Sabtu, 9 Januari 2016

6 Sejak bila nasihat ditafsir sebagai menghukum?

Nasihat jangan sampai menghukum.
Menegur jangan sampai berdengki.
Memperingat jangan sampai jadi negatif.

Namun...

Jangan anggap semua nasihat itu sebagai menghukum.
Jangan ingat semua teguran itu kerana hasad dengki.
Jangan rasa peringatan itu datang dari fikiran yang negatif.

Kadang2 Tuhan mendatangkan seseorang...
Untuk mengingatkan kita...
Agar kita tidak lupa...
Oleh nikmat yang sementara.


Dan seriously, kalau kau nak nasihat, tegur, memperingati serta memberi dakwah kepada seseorang secara direct lebih2 lagi orang yang kau tak kenal di media sosial, buatlah dengan cara yang berhemah dan baik. Tak perlu guna kata2 kesat, mencarut, maki hamun, biadap, hinaan, menghukum orang masuk neraka dan lain2 cara yang menyakitkan hati.

Kalau kau guna kaedah biadap untuk menegur orang, itu bukan teguran lagi tapi sekadar mahu kecam, kondem, hentam dan bantai individu tersebut. Jangan sampai orang lihat amalan nasihat, teguran, berdakwah dan ingat memperingati antara satu sama lain itu suatu benda yang dipandang negatif dan buruk. Sejujurnya aku juga pernah buat sebelum ini dan agak kesal dengan perbuatan tersebut.

Dan kita boleh sahaja memberi peringatan kepada diri sendiri dan orang lain tanpa perlu menghentam orang lain secara direct dengan tulis sahaja peringatan itu sebagai suatu nasihat yang umum di blog, timeline FB, Twitter dan lain2 akaun media sosial milik kita sendiri.

Dengan ini kita tak menuduh siapa2 riak, kita tak menuduh siapa2 dengki, kita takkan dilabel sebagai menghukum mana2 individu, dan dalam masa sama kita bagi peringatan kepada kawan2 kita dan orang lain tentang apa nasihat yang kita hendak sampaikan seperti pentingnya sifat bersederhana, merendah diri, tidak berlebih2an dalam setiap perbuatan kita serta lain2 peringatan.


P/S: Jangan lupa untuk membeli buku Buasir Otak: The Komik. Cara pembelian boleh klik pada gambar di bawah:

Buasir Otak: The Komik




tags: nasihat teguran dakwah peringatan riak hasad dengki negatif positif menghukum jadi tuhan dosa pahala syurga neraka

6 ulasan:

  1. 1 ST !

    PROOoootttt dmuka penyamun Najibun RaZak & mat maselan

    BalasPadam
  2. kadang2 bila kena nasihat tu dah x waras kalau tiba2 merapu meraban kata orang menghukum la membontot la mengentut la menunjuk la.... bukannya nak berterima kasih pada yg menasihat tu... haih... tu la hati bila terlebih sangka buruk kat orang....

    BalasPadam
  3. Klw org balas mcm tu maknanya dia terasa la tew..tapi sifat ego melebihi segalanya buat diri jadi bodoh

    BalasPadam
  4. Itu namanya sentap....n org kita jenis xleh ditegur sikit pun..nak komen yg menyedapkn telinga dia je, klau x kena bash, unfriend atau seumpamanya...mcmana nak maju

    BalasPadam
  5. kadang yang menegur plak kena balik.kekunun yang menegur tak berhikmah bagai.piiiiira mabok padahal dia terasa lepas tu pusing konon tegur tak berhikmah.

    cuba bagitau tegur berhikmah tu macam mana terus diam kemalu-maluan..

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum, teguran ada.. cuma cara tuu.. cubalah berdiplomasi bila ingin diikuti.. dan diterima.. kita kan melayu islam.. cubalah beradab.. mak ayah dah ajarkan..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.