Selasa, 5 Januari 2016

7 Kejar impian, harapan dan kebahagiaan orang lain

Kadangkala kita bersungguh2 mengejar sesuatu yang menjadi impian orang lain, atau yang menjadi harapan orang lain, atau kerana ia juga dikejar oleh ramai orang, hanya untuk menyedari yang akhirnya apa yang kita kejari selama ini bukanlah sesuatu yang sebenarnya kita inginkan.

Dari kecil kita sudah dididik untuk berbuat sesuatu demi orang lain. Kita mengejar A dalam peperiksaan demi memenuhi harapan ibu bapa dan guru2 kita. Kita menyambung pengajian di universiti mengambil jurusan yang dimahukan oleh ibu bapa kita. Kita membuat kajian akademik demi memenuhi cita-cita pensyarah kita. Kita bekerja di sebuah organisasi ternama hanya kerana ia menjadi impian ramai orang untuk bekerja di situ. Kita berkahwin dengan si dia pun hanya kerana semua orang  sukakan dia.

Tidak salah kita berbuat sesuatu demi kebahagiaan orang lain, demi impian orang lain atau kerana mengikut orang lain, namun ada masanya kita perlu juga memikirkan akan impian dan kebahagiaan diri kita juga. Dan yang paling penting, adakah kebahagiaan yang kita kejar selama ini adalah kebahagiaan dunia semata2 atau kebahagiaan yang hakiki?

Pelukis: Yura Yu. Layari blog beliau di Zexta Tales.


* Komik di atas adalah sedutan daripada buku Buasir Otak: The Komik [RELOADED] yang baru. Ada banyak lagi komik menarik di dalam buku Buasir Otak: The Komik ini. Untuk membeli boleh klik pada gambar di bawah:

Buasir Otak: The Komik




tags: mengejar impian harapan kebahagiaan bahagia di sana dunia hakiki cita-cita ibu bapa cikgu guru

7 ulasan:

  1. Kebahagian (dunia) sy ialah...makan, tido, masuk gaji, berjimak, kereta sport

    Just be yourself, x perlu jd fake sbb nak ambil hati org lain. Sekian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tambah satu lagi kebahagiaan iaitu membaca komik Buasir Otak.

      Ayam nak beli komik? Huhu

      Padam
    2. ⓒⓘⓑⓐⓘ ⓝⓞⓞⓑ ⓜⓔⓨⓐⓜⓐⓡ ⓙⓐⓓⓘ ⓐⓨⓐⓜ ⓐⓟⓔⓡⓘⓚⓐ ⓟⓡⓞⓞⓞⓣ ⓓⓘⓜⓤⓚⓐ cEro ✊✋

      Padam
    3. Jap..nanti sy fikirkn nak beli komik noob...dah ada niat nak beli

      Padam
    4. menangis doh aku baca komen noob. lain macam marketing dia.

      Padam
  2. Tapi, tanpa ibu bapa, guru2, boss2, pensyarah...kita mungking langsung tak jumpa kebahagian hakiki ataw lebih teruk jadi geng crrreeet prrrroooot spt dibawah kelak

    BalasPadam
  3. Bahagia bagi Mrs. A apabila melihat semua orang yang kita sayang hidup bahagia.
    Klise nyer..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.