Iklan Leaderboard

Khamis, 15 Mac 2012

5 Negaraku aman damai sejahtera

Negara Malaysia merupakan negara ke-19 teraman di dunia daripada 153 negara, sumber dari Berita Hairan di sini. Ada yg bangga, ada juga yg mempersoalkan ranking dan kadar indeks jenayah yg diberikan adalah salah rentetan daripada pelbagai isu jenayah yg semakin byk baru2 ini melanda seperti culik dan bakar kanak2, pembunuhan misteri di rumah, rompakan bersenjata, pelacuran, rasuah dan lain2.



Bagi aku senang je... Kalau indeks dan ranking tersebut betul pun, takde apa yg boleh aku bangga. Kalau ranking bola sepak FIFA kita no. 19 di dunia atau ranking kekayaan negara kita no. 19 di dunia mmg aku bangga. Tapi ini ranking jenayah... walaupun dapat no. 19, tapi still jenayah dan penjenayah itu masih wujud dan berlegar2 di negara kita. Kalau tengok statistik jenayah yg aku ambil dari website PDRM di sini, kita dpt tengok secara rambangnya, kes jenayah di Malaysia lebih daripada 120,000 kes setiap tahun. Ini bermakna, daripada 28 juta rakyat Malaysia, 0.04% daripadanya ada kes jenayah. Ini adalah kes yg direkod, kes jenayah yg tak direkod kita tak tau. 0.04% tu mungkin nampak sikit, tapi utk benda2 yg kritikal mcm jenayah, kita tak boleh terima walau 0.00001% pun. Yang hanya boleh diterima hanyalah SIFAR, ZERO defect.


Contohnya setiap penerbangan kapal terbang di dunia mestilah 0% kemalangan. Kalau kita letakkan target walau 0.001% kemalangan pun, kemungkinan kemalangan masih ada dan berapa ramai penumpang yang akan mati. Atau contoh setiap hospital hendaklah meletakkan target Sifar Kecuaian, ini kerana kalau ada walau 1% kecuaian, ia boleh mengakibatkan kehilangan nyawa. Sebab tu ada benda yg aku hanya boleh terima kalau nilainya adalah SIFAR.

Nombor 19 paling aman dengan kadar jenayah 120,000 kes setahun? Tiada apa nak yg dibangga...


tags: malaysia negara 19 paling aman di dunia ranking penurunan indeks jenayah negara 11 peratus mampu tingkat keyakinan pelabur statistik kes jenayah indeks jalanan pdrm website crime

5 ulasan:

  1. Indeks Negara Aman???memang laa ranking kita terbaik..sebab kat sini xde laa perang saudara, bom sana sini..kira aman laa tu taoi klu kira crime tatau laa den nak kata..hehehe :)

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
    Balasan
    1. aaaaaaaarghhh ... tolong la...

      cuba la tengok rumah kat Malaysia dengan negara lain.

      RUmah kat sini macam kalah sangkar burung..dengan gril besi sana sini...

      negara luar ?

      bukti sgt tak selamat..

      nak jalan gi kedai pun takut kena ragut...

      harap polis Malaysia lebih efektif... cctv pun kureng..

      Padam
  2. haih..
    takde la nak bngga sangat tmpt ke 19..
    kita yg duduk malaysia yg tau betapa byknye jenayah yang semakin menakutkan ..
    kalau num 1 baru boleh bangga...^-^

    BalasPadam
  3. Betul sangat2 tu, nak bangga buat apa kalau still ada jenayah! Sepatutnya 'sifar jenayah'...kalau boleh capai tahap ini, baru rasa bangga!

    psst...tengok celcom smartphones di sini:)

    BalasPadam
  4. aman pd dasarnya.. tp jenayah still ada di sana sini...sy rs lbh aman kalu tiada PATI!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...