Ahad, 30 April 2017

2 Manusia bertopeng bukan kerana hipokrit

MANUSIA BERTOPENG

Manusia itu
Sifatnya bertopeng

Memakai topeng itu
Bukanlah kerana hipokrit
Tetapi kerana sikap
Hormat, santun, malu dan professional



Khamis, 27 April 2017

4 Admin kumpulan WhatsApp boleh dipenjara

Admin (pentadbir) kumpulan WhatsApp berdepan tindakan undang-undang sekiranya gagal membendung penyebaran maklumat palsu dalam kalangan ahli sehingga menggugat keselamatan negara.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, berkata tindakan undang-undang sedia ada di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh dipertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap pentadbir terbabit.

Di bawah akta itu, pelbagai kesalahan boleh dikenakan tindakan seperti menyebarkan berita palsu, fitnah, menghasut, penipuan dan pendedahan komunikasi yang dilarang iaitu mendedahkan maklumat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).



Selasa, 25 April 2017

4 Pasangan ganjil yang banyak perbezaan

PASANGAN GANJIL

Aku PC
Kau Mac

Aku Android
Kau iPhone

Aku rock
Kau pop

Aku game
Kau TV


Isnin, 24 April 2017

8 Komedi kelas rendah yang langsung tak kelakar

Aku suka pada lawak jenaka. Aku boleh terima macam-macam jenis lapisan komedi. Tahap jenaka juga ada pelbagai jenis. Lawak jenaka yang high class adalah satira atau lawak jenaka yang lucu dalam masa yang sama menjentik minda dan sarat dengan mesej pengajaran. Jenaka yang biasa adalah jenaka yang kelakar tetapi tidak mempunyai apa-apa mesej, jenaka tersebut hanya untuk hiburan semata-mata.

Dan yang terakhir adalah jenaka low class, jenaka yang tak kelakar, jelek dan annoying malah menyakitkan hati orang lain, contohnya seperti lawak jamban, kotor, lucah dan mengguris sensitiviti sesetengah pihak. Tujuan komedi adalah untuk membuatkan orang gelak, maka kalau komedi itu tak membuatkan orang gelak malah membuatkan orang marah pula, ia tak layak digelar komedi tetapi sampah sarap, seperti contoh sebuah rancangan yang menjenakakan nama bekas pelari pecut negara Watson Nyambek ini.



Jumaat, 21 April 2017

1 Special Snowflakes: Merasa diri terlalu istimewa

Jika anda merasa diri anda terlalu unik, terlalu berbeza dan lain dari yang lain, terlalu istimewa berbanding orang lain, yang perlu sentiasa mahu dibelai dan dimanja,  yang sering mahukan perhatian dan layanan yang lebih dari orang lain, merasakan orang lain selalu bercakap tentang diri anda, merasakan yang anda lebih penting dari orang lain, yang rasa hati dan emosi anda terlalu rapuh dan tidak boleh diusik langsung, yang merasakan dunia ini hanya berkisar di sekeliling anda, maka anda sebenarnya mempunyai sindrom Special Snowflake.



Rabu, 19 April 2017

2 Guna krim beracun untuk putihkan wajah

Dua tiga menjak ini banyak produk kosmetik, skincare dan kecantikan telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengandungi bahan beracun. Founder produk ini pulak selalu klaim produk mereka natural la organik la buat research kat lab la tapi nama kilang ke nama makmal ke tak letak pun.



Selasa, 18 April 2017

2 Sampai bila nak mereput kerja makan gaji?

Selain daripada suka menayang kereta mewah upline dia, sesetengah orang MLM ni suka merendah dan memandang hina pada orang yang kerja makan gaji semata-mata nak paksa orang jadi downline MLM dia.

Habis tu kalau semua orang kerja jual produk MLM, siapa yang nak kerja makan gaji? Siapa nak kerja jadi cikgu? Siapa nak jadi tentera? Siapa nak jadi doktor? Siapa nak jadi mekanik?

Nak ajak orang join pun tak perlu paksa dan hina pekerjaan mereka. Kutuk-kutuk pun duit diorang hasil kerja makan gaji jugak yang kau terhegeh-hegehkan.



Isnin, 17 April 2017

5 Banyak group WhatsApp yang menyemakkan kepala

Satu aplikasi yang pasti ada di dalam telefon pintar setiap orang adalah WhatsApp. Malah ramai orang ada banyak WhatsApp group. Group kawan sekolah, group kerja pejabat, group jiran tetangga, group persatuan penduduk, group kelab dan macam-macam group lagi. Bagus sebenarnya ada WhatsApp group, tapi bila dah banyak sangat group dan semakin ramai ahli dalam group ni, lama-lama ia akan jadi rimas dan serabut disebabkan perangai dan peel macam-macam jenis orang yang ada kat dalam tu.




Sabtu, 15 April 2017

0 Jom sertai Walk-a-Payung 2017 di Kuala Terengganu

Lebih kurang sebulan dari sekarang, baju ungu bersama payung akan membanjiri Kuala Terengganu untuk kali ketiga! Kepada yang berada di Kuala Terengganu serta seluruh negara yang berminat menyertai program ini, anda semua dijemput hadir.

It's Walk-a-Payung again!



Jumaat, 14 April 2017

2 Semua orang mahu panjang umur atas sebab berbeza

Semua orang di dunia ini pasti berharap agar mempunyai umur yang panjang namun atas sebab yang berbeza. Ada yang berharap panjang usia kerana merasa masih belum puas mengumpul bekalan akhirat, untuk menebus kembali dosa yang lalu, mencari ilmu pengetahuan, membuat kebaikan, memberi manfaat kepada yang lain dan sebagainya yang ke arah kebaikan. Ada juga yang mahu panjang umur kerana masih belum merasa puas dan tidak mahu ketinggalan dengan segala keseronokan dunia.



Rabu, 12 April 2017

7 Apabila terkantoi tengah stalk Facebook orang

Ada masa bila kita tengah syok stalk profile Facebook crush, musuh, orang yang kita tak suka atau orang yang kita nak elak, tapi tiba-tiba kita tertekan Like kat status, gambar atau komen dia secara tidak sengaja, mesti kalut gila kantoi kita tengah stalk dia, apatah lagi kalau tertekan Like kat status atau gambar dia yang dah berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lepas.





Selasa, 11 April 2017

6 Fitrah haiwan tidak sama dengan fitrah manusia

FITRAH MAKHLUK

Fitrah...

Fitrah itu naluri
Fitrah itu sifat
Fitrah itu ciri-ciri
Fitrah itu peribadi
Fitrah itu keinginan
Fitrah itu semulajadi



Isnin, 10 April 2017

4 Banyak idea hadir ketika kita tidak bersedia

Biasanya idea datang mencurah-curah semasa kita tengah sibuk buat benda lain. Masa tengah bangun tidur, masa tengah mandi, masa tengah memandu, masa tengah makan, masa tengah main game, banyak betul idea datang. Kadang-kadang nak catat pun tak sempat sebab tak bawa pen/kertas. Nak simpan dalam telefon pun tangan tengah sibuk pegang benda lain, so kita pun cuba la simpan dalam kepala je dengan harapan kita akan ingat idea tu masa nak buat nanti. Tapi bila tiba masa kita dah bersedia nak buat idea tu, tiba-tiba dah terlupa dah apa benda idea dalam kepala otak kita tadi.

Every.single.time.



Ahad, 9 April 2017

1 Harta karun di Jambatan Pulau Pinang Kedua

Khabarnya ada harta karun di Jambatan Pulau Pinang Kedua atau Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Ramai pemburu harta karun di seluruh negara bakal mencari harta-harta karun ini. Anda pun berpeluang untuk memburunya. Jangan lepaskan peluang ini.



Sabtu, 8 April 2017

7 Lelaki pelik dalam cermin

LELAKI DALAM CERMIN

Dalam cermin itu
Aku tidak percaya
Apa yang aku lihat



Jumaat, 7 April 2017

2 Bagai robot yang terperangkap dalam rutin

AKU ROBOT

Setiap hari aku menaiki tren
Untuk ke tempat kerja

Sampai di kubikel
Tepat jam 8 pagi



Khamis, 6 April 2017

4 Terus bermimpi selagi masih ada peluang

TERUS BERMIMPI

Mimpi
Kau bermimpi pada pagi hari
Mimpi hingga ke malam
Bila kau bermimpi
Kau tahu semuanya baik



Rabu, 5 April 2017

7 Berpaling dan melihat ke arah yang lain

ARAH YANG LAIN

Aku mahu bantu kamu
tetapi aku tidak tahu bagaimana

Aku hendak menenangkan kamu
tetapi aku tidak mampu bersuara



Selasa, 4 April 2017

5 Yang terbaik dariku bukan yang terbaik padamu

YANG TERBAIK

Aku cuba
Yang terbaik

Aku buat
Yang terbaik

Aku beri segala-galanya
Untuk hasilkan
Yang terbaik



Isnin, 3 April 2017

6 Betapa orang kita mudah sangat untuk ditipu

1 April adalah hari April Fools'. Hari di mana ramai orang kenakan orang lain dengan prank dan troll atas dasar gurauan. Aku tidak mahu membincangkan asal usul dan sejarah hari April Fools' ini atau hukum orang Islam menyambutnya, korang boleh cari sahaja di Internet.

Namun April Fools' ini bukan lagi sekadar usikan dan jenaka nakal di antara kawan-kawan, malah akhbar dan syarikat besar luar negara seperti Google, Samsung, Motorola, GeForce dan sebagainya pun turut melakukan jenaka April Fools bagi tujuan pemasaran jenama mereka. Malah banyak portal media dan akhbar online luar negara yang menyiarkan artikel dan laporan berita palsu bagi tujuan jenaka.