Iklan Leaderboard

Ahad, 22 Mei 2016

13 Jenayah seperti rogol dan bunuh bukan suatu jenaka

Baru-baru ini ada orang kongsikan kat group Whatsapp aku gambar mayat perempuan kena sula dengan cangkul selepas dirogol yang sangat menghayat hati. Mungkin korang pun semua dah tahu pasal kejadian yang berlaku di negara jiran iaitu Indonesia. Aku sebenarnya tak setuju orang kongsikan gambar-gambar mayat di media sosial so aku harap anda semua hentikanlah daripada menyebarkan gambar-gambar sedemikian.

Untuk baca fakta kes tersebut boleh rujuk berita di sini - "9 Fakta Enno Farihah, Gadis yang Diperkosa dan Dibunuh dengan Cangkul di Kamar Kosnya" dan "Gadis Maut Dirogol, Disula Dengan Batang Cangkul Hingga Tembus Rongga Dada".


Punca gadis itu diperlakukan sekejam itu berdasarkan kronologi kejadian, pembunuhan sadis itu bermula selepas suspek (Ra), yang merupakan teman lelaki mangsa datang ke tempat penginapan mangsa pada Khamis sekitar jam 11.30 malam, sebelum Ra mengajak mangsa melakukan hubungan seks, namun ditolak olehnya.
Kecewa pelawaannya ditolak, Ra keluar dari bilik mangsa dan bertemu dengan dua lagi suspek, Imam dan Arif sebelum mereka bersepakat ke bilik asrama mangsa untuk merogol Eno Hasil bedah siasat mendapati, mangsa maut akibat kecederaan parah di organ penting.

Ok.

Kes ini memang sudah terang-terang kes jenayah kejam yang pesalahnya adalah pelaku dan mangsa adalah gadis itu. Kau cakap lah macam mana pun, yang salah adalah lelaki yang merogol dan membunuh, dan ia bukanlah benda yang kelakar yang kau boleh jenakakan. 

Malangnya, orang-orang kat Malaysia ni cetek akal apabila ada yang menjadikan isu sedemikian bahan lawak dan jenaka seperti sebuah page troll guna muka orang lain yang popular di Malaysia. Ada yang menyokong dan ada yang menentang. Bila ada yang menegur dikatakan terlalu sensitif, sedangkan yang menyokong itu pula mungkin sensitiviti mereka diletakkan di kepala lutut.

Berikut adalah perkongsian dari seorang guru tentang hal ini:
Aku bukak page Amran Fans tengok dia ada buat rape joke. Hantar gambar cangkul dekat pompuan di WeChat. Ini contoh mentaliti dunia kelas ketiga. Make fun of everything. Kesannya bahaya memandangkan page Amran Fans digemari ramai pelajar sekolah.

Jenayah rogol bukan boleh dibuat jenaka. Serangan seksual ialah perkara serius. Menjadikan rogol sebagai jenaka hanya akan mengurangkan rasa simpati masyarakat kepada mangsa rogol. Aku tak terkejut bila lepas ni orang constantly victim blaming atau memberi reaksi "alahhh rogol jeeee. Bukan mati pun." Atau paling koman bagi reaksi "siapa suruh seksi. Kan dah kena rogol." Semuanya gara-gara tidak menjadikan jenayah rogol sebagai isu serius.

Aku tak suka perangai sombong perempuan tapi rogol bukanlah cara untuk justify balasan perbuatan sombong mereka. Be more than just a man. Kalau orang tak suka, be better, do better, and put more efforts. Penolakan bukanlah provokasi bila melibatkan cinta. Tiada satu pun alasan yang solid di dunia ini untuk membenarkan jenayah rogol.

Dan sebagai guru, aku mampu ajar remaja lelaki agar menghormati perempuan dan ajar remaja perempuan agar lebih terer membaca tipu daya lelaki. Tapi audience aku kecil saja. Sekadar beberapa ratus orang. Page yang beratus ribu likerzzz seperti Amran Fans sebagai anggota masyarakat yang patut buat community service meningkatkan kesedaran. Bukannya mengundur ke belakang dengan menjadikan wanita sebagai objek.

Apa pun, regarding kes cangkul di Indonesia tempoh hari, aku kesian jugak. Aku bukan jenis suka balas violence dengan violence tapi tengokkan berita tu, most part of me harap sangat penjenayah tu semua dapat ke tangan orang ramai.

Akhir kata, jagalah keluarga masing-masing. Ajarkan kepada anak-anak lelaki agar menjadi gentleman. Ajarkan kepada anak-anak perempuan agar berhemah dalam penolakan.

‪#‎RapeIsNoJoke‬

Sumber FB Zylo Ren.

Walaupun page tersebut telah memadam post berkenaan dan meminta maaf, tapi ini bukan kali pertama page-page seperti ini menghamparkan tulisan-tulisan yang merosakkan minda masyarakat. Kebenaran itu dijustifikasikan berdasarkan tahap populariti dan berapa ramai macai penyokong mereka.

Malah hujah yang mereka guna untuk pertahankan tindakan mereka adalah seperti, "Alah macam kau tak pernah buat, jangan nak acah-acah jadi baik pulak, memang hipokrit dan munafik betul" atau "Kalau perangai aku babi, perangai korang pun babi jugak sebab kutuk aku" atau sindiran "Yang tegur-tegur ni ntah solat ke tidak" dan sebagainya.

Ya, bila mereka gunakan hujah budak-budak sedemikian dengan generalize dan streotype semua yang memberi nasihat dengan perkara-perkara negatif seolah-olah mereka kenal semua orang yang menegur itu, kau dah boleh agak sejauh mana je tahap mentaliti dan intelektual mereka.

Sebenarnya banyak je page-page yang boleh kau klasifikasikan sebagai barah masyarakat atau "cancer of society", bila mana page tersebut popular kerana mengutuk orang, sering membuat lawak jenaka lucah dan kotor, memberi pengaruh buruk kepada masyarakat serta apabila ramai macai sanggup mempertahankan tindakan admin page tersebut walaupun pada hal yang salah.

Jenayah berat bukan hal yang boleh dibuat gurauan apatah lagi hal membabitkan harta benda, maruah dan nyawa. Rompak, ragut, cabul, rogol, bunuh, semua ini bukan jenaka. Kau rasa benda tu kelakar apabila tak kena atas batang hidung kau sendiri, tapi bila benda itu berlaku kat kau, kat ahli keluarga kau, kat adik perempuan kau, kat ibu kau, kat rakan kau, baru kau tahu kenapa orang menegur.

Malah walaupun kau sekadar bergurau atau main-main cakap nak rogol atau bunuh seseorang, ia sebenarnya suatu yang berbentuk ugutan dan ancaman yang serius dan kau boleh sebenarnya dikenakan tindakan.

Seriously, bunuh bukan jenaka. Rogol bukan jenaka.

Tak kira douchebag macam mana pun seseorang perempuan, atau dia pakai seksi ke, atau dia sakitkan hati kau ke, sebagai seorang lelaki kau tiada hak nak rogol atau bunuh dia. Hormat orang perempuan seperti mana kau mahu orang hormat pada ibu dan adik perempuan kau. Kalau tak suka dengan mana-mana perempuan, ia adalah kerana masalah individu itu sendiri bukan kerana dia perempuan.

Kau tak suka atau sakit hati dengan dia, tak perlu kau mengeluarkan kata-kata seperti "Eh perempuan ni. Aku rogol baru tau", korang boleh pilih jalan yang lebih mudah dengan just move along and ignore her, simple as that. Tak perlu jadi bodoh dan memperjudikan masa depan kau hanya kerana kau sakit hati dengan dia.

Dan untuk peringatan semua terutama kepada orang lelaki dan juga ibu bapa yang ada anak lelaki, aku kongsikan penulisan ini:
Kita terlalu sibuk didik anak perempuan supaya jaga maruah diri sampai terlupa didik anak lelaki untuk menghormati dan melindungi kaum wanita.

Kita terlampau sibuk mengajar anak perempuan jadi isteri yang taat dan patuh sampai terlupa nak didik anak lelaki jadi suami yang bertanggungjawab dan penyayang.

Kita terlampau sibuk ajar anak perempuan uruskan rumahtangga, memasak, membasuh, mengemas, sampai tak perasan anak lelaki cuma tahu goyang kaki sebab semua dah terhidang depan mata oleh orang perempuan di dalam rumahnya.

Kita terlampau sibuk persiapkan anak perempuan dengan ilmu pertahankan diri, tutup aurat, jaga pergaulan sampai tak ingat nak ajar anak lelaki jangan sentuh jangan tenung anak perempuan orang sembarangan.

Perasan tak perempuan sentiasa diberi tunjuk ajar macam mana nak lalui zaman remaja (akil baligh) mereka supaya tak mengandung whatsoever? Perasan tak lelaki kena deal sendiri sepanjang proses akil baligh mereka dan tak ada yang approach?

Kita rasa bela anak perempuan seorang lagi susah dari jaga lembu sekandang. Kerana tak terdidiknya kaum lelaki lah kaum perempuan tertindas. Kerana tak terdidiknya orang lelaki lah orang perempuan automatik berdikari.

Wahai ibu wahai bapa. Didiklah anak-anak lelaki dan perempuan anda sebaik-baiknya. Kasihanilah anak lelaki anda yang 'terabai' dan disuruh belajar sendiri erti tanggungjawab. Kasihanilah anak perempuan anda yang dibebani dengan tanggungjawab yang sepatutnya lelaki laksanakan.

Sumber FB Iman Plymouth.

Akhir kata, lelaki itu adalah kaum pelindung kaum wanita, bukan kaum perosak.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: kes rogol bunuh gadis perempuan wanita indonesia sula sodok kemaluan dengan cangkul amran fans jenaka gurau lawak wechat 

13 ulasan:

  1. meran dlm amran fans tu fake. menyamar sebagai amrans ori. sebab tu kalu ko perasan. status dia hambar gila dan bangang x macam dulu. bila kantoi mula reka cerita page tu ada admin pempuan yg buat status cangkuk tu. & dia lupa org xla bodoh.. . xkan pempuan xsensitif pasal isu rogol nk up status bangang.. baik la ko fokus psl meniaga minyak kelapa rambut & buku lucah dari buat lawak cangkul tu.

    tapi yg aku pelik ramai penjilat bontot meran duk bekap. macam penjilat najib & penjilat nuar juga diorang ni. ntah berapa ringgit meran bayar dkt dia pun aku xtau. kalu jadi penjilat najib untung dpt gak brim rm1000 kah3 ..

    lanun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenyataan diatas bukan dari aku..walaupun ada beberapa point yg aku setuju..
      -lanun-

      Padam
    2. jibai anon 1208 meyamar jadi aku.

      - the real lanun-

      Padam
    3. ko ingat dalam dalam galaksi bima sakti ni ko sorang je ke yg bleh pakai nama lanun? proot d muka ko.

      -lanun-

      Padam
  2. Sebab gemar menjenakakan isu parah sebeginilah makanya, ada kalangan Pegawai ditempat kerja saya dan juga Pensyarah-pensyarah saya anti kepada blogger walaupun yang buat bukan di kalangan blogger ataupun segelintir sahaja blogger yang bersikap bangang memperlekeh dan menjenakakan isu² jenayah kritikal macam ni. Sah! Memang otak mereka yang menjenakakan isu ni diletakkan dilutut! Terima kasih buat artikel ini Tuan sebab ramai lagi blogger dan manusia² hampeh di laman² sosial yang ada.

    BalasPadam
  3. sebb tu ak x gemor kapel2 ni takut setan rasuk xsedar diri buat benda xelok haih... simpati ngan keluarga budak tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. proo0tT !

      -sirosli-

      Padam
  4. jangan risau, lepas ni, kemaluan perogol tu akan dipotong!
    Syabas Indonesia, kalau benar anda laksanakan hukuman tersebut.

    BalasPadam
  5. agreed!

    seriously netizen jadik makin kurang sensitiviti pasal jenayah bila benda camni org buat joke..sebab semua dah dibiaskan dgn joke bangang ni..

    BalasPadam
  6. Jahat gila. Tgk xray sampai ke dada batang cangkul tu tembus. Hukuman setimpal pada aku ialah dikenakan perkara yang sama ke atas mereka, disula dengan cangkul.

    BalasPadam
  7. Kenapala manusia jadi mcm ni...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...