Sabtu, 30 Januari 2016

32 Sekilas pandang tentang politik Malaysia hari ini

Sembang politik #1

Rakyat tidak boleh memilih siapa2 untuk jadi ketua kerajaan persekutuan atau negeri. Rakyat hanya boleh memilih parti politik, dan parti politik yang menang berhak memilih ketua kerajaan persekutuan atau negeri setelah diperkenan oleh ketua negara/negeri.

Sumber gambar

Sembang politik #2

YDP Agong - Ketua Negara
Perdana Menteri - Ketua Kerajaan

Ketua negara akan bertukar setiap 5 tahun, namun ketua kerajaan boleh kekal selama mana dia nak selagi dia tak berundur sendiri atau ahli parti tak tukarkan ketua mereka sendiri.


Sembang politik #3

Sebenarnya rakyat takde kuasa apa sangat pun dalam menentukan segala hala tuju dan dasar negara. Rakyat hanya berkuasa masa pilihanraya yang diadakan sekali setiap 4/5 tahun itu sahaja. Selain daripada waktu tu, pemimpin yang berkuasa.

So kalau nak ubah apa-apa, masa pilihanraya itulah peluangnya, namun rakyat tetap gagal memanfaatkan peluang yang jarang-jarang ada itu.


Sembang politik #4

Sebelum ni aku dah tulis yang rakyat hanya boleh pilih parti politik bukan pemimpin. Tiga faktor yang menyebabkan rakyat sukar mengubah iklim politik di negara kita:

1. Ramai yang mengundi atas dasar parti politik berbanding calon. Maka jika diletakkan lembu sekalipun sebagai calon maka penyokongnya pasti akan undi lembu tersebut.

2. Walaupun ada yang tidak suka dengan mana-mana pemimpin atau dasar yang dibuat oleh parti yang disokongnya, namun ketakutannya untuk mengundi DAP membuatkan mereka kekal untuk tidak berubah.

3. Kegagalan DAP dalam membuang ketakutan dan rasa terancam orang melayu, meyakinkan mereka serta membuatkan orang melayu rasa selesa untuk sanggup undi mereka sebagai suatu alternatif.


Sembang politik #5

Memandangkan rakyat tidak boleh memilih pemimpin tapi cuma boleh pilih parti politik kerana hanya parti politik berhak memilih pemimpinnya, maka untuk memilih pemimpin, rakyat perlu menyertai dan menjadi ahli kepada parti politik tertentu untuk memilih pemimpinnya.

Namun apabila anda sudah berada dalam parti politik tersebut, perkara utama yang anda terpaksa untuk terima kenyataan adalah ahli parti perlu setia kepada pemimpin parti, malah jawatan pemimpin tertinggi tidak akan dipertandingkan pun untuk menunjukkan kesetiaan ahli kepada ketua. Sesiapa yang cuba mencabar ketua parti akan dianggap pengkhianat dan tidak setia.

Malah kalau dilihat daripada sejarah pertukaran beberapa kepimpinan parti sebelum ini pun, bukan ahli parti pun yang memilih ketua mereka sebaliknya ketua mereka sendiri yang menurunkan jawatannya kepada pewarisnya.

Akhirnya kau akan sedar yang rakyat sebenarnya langsung tiada kuasa apa pun untuk memilih pemimpin tertinggi baik di dalam mahupun di luar parti.


Sembang politik #6

Ya, rakyat memang tak boleh pilih siapa-siapa untuk dijadikan pemimpin baik dari dalam mahupun luar parti, namun rakyat ada pilihan untuk singkirkan pemimpin.

Caranya? Jangan undi pemimpin tersebut dalam pilihanraya. Jika pemimpin itu kalah, maka sudah tentu secara automatik dia tidak akan layak menjadi ketua walaupun partinya menang pilihanraya, dan dengan automatik orang lain yang menang akan diangkat dan dilantik oleh ahli parti menjadi ketua.

Namun melihat situasi politik di Malaysia pada hari ini, hal ini hampir mustahil untuk berlaku. Ini kerana pengundi kawasan di mana ketua sesebuah parti politik bertanding sudah pasti ramai yang akan mengundinya kerana jika dia menang, dia sudah pasti akan masih menjadi pemimpin kerajaan. Jika dia kalah, belum tentu calon lawan yang menang itu akan diangkat menjadi pemimpin kerajaan, ibarat yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.


Sembang politik #7

Apabila ada isu kurang enak yang melibatkan pemerintah, pasti ada yang marah dan menuduh para mufti, agamawan, pegawai tinggi kerajaan dan penguasa undang-undang ini penjilat, bersubahat dan sebagainya kerana tidak bersuara dan hanya mendiamkan diri.

Namun aku percaya, jauh di sudut hati mereka ada juga yang tidak setuju dan tidak redha. Yalah, kalau dah jelas kerosakan teruk berlaku depan mata seperti isu pencemaran bauksit dan kemungkaran nyata seperti penganjuran pertandingan ratu cantik, mana mungkin mereka ini setuju dan redha dengan kebobrokan tersebut, namun mereka terpaksa mengambil pendekatan untuk berdiam diri demi menjaga periuk nasi sendiri.

Sejujurnya aku faham situasi mereka, dan aku tak pernah salahkan mereka. Malah jika kita berada di tempat yang mereka pun, mungkin kita akan buat perkara yang sama.

Ini kerana walaupun ada juga yang berani bersuara, namun segala implikasi mereka yang akan tanggung seorang diri, hingga akhirnya mereka akan dilupakan dan tidak akan dikenang sebagai seorang pejuang pun.

Sebab itu aku tak pernah judge mereka yang memilih untuk berdiam diri, kerana aku tahu aku sendiri malah ramai di kalangan kita juga yang tidak mampu untuk bersama-sama dengan mereka pun untuk menanggung segala kesan dan akibat.


Sembang politik #8

Masalah terbesar dalam politik negara kita adalah kita tiada parti politik alternatif yang majoriti rakyat boleh pilih dengan yakin tanpa rasa ragu-ragu. Parti pembangkang yang kita ada hari ini bukanlah lemah tapi masing-masing ada objektif dan agenda sendiri.

Setiap parti pembangkang ada kelompok penyokong mereka masing-masing. PAS mendapat sokongan orang Melayu Islam tapi gagal memenangi hati orang Cina dan bukan Islam. DAP mendapat sokongan orang Cina tapi gagal disenangi oleh orang Melayu Islam. PKR dan PAN juga begitu. Itu belum kira parti pembangkang yang betul-betul boleh memenangi hati orang Sabah dan Sarawak.

Sebenarnya untuk parti lain menang pilihanraya umum di Malaysia, perlu ada sebuah model gabungan parti yang seperti BN tapi bukan BN yang mana ia boleh disenangi oleh mana-mana kelompok masyarakat seluruh Malaysia.

So daripada terus menerus mencari kelemahan dan memburukkan pihak lawan, parti pembangkang perlulah mencari solusi untuk memenangi hati majoriti rakyat Malaysia dan tidak terus menambah kebencian mana-mana kelompok masyarakat. Jika tidak, sampai bila-bila pun iklim politik kita memang takkan berubah.


Sembang politik #9

Sebagai rakyat, kita perlu patuh dan taat kepada pemerintah. Apa jua undang-undang, dasar dan keputusan yang dibuat oleh pemerintah yang tidak melanggar hukum agama perlu kita akur dan ikut.

Maka jika kerajaan tetapkan cukai GST, cukai pendapatan, cukai jalan dan sebagainya, walaupun kita tak suka namun kita tetap kena bayar, tidak boleh tidak.

Namun taat kepada pemerintah itu hanya terpakai sewaktu mereka itu menjadi pemerintah. Sewaktu pilihanraya kita sudah tiada obligasi untuk taat pada siapa-siapa dan berhak memilih mana-mana calon dan parti politik untuk dijadikan pemerintah.

Dan dengan kuasa yang kita ada ini, kita seharusnya memilih mereka dengan satu mindset yang mereka perlu bekerja untuk kita, bukan kita yang perlu bekerja demi mereka.

Maka untuk mencapai matlamat tersebut, kita perlukan perubahan. Kita tak boleh terus taksub kepada suatu parti atau pemimpin sehingga sanggup dipergunakan demi memenuhi impian mereka.

Kita perlu buatkan mereka tidak rasa selesa dan merasakan yang kedudukan mereka itu tidak akan jatuh dan tergugat langsung. Kita perlu buatkan mereka ini sedar yang dengan kuasa rakyat, pangkat dan kedudukan mereka boleh ditukar setiap kali pilihanraya.

Maka untuk mencapai matlamat itu, masa pilihanraya nanti aku cadangkan 2 cara untuk mengundi:

1. Jangan undi langsung calon yang ada track record buruk, yang banyak kontroversi, yang selalu bagi kenyataan mengarut-ngarut sepanjang mereka berkhidmat dan mempunyai jawatan tidak kiralah calon tersebut merupakan ketua kerajaan, menteri mahupun wakil rakyat biasa.

2. Setiap kali pilihanraya, undi calon guna konsep "undi terbalik" iaitu undi sahaja calon dari parti yang sebelumnya bukan pemerintah, seperti contoh untuk kerajaan negeri Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor, undi sahaja calon BN, bagi negeri-negeri lain dan persekutuan, undi sahaja PR.

Tak perlu taksub, tak perlu fanatik, tak perlu jadi macai politik. Setiap kali pilihanraya kita tukar sahaja kerajaan secara bergilir-gilir, baru ahli-ahli politik ni sedar tinggi rendah langit. Baru mereka tahu betapa besar sebenarnya kuasa rakyat. Baru mereka akan manfaatkan waktu pemerintahan mereka dengan sebaik-baiknya.

Apa, kalau selalu berubah kerajaan negara akan mundur?

F that. Negara lain yang jauh lebih maju dah banyak kali berubah. Kita sahaja yang masih ditakuk lama dan takut sangat dengan perubahan.


Sembang politik #10

Politik hari ini adalah politik survival. Ahli politik berpolitik demi kelangsungan politik mereka, manakala rakyat pula terpaksa menyesuaikan diri dengan segala dasar dan keputusan yang ditetapkan pemerintah demi kelangsungan kehidupan kita.

Sebab itu walau apa pun benda yang berlaku, paling tidak pun rakyat cuma bising di media sosial dan mungkin sekali sekala membuat demonstrasi jalanan, namun akhirnya terpaksa terima, akur dan patuh sahaja dengan apa sahaja yang telah ditetapkan.

Malah kita belum sampai ke tahap di mana hampir semua rakyat tidak suka dengan pemerintah. Walaupun kita lihat ramai yang tidak suka dan menghentam pemerintah, kita boleh lihat ramai juga yang sanggup mempertahankan pemerintah walau apa pun yang mereka buat sama ada baik mahupun buruk.

At the end, kita sendiri yang kena jaga diri dan keluarga kita sendiri. Dan kalau berlaku apa-apa kepada kita, kita sendiri yang akan tanggung kesan dan akibatnya seorang diri.

Kalau rasa mahu dan tengok suatu perubahan, gunakan peluang yang ada ketika pilihanraya nanti. Selain dari itu, kita sembang-sembang sahajalah di media sosial.


Tamat siri sembang politik.


Siri sembang politik ini aku post kat Facebook aku lalu dicompile di sini. Sebenarnya beberapa perkara dalam siri ni aku dah pun tulis dalam entry blog Buasir Otak sebelum-sebelum ni, cuma yang ni aku buat dalam bentuk kesimpulan terhadap segala jua pandangan aku terhadap politik Malaysia.

Dalam ni ada sebab kenapa aku jarang tulis pasal politik, sebab politik ni terlalu banyak fitnah, sembang kencang, janji manis kencing, persepsi, maki hamun dan sebagainya dari pemimpin sampailah ke para macai, sehingga ke satu tahap... aku bosan.




tags: sembang politik isu semasa malaysia

32 ulasan:

  1. Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ape yg ko cakap ni??nak mendulang mentimun ape pulak??guna bahasa melayu standard la broo..
      -lanun-

      Padam
    2. putang ina mo bobo

      Padam
  2. Tu pasal time pilihanraya aku set utk pilih yg beragama lebih dari yg tak beragama..yang bermula dari susah bukannya asal dari bangsawan..yang menjaga tanah air bukan yg menggadaikannya..yang menjaga hak bangsanya bukan menjual kepada bangsa asing tak kira la dalam atau luar negara..
    Tapi aku prefer pada yg lebih beragama..at least benda buruk yg lain akan berkurangan darinya..tak kisah la org yg aku undi tu menang atau kalah..
    -lanun-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susah nak pilih berdasarkan agama calon. Kalau tempat yang calonnya melayu islam takpe lagi, kena yang calonnya dua2 bukan islam, cara ni dah tak boleh terpakai.

      Padam
  3. Aku cakap tu utk konteks tempat aku..dun aku pas pegang..parlimen pkr..
    Kalau tempat lain mcm mca vs dap,mic vs pkr (india),aku cadangkan mana yg utamakan rakyat..yg bersungguh membela rakyat..tgk la profile calon tu..jangan tgk parti mana yg dorang wakili..kita pilih berdasarkan sahsiah diri..
    Tapi kalau dah dua2 lebih kurang je..tgk la pada parti mana yg lebih utamakan perut rakyat dulu..jangan pilih yg nak penuhkan tembolok sendiri je..atau yg tak habis2 bergelumang dengan kontroversi je..
    Lepas aku baca ko punya entry dari awal dulu,aku pun sokong jugak yg berpolitik ni hanya sekitar setaun sebelum pilihanraya dan berakhir selepas keputusan diumumkan..aku pun sokong kenyataan pkr dulu kalau tak silap yg tarikh pilihanraya akan datang mesti diumumkan dalam tahun pertama lepas pru..atau bagi 5 tahun cukup pastu auto bubar parlimen..tak payah tunggu ilham datang laa..buatkan semua orang fikir pasal pru dan politik je sepanjang masa..idup mesti diteruskan jugak broo..
    -lanun-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aik?mcm mana boleh kuar kat sini..oo..kena reply kat balasan tu kot..komen atas ni buat ko noob..hehehe..
      -lanun-

      Padam
    2. Alah ckp saja ko sokong pas/pan lanun, proott dmuka ko


      -zilaroc-

      Padam
  4. Selepas kena kentut anon, mat maselan turun pangkat,


    -siroslan-

    BalasPadam
  5. pяooooţţţţ ċяєєєєєţţţţţ Ԁmuҡѧ sıяosʟı ,mѧTmѧsєLѧň & ňѧjıɞuţ0 яѧzѧҡ✌

    -ѧʏѧm ѧpєяıҡѧ-

    BalasPadam
  6. Semoga Malaysia bakal menghadapi transformasi yang lebih baik, in sha Allah.

    BalasPadam
  7. Yup..aku mmg sokong pas..tapi tak bererti aku menyokong membabibuta..ada pandangan pas aku tak terima..ada pandangan pkr bagi aku mengarut..aku jugak suka pandangan2 umno dan pan?problem?
    apa yg aku nak cakap kat sini memilih calon tu jangan la berorientasikan ideologi politik semata2..kalau ada calon bn yg amanah berbanding calon dap atau pkr non muslim..aku vote utk bn..kalaulahh..
    Mcm noob cakap,sistem kita berorientasikan parti..kalau lembu pun dah boleh jadi calon,kita pilih la lembu yg pernah masuk sekolah..at least dia lebih bijak dari lembu yg meragut je..contoh laa..
    Maksud aku kalau kita boleh pilih calon yg lebih baik antara dua atau tiga calon..yg boleh memberi pada rakyat..amanah dalam bertugas..tak menyusahkan rakyat..bukan yg dipilih semberono je yg boleh tutup kesalahan kawan2..akhirnya kita akan dapat la ahli parlimen dan dun yg baik dan bertanggungjawab..bila lebih ramai calon yg berkelayakan menang,parti tu la yg akan jadi pemerintah..maka kita akan dapat pemimpin yg baik dan negara akan maju..tak kisah la parti mana pun..bn ke,pakatan ke,pas ke..
    Ni pandangan aku la..arap korang paham..
    -lanun-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laaa..salah parking komen lagi..adeishhh..
      -lanun-

      Padam
    2. tahniah kerana menyokong pas. terima lah hadiah prooO00ottT preeErEeeTtT d muka ko.

      -ji lalok-

      Padam
    3. Ni contoh org tak paham metafora..kat atas ni..aku akan sokong org yg bantu rakyat..tak seleweng duit rakyat..ada agama pada diri mereka..bukan aku cakap aku sokong pas mcm macai tu..semua nak sokong tanpa bangkangan..adoi laa..ape yg aku sokong tu hak diri aku..aku menilai sendiri..
      -lanun-

      Padam
    4. Yalah.,yalah pas mana pernah mencekik duit rakyat, ckp jelah ko macai sejati pas, proott dmuka ko


      -jila ke-

      Padam
    5. Laaa..bila pulak aku sokong malahan jadi macai pas ni???
      Aku cakap aku sokong org yg bantu rakyat..tak seleweng duit rakyat..ni semua rakyat malaysia nak kot..
      Aku cakap aku nak yg beragama..baca balik komen aku kat atas tu sebab ape..lagipun aku islam..mestila aku nak yg beragama islam jugak..kalau non muslim tu kena la tgk sahsiah dia..
      Kalau takde jugak baru kita tgk parti mana yg menguntungkan rakyat..parti tu aku letak last dah..aku jugak jadi macai..mengongg..
      -lanun-

      Padam
    6. Lanun ko jangan buang masa layan anon2 bangang abadi tu. Diorang cuma nak troll ko bagi ko panas je, last2 dia kentut, itu je point dia pun sebenarnya.

      Padam
    7. ye lanun usah di layaN anon kentut bangang tu. skrg parti politik suma xbley pcaya . keja nak menyenangkan perut anak beranak je. skrg aku betul2 respect dkt badan2 ngo mcm thirdforce bantu org2 miskin. org mcm ni sebenarnya yg patut pegang jawatan peminpin. btw proOtt siket dmuka noob. lega baq ang

      Padam
    8. Noob: Hahaha..aku cuba utk tak panas..aku cuba utk tak mencarut..dan aku cuba mengomen secara berhemah..mcm mana la ko boley tahan troll ye noob..hahaha..
      Anon 9.40 ptg: Yup..betul tu..aku pun sokong ngo2 yg membantu rakyat susah @ gelandangan tu patut diberi jawatan dalam kepimpinan negara..dorang bekerja tanpa publisiti dan tak mengharap balasan..
      -lanun-

      Padam
    9. ye btol tu lanun.. jgn ko layan anon bangang abadi tu... prooott

      -jilachentanoob-

      Padam
  8. satu kesimpulan yg tepat dan padu!

    BalasPadam
  9. Salam mana 2.6b ? ,

    Ramai keparat yang masih enggan mengundi selain umno kerana mereka takut dengan propaganda melayu akan jadi hamba. Walhal Melayu jadi hamba bukan kerana umno tidak memerintah tetapi kerana sikap mereka yang malas berusaha, tunggu hendak disuap dan nak short cut.

    Otak mereka tak pandai dan mereka sendiri PENGECUT untuk bersaing justeru amat mengharapkan kuota dan cable.

    Mereka lebih suka mengeluh, menyalahkan orang dan berdengki kenapa mereka miskin di bumi sendiri sedangkan mat indon baru datang boleh jadi kontraktor kaya. Teruskan lah mencipta alasan wahai bangsat dan biar umno menjual harta kekayaan mu.

    Tolak UMNOBN undi PR kembalikan keadilan sosial agar semua berfungsi mengikut tahap kepandaian masing-masing.heee

    #KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh , amah dan kuli am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ubat kuat masih ada? Isteri tk puaslah.
      -kebelakang-

      Padam
  10. Prooottttt.... Noob ngan lanun mmg sempoi abag hang.... Majulah politik utk semua

    BalasPadam
    Balasan
    1. hoi. lupa nak log off akaun ke? anon kentut kantoi

      Padam
  11. Prooottttt.... Noob ngan lanun mmg sempoi abag hang.... Majulah politik utk semua

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok. anon kentut telah di kenal pasti sbg mohd zin. proot d muka ang ..

      Padam
  12. Saya sukakan artikel ini...sebab itu ramai org nak minta kerajaan Malaysia buat macam Pemilihan Presiden Amerika...walaubagaimanapun...kita ikut pilihan kita...walaupun...kita terpaksa pilih parti...bukan calon itu...yng bertanding jawatan itu..

    BalasPadam
  13. Maaf lambat komen...

    Sy nmpk politik malaysia lebih kepada perjuangan politik mereka, menolong rakyat kalau ada modal atau something in return x kira financial or survival politik mereka. Nak cari yg betul2 ikhlas mmg susah, kalau ada pun mereka xleh pergi jauh sbb yg top politician pun sama hempeh n x pilih org yg bagus sbgi apprentice mereka.

    Pasal Najib....after PRU13 he is useless...that is my opinion. We need new PM like Mukriz or Khairy yg faham isu2 org muda n rakyat keseluruhan. Org lama sibuk penuhkan poket masing2 utk 7 keturunan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko asik lambat komen je . Proottt dimuke ko

      - Jilanun -

      Padam
  14. PARTAI CINTA.....jom join...
    -anon kacak-

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.