Iklan Leaderboard

Khamis, 5 Mei 2016

5 5 permintaan pekerja Gen Y kepada majikan

Majikan ketinggalan zaman? Ini 5 permintaan pekerja Gen Y kepada majikan

Benarkah majikan di Malaysia lambat berubah mengikut zaman? Atau adakah pekerja Gen Y yang terlebih manja?

Ramai berkata, pendekatan yang diambil oleh syarikat seperti Google and Facebook perlu diamalkan oleh majikan di Malaysia, memandangkan semakin ramai pekerja kini terdiri dari golongan Gen Y.

Sempena Hari Pekerja 2016, Astro AWANI bertanya kepada pekerja Gen Y, apa yang mereka mahukan dari majikan?


1. Waktu bekerja lebih fleksibel

Nursabiha Fadillah, 26, berkata keperluan untuk masuk dan keluar dari tempat kerja pada waktu tetap adalah sistem lama yang sudah tidak relevan.
"Saya nak dibenarkan masuk dan keluar pejabat jam berapa pun. ”
- Nursabiha Fadillah, 26
“Asalkan cukup 8 jam bekerja, datanglah pukul berapa pun.

“Kalau dalam sehari saya diberi beberapa tugasan, selagi saya boleh selesaikan semua tugasan itu, apa yang saya nak ialah dibenarkan masuk dan keluar pejabat jam berapa pun,” katanya.


2. Hubungan lebih kasual dengan bos

Nik Ezzah Syukriah Sukri, 27, berkata hubungan bos dengan pekerja yang sangat formal tidak begitu sihat.

“Apa yang saya mahu daripada majikan saya adalah fleksibiliti dari segi komunikasi, komunikasi secara lebih kasual.

“Kami Gen Y ini mungkin ada stigma takut dengan bos, disebabkan sifat garang dan sebagainya. Itu kadangkala akan mengehadkan saya untuk tonjolkan diri saya,” katanya.


3. Ambil kira pendapat golongan muda

Bagi Nur Sakilah Ismail, 27, berkata pendapat golongan muda kadangkala diperkecilkan oleh pengurusan yang kebanyakannya sudah berumur dan berpengalaman.

“Sekarang ini, (jenis) bos yang suka bertanya kepada pekerja sudah berkurangan, mereka tidak tanya pendapat dan idea pekerja muda mereka.

Nur Sakilah, 27, berkata majikan kini kurang mengambil kira pendapat golongan muda. - Foto Astro AWANI

“Bila bos buat begitu, Gen Y akan lebih menghargai bos mereka dan mereka akan lebih bersemangat untuk lakukan kerja yang diberikan, mereka tidak akan berkira masa dan tenaga mereka,” kata Sakilah.


4. Kurangkan birokrasi

“Gen X lebih bertumpu kepada prosedur, apa-apa kerja yang mereka lakukan mereka kaitkan dengan prosedur dan perundangan. Gen Y, kami lebih fleksibel,” kata Mohd Ridzuan Hassan, 29.

Katanya, struktur pentadbiran banyak syarikat tempatan adalah sistem lama.
“Kalau terlalu banyak birokrasi, kerja yang perlu dilakukan akan tertangguh lebih lama. ”
- Mohd Ridzuan Hassan, 29
“Ya, kita memang kena ikut prosedur di tempat kerja, tetapi kalau terlalu banyak birokrasi, kerja yang perlu dilakukan akan tertangguh lebih lama,” katanya.


5. Sediakan infrastruktur untuk hilangkan stres

Nursabiha Fadillah turut menekankan pentingnya menyediakan infrastruktur menarik untuk kakitangan.

“Bila stres, boleh pergi ke play room atau bilik rekreasi. Boleh diletakkan meja pool, bilik karaoke, Playstation juga.

Pejabat Google Pittsburgh.

Nursabiha berkata, syarikatnya sudahpun menyediakan kemudahan sebegini untuk pekerja.

“Saya nampak ini bukan saja menarik Gen Y, semua golongan menikmatinya di pejabat saya,” katanya.


Adakah penting untuk majikan berubah mengikut zaman?

Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Sumber Manusia berhad (HRDF) Datuk C.M. Vignaesvaran berkata, majikan mungkin kehilangan pekerja berkualiti jika gagal berkembang mengikut zaman dengan cukup pantas.

Katanya, pihak Sumber Manusia kini berdepan cabaran untuk memperbaharui polisi syarikat bagi memenuhi keutamaan generasi baharu.

“Sekarang, pasaran pekerjaan sangat berorientasikan pekerja.

“Jika majikan tidak modenkan diri dan tidak menyediakan diri untuk tenaga kerja berkualiti, mereka tidak akan kekal dengan anda,” katanya.

Vignaesvaran berkata majikan perlu berubah untuk kekalkan pekerja berkualiti. - Foto Astro AWANI
Vignaesvaran ketika ditanya, bersetuju bahawa kebanyakan syarikat Malaysia masih mengamalkan sistem yang ketinggalan zaman.

“Mungkin kepimpinan syarikat masih mengguna pakai sistem lama kerana mereka takut untuk bawa cadangan perubahan kepada bos mereka.

“Ini kerana bos mereka kebanyakannya datang dari Gen X atau pun baby boomers, jadi ia sukar bagi mereka untuk meyakinkan bos mereka untuk melakukan perubahan,” tambahnya.

Vignaesvaran menyeru semua anggota kepimpinan syarikat untuk meninjau semula kebaikan yang boleh diperolehi sekiranya mereka membuat perubahan untuk menyesuaikan diri dengan pekerja muda.


Apa kata majikan?

Sementara itu menurut Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan, majikan sukar memberi lebih kelonggaran kepada pekerja Gen Y kerana khuatir produktiviti akan terjejas.

Shamsuddin memetik contoh pemberian waktu kerja yang fleksibel.

“Ada banyak laporan mengatakan bahawa lebih dari separuh hari setiap hari, pekerja bukan habiskan masa mereka dengan melakukan kerja-kerja syarikat, sebaliknya mereka melakukan kerja lain yang tiada hubung kait dengan syarikat.

“Ini apabila mereka berada di syarikat. Jadi majikan sekarang khuatir kalau mereka tiada di syarikat, mungkin mereka akan lakukan kerja syarikat 10 peratus saja dalam sehari,” katanya.
“Pekerja harus mainkan peranan dan tunjukkan bahawa mereka boleh dipercayai dan mempunyai integriti tinggi. ”
- Datuk Shamsuddin Bardan
Walaupun bersetuju majikan perlu berubah mengikut arus pemikian baru, Shamsuddin menegaskan kedua-dua pihak perlu memainkan peranan dalam memastikan peralihan ini berlaku.

“Pekerja juga harus mainkan peranan dan tunjukkan bahawa mereka boleh dipercayai dan mempunyai integriti yang tinggi.

Shamsuddin berkata beliau yakin setelah isu kepercayaan ini diatasi, majikan tempatan akan lebih bertolak ansur dalam memenuhi semua permintaan pekerja muda mereka.

Sumber artikel Astro Awani.

* * * * * * * * * *

Tak nak komen apa sangat, kebanyakannya aku setuju, cuma aku rasa... amboi, zaman-zaman peluang pekerjaan semakin kurang, zaman syarikat banyak buang pekerja, zaman ekonomi semakin sukar pun ada yang masih demand nak pejabat macam kat ofis Google. Ada pekerjaan pun dah kira bersyukur sangat dah huhu.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags:5 permintaan pekerja gen generasi y kepada majikan ketinggalan zaman berubah

5 ulasan:

  1. Seorang wanita yang memiliki wang bernilai A$4.6 juta (RM13.8 juta) didakwa di mahkamah di Australia selepas cuba melarikan diri dari negara itu ke Malaysia, lapor media hari ini.
    Wanita berusia 21 tahun itu ditahan ketika menaiki pesawat udara dari lapangan terbang Sydney malam tadi.
    Kata polis wanita terbabit menerima wang berkenaan yang dimasukkan secara tidak sengaja ke akaunnya pada 2012 dan ketika itu dia baru berusia 17 tahun.

    Tidak diketahui dari mana wang itu datang dan identitinya tidak didedahkan kerana masih di bawah umur ketika kejadian berlaku.
    Tertuduh berdepan dakwaan menipu dan melakukan jenayah dengan sengaja. Dia mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan berkenaan.
    Dia tidak memulangkan wang berkenaan dan bersembunyi selama empat tahun sebelum polis mengeluarkan waran tangkap ke atasnya dua bulan lalu.
    Menurut keterangan polis di mahkamah wanita terbabit membelanjakan AS$1.1 juta (RM3.3 juta) sepanjang tempoh empat tahun lalu untuk membeli pelbagai barang mewah seperti beg tangan dan kasut.
    Daily Telegraph melaporkan kira-kira A$3.3 juta (RM9.9 juta) lagi masih belum ditemui.
    Mahkamah tidak diberitahu bagaimana wanita itu mengeluarkan wang berkenaan dari akaunnya sebelum pihak bank bertindak menghalangnya berbuat demikian.
    Mahkamah membenarkan dia diikat jamin sebelum perlu hadir di mahkamah pada 21 Jun ini.

    BalasPadam
  2. ntah dah ada kerja pun dh cukup baik. ni nak berdemand demand plak. baik amik je bangla keja. xbyk songeh. puihh prootT d muka denoutantei

    -siroslin-

    BalasPadam
  3. 1. waktu kerja dikurangkan sampai pukul 1.

    2. gaji 2 kali ganda dari sekarang.

    3. cuti hujung minggu 3 hari.

    sekian, terima kasih.

    BalasPadam
  4. Aq setuju dengan apa yg diminta terutama bab birokrasi. Tapi procedure ni penting and mesti follow klw nak selamat... yg melambatkan proses kerja adlh sebab atitude pekerja & boss sendiri

    BalasPadam
  5. Majikan tidak jujur dgn pekerja. Begitu juga dgn pekerja, saling tidak jujur kpd masing2.

    Toleransi di tahap sampah. Camana nak contohi google? Sama2 x yakin.

    Majikan mengharapkan pekerja yg perfect dan gaji tahap sampah. Ini hukum ekonomi. Jika ekonomi Islam, lagilah majikan buat pekerja mcm sampah. Nama ja gah.

    Berhentah berangan Malaysia nak maju. Berangan tak salah, tapi teramat2lah membuang masa jika x dapat dilaksanakan.

    Kejujuran itu penting. Tunjukkan aku seorang manusia yg waras lagi jujur dalam Malaysia ini, nescaya aku akan bunuh diri sekonyong2 benar dibuktikan ianya mmg jujur. Ada memang ada, tapi mana dia sijujur itu? Kita hidup dikelilingi penipu dan makhluk yg tidak jujur, berhentilah berharap kpd sesiapa. Mungkin hanya matahari mampu jujur, akan terbit besok pagi walaupun x berjanji.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...