Memaparkan catatan dengan label Lesbian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lesbian. Papar semua catatan

Isnin, 22 April 2019

3 Gaya hidup songsang mengganggu keseimbangan fitrah

1. Banyak negara bukan Islam terutama negara barat telah mengiktiraf GLTB atas dasar hak kemanusiaan.

2. Bagi mereka jantina bukan sekadar lelaki dan perempuan, malah ada lebih 60 jantina yang diklasifikasikan sebagai non-binary gender.

3. Antaranya lelaki maskulin straight, lelaki maskulin gay, lelaki lembut straight, lelaki lembut gay, perempuan feminin gay, perempuan maskulin straight, perempuan maskulin gay dan sebagainya.



Selasa, 12 Mac 2019

1 Ulasan terhadap tuntutan di perarakan Hari Wanita

Sempena Hari Wanita Antarabangsa pada Sabtu lalu, lebih 300 orang berhimpun dan berarak di ibu kota Kuala Lumpur bagi menyambut Hari Wanita. Perarakan yang bertemakan "Hentikan Keganasan, Hormati Perempuan" dianjurkan oleh para aktivis wanita bertujuan untuk membuat beberapa tuntuan berkaitan wanita. Malangnya perhimpunan ini turut dicemari oleh golongan LGBT, aktivis yang menuntut benda pelik-pelik seperti kebebasan pekerja seks, free nips dan sebagainya yang mengambil kesempatan seperti parasit untuk memperjuangkan agenda songsang mereka.

Tidak mahu menyentuh panjang tentang pejuang LGBT dan aktivis-aktivis merepek lain, aku hanya mahu mengulas sedikit tentang tuntutan utama yang dibuat oleh sempena perhimpunan ini.


Isnin, 16 Julai 2018

2 Utamakan janji pilihan raya, ketepi agenda lain

Sejak beberapa hari yang lalu, banyak isu tentang LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender) muncul semula dalam persada politik tanah air, lebih-lebih berita berkaitan Menteri Belia & Sukan baru yang dikatakan mengambil pegawai khas yang juga seorang aktivis dan pendokong idelogi LGBT, namun telah dinafikan dengan menyatakan pegawai khas yang rasmi belum lagi dilantik dan dipilih, manakala aktivis tersebut pula dikatakan telah mengundur diri dan meletak jawatan.

Tidak lama kemudian, seorang Ahli Parlimen DAP mempertahankan aktivis tersebut serta hak-hak golongan minoriti LGBT di Malaysia sehingga menimbulkan kegusaran dan kemarahan orang ramai terutama di kalangan orang Melayu dan Islam.



Selasa, 10 Julai 2018

8 Orang Islam memperjuangkan LGBT suatu kejanggalan

Seorang aktivis LGBT berbangsa Melayu beragama Islam berkata, "Mudah-mudahan kita dapat hidup bermasyarakat di Malaysia yang meraikan kepelbagaian tanpa prejudis".

Sememangnya masyarakat di Malaysia sudah lama meraikan kepelbagaian tanpa prejudis. Itulah kepelbagaian agama dan kaum, tetapi tidak kepada golongan LGBT, terutama oleh masyarakat Islam.

Kerana apa?


Selasa, 30 Jun 2015

17 Kenapa aku menyokong golongan gay dan lesbian?

Umum mungkin tahu bahawa di US, dengan kiraan undi para hakim 5-4, perkahwinan sesama jenis telah dibenarkan di seluruh negeri naungan US. Ramai juga yang menyambut dengan gembira dengan mempelangikan gambar profail mereka di Facebook. Ada juga yang menentang dan mangambil tindakan. Pendek kata, perjuangan pihak LBGTQ untuk mendapatkan hak asasi mereka sudah Berjaya sebaik sahaja keputusan Makahmah Tinggi US keluar. Presiden Obama sendiri menyokong keputusan itu.



Selasa, 2 September 2014

29 Alat seks harus untuk suami isteri, bukan lesbian

Dua penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) berusia awal 20an disyaki pasangan lesbian ditangkap pihak berkuasa selepas penemuan alat perangsang seks bentuk kemaluan lelaki dalam serbuan ke atas sebuah hotel bajet di Johor Jaya Johor, awal pagi tadi.

Dalam serbuan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kira-kira 2 pagi itu, dua penuntut terbabit yang menuntut di Pulau Pinang dan Pasir Gudang, di sini mendakwa alat berkenaan baru dibeli secara dalam talian (online).


Isnin, 5 November 2012

88 Melayu, kebebasan beragama dan LGBT

Dah lama aku tak tulis pasal politik. Kali ni aku nak cakap pasal kenyataan dari Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga anak kepada ketua pembangkang Anwar Ibrahim sewaktu menjadi panelis dalam satu forum bertajuk “Islamic State: Which version? Whose responsibility?” apabila ditanyakan tentang kewajaran kaum Melayu diberikan kebebasan beragama.



Sabtu, 15 September 2012

49 Anda mungkin seorang homoseksual

Adakah anda sudah benar2 mengenali diri anda? Adakah anda yakin anda seseorang yang orientasi seksnya straight dan normal? Tahukan anda yang anda mungkin seorang yang mempunyai naluri homoseksual yakni suka pada pasangan sejenis yang sama jantina tanpa anda sendiri sedari.



Selasa, 3 Julai 2012

19 Jadi lesbian kerana video lucah

Kalau sesapa yang dah lama mengikuti Buasir Otak pasti perasan yang kami banyak hentam dan tibai golongan LBGT dan juga orang2 yang menyokong dan mengiktirafnya. Dan kebanyakan cerita2 yang kami banyak jumpa adalah pasal lelaki gay. Sebab tu banyak betul orang datang ke Buasir Otak ni dengan search keyword kat Google berkenaan gay. Banyak sangat ke lelaki gay kat Malaysia ni? OK ketepi dulu pasal gay, kali ni pasal lesbian pulak.



Jumaat, 25 Mei 2012

9 Irshad Manji ?



Irshad Manji adalah penulis Canada yang menulis Trouble with Islam Today dan Allah, Liberty and Love.

Biografi Ringkas beliau boleh di wiki di sini.

Beliau adalah seorang yang bersikap terbuka dan mengaku dirinya LESBIAN.

Ada juga pandangan bagus yang diutarakan dalam buku pertamanya , mengenai penentangan  penaklukan Rejim Israel yang ganas dan sikap sesetengah orang Arab yang pada dasarnya sahaja Islam tapi kiasu nak mampus.

Salah satu pandangan bagus beliau adalah Muslim mesti bersikap kemanusiaan, bukan berpuak-puak  dan hak wanita Muslim untuk mendapat perlindungan, keadilan , pembelajaran yang sempurna asalkan tidak melanggar hukum Allah.

Dan beliau menyeru agar Umat Islam bersikap terbuka , tidak prejudis dan sentiasa bersangka baik.

Itu yang bagusnya.

YANG TAK BAGUSNYA....

Beliau adalah seorang yang mengamalkan seks songsang. Macam mana hidup nak perjuangkan Islam padahal asas Islam Irshad Manji itu sendiri salah ?

Kalau korang keliru, boleh google kisah kaum Nabi Lut mengikut Al Quran di sini

Mana ayat-ayat Quran yang menyatakan beliau boleh mengamalkan Lesbianism ? TAK ADA.

To Manji, blasting ossified traditions with progressive and humane ideas will allow Muslims to break taboos against the equal treatment of non-Muslims, and killing those who decide to leave Islam or who cannot help but feel as though their creator has made them homosexual.

http://www.tnr.com/book/review/allah-liberty-love-irshad-manji


Merasakan bahawa Tuhan menciptakan manusia homoseksual ? 

Mempersoalkan Quran dan Hadis sebagai bukan rujukan agama.

Mempersoalkan soal aurat ,pemakaian Hijab, dan dalam satu artikel ,mempersoalkan pratik solat itu sendiri.

Atas cuma review yang dapat dibaca dalam website beliau. Buku-buku dia semua banyak yang sudah dirampas.

Boleh baca dalam Website beliau  https://www.irshadmanji.com/


Pada pandangan aku, dia cuma aktivis yang keliru , mana yang betul mengikut hukum-hakam Muslim ,mana yang salah sebagai Muslim. Mungkin dia tulis buku atas idea mendapat pengiktirafan dan ...best selling books.

"Kembali kepada Al-Quran, setiap orang adalah ciptaan Tuhan. Malahan gay dan lesbian juga dicipta Tuhan... http://www.malaysiakini.com/news/198641





Isnin, 19 Mac 2012

7 beRciNta sejeNis leBiH baik


- Sekadar Hiasan -

KULIM - “Untuk mendapatkan pil menggugurkan kehamilan, saya terpaksa melakukan hubungan seks dengan beberapa kenalan lain bagi mendapatkan modal,“ itu kata seorang pelajar tingkatan lima di sini yang terpaksa menawarkan khidmat seks.
Pelajar tingkatan lima yang hanya mahu dikenali dengan nama Shasha berkata, dia terpaksa bertindak sedemikian selepas teman lelakinya ketika itu bersikap lepas tangan sehingga dia terpaksa menempuh pelbagai masalah seorang diri. 
Menurutnya, selain disahkan hamil dia juga hampir dibuang sekolah gara-gara sikap teman lelakinya ketika itu. 
“Pil itu (gugurkan kandungan) terbahagi kepada dua jenis. Empat biji dimakan serta-merta manakala empat biji lagi dimakan selepas 12 jam. Harga pil ini sekitar RM350 hingga RM400. 
“Untuk mendapatkan wang saya akan berjumpa seorang rakan lain dan meminta dia memperkenalkan diri saya kepada beberapa pelanggan atau kenalannya," katanya.
Shasha berkata, dia akan mengenakan bayaran sekitar RM100 setiap kali bersama mereka. Dengan duit itulah dia akan membeli pil. 
Menurutnya, pil itu hanya berkesan bagi kandungan bawah tiga bulan. Setelah memakan pil, dia akan berasa sakit perut dan memulas untuk beberapa jam dan akan datang haid semula seperti biasa selepas itu. 
Segala kesengsaraan itu terpaksa dialaminya sendiri dan bermula dari detik itu, dia menjadi takut untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki dan mengubah selera kepada kaum sejenis. 
Shasha berkata, dia menjalinkan hubungan cinta sejenis sejak setahun lalu. Namun sehingga kini keluarganya tidak mengetahui perkara itu. 
Menurutnya dia dan kekasihnya yang hanya mahu dikenali sebagai Faiz akan tidur di rumahnya setiap hujung minggu. 
“Cara ini lebih senang, ibu bapa tidak tahu kami sedang bercinta. Mereka akan menyatakan kami perempuan dan adalah lebih baik saya melepak dalam bilik dengan seorang kenalan perempuan dari keluar bersama teman lelaki. Saya jadi fobia untuk berkawan dengan lelaki kerana banyak keburukannya. 
“Bagi saya bercinta sesama jenis lebih baik kerana ibu bapa tidak akan dapat mengesan perlakuan atau hubungan seks yang kami lakukan selain itu, ia tidak akan mengakibatkan saya hamil seperti dulu,” katanya.
Petikan: Sinar Harian


xtau la ape nak jadik ngan org kita skang ni. Matlamat menghalalkan cara. Udah la
M-E-M-B-U-N-U-H
duit yg dia dpt pon
H-A-R-A-M
bukan darurat pon nak buat cam tu. then, buleh lak jadik
L-E-S-B-I-A-N
ade ke bercinta sesama jenis lebih baik katanyeee.. sbb, mak bapak xtau n' xleh hamil! ish..ish..ish.. tambah lagi bnde salah, diam2
M-E-N-I-P-U
mak bapak utk bnde x elok. buat
S-E-K-S
lak tu..

bkawan dgn laki byk kburukannya?? helloww.. klo u xtau jaga diri, salah mcari kawan, silap u sndiri.. sndiri punya badan, sndiri mau ingat la uuu..


p/s: halal haram bukan pilihan, ia suatu ketetapan Tuhan..