Selasa, 30 April 2019

4 Sisi gelap Avengers Infinity Wars dan Endgame

(Amaran: Mengandungi spoiler)

1. Filem Avengers Endgame (EG) telah pun melabuhkan tirainya. Segala persoalan dalam filem Avengers Infinity Wars (IW) telah pun selesai dan terjawab. Ramai orang meraikan kemunculan semula adiwira yang sebelum ini menjadi debu, begitu juga yang menangisi pemergian beberapa adiwara yang telah gugur dalam misi menghidupkan semula mereka yang menjadi debu dan mengembalikan keamanan dunia.

Aku tidak mahu mengulas atau memberi rating pada filem ini memandangkan ramai pun sudah bagi rating, malah cerita ini tiada apa yang perlu diulas sangat kerana ia adalah pelengkap dan kesimpulan kepada dunia filem MCU, sebaliknya aku cuba menyingkap sisi gelap di sebalik jalan cerita karya epik ini.



Ahad, 28 April 2019

1 Konsep pengembaraan masa dalam cerita fiksyen

Banyak karya berbentuk sains fiksyen di dalam novel, drama dan filem berkisarkan tentang pengembaraan masa atau 'time travel' dengan pelbagai kaedah seperti mesin masa, terowong masa, magik, keajaiban, kapal angkasa, lubang cecacing, alam kuantum dan lain-lain lagi.

Namun bagi aku 'time travel' itu sendiri sangat mustahil tak kiralah betapa majunya kemajuan sains yang bakal kita kecapi pada masa akan datang. Ini kerana teori pengembaraan masa itu sendiri sangat tak masuk akal dan melangkaui hukum alam serta qada' dan qadar.

Pergerakan masa ini cuma berlaku sekali sahaja iaitu masa yang sedang kita alami sekarang. Andai kata pengembaraan masa itu wujud, tahun 2050 telah pun berlaku bagi orang yang sedang hidup pada tahun itu, manakala tahun 1950 pula masih ada orang yang sedang mengalaminya bagi orang yang sedang hidup pada zaman itu.



Khamis, 25 April 2019

1 Cara undang artis K-Pop tanpa undang kecaman

1. Usaha Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melalui kementeriannya mahu membawa kumpulan K-Pop terkenal BTS sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 menerima kecaman hebat di media sosial.

2. Pertama, beliau dikecam kerana kerajaan dilihat lebih mementingkan hiburan berbanding menunaikan janji manifesto yang masih tertunggak.

3. Kedua, ia dilihat bersifat pilih kasih demi untuk meraih sokongan dan mengambil hati para peminat K-Pop yang ramai, sedangkan peminat muzik genre lain terpinggir.



Rabu, 24 April 2019

6 Doraemon sebenarnya berasal dari Malaysia

1. Dua hari lepas keluar di akhbar berita tentang Balai Seni Lukis Negara bercadang untuk mengadakan pameran lukisan bertemakan Doraemon sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

2. Kalau orang biasa baca berita itu mungkin macam takde apa-apa isu pun, sehinggalah page Les' Copaque iaitu pembikin animasi tempatan Upin Ipin menyindir berita tersebut dengan menulis 'Benda boleh pakai animation luar untuk promote Malaysia, buat apa pakai animation Malaysia sendiri'.



Isnin, 22 April 2019

3 Gaya hidup songsang mengganggu keseimbangan fitrah

1. Banyak negara bukan Islam terutama negara barat telah mengiktiraf GLTB atas dasar hak kemanusiaan.

2. Bagi mereka jantina bukan sekadar lelaki dan perempuan, malah ada lebih 60 jantina yang diklasifikasikan sebagai non-binary gender.

3. Antaranya lelaki maskulin straight, lelaki maskulin gay, lelaki lembut straight, lelaki lembut gay, perempuan feminin gay, perempuan maskulin straight, perempuan maskulin gay dan sebagainya.



Khamis, 18 April 2019

0 Haruskah projek ECRL diteruskan semula?

1. Sejak kerajaan PH mengumumkan untuk meneruskan projek ECRL yang sebelum ini ditangguh dengan beberapa perubahan laluan dan stesen atas alasan seperti penjimatan kos, memelihara tapak warisan dunia dan sebagainya, ramai orang dari blok pro-kerajaan mahu pun pro-pembangkang telah memberi pandangan dan ulasan. Kalau nak baca maklumat dan analisa terperinci, boleh baca pandangan-pandangan mereka. Aku hanya mahu mengulas dari kaca mata seorang 'layman' tanpa pelbagai angka, statistik dan jargon yang rumit.

2. Jajaran ERCL dari pantai barat ke pantai timur semenanjung Malaysia diubah sedikit laluannya. Kalau dulu dari Port Klang ia lalu utara Lembah Klang melalui Puncak Alam, Kapar, Puncak Alam, Serendah, Gombak, kemudian merentasi banjaran Titiwangsa hingga ke Bentong, Mentakab dan seterusnya ke negeri Terengganu dan Kelantan, kali ini ia lalu selatan Lembah Klang dari Port Klang terus ke Putrajaya, Bangi/Kajang, Kuala Klawang, Jelebu, Mentakab dan seterusnya ke negeri Terengganu dan Kelantan.



Selasa, 16 April 2019

7 Gaya lukisan komik bukan identiti negara

1. Dalam dunia kartun/komik tempatan, antara isu yang sering menjadi pertikaian dan perbalahan adalah jenis stroke atau gaya lukisan. Komik ini lukisannya tiru stroke Jepun, kartun itu lukisan terlalu Melayu, komik sana gaya lukisan ketinggalan zaman, komik sini tiada identiti Malaysia, sehinggakan timbulnya puak-puak dan diskriminasi di kalangan penggiat komik tanah air. Jadi di sini aku nak merungkai sedikit isu ini, diharap semua dapat baca dengan lapang dada tanpa sebarang skeptikal. Semoga ia dapat membuka mata semua orang dan tiada lagi seteru di antara pelukis komik yang mempunyai gaya lukisan yang berbeza.



Isnin, 15 April 2019

6 Kartun tempatan bakal pupus ditelan zaman

1. "Kartun tempatan bakal pupus, kerajaan harus peduli keluhan kartunis". Begitulah tajuk artikel hasil wawancara wartawan dengan kartunis lagenda Gayour. Samada ada beliau yang cakap atau wartawan sendiri yang menulis tajuk seperti itu, aku tak pasti.

2. Apa yang aku pasti, kartun tempatan tidak akan pupus, cuma ia berubah dan berevolusi mengikut zaman, masa dan generasi.

3. Tak dinafikan sekarang ini sudah kurang kartun tempatan yang dilukis mengikut gaya lukisan majalah komik dulu, dengan mata bulat, hidung kembang, mulut besar, gigi terkeluar. Gaya lukisan kartun tempatan zaman sekarang dikatakan lebih banyak menyerupai gaya komik Jepun.

4. Bagi aku gaya lukisan ini subjektif dan memerlukan perbahasan yang lebih panjang, namun pada aku selagi sesebuah karya itu dihasilkan oleh orang Malaysia, diterbitkan di Malaysia, ada unsur-unsur masyarakat Malaysia dalam kartun, ia masih lagi kartun atau komik tempatan.



Khamis, 11 April 2019

8 Benda boleh gaduh buat apa bincang?

1. Masyarakat di Malaysia ni ada pelbagai kaum, agama, negeri dan status.

2. Walaupun kita banyak perbezaan, ada ego masing-masing, selalu bergaduh sampai tahap macam boleh putus saudara, tapi sebenarnya kita ini baik, dan saling memerlukan antara satu sama lain.

3. Ada banjir di Kelantan, satu Malaysia turun bantu. Ada pencerobohan di Sabah, satu Malaysia turun bantu. Ada pencemaran di Johor, satu Malaysia turun bantu. Ada orang hilang di Perak, satu Malaysia turun bantu.

4. Kalau tak bantu dengan tenaga fizikal pun, pasti akan menghulurkan sumbangan wang ringgit dan barang kelengkapan harian serta doa. Perbezaan negeri semua letak ketepi, yang penting masalah dapat selesai.



Rabu, 10 April 2019

4 Kerajaan PH bakal kerajaan sepenggal suatu analisa


1. Suatu ketika dahulu, aku pernah menulis bagaimana PH boleh terus kekal berkuasa dalam tempoh yang lama selepas memenangi pilihan raya. Namun tatkala usia kerajaan PH semakin hampir menyambut ulang tahun yang pertamanya, aku yakin kerajaan PH akan kalah pada PRU15 dan bakal menjadi kerajaan sepenggal sahaja.

2. Pandangan aku ini bukanlah bermaksud aku menyokong parti pembangkang BN atau PAS, sebaliknya hanya suatu pemerhatian dan analisa aku terhadap lanskap politik sejak kebelakangan ini.



Selasa, 9 April 2019

16 Parkir rumah flat bukan milik bapa sesiapa

Lagi beberapa bulan kita nak masuk tahun 2020. Tahun yang sepatutnya negara kita telah mencapai Wawasan 2020 dengan pelbagai kemajuan infrastruktur serta mentaliti kelas pertama. Malangnya, mentaliti kita masih tertinggal 30 tahun di belakang. Kita masih lagi kurang sifat empati dan masih banyak lagi sikap pentingkan diri. Tengok sahaja di rumah-rumah flat, apartment dan teres, masih banyak orang ingat tempat letak kereta awam di kawasan perumahan macam bapak mereka yang punya.

Mereka ingat mereka beli kondominium beli rumah dapat lot parking sekali. Mereka tak faham ke rumah flat ini statusnya srata. Tiada kawasan tanah yang boleh dimiliki mana-mana penghuni. Kalau kawasan rumah tu 850 ft, maka 850 ft jelah yang dia miliki. Malah kalau rumah bawah ada tempat letak kereta depan rumah sekalipun, dia tak boleh klaim parking depan rumah tu hak dia.



Khamis, 4 April 2019

1 Nak jadi Youtuber atau atlet e-Sukan? Fikir semula

PENGENALAN

1. Bidang pekerjaan bagi aku ada dua kategori, iaitu pekerjaan konvensional dan bukan konvensional.

2. Pekerjaan konvensional ini lebih kurang macam kerja makan gaji, sama ada berstatus tetap atau kontrak, tak kisahlah sama ada kerja peringkat bawahan atau pun atasan, bidang profesional atau sebaliknya. Biasanya kerjaya makan gaji ni gaji dah tetap, gaji akan dibayar setiap hujung bulan serta ada caruman KWSP atau pencen dari majikan.

3. Antara pekerjaan konvensional ini adalah guru, doktor, jurutera, arkitek, pengaturcara, pegawai kerajaan, polis, tentera, operator kilang, kerani dan lain-lain jawatan yang dibayar gaji bulan oleh majikan.

4. Manakala pekerjaan bukan konvensional adalah kerjaya bukan makan gaji atau kerja sendiri. Pendapatan yang diperolehi tidak tetap, bergantung pada situasi.



Isnin, 1 April 2019

2 Restoran makanan segera bukan tempat belajar

1. Dulu kat restoran boleh hisap rokok. Jadi bila orang hisap rokok kat meja makan sebelah bayi pun, walaupun dari sudut moral dan etika itu buruk, tapi dari segi undang-undang ia tidak salah. Jadi paling tidak pun orang cuma boleh tegur dan viralkan sahaja, tapi kalau nak ambil tindakan undang-undang tetap tak boleh.

2. Kini orang dah tak boleh hisap rokok di restoran sebab ia dah jadi peraturan kerajaan, jadi bila ada orang merokok di kedai makan, ia bukan sahaja buruk dari sudut moral dan etika, malah ia sudah salah di sisi undang-undang. Pelaku sudah boleh dikenakan tindakan undang-undang kalau kantoi oleh penguatkuasa atau orang lapor.

3. Kita ada banyak lagi sikap dan tabiat yang buruk, yang walau ditegur dan diviral sekalipun pun, ia susah untuk diubah dan masih banyak berlaku di mana-mana. Jadi satu-satunya cara nak mengubah mentaliti dan budaya sikap buruk ini adalah menjadikan ia sebagai suatu peraturan dan larangan.

4. Antara contoh sikap buruk yang sering juga berlaku di restoran terutama restoran fast food selain dari merokok,  adalah belajar dan buat kerja di restoran terutama pada waktu puncak.