Jumaat, 15 Januari 2016

15 Siapa Rashid dan asal usul Jadilah Seperti Rashid

Ini Rashid. Rashid buat ini, Rashid buat itu, tapi Rashid tak macam ni, Rashid macam tu. Rashid bijak. Jadilah seperti Rashid.

Masalahnya siapa si Rashid ni? Apa masalah dia asyik nak suruh orang ikut dia je? Menteri pun takde suruh orang ikut jadi macam dia.


Bagi yang tak tahu, Rashid adalah watak fiksyen atau fictional character yang digambarkan selalu bagi nasihat secara sarkastik dalam bentuk siri kartun komik (webcomic) humor kepada orang lain. Dia memberitahu apa yang seseorang harus buat apabila berhadapan dengan situasi tertentu atau kita panggil common sense, bukannya buat sesuatu yang menyakiti atau menyusahkan orang lain.

Fenomena "Jadilah seperti Rashid" ini menjadi viral apabila page "Jadilah seperti Rashid" di FB diwujudkan beberapa hari yang lepas dan popularitinya terus mencanak naik kerana admin page tersebut begitu aktif post gambar2 "Jadilah seperti Rashid" ini setiap masa lalu dikongsi oleh ramai netizen di akaun media sosial masing2.

Siapa admin page "Jadilah seperti Rashid" ini? Aku pun tak tahu, namun hipotesis aku kuat mengatakan adminnya adalah admin page Amran Fans ataupun admin2 page Kepala Hotak Kamu kerana gaya mereka lebih kurang, modus operandinya pun lebih kurang membuat kritikan sosial, mereka pandai bab2 memviral kat Facebook serta mereka terlalu banyak masa terluang dan sumber manusia untuk memastikan page mereka selalu diupdate dengan bahan2 baru, namun itu hanyalah hipotesis aku sahaja, mungkin salah mungkin betul.

Dan walaupun selepas itu page2 "Jadilah seperti" ini muncul macam cendawan seperti jadilah seperti Rashidah, Khaulah, Shasha dan sebagainya, namun ia tidak dapat melawan populariti page "Jadilah seperti Rashid" page "Jadilah seperti Rashid" ini telah pun menjadi pioneer atau page pertama yang buat Internet meme "Be Like Bill" versi Malaysia, maka yang lain2 akan dilihat sebagai peniru dan tiada originaliti.



Apa pula Internet meme "Be Like Bill"?

Fenomena "Jadilah seperti (Nama orang)" ini sebenarnya berasal dari sebuah meme di Internet iaitu "Be Like Bill" yang telah pun popular dahulu di Internet di seluruh dunia. Ia turut popular di negara Sepanyol dengan nama Sé Como José dan Itali dengan nama Sii Come Bill.

Mengikut laman web "Know Your Meme", asal usul dan pengasas lukisan ini tidaklah diketahui, namun ia mula popular setelah keluar di forum Funnyjunk dan Reddit dalam sekitar bulan Oktober 2015. Antara webcomic terawal "Be Like Bill" adalah untuk memberi tamparan kepada keyboard warrior yang selalu butthurt dan sentap lalu berbalah kat Internet apabila melihat sesuatu yang menyinggung dan menyakiti hati dan perasaannya.


Seperti ini...


So sekarang korang dah tahu dari mana asal usul fenomena "Jadilah seperti Rashid" di mana ia tiada kaitan dengan Rashid Sidek, Rashid Sibir mahupun siapa2 yang bernama Rashid. Ia hanya watak rekaan. Kenapa dipilih nama Rashid? Aku tak tahu, mungkin diambil dari maksud Rashid atau Mursid dalam bahasa arab adalah petunjuk jalan, atau mungkin nama admin dia Rashid, atau kerana perkara2 lain yang tak diketahui.

Apa itu Internet meme?

Hmmm... mesti ada yang akan tanya ni kan? Secara ringkasnya berdasarkan wiki, Internet meme adalah sesuatu yang menjadi terkenal melalui Internet seperti gambar, video, audio, orang, penulisan, kenyataan dan pelbagai lagi. Internet meme biasanya dijadikan popular dengan meniru, mengedit dan mengubah suatu gambar, video, audio dan sebagainya lalu yang kebiasannya dalam bentuk cerita, kenyataan, humor dan sarkastik lalu disebarkan secara luas di Internet melalui jaringan media sosial, blog, forum, bulletin board, laman web, email dan lain2.

Istilah meme ini dicetuskan oleh Richard Dawkins tahun 1976 melalui bukunya yang berjudul The Selfish Gene dan ia adalah berdasarkan perkataan Greek Kuno iaitu mimema yang bermaksud "imitated thing" atau "perkara yang ditiru".

Tak faham lagi? Search je la kat Google Images perkataan meme, lepas tu dah keluar result mesti korang akan kata ooooooooooh.

Ok sekarang korang boleh explain kat kawan2 bila diorang tanya siapa Rashid, siapa Bill dan meme tu apa.

Dan jangan lupa untuk jadi seperti Rusdi dan rakan2 juga dengan klik gambar kat bawah ni.

http://buasirotak.blogspot.com/2015/11/buasir-otak-komik-reloaded-revolution.html




tags: asal usul siapa jadilah seperti macam rashid be like bill internet meme

15 ulasan:

  1. Noob mana nk cari drama lama slot spektra dulu2 tu?

    BalasPadam
  2. amende ni novel ke cerpen?

    BalasPadam
  3. Di sini sy kongsikan

    Cara-cara nak perlahankan bunyi kentut :

    Mula-mula apabila terasa kentut nak keluar...
    Kepitkan bontot semaksimum yang boleh..
    Lepaskan angin kentut sedikit demi sedikit..
    Jadikan bunyi kentut seperti psssttttt!!!
    Awas pastikan jangan terbatuk atau terbersin dalam keadaan ini..
    Senang je..
    Selamat mencuba!!!

    p/s : yg cirit jgn sesekali nk cuba!

    kredit : Sirosli

    BalasPadam
    Balasan
    1. pяooooOo0oO00ţţţţ ċяєєєєєţţţţţ Ԁmuҡѧ mѧTmѧsєLѧň & ѧʏѧm ѧpєяıҡѧ ✌

      -sirosli-

      Padam
  4. Ait Noob,ni pun sticky post jgk ke dated 19/1, ko pun admin Rashid ke.

    BalasPadam
  5. pada aku sekarang ni nak jadi popular senang je, buat je benda benda unik yang orang lain tak buat contoh macam page jadi macam Rashid ni. dia nasihatkan orang dengan cara sarkastik. bila orang suka maka orang akan viralkan. senang jooo. hahaha

    http://sayapejuangbahasa.blogspot.my/2016/01/inilah-punca-ramai-jemaah-tidur-semasa.html

    BalasPadam
  6. Salam Noob,

    Buku komik tu kalau saya beli, dia pos masuk peti pos ke? saya selalu tak da kat rumah, zaman langgan dragon ball dulu2 dia masukkan dalam peti pos rumah je,

    Saya nak jadi seperti Rusdi dan kawan-kawan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam,

      Buku tu kalau saya pos pakai Poslaju, akan dihantar pada mana2 alamat yang diberi, dan kalau takde orang yang boleh ambil barang tu masa posmen datang, dia akan tinggalkan notis suruh kutip sendiri di pejabat Poslaju yang dinyatakan, so kena pergi pejabat Poslaju tu dan bagi tracking no. untuk ambil barang.

      Kalau nak posmen tinggal je barang kat peti pos, guna PosEkspress, nanti barang akan ditinggal je kat peti pos tak kira tuan rumah ada atau tidak di rumah.

      Apa2 boleh email saya princeofnoob[at]gmail[dot]com.

      Padam
  7. Rashid si kotey kontot..

    Itulah rashid...

    Jangan jadi macam rashid.

    BalasPadam
  8. Bila la lawak rashit ni nak abis

    BalasPadam
  9. Bila la lawak rashit ni nak abis

    BalasPadam
  10. Sampai trending twitter haha. Rashid Rashid..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.