalah jiwa berada dalam kekosongan. Jom tonton animasi ini.



Khamis, 14 Jun 2018

7 Koleksi 100 ucapan dan pantun Hari Raya Aidilfitri

Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, kami dari blog Buasir Otak ingin mengucapkan kepada semua umat Islam selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Di sini kami kongsikan juga 100 koleksi ucapan dan pantun raya yang boleh anda guna dan hantarkan kepada keluarga, saudara mara, sahabat handai, rakan taulan dan sebagainya di Facebook, Whatsapp, Telegram, SMS, Twitter dan sebagainya.



Isnin, 1 Januari 2018

2 Dua jenis ujian dunia, kesusahan dan kesenangan

Hidup kita penuh dengan ujian dunia.
Setiap hari pasti kita diuji.
Kita hadapi ujian hidup ini di mana-mana.
Di rumah, sekolah, tempat kerja, tempat awam, media sosial dan lain-lain.
Namun, ujian hidup itu ada dua.



Jumaat, 14 April 2017

2 Semua orang mahu panjang umur atas sebab berbeza

Semua orang di dunia ini pasti berharap agar mempunyai umur yang panjang namun atas sebab yang berbeza. Ada yang berharap panjang usia kerana merasa masih belum puas mengumpul bekalan akhirat, untuk menebus kembali dosa yang lalu, mencari ilmu pengetahuan, membuat kebaikan, memberi manfaat kepada yang lain dan sebagainya yang ke arah kebaikan. Ada juga yang mahu panjang umur kerana masih belum merasa puas dan tidak mahu ketinggalan dengan segala keseronokan dunia.



Jumaat, 11 November 2016

2 Andai manusia itu tahu saat tiba ajalnya

Andai manusia itu tahu saat tiba ajalnya...

...mereka pasti tidak akan membuang masa dengan perkara yang sia-sia, tidak akan melakukan kejahatan dan kerosakan malah berlumba-lumba melakukan amal kebaikan serta lebih menghargai masa yang tinggal untuk orang yang tersayang.


Sabtu, 24 September 2016

2 Kehidupan ini ibarat permainan video

Kehidupan ini ibarat permainan video.
Ada kalanya kita menang.
Ada kalanya kita kalah.
Ada kalanya kita perlu berhadapan dengan pelbagai risiko dan bahaya.
Bezanya...
Kehidupan ini tiada butang "Restart"... atau "Pause".


Sabtu, 17 September 2016

5 Belasungkawa: Datuk Dr Haron Din

Pada Hari Malaysia semalam, negara kita dikejetukan dengan pemergian seorang ulama dan tokoh Islam yang nama dan pengaruhnya sangat besar dalam negara kita. Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din meninggal dunia ketika menjalani rawatan akibat komplikasi jantung di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Stanford San Francisco, California, jam 10.10 pagi semalam waktu Malaysia.



Ahad, 11 September 2016

4 Hikmah di sebalik sambutan Aidil Adha

Bersempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut pada esok hari, kami dari blog Buasir Otak ingin mengucapkan kepada semua umat Islam selamat menyambut Hari Raya Aidiladha serta selamat mengerjakan ibadah haji dan korban bagi mereka yang menunaikannya. Berhati-hati ketika memandu di jalan raya untuk pulang ke kampung dan kembali ke rumah. Sempena Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban ini juga kami ingin kongsikan sebuah artikel tentang hikmah di sebalik sambutan Aidil Adha.



Selasa, 5 Julai 2016

8 Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 2016/1437H

Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, kami dari blog Buasir Otak ingin mengucapkan kepada semua umat Islam selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kami juga ingin memohon ampun dan maaf zahir batin jika selama ini ada yang tersinggung dengan sebarang artikel kami di blog. Sesungguhnya yang buruk itu semua datang dari kelemahan diri kami sendiri. Berhati-hati ketika memandu di jalan raya dan semoga bergembira bersama keluarga tercinta.


Ahad, 5 Jun 2016

8 Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 2016/1437H

Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, kami dari blog Buasir Otak ingin mengucapkan kepada semua umat Islam selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menjalani ibadah berpuasa. Semoga ibadah kita diterima dan diberkati Allah Taala.



Isnin, 2 Mei 2016

4 Cinta, jodoh dan perkahwinan

Cinta, jodoh dan perkahwinan...

Lumrah manusia untuk mencari pasangan dan berkahwin. Sama ada mahu bercinta sebelum berkahwin atau selepas berkahwin, atau berkahwin tanpa cinta, atau cinta tapi akhirnya tidak dapat berkahwin. Dalam apa cara pun manusia boleh berusaha untuk mencari dan mendapatkan jodoh mereka, namun akhirnya jodoh itu adalah rahsia Tuhan jua.



Sabtu, 23 April 2016

3 Ingatan buat semua Penulis Dunia

Entah mengapa akhir-akhir ini, engkau semakin lupa dan alpa...
Tulisan demi tulisan, coretan demi coretan, perkongsian demi perkongsian yang aku baca...
Bukan lagi membuat aku dan mereka bahagia, tetapi hanya luka dan air mata...

Ingatlah wahai semua penulis dunia...

Yang menulis atau melukis, di atas kertas mahupun di skrin kaca yang bercahaya, sesungguhnya lidah dan mata pena itu lebih tajam daripada mata pedang. Maka berhati-hatilah dengan setiap tutur kata dan nukilan itu, kerana ia hadir dengan tanggungjawab... tanggungjawab kepada pembaca yakni manusia yang lain, yang mana ia boleh mempengaruhi dan membentuk pemikiran mereka, mengikut apa yang engkau tuliskan.



Selasa, 5 April 2016

2 Hidup ini adalah Medan Ujian

Hidup ini adalah medan ujian.
Manusia akan diuji, pasti akan diuji... bukan sekali bahkan berkali-kali.

Namun adakah setelah kita diuji, kita makin mendekat kepada tuhan atau semakin hilang pedoman?



Isnin, 14 Mac 2016

5 Lupa di kala gembira, kembali ingat ketika duka

Apakah yang manusia sering kali lupa ketika di waktu gembira dan senang, dan kemudian kembali mengingati di kala sedih dan susah. Itulah Tuhan. Kita seringkali mengabaikan perintah dan melanggar larangan-Nya ketika ketika sedang kesenangan, namun kembali mencari-Nya ketika dilanda kesusahan dan musibah.

Manusia memang tidak lari dengan kelemahan, namun berusahalah agar sentiasa ingat pada yang Maha Esa. Tuhan itu bukanlah suatu yang kau hanya perlukan di saat kau mendapat kesusahan dan musibah sahaja. Setiap rezeki dan nikmat yang kau perolehi hari ini pun adalah dengan keizinan-Nya. Maka usahlah berpaling daripada-Nya lebih-lebih lagi sewaktu senang dan gembira, kerana kita pasti kembali pada-Nya di saat susah dan duka.


Jumaat, 11 Mac 2016

9 Kisah taubat banduan akhir sebelum ke tali gantung

Antara manusia yang tahu bila dia akan MATI ialah, Banduan Akhir. Ada satu kes, dinamakan sebagai “Banduan Akhir”. Banduan akhir ialah banduan yang melakukan jenayah yang berat mengalami proses kehakiman kadangkala 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun dan akhirnya akan dihukum dengan hukuman gantung oleh Hakim.

Kalau hukuman gantung itu dibacakan pada hari Isnin, maka gantung hingga mati dilakukan oleh semua banduan akhir beragama Islam pada hari Jumaat. apabila seorg banduan akhir dihukum gantung sehingga mati, maka namanya diketika itu akan menjadi banduan akhir dan biliknya akan diasingkan. Nama biliknya “Sel akhir”.



Sabtu, 23 Januari 2016

23 Jenis-jenis teguran oleh orang Melayu

Memang kita ini masyarakat Melayu Islam suka menegur orang lain apatah lagi di media sosial apabila ternampak sesuatu kesalahan atau perbuatan yang tidak selari dengan agama, namun dalam menegur itu cuba fikir semula adakah kita menegur itu untuk memperbetul kesalahan dan mencari kebenaran atau sekadar mahu memuaskan hati sendiri, menyakiti orang lain dan meraih kemenangan?

Tak dinafikan walaupun kadang2 tu nasihat secara lembut memang tak berkesan, tapi adab kita dengan manusia masih ada dan tetap kena jaga. Jika kita nasihat baik2 pun mereka tak nak ikut, tugas kita sudah selesai. Lagipun kita tak boleh paksa orang untuk ikut cakap kita. Dia nak ikut atau tidak, terpulang padanya kerana itu sudah antara dia dengan Tuhan, biarlah Tuhan sahaja yang mengadilinya.


Ahad, 17 Januari 2016

9 Kemenangan yang merugikan dalam pergaduhan

KEMENANGAN DIPEROLEHI TETAPI MEROSAKKAN PERHUBUNGAN

Kalau gaduh dengan pelanggan,
Walaupun kita menang,
Pelanggan tetap akan lari.

Kalau gaduh dengan rakan sekerja,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi semangat bekerja satu kumpulan.



Sabtu, 9 Januari 2016

6 Sejak bila nasihat ditafsir sebagai menghukum?

Nasihat jangan sampai menghukum.
Menegur jangan sampai berdengki.
Memperingat jangan sampai jadi negatif.

Namun...

Jangan anggap semua nasihat itu sebagai menghukum.
Jangan ingat semua teguran itu kerana hasad dengki.
Jangan rasa peringatan itu datang dari fikiran yang negatif.

Kadang2 Tuhan mendatangkan seseorang...
Untuk mengingatkan kita...
Agar kita tidak lupa...
Oleh nikmat yang sementara.



Sabtu, 19 Disember 2015

13 Lebih semangat mengejar duniawi daripada ukhrawi

Selalunya kita ini bila hal2 yang melibatkan duniawi memang cepat bersemangat, sanggup bangun awal, luangkan banyak masa dan sangat tekun melakukan perkara tersebut, namun bila hal2 melibatkan hal akhirat kita sering malas, lambat, kurang semangat, tidak khusyuk dan lalai sehingga rasa macam tak berapa penting sedangkan ia sangat penting sebagai bekalan kita di akhirat kelak.

Alangkah baiknya jika kita boleh bersemangat juga tentang hal2 ukhrawi seperti mana kita sering bersemangat tentang hal2 duniawi. Peringatan ini untuk kita bersama termasuk juga aku yang sering alpa ini.