Iklan Leaderboard

Selasa, 31 Mei 2016

7 Apabila suatu kanser menilai kanser yang lain

Hakim. Juri. Penilai. Pengadil. Pengulas.

Satu syarat paling penting untuk seseorang menghakimi, menilai, mengadili dan menghukum sesuatu perkara dengan adil dan telus adalah dia perlu ketepikan sifat favoritism dan sebarang sentimen yang boleh menyebabkan penilaian itu menjadi tidak adil, berat sebelah dan bias. Jika tidak, kredibiliti pengadilan itu boleh dipertikai dan dipersoalkan.



Isnin, 30 Mei 2016

6 Manusia bertopeng di Media Sosial VS Dunia Nyata

Suatu ketika dahulu aku pernah tulis tentang "Kita semua manusia bertopeng", namun kali ini aku nak bercerita tentang topeng di media sosial. Di media sosial adalah tempat di mana kita boleh jumpa paling ramai orang hipokrit dan bermuka-muka. Ada orang memakai topeng agama di media sosial, ada pula membuka topeng dengan mendedahkan perangai sebenar dan menunjukkan "true colors" mereka di media sosial, dan ada juga yang langsung tidak memakai topeng, bagaimana dia di dunia sebenar, begitulah juga mereka di media sosial.


Ahad, 29 Mei 2016

3 Cerita Orang IT: Kerja Apa?

Orang yang bukan berkerja dalam bidang IT biasanya akan menganggap orang yang kerja dalam industri IT ni tahu serba serbi dalam bidang IT. Walaupun kau seorang network administrator, mereka akan expect kau tahu buat programming. Walaupun kau seorang web developer, mereka akan expect kau tahu format PC. Walaupun kau seorang Oracle DB expert, mereka akan expect kau mesti tahu repair printer dan mesin fotostat.

Sebab tu bila orang tanya aku kerja apa, aku jarang jawab aku kerja dalam bidang IT, sebab expectation mereka lepas tu mesti tinggi, dan apabila mereka ada apa-apa masalah pasal IT, mereka akan minta tolong aku sedangkan sejujurnya, aku juga tak lah tahu semua benda.


Sabtu, 28 Mei 2016

6 Pegawai IT dalang sabotaj sistem IT kerajaan?

Minggu lepas keluar berita tentang laporan audit yang mengatakan RM10.3 juta dibayar untuk projek imigresen yang tidak digunakan. Berdasarkan laporan berita tersebut, Jabatan Imigresen telah menyelesaikan bayaran penuh berjumlah RM10.3 juta bagi sistem biometrik dan peralatan dalam pelaksanaan Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs) yang tidak digunakan, demikian dedah Laporan Ketua Audit Negara 2015.

Semakan yang dijalankan Jabatan Audit turut mendapati kemudahan biometrik myIMMs telah dibekalkan tetapi tidak dipasang dan diguna pakai di pintu-pintu masuk negara bagi tujuan penyaringan dan pengesahan identiti warga asing dan juga warganegara Malaysia.



Jumaat, 27 Mei 2016

2 Kenali penyakit kepala air atau Hydrocephalus

Penyakit hydrocephalus adalah nama yang cukup asing bagi kebanyakkan di antara kita. Kurangnya pendedahan menyebabkan penyakit ini dianggap sebagai sesuatu yang mustahil untuk dirawat. Buktinya ketika kecil YY pernah melihat atau mendengar jiran mempunyai masalah yang sama. Tapi mereka semua meninggal pada usia muda kerana ibubapa mereka tidak mengetahui wujudnya rawatan khusus untuk penyakit tersebut.



Khamis, 26 Mei 2016

3 Cerita Orang IT: Idea

Biasanya orang IT tidak kira dalam bidang apa pun dari programmer, system administrator, multimedia mahupun graphic designer pernah melalui saat idea mereka diklaim oleh orang lain terutama orang atasan mereka. Malah ada pula yang suka campur tangan dengan memberi idea merapu mengikut selera dan citarasa mereka tanpa mengambil kira aspek teknikal dan spesifikasi yang betul sehingga menyebabkan hasil menjadi caca marba dan hodoh.

Dan di dalam mesyuarat pembentangan projek, jika hasilnya bagus maka berkatalah mereka "Ini idea kami..." atau "Idea saya ini..." sedangkan apa yang mereka buat hanya menyuruh tukar warna atau jenis font sahaja. Namun jika hasilnya teruk hingga mengundang kritikan, mereka akan menuding jari lalu berkata, "Oh, ini idea orang yang buat tu la...".


Rabu, 25 Mei 2016

11 10 sebab aplikasi Telegram lebih hebat dari WhatsApp

Sekarang ini aplikasi WhatsApp Messenger merupakan aplikasi mesej yang paling popular dan paling banyak digunakan di seluruh dunia menggantikan komunikasi mesej SMS. Di Google Play sahaja terdapat 1 billion orang telah pun meng'install' aplikasi ini pada peranti Android mereka. Ini belum termasuk yang menggunakan platform lain seperti IOS, Microsoft dan sebagainya. Antara lain aplikasi mesej yang popular berdasarkan jumlah download di Google Play adalah Facebook Messenger (1 billion), Line (500 juta), WeChat (100 juta) dan Telegram (100 juta).



Selasa, 24 Mei 2016

9 Cerita Orang IT: Helpdesk

Orang IT terutama yang menjaga meja bantuan (helpdesk) atau buat khidmat sokongan teknikal (technical support) untuk pengguna pasti tidak akan terlepas daripada mendapat dapat aduan yang bukan-bukan daripada pemanggil malah sampai ada aduan yang tak masuk akal pun. Malah kadang-kadang mereka sendiri tak tahu apa benda yang mereka nak laporkan sebenarnya. Bertabah jelah ya dengan karenah user.


Isnin, 23 Mei 2016

11 Pencipta Kandungan VS Lintah Maya: Suatu kesedaran

Sejak akhir-akhir ini kemunculan page Facebook yang menyedut kandungan dari tempat lain untuk menaikkan Rating dan Likers page mereka semakin menjadi-jadi dalam arena Internet tanah air. Malah amalan tidak beretika menyedut kandungan yang dihasilkan oleh orang lain seperti penulisan status, artikel, video, illustrasi, gambar, imej dan sebagainya lalu diupload semua di page atau akaun FB, Instagram, Twitter, Youtube dan sebagainya tanpa memberikan kredit dan menyertakan pautan sumber asal kandungan semakin membarah.

Tidak timbul sekelumit rasa bersalah pun dalam diri mereka merompak kandungan yang dihasilkan oleh orang lain demi keuntungan sendiri. Tidak timbul sekelumit rasa malu pun apabila mereka membuang nama atau watermark pencipta asal lalu digantikan dengan nama mereka sendiri. Kami namakan page dan admin-admin page sebegini sebagai LINTAH MAYA.


Ahad, 22 Mei 2016

13 Jenayah seperti rogol dan bunuh bukan suatu jenaka

Baru-baru ini ada orang kongsikan kat group Whatsapp aku gambar mayat perempuan kena sula dengan cangkul selepas dirogol yang sangat menghayat hati. Mungkin korang pun semua dah tahu pasal kejadian yang berlaku di negara jiran iaitu Indonesia. Aku sebenarnya tak setuju orang kongsikan gambar-gambar mayat di media sosial so aku harap anda semua hentikanlah daripada menyebarkan gambar-gambar sedemikian.

Untuk baca fakta kes tersebut boleh rujuk berita di sini - "9 Fakta Enno Farihah, Gadis yang Diperkosa dan Dibunuh dengan Cangkul di Kamar Kosnya" dan "Gadis Maut Dirogol, Disula Dengan Batang Cangkul Hingga Tembus Rongga Dada".



Sabtu, 21 Mei 2016

18 Perempuan Melayu yang merokok perempuan jahat?

Perempuan dan rokok...

Zaman sekarang ni nampak perempuan Melayu yang merokok bukanlah perkara yang pelik lebih-lebih lagi di kawasan bandar. Malah aku dah banyak kali pun nampak perempuan Melayu bertudung dengan selambanya hisap rokok di kedai-kedai makan dan di kaki lima. Walaupun hati kecil aku memang aku rasa agak skeptikal dan rasa meluat bila melihat orang perempuan hisap rokok, tapi bagi aku orang perempuan merokok dan lelaki yang merokok sama sahaja.



Khamis, 19 Mei 2016

9 Ponteng sekolah kerana tak bawa hadiah Hari Guru

Ketika menjadi pengetua dulu, suatu pagi seorang imam masjid yang saya kenali menelefon saya.Katanya ada seorang budak sekolah di masjid, macam ponteng sekolah.Hari itu hari guru 16 Mei, pelajar dan guru tidak berada dalam kelas tetapi di dewan dan padang dengan aktiviti sambutan.

Saya bergegas sendiri ke masjid yang disebut.Parking kereta agak jauh di penjuru masjid, saya mula meninjau ke masjid. Tidak ada di balai lintang, saya menjengah ke dewan solat. Tidak ada juga tetapi ketika beralih ke bahagian muslimat, saya ternampak satu susuk tubuh. Saya segera ke bahagian itu dan memang ada seorang pelajar perempuan. Dia begitu terkejut melihat saya. Bibirnya terketar mengucap salam pada saya, tangannya meraup sejadah lalu dipeluk ke tubuh, bagai seorang anak takutkan bapa yang garang.


Rabu, 18 Mei 2016

10 Bangunlah orang muda dan biarlah warga tua duduk

Secara umumnya masyarakat negara kita memang berpelajaran dan mempunyai tahap pendidikan yang tinggi, malah itu pun yang sering ditekankan oleh para ibu bapa serta menjadi fokus dalam sistem pendidikan negara kita terutama di kalangan generasi muda. Namun tahu apa yang kurang dalam masyarakat kita lebih-lebih lagi para generasi muda kita?

Nilai-nilai murni seperti kesopanan, hormat menghormati, adab dan etika serta simpati dan empati. Kadang-kadang kita sendiri dah terlalu biasa dengan kekurangan nilai-nilai murni dalam diri kita sehingga kita rasa apa yang kita buat itu tidak salah. Kita sudah menjadi terlalu pentingkan diri dan tidak lagi peka terhadap orang di sekeliling kita yang lebih memerlukan atau mungkin dalam kesusahan.


Selasa, 17 Mei 2016

16 Bisnes produk trending hanya untuk jangka pendek

Baru-baru ini dilaporkan industri vape dalam negara semakin merudum dalam tempoh 7 bulan kebelakangan ini seperti yang dilaporkan oleh The Malay Mail Online. Pada bulan Oktober tahun lepas, terdapat lebih kurang 800,000 orang penghisap vape tegar tetapi kini dilaporkan hanya 200,000 sekitar awal bulan ini.

Menurut pengasas dan penasihat Malaysian E-Vaporizers and Tobacco Alternative Association (Mevta) iaitu Allan Foo, hal ini mungkin disebabkan trend vape kini sudah pun berlalu dan tidak lagi hype seperti mana tahun lepas. Pengguna vape baru semakin berkurangan, dengan jualan cecair vape menurun sehingga 90 peratus sejak awal tahun ini.



Isnin, 16 Mei 2016

4 Himpunan komik dan illustrasi Hari Guru 2016

Sempena Hari Guru untuk tahun 2016, geng-geng Buasir Otak: The Komik turut menyambutnya dengan pelbagai komik dan illustrasi. Berikut adalah komik dan illustrasi yang telah kami hasilkan sempena Sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2016 ini.


Ahad, 15 Mei 2016

9 Apa silapnya rancangan Clever Girl dikecam ramai?

Rancangan Clever Girl yang bersiaran di TV3 pada jam 9 malam setiap Ahad ini yang bermula sejak 13 Mac 2016 yang lalu mendapat banyak perhatian daripada netizen berikutan kesilapan-kesilapan mudah yang sering dilakukan oleh peserta lalu mempertikaikan kebijaksanaan gadis-gadis tersebut. Sebelum itu sedikit latarbelakang tentang rancangan Clever Girl ini di mana 14 gadis yang mewakili setiap negeri di dalam Malaysia akan bersaing setiap minggu untuk merebut hadiah bernilai RM100,000. Rancangan ini diwujudkan demi menyahut cabaran bagi menyangkal tanggapan popular, 'mereka yang cantik rupawan, tidak berakal' atau 'beauty without brains'.



Jumaat, 13 Mei 2016

5 Gen-Y lebih gemar novel santai berbahasa slanga

Duda Terlajak Laris, Mr. Boss, Miss Stalker, Suamiku Encik Gula, Isteri Duda Terhangat dan Mr. London Ms. Langkawi adalah antara novel Melayu terlaris yang disenaraikan di laman web mphonline.com baru-baru ini.

Trend pembaca khususnya generasi Y, yang juga dikenali generasi milenium (yang lahir tahun 1981-1994), lebih gemar memilih bahan bacaan ringan dan santai. Bahan bacaan mereka menggunakan pelbagai istilah ‘bahasa moden’ yang merangkumi pelbagai slanga terkini, berbanding bahasa Melayu sastera dan bercorak ilmiah, menimbulkan persoalan mengenai 'pengisian' yang bakal mereka peroleh.

Melihat perkembangan ini, Sasterawan Negara ke-13 Datuk Dr Zurinah Hassan berkata trend berkenaan adalah sesuatu yang membimbangkan khususnya dalam pembinaan modal insan berkualiti kepada negara.



Khamis, 12 Mei 2016

3 Pembentukan mentaliti kita bermula dari rumah

Seorang lelaki muda menghadiri temuduga untuk satu jawatan penting di sebuah syarikat percetakan yang besar. Beliau lulus temuduga pada peringkat awal dan akan bertemu pengarah untuk temuduga peringkat akhir. Pengarah itu melihat resume beliau yang mana sangat baik dan berkata,

"Adakah kamu mendapat biasiswa untuk belajar?" Lelaki muda itu menjawab, "Tidak".
"Adakah ayah kamu yang menanggung pengajian kamu?" "Ya." Dia menjawab.
"Apakah pekerjaan ayah kamu? "Ayah saya seorang tukang besi di bengkel".



Rabu, 11 Mei 2016

3 Kenapa kita sering kalah dengan orang lain?

Kenapa kita sering kalah dengan orang lain? Kenapa orang lain sering mendapat keuntungan dan berjaya sedangkan nasib kita selalu malang? Apa yang kita harus lakukan untuk mengalahkan orang lain? Bagaimana aku harus mengejar dan mengatasi orang lain? Mengapa dunia ini tidak adil buatku?

Tonton video ini dan kongsikan kepada rakan-rakan yang lain agar kita faham makna sebuah kehidupan dan tidak berasa terlalu kecewa dan keluh kesah akan setiap ujian dan dugaan yang mendatang dalam kehidupan kita.



Selasa, 10 Mei 2016

6 Diskriminasi antara golongan majoriti dan minoriti

Diskriminasi.

Berdasarkan Wikipedia, diskriminasi merujuk kepada pelayanan yang tidak adil terhadap individu tertentu, di mana layanan ini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu berkenaan. Diskriminasi merupakan suatu amalan yang biasa dijumpai dalam masyarakat manusia. Ia berpunca daripada kecenderungan manusia untuk membeza-bezakan manusia.



Isnin, 9 Mei 2016

8 Lama bercinta hanya untuk menjaga jodoh orang lain

Ada pasangan yang bercinta lama sampai 3, 5, 10 tahun, selama itu mengambil berat, menjaga, melindungi dan menyayangi antara satu sama lain, namun akhirnya tiada jodoh dan tidak berkahwin jua. Kekasih kita itu pula akhirnya berkahwin dengan orang lain. Pedih kan menjaga jodoh orang lain lama-lama? Benarlah sesungguhnya manusia itu hanya mampu merancang.

Sebab itu orang cakap berkawan tidak apa lama-lama untuk mengenali hati budi masing-masing, tapi nak bercinta jangan lama-lama. Kalau sudah suka, cepat-cepat usahakan untuk berkahwin. Kalau tak sempat nak bercinta sebelum kahwin, selepas berkahwin pun boleh bercinta tiada masalah malah itulah yang sebaiknya.

Apa-apapun layan dulu komik video yang kami buat khas untuk lagu Projector Band - Sudah Ku Tahu.



Ahad, 8 Mei 2016

9 Sekilas pandang Pilihan Raya Negeri Sarawak 2016

Pilihan raya negeri Sarawak (PRN Sarawak 2016) baru sahaja melabuhkan tirainya semalam. Seperti yang semua sudah tahu, BN menang besar. Namun di sebalik kemeriahan PRN Sarawak ini, berlaku tragedi nahas helikopter di Sebuyau yang membawa golongan kenamaan membabitkan Timbalan Menteri dan KSU Kementerian Perladangan dan Komoditi. Aku akan menulis beberapa isu tentang PRN kali ini, sebelum itu kita lihat dulu sekilas pandang makna di sebalik angka dan statistik yang tercatat di PRN Sawarak 2016.



Sabtu, 7 Mei 2016

12 Hina jodoh orang lain mentaliti tahi sakit otak

Aku jarang tulis cerita pasal artis tapi isu ni memang aku terpanggil untuk tulis bukan sebab artis tu sendiri tapi kerana entah kenapa ada orang Melayu yang mentalitinya sangat shitty. Mula-mula seorang artis lelaki yang agak kacak dan mempunyai ramai peminat perempuan iaitu Hafidz Roshdi berkahwin. Tapi lepas tu ramai pula gadis-gadis melayu tak puas hati lalu dikutuknya isteri artis tersebut di Instagram miliknya dengan mengatakan isterinya tidak cantik, berwajah kampung dan sebagainya.



Jumaat, 6 Mei 2016

11 Bertemu jodoh di alam maya bukan suatu yang pelik

Percayakah anda, jodoh dan pertemuan itu sebenarnya ada di Facebook, Instagram, Twitter dan segala bentuk media sosial di muka bumi ini.

Mengapa tidak? Cara tradisional mencari jodoh kini sudah diambil alih medium media sosial selain beberapa agensi berkaitan yang bekerja 24 jam demi kebahagiaan orang ramai.



Khamis, 5 Mei 2016

5 5 permintaan pekerja Gen Y kepada majikan

Majikan ketinggalan zaman? Ini 5 permintaan pekerja Gen Y kepada majikan

Benarkah majikan di Malaysia lambat berubah mengikut zaman? Atau adakah pekerja Gen Y yang terlebih manja?

Ramai berkata, pendekatan yang diambil oleh syarikat seperti Google and Facebook perlu diamalkan oleh majikan di Malaysia, memandangkan semakin ramai pekerja kini terdiri dari golongan Gen Y.

Sempena Hari Pekerja 2016, Astro AWANI bertanya kepada pekerja Gen Y, apa yang mereka mahukan dari majikan?



Rabu, 4 Mei 2016

8 Kawalan dan pencegahan kemalangan jalan raya

"Pemandu tak sedar dan merempuh kon yang diletak sebelum kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam lubang," kata saksi kejadian, Muhd Khairul Mihar, 41, mengenai kemalangan di Jalan PJU 10/1, Damansara Damai berhampiran Park Avenue Kondominum di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, sepasang suami isteri berusia 50-an dan 60-an, cedera apabila kereta Toyota Vios dinaiki mereka terjunam ke dalam lubang penyelenggaraan Indah Water sedalam 12 meter.

Menurutnya, kedua-dua mangsa meminta pertolongan daripada orang awam yang berada di lokasi kejadian.



Selasa, 3 Mei 2016

4 Motosikal terbang hampir bukan mustahil lagi

Pernah tengok cerita sains fiksyen seperti Star Wars atau Star Trek mahupun dokumentari Beyond 2000 atau Beyond Tomorrow yang memaparkan kenderaan masa depan iaitu motosikal yang boleh terapung dan terbang atau lebih dikenali sebagai hoverbike? Nampaknya, ia kini hampir menjadi kenyataan apabila seorang tukang paip dari UK iaitu Colin Furze telah berjaya mencipta hoverbike versinya sendiri di garaj miliknya tanpa bantuan kewangan yang besar dan latar belakang pendidikan dalam bidang kejuruteraan.



Isnin, 2 Mei 2016

4 Cinta, jodoh dan perkahwinan

Cinta, jodoh dan perkahwinan...

Lumrah manusia untuk mencari pasangan dan berkahwin. Sama ada mahu bercinta sebelum berkahwin atau selepas berkahwin, atau berkahwin tanpa cinta, atau cinta tapi akhirnya tidak dapat berkahwin. Dalam apa cara pun manusia boleh berusaha untuk mencari dan mendapatkan jodoh mereka, namun akhirnya jodoh itu adalah rahsia Tuhan jua.



Ahad, 1 Mei 2016

7 Logo pelancongan Kuala Lumpur yang tak semenggah

Baru-baru ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dihujani kritikan orang ramai dek kerana logo pelancongan yang dikatakan tidak ‘gah’ seperti nilainya yang menelan belanja RM15,000.

Ini berikutan, ramai yang berpendapat rekaan logo tersebut terlampau mudah, nampak ‘cincai’ dan harganya tidak masuk dek akal.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...