Khamis, 14 Januari 2016

26 Kekecewaan terhadap sikap kaum lelaki yang lucah

Setelah beberapa siri viral sejak kebelakangan ini yang melibatkan kaum wanita, aku nak beritahu suatu rahsia tentang kaum lelaki yang orang perempuan perlu tahu dan ingat agar lebih berhati2 dalam setiap tindakan yang anda lakukan terutama di media sosial. Sejujurnya aku kesian dan sedih apabila melihat kaum wanita dibantai, dicerca malah dikutuk dengan pelbagai kata2 lucah oleh orang lelaki hanya kerana kesilapan yang mereka lakukan sehingga mengakibatkan tekanan yang sangat berat terhadap kaum yang lemah ini. Tak dinafikan ada masanya mereka silap, tapi apa pula hak kita nak bagi komen2 berbaur lucah terhadap mereka? Adakah itu suatu bentuk teguran atau nasihat?


Sebab itu orang perempuan harus anggap yang semua lelaki lebih2 lagi lelaki yang tak dikenali apatah lagi di media sosial secara defaultnya adalah PERVERT, melainkan anda dah kenal seseorang lelaki itu dan tahu yang dia tidak pervert. Orang lelaki ni secara umumnya korang nasihat la diorang macam mana pun, suruh diorang tundukkan pandangan la, jangan cakap benda lucah, mintak diorang jangan lihat perempuan sebagai simbol seks, most of them takkan dengar.

Nak tak nak, suka atau tidak, orang perempuan kena menjaga maruah dan kehormatan diri mereka sendiri. Elakkan daripada berbuat perkara yang boleh mengundang ekploitasi daripada lelaki berotak kuning ini, sebab ada kalanya walaupun KAUM WANITA TAK SALAH, tapi orang lelaki berotak kuning ini akan cuba untuk menampakkan yang kesalahan adalah berpunca daripada perempuan.

Kaum perempuan jangan haraplah kaum lelaki ni akan berubah, memang takkan punya, dari yang muda sampailah yang tua, dari yang berkopiah sampailah yang pakai seluar pendek, sifat pervert tu tetap ada. Tengok je komen2 sesetengah orang lelaki kat media sosial macam mana, menulis ayat dan perkataan lucah tu macam takde apa2. Bangga masing2 dapat memperlihatkan otak lucahnya kepada orang ramai.

Maka berhati2lah kaum wanita sekalian. Jangan beri peluang kepada mereka untuk jadikan diri anda mangsa ekploitasi kaum lelaki. Jaga setiap kelakuan anda lebih2 lagi di media sosial. Kita tak boleh expect semua orang lelaki tu baik hati, naif dan suci seperti Goku yang boleh duduk atas awan guling, sebaliknya expect mereka itu sebagai Datuk Kame.

Pervert dengan lelaki memang berpisah tiada. Yang membezakan cuma keupayaan mereka mengawal otak kuning mereka dengan baik atau tidak, dan apakah mereka mampu untuk menyimpan pervert mereka sendiri2 atau menunjukkan pervert mereka kepada orang lain.


Mungkin ada orang perempuan yang salah faham atau salah tafsir artikel aku ini dengan mengatakan aku meletakkan semua kesalahan terhadap orang perempuan. Nafsu lelaki naik, salah perempuan. Bila perempuan tegur minta lelaki tundukkan pandangan, kita boleh jawab "Oh takpe takpe lelaki memang dilahirkan gatal" atau salahkan Tuhan sebab telah menjadikan lelaki ini pervert dan sebagainya.

Tidak.

Jauh sangat korang tersasar ni. It's never OK untuk anda menunjukkan perangai pervert korang kat public serta dilakukan terhadap kaum wanita lain. Yang salah tetap salah biarpun kau gunalah alasan apa pun.

Don't get the wrong idea. It just that I'm just stating the obvious.

Aku bukan nak salahkan perempuan atau membenarkan sifat lelaki yang suka menayangkan sifat pervert mereka kat public ni. Aku hanya nak bagitau yang hakikatnya ramai orang lelaki kat Malaysia ni tak kira la diorang ni Melayu ke Islam ke tapi tanpa malunya menunjukkan mereka sangat pervert malah sehingga ke tahap melucah terhadap perempuan lain.

Malah kalau korang baca balik, aku sebenarnya menghentam orang lelaki yang pervert tahap gaban dan put my FRUSTRATION ON GUYS, which mean aku sendiri sebagai lelaki rasa sangat KECEWA terhadap perangai lelaki yang ini.

Memang kita boleh tegur, boleh nasihat, namun benda tu takkan habis dan berubah pun. Kita still boleh nampak ramai orang lelaki menggatal, miang dan menulis komen2 lucah kat Facebook, Instagram dan lain2 media sosial. Walaupun benda tu kita tak suka malah agama sendiri melarang, kita buatlah kempen apa kesedaran apapun, bagi ceramah berbakul2 pun tapi mereka tetap akan buat juga dan benda ni takkan ada penghujung. Dan seriously aku tak meletakkan harapan pun yang mostly orang2 lelaki kat Malaysia ni akan dapat berubah.

Seperti mana aku tak berapa suka dengan pentadbiran kerajaan Malaysia sekarang, tapi melihat realiti masyarakat pada hari ini, aku tak meletakkan harapan yang tinggi pun yang ia akan berubah menjadi lebih baik, so lebih baik aku jaga diri aku sendiri daripada beria2 menentang something yang aku tahu takkan berubah pun.

Perumpamaan lain di dalam satu kelas, daripada 30 orang hanya 2 orang sahaja yang baik termasuk kita manakala 28 orang lagi semua gangster. Daripada kita nak minta dan berharap mereka berubah yang realitinya hampir mustahil, lebih baik kita jauhkan diri dan jangan buat pasal dengan mereka, melainkan kita ada kabel yang kuat seperti anak cikgu, polis, menteri dan sebagainya.

Kau tak boleh expect orang lain itu baik seperti mana yang kau nak expect mereka jadi. Contohnya kau berharap semua orang itu baik, maka kau pun tidak pernah kunci rumah kau dan sentiasa membiarkannya terbuka sebab kau harap semua orang itu baik seperti mana dalam expectation kau. Dan tiba2 pada satu hari rumah kau kena masuk rompak dengan mudah sebab kau tak kunci rumah kau.

Ya, dalam hal ini memang perompak tu bersalah kerana merompak rumah kau dan kita patut hukum perompak tu bukan orang yang tinggal di rumah tu, tapi dalam satu sudut kenapa kau tak kunci rumah kau? Kau tak boleh expect semua orang akan tundukkan pandangan bila nampak pintu rumah kau sentiasa terbuka dan tak terkunci. Adakah kau expect semua orang akan hidup dengan begitu baik dan bertindak dalam expectation kau sedangkan pada hakikatnya orang jahat tu wujud?

Macam tu lah perumpamaannya lebih kurang. Daripada aku berharap orang lain dapat berubah yang mana ia adalah di luar kawalan aku sendiri lebih2 lagi di media sosial, lebih baik aku buat sesuatu yang boleh aku kawal iaitu jaga dan kawal diri sendiri daripada diekploitasi dan dijadikan mangsa oleh orang2 yang tak bertanggungjawab ini seperti post gambar dan tulis status bukan2 yang boleh mengundang kontroversi dan fitnah.

Seriously, social media is bigger than we think. Malah, Internet itu sendiri jauh lebih besar. Kau tak boleh nak kawal apa benda yang bakal berlaku di Internet. Silap upload gambar atau video kat Facebook, sekali dah viral ia akan jadi hak milik Internet dan akan terus kekal di Internet tanpa kau berupaya pun untuk padam dan buang gambar tersebut dari Internet. Fikirkan impak, kesan dan akibat sebelum berbuat sesuatu. If damage has been done, menyesal pun tiada guna.

Lebih malang lagi jika ia berlaku pada orang perempuan kerana orang perempuan is always on the losing side. Lelaki menggatal kat perempuan, perempuan dipersalahkan. Suami isteri bercerai, perempuan tanggung akibat yang lebih besar. Isteri tak boleh beranak, perempuan tanggung malu yang lebih besar. Couple berzina lepas tu mengandung, perempuan yang tanggung masalah yang lelaki dah cabut lari. Benda macam ini memberi kesan yang lebih besar terhadap perempuan berbanding lelaki. Orang lelaki kalau kena pagi ni, malam tu dah boleh move on, tapi perempuan bila menerima tekanan macam ni, 2 3 bulan lagi pun belum tentu jiwa dan perasaan mereka boleh move on.

Baca juga artikel "Tak malu ke orang lain tahu kau gila seks?" dan "Gadis bawah umur sangap, pedophile gembira" dan kau akan tahu betapa rosaknya sesetengah orang yang berada dalam masyarakat yang kita hidup bersama sekarang ini.

Kita semua impikan sebuah dunia yang ideal mengikut apa yang kita harapkan. Orang perempuan tutup aurat, orang lelaki tundukkan pandangan, rasuah tak berlaku, semua orang ada common sense, pemimpin bersifat zuhud, waktu subuh masjid sentiasa penuh, namun realitinya dunia ideal kita itu memang tidak akan tercapai.

We already live in a fucked up society. Kita terpaksa hidup dan survive dalam dunia yang tidak pernah adil dan penuh tipu daya. Sebab itu ada pepatah "Prepared for the worst, hope for the best". Kita boleh berharap yang terbaik namun sebelumnya kita perlu bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang buruk.

Akhir kata, Utopia itu bukan milik kita bahkan tidak akan wujud... melainkan di syurga.




tags: lelaki melayu gila seks pervert miang gatal lucah perempuan wanita jaga diri dunia ideal

26 ulasan:

  1. Prince of Noob versi pencinta, wanita, hehehe. Cayalah! Mls komen sbb dh komen di FB :B

    BalasPadam
    Balasan
    1. Who cares

      -pon-

      Padam
    2. hoi anon nak kena belasah ke?

      -pon-

      Padam
    3. hai anon. proooottt d muka ko.

      -ayam aperika-

      Padam
    4. Malas komen tapi taip kat ruangan komen, mengomen untuk dikomen. Figuratif.

      Padam
    5. hoi anon @ ayam aperika proot dimuka mak ngko

      -sirosli-

      Padam
  2. pekara ni dah ALLah dah terapkan dalam agama sebagai panduan hidup ..
    (1)Allah menegah kita berhubungan dengan seseorang bukan muhrim kalau bukan sesuatu yg perlu - kalau wanita itu ikut hukum yang pertama tadi memang dia tak akan ada dalam fb amranfans..x de masalah
    (2)ditegah memanja-manjakan (buat muka manja..muka mengoda)diri selain daripada untuk suami..kalau tengok gambar first memang nampak menyusukan baby dalam muka yang manja dan dishare..memang la menjadi mangsa pervert..
    (3) menutup aurat sepenuhnya..jika dia ikut yang ini pun memang xkan jadi punya jika dia paham apa itu aurat..contohnya ..walaupun bibir tidak perlu ditutup ada yang berpendapat jika bentuk bibir itu terlalu seksi dan menarik perhatian wajib tutup..
    (4)meminta izin suami sebelum berbuat sesuatu ..-jika dia buat begini mungkin suami dia akan menegur..atau melerang dia buat seperti ini..
    jadi aku rasa dah maha mengetahuilah Allah apa yang akan terjadi dan bagaimana Allah memberi pegengan supaya selama dari dimalukan..xperlu tunding siapa salah atau betul..siapa yang ikut hukum dia benar dia tolak memang dia salah ..begitu juga hukum mengaibkan..nabi melarang mengaibkan seseorang berlebihan..atau menghina ..menjatuhkan maruah.. seperti yang amran lakukan..dan begitu juga kita sebagai penyokong pun dapat saham dosa free jika salah dalam menyokong sesuatu pihak..

    BalasPadam
  3. Ape kes yg berlaku kpd noob ni? Mesti ada isu kat tmpt kerja smpi jd mcm ni...

    Aum....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takde apa berlaku pun ayam, aku cuma tulis based on isu2 viral yang berlaku sejak kebelakangan ni, and then someone took it too serious in a wrong way. Itu sahaja.

      Padam
    2. Wei ayam... apahal lu tanya pastu lu jawab. Lu admin ke woi?

      Padam
    3. Wei ayam... lu tanya pastu lu jawab. Lu admin kan?

      Padam
    4. cıɞѧı sıяosʟı meyamѧr jadi ѧʏѧm ѧpєяıҡѧ pяooooţţţţ ċяєєєєєţţţţţ Ԁmuҡѧ mѧTmѧsєLѧň ,sıяosʟı , ѧʏѧm ѧpєяıҡѧ & jıɞɞy яѧzѧҡ✌

      Padam
    5. Apa yg kes viral terbaru? Yg sy ingat kes 'memercik' oleh Wak Doyok...itu dah kes lama.

      Padam
    6. Oh...kes susu gantung di khalayak ramai? Ok...fhm.

      Padam
  4. Lucah atau tidak, kita bolos saja dinding itooooo.....

    BalasPadam
  5. Kita tak boleh expect semua orang lelaki tu baik hati, naif dan suci seperti Goku yang boleh duduk atas awan guling, sebaliknya expect mereka itu sebagai Datuk Kame.

    ;D

    fuh, panjang pon tulis..panjang lebar dan jelas..
    diakhiri dgn ayat ala2 sastera..
    tapi konten artikel ni mmg ummph power!

    BalasPadam
  6. Bagus tulisan kau ni Noob. Summed up everything untuk panduan kaum perempuan.

    BalasPadam
  7. Yahoooo..noob yg dulu dah kembali..noob si pencinta wanita..hahaha..
    Aku penah jugak guna ayat goku dan awan guling tu..tapi hampeh..audien bukan penggemar komik..akhirnya aku yg kena terangkan satu2..hahaha..
    Btw harap2 meningkat la pengomen2 berilmiah ni..and welkam mortodon..selamat mengomen dengan bijak..aku tapau seminggu punya komen+artikel..
    -lanun-

    BalasPadam
  8. Di sini sy kongsikan

    Cara-cara nak perlahankan bunyi kentut :

    Mula-mula apabila terasa kentut nak keluar...
    Kepitkan bontot semaksimum yang boleh..
    Lepaskan angin kentut sedikit demi sedikit..
    Jadikan bunyi kentut seperti psssttttt!!!
    Awas pastikan jangan terbatuk atau terbersin dalam keadaan ini..
    Senang je..
    Selamat mencuba!!!

    p/s : yg cirit jgn sesekali nk cuba!

    -kredit : Sirosli-

    BalasPadam
  9. Sebab tu aku geleng kepala je bila ada yg komen konon nasihat 'lelaki kena tundukkan pandangan'...
    memang betul lelaki kena tundukkan pandangan, tapi adakah dia fikir lelaki akan tundukkan pandangan hanya kerana dia komen suruh tundukkan pandangan?
    Naif sangat pemikiran tu. Hahaha

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.