Iklan Leaderboard

Ahad, 9 April 2017

1 Harta karun di Jambatan Pulau Pinang Kedua

Khabarnya ada harta karun di Jambatan Pulau Pinang Kedua atau Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Ramai pemburu harta karun di seluruh negara bakal mencari harta-harta karun ini. Anda pun berpeluang untuk memburunya. Jangan lepaskan peluang ini.


Dulu Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) pernah anjurkan program Merdeka Hunt tahun 2015 sempena bulan Kemerdekaan. Time tu baru first time jadi organiser untuk event macam ni dan benda ni adalah satu pengalaman baru untuk aku. Memang ade kesilapan-kesilapan kecik yang berlaku masa ni tapi insyallah akan jadi penanda aras untuk penambahbaikan untuk masa-masa akan datang.

Kereta ni menang kereta terbaik sebab ikut tema "Merdeka"

Alhamdulillah time tu aku dapat hampir 50 group dengan dua kategori iaitu kategori umum dan media.

Geng ni menang no 1..!! LIMA RIBU WOOO...!!

Seronok tengok semua pasukan ni dalam game ni sebab semua bersungguh-sungguh nak menang. Mana taknya, yuran RM 300 je tapi berpeluang untuk menang RM 5,000 untuk tempat pertama, RM 3,000 tempat kedua dan RM 2,000 untuk tempat ketiga... Ada plak hadiah saguhati dari tempat keempat sampai sepuluh, RM 250 untuk setiap team.

Brader ni menang tablet kalau tak salah aku

Orang kata memang berbaloi la sebab baju dapat free, dapat kad Touch 'n Go free (pasai Touch 'n Go sponsor kad) lepas tu ade plak lagi hadiah cabutan bertuah. ada yang dapat phone, tablet ngan barangan elektrik yang lain. Kami committee ni dapat tengokk ja laaa depa ni pulun hadiah pasal semua tu memang untuk depa sebagai penghargaan untuk pengguna Jambatan Kedua Pulau Pinang neh...

Semua pemenang utama...hepi oo dapat cash..!!

Tapi semua ini hanya tinggal sejarahhh...hehe..sebab Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) akan sekali lagi menganjurkan aktiviti Treasure Hunt pada 29 April 2017 tapi kali ni dengan tema Heritage. Semua peserta kena pakai kostume heritage untuk dinilai sebagai pemenang sebagai Best Dress.

Hadiah utama masih sama iaitu RM 5,000, RM 3,000 dan RM 2,000.


See the lucky draw prizesss..???? TV ada, speaker ada...pheww....tapi ni  semua untuk peserta jaaa...aku ni tengok je la nanti ampa semua dapat hadiah masing-masing.

So kalau nak join, isi borang neh naa...


Kalau anda semua perlukan sebarang maklumat lanjut, e-mail je saya di events@jambatankedua.com.my dan saya sedia menjawab segala persoalan anda berkenaan program Treasure Hunt ni.

Jom jumpa di sanaaa...!!!


Sumber dari http://luvayoie.blogspot.my/2017/04/treasure-hunt-di-jambatan-sultan-abdul.html.




tags: acara event di jambatan sultan abdul halim mu'adzam shah jambatan kedua pulau pinang treasure hunt jksb

1 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...