Isnin, 19 Mac 2012

7 beRciNta sejeNis leBiH baik


- Sekadar Hiasan -

KULIM - “Untuk mendapatkan pil menggugurkan kehamilan, saya terpaksa melakukan hubungan seks dengan beberapa kenalan lain bagi mendapatkan modal,“ itu kata seorang pelajar tingkatan lima di sini yang terpaksa menawarkan khidmat seks.
Pelajar tingkatan lima yang hanya mahu dikenali dengan nama Shasha berkata, dia terpaksa bertindak sedemikian selepas teman lelakinya ketika itu bersikap lepas tangan sehingga dia terpaksa menempuh pelbagai masalah seorang diri. 
Menurutnya, selain disahkan hamil dia juga hampir dibuang sekolah gara-gara sikap teman lelakinya ketika itu. 
“Pil itu (gugurkan kandungan) terbahagi kepada dua jenis. Empat biji dimakan serta-merta manakala empat biji lagi dimakan selepas 12 jam. Harga pil ini sekitar RM350 hingga RM400. 
“Untuk mendapatkan wang saya akan berjumpa seorang rakan lain dan meminta dia memperkenalkan diri saya kepada beberapa pelanggan atau kenalannya," katanya.
Shasha berkata, dia akan mengenakan bayaran sekitar RM100 setiap kali bersama mereka. Dengan duit itulah dia akan membeli pil. 
Menurutnya, pil itu hanya berkesan bagi kandungan bawah tiga bulan. Setelah memakan pil, dia akan berasa sakit perut dan memulas untuk beberapa jam dan akan datang haid semula seperti biasa selepas itu. 
Segala kesengsaraan itu terpaksa dialaminya sendiri dan bermula dari detik itu, dia menjadi takut untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki dan mengubah selera kepada kaum sejenis. 
Shasha berkata, dia menjalinkan hubungan cinta sejenis sejak setahun lalu. Namun sehingga kini keluarganya tidak mengetahui perkara itu. 
Menurutnya dia dan kekasihnya yang hanya mahu dikenali sebagai Faiz akan tidur di rumahnya setiap hujung minggu. 
“Cara ini lebih senang, ibu bapa tidak tahu kami sedang bercinta. Mereka akan menyatakan kami perempuan dan adalah lebih baik saya melepak dalam bilik dengan seorang kenalan perempuan dari keluar bersama teman lelaki. Saya jadi fobia untuk berkawan dengan lelaki kerana banyak keburukannya. 
“Bagi saya bercinta sesama jenis lebih baik kerana ibu bapa tidak akan dapat mengesan perlakuan atau hubungan seks yang kami lakukan selain itu, ia tidak akan mengakibatkan saya hamil seperti dulu,” katanya.
Petikan: Sinar Harian


xtau la ape nak jadik ngan org kita skang ni. Matlamat menghalalkan cara. Udah la
M-E-M-B-U-N-U-H
duit yg dia dpt pon
H-A-R-A-M
bukan darurat pon nak buat cam tu. then, buleh lak jadik
L-E-S-B-I-A-N
ade ke bercinta sesama jenis lebih baik katanyeee.. sbb, mak bapak xtau n' xleh hamil! ish..ish..ish.. tambah lagi bnde salah, diam2
M-E-N-I-P-U
mak bapak utk bnde x elok. buat
S-E-K-S
lak tu..

bkawan dgn laki byk kburukannya?? helloww.. klo u xtau jaga diri, salah mcari kawan, silap u sndiri.. sndiri punya badan, sndiri mau ingat la uuu..


p/s: halal haram bukan pilihan, ia suatu ketetapan Tuhan..





7 ulasan:

  1. subhanallah ! menghalalkan apa yg telah diHARAMkan !!!

    BalasPadam
  2. tu la pasal.jadi awek aku lg bagus.bleh gak aku bg keje kt firm aku ni..xpun keje kt butik aku..dpt gak gaji halal..ish ish ish.budak2 skrang kene lebih beringat2 la kan..mmm

    BalasPadam
  3. salam tuan blog.nice entry. bodoh lh bdk ni.ckp cm xde iman. ish2

    BalasPadam
  4. ada org diuji dgn nafsu tamak harta, ada org nafsu makan, ramai org diuji dgn nafsu shahwat & banyak lagi. Ya Allah, moga kita semua mampu mengharungi setiap ujian mu... Amin...

    BalasPadam
  5. Manusia sekarang lebih suka menyalahkan orang lain daripada diri sendiri.. mcm pempuan kat atas tu...lelaki yang dipersalahkan padahal...:P

    BalasPadam
  6. dorang ni dah xtahan nk buat maksiat sgt smpai tukar partner sama jantina hmm dunia dunia

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.