Manusia di FB, penuh dengan topeng, kepalsuan dan kepura-puraan. Hari ini dia cakap lain di sini, esok-esok dia akan cakap lain pula di sana.
Kontradik.
Sangat kontradik dengan apa yang mereka pernah cakap, hanya kerana mahu diterima atau merasa kebersamaan dalam sesebuah komuniti dan kelompok manusia.
Dalam dunia media sosial, apa beberapa perkara yang akan buat kau senang popular. Ia adalah sarcasm, kutuk orang, troll, pembodohan diri, kontroversi, melucah dan lawak kotor. Jika kau ada semua pakej ini, lagilah mudah untuk kau naik.
Aku namakan beberapa benda yang popular dengan unsur-unsur ini. Page-page FB Amran Fans, KHK, Jadilah Seperti Rashid, Sokernet, Sukan Star, Malaysian Gags, Abdul Rani Kulup Fans, Ijoy Mushiro, Politicalgags, Falsafahaha dan sebagainya... dan juga Mat Luthfi, kecuali dia terkenal kerana video sarkastik yang bijak dan berilmiahnya bukan kerana unsur-unsur lain yang karut lagi mengarut.
Aku sendiri walaupun layan juga page-page FB seperti itu, namun ada juga perkara yang aku tidak setuju dan sokong, terutama bila ada post yang melibatkan kutukan melampau, keaiban melampau, kelucahan melampau, kontroversi melampau dan lain-lain perkara yang bagi aku melampaui batas. Batas kita sebagai seorang Melayu, seorang Muslim. Dan aku percaya juga ramai juga yang tidak menyokong kemelampauan mereka, malah ada yang pernah menyifatkan page-page seperti ini sebagai "cancer of society" atau "barah masyarakat".
Dan aku atas kapasiti sebagai seorang Muslim, berhak menegur dan menyatakan pendirian aku untuk tidak mempersetujui dan menyokong hal-hal yang melampau ini, seperti contoh isu mengaibkan individu, hal yang memalukan kaum wanita, kutukan dan troll melampau pada mana-mana pemimpin dan ahli politik, hinaan dan kecaman pada seseorang manusia dan sebagainya.
Pada aku jika aku ternampak sesuatu yang tak salah dan tak elok, tak kira lah kau tu pemimpin, agamawan, artis, admin page, penulis novel, penerbit filem dan drama, pelukis komik, penulis blog, tak salah untuk kita sama-sama menegur dengan cara yang baik (bukan menghukum mahupun mengeji) untuk mengingatkan mereka agar tidak melampaui batas. Aku percaya yang perkara baik dan buruk itu terpakai kepada semua orang, bukan berdasarkan pangkat dan status seseorang.
Kerana apa?
Kerana kita orang Islam. Kita ada agama. Kita ada peraturan. Kita ada hukum hakam. Kita ada halal haram.
Aku tak peduli jika korang nak buat hal tak elok itu di luar pengetahuan orang ramai, namun jika ia berlaku secara terang-terangan malah dipromosikan sebagai suatu yang menarik dan best, pasti ada yang akan kisah dan ambil peduli.
Namun, sejujurnya aku amat kecewa, apabila ada sesetengah manusia yang menilai sesuatu dengan tidak adil, berpilih-pilih dan berat sebelah. Hal yang buruk dilakukan oleh kelompok yang lain dikecam tetapi hal yang buruk dilakukan oleh rakan atau kelompoknya dipertahankan.
Adakah kita sudah berevolusi menjadi begitu bodoh dan beremosi dalam membuat penilaian dan pertimbangan?
Kau seorang penyokong parti A. Apabila pemimpin parti B makan rasuah, kau akan mengecam. Tetapi apabila pemimpin parti A makan rasuah, kau pertahankan mereka sehingga titisan darah terakhir.
Kau seorang blogger. Apabila seorang artis melucah, kau akan mengecam. Tetapi apabila rakan blogger kau yang lain melucah dan ditegur orang lain, kau akan melenting dan mempertahankan perbuatan mereka.
Kau seorang penyanyi rap. Apabila ada penyanyi pop lain buat lagu sampah, kau kutuk. Tetapi apabila ada artis rap lain buat lagu sampah, kau pertahan dengan alasan jangan sekat kreativiti.
Kau seorang penulis novel. Apabila ada filem yang buat cerita bodoh, kau keji. Tetapi apabila ada penulis novel lain buat cerita bodoh, kau sanjung.
Kau seorang pelukis komik. Apabila sebuah page popular melucah dan menjatuhkan maruah kaum wanita, kau marah dan sakit hati malah menggelarkan page itu "cancer of society", tetapi apabila ada pelukis komik lain melucah dan buat lawak kotor yang jatuhkan maruah kaum wanita juga, kau cakap "I love this", kau pertahan dan bersolidariti dengan alasan hak masing-masing dan kebebasan berkarya.
Adakah kebebasan bersuara dan berkarya itu bergantung kepada medium penyampaian?
Adakah kebebasan bersuara dan berkarya itu hak kelompok tertentu sahaja?
Adakah kebebasan bersuara dan berkarya itu bermakna kita bebas untuk melampaui batas?
Dan adakah suatu yang sangat membanggakan apabila kau memperjuang, mempertahan dan bersolidariti terhadap suatu sebab atau 'cause' yang kotor, lucah, tidak bermanfaat dan sia-sia?
Kontradik. Sangat kontradik.
Adakah kau fikir hanya kerana kau itu "somebody", atau kau menggunakan sesebuah medium untuk bersuara, maka ia menjadi lesen untuk kau boleh melampaui batas?
Orang lain buat tak boleh, kau buat boleh. Orang lain buat kau kecam, apabila orang dalam kelompok kau buat, tidak mengapa dan harus dipertahankan. Kau tak sedar ke yang orang seperti kau ini mempunyai tahap hipokrasi yang sangat tinggi? Kau menghukum orang bukan kerana kebenaran tetapi kerana kemenangan dan mahu memaksa orang menerima ideologi salah kau.
Hukum tidak pernah memilih dan mengenal siapa. Malah status diri kau tidak akan membenarkan apa yang salah. Yang betul tetap betul, yang salah tetap salah tak kira kau tu siapa, pangkat apa, kerja apa.
Malah ada yang ibaratkan pula unsur baik dan buruk ini bagaikan karipap dan nasi lemak, bergantung kepada citarasa masing-masing. Kau suka karipap, makan. Tak suka karipap, jangan makan.
Kalau lah ia semudah itu. Baik atau buruk, benar atau salah bukanlah bergantung kepada citarasa. Yang buruk tetap buruk walaupun itu adalah citarasa kau.
Jika suatu hari nanti generasi muda dan masyarakat kita semakin teruk, janganlah marah kerana kau juga pernah ada saham dan pengaruh dalam pembentukan sahsiah dan moral mereka.
Dan adakah aku jeles sebab diorang popular?
Kenapa aku harus cemburu dengan sesuatu benda yang tak elok walaupun benda itu mendatangkan duit yang banyak, popular serta dipuja dan dilambung tinggi orang lain?
Mengatakan aku jeles pada benda tak elok tapi popular ini sama seperti kau kata aku jeles pada orang kaya MLM dan produk pseudosains yang asyik tayang kereta dan duit which is not. Kedua-duanya popular, mendatangkan duit yang banyak tapi tak elok, banyak keburukan dan langsung tak bermanfaat kepada pembangunan sahsiah masyarakat.
Btw kerana kewujudan manusia-manusia seperti ini juga aku dah tak berapa berminat nak menulis status panjang-panjang atau tulis komen kat FB, sebab ada yang tidak habis-habis mahu jadi hakim, ada yang tak habis-habis mahu menyatakan seolah-olah pandangan dia sangat penting untuk didengari dan diterima semua orang betapa dia adalah pusat paksi bumi dan dunia berpusing mengelilinginya, malah ada yang akan membantah setiap apa yang aku tulis hanya semata-mata kerana merasakan dia lebih betul dan mahu membuktikan yang dia lebih hebat dan atas dari aku.
Seperti mana kau, aku juga berhak suarakan apa yang aku rasa dan kau tidak perlu menghakimi setiap apa yang aku nyatakan. Kau boleh benci aku, kau boleh tak suka aku, tapi kau tak boleh nafikan suara dan pandangan aku. Dan kalau kau benci dengan orang yang menegur dan memberi nasihat, kau tak perlu pedulikan mereka sebaliknya kau rujuklah sendiri kepada ajaran agama.
Ok itu sahaja. Aku tulis panjang-panjang kat blog pun bukan korang baca.
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:
Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541
tags: sifat sikap perimbangan penilaian kontradik manusia hipokrit hipokrasi manusia mentaliti sembang cakap lain tak serupa bikin definisi definasi
AKu tetap baca Noob, kecuali entri kau pasal Maharaja Lawak.. :)
BalasPadamYe, begitulah keadaannya sekarang. Kalau yang mainstream sedang mengutuk pemimpin, agak sukar kita nak datang dan tegur yang perbuatan mereka salah. Dah nak jadi apa dengan masyarakat kita sekarang hingga hilang rasa hormat pada orang yang lebih tua, pemimpin, pendidik?
Huhuhu... sabar nub, biar mereka dengan universe mereka, ko tetaplah dengan universe ko nub, jangan terikut dengan popularity semasa yang tak elok. Berhati-hati juga dalam proses memilih geng seperjuangan ko nub... huhuhu
BalasPadamPS
den baca sampai abis. keep writing bos.
BalasPadamBL
gua baca gua baca..
BalasPadamgua sapot lu noob point2 lu mmg bernas!
Aku baca noob.
BalasPadamAq sentiasa baca and support BO! Biasala...org takut pada kebenaran. Manusia ni lagi suka nilai org lain daripada diri sendiri sbb tau klw nilai diri sendiri akhirnya baru sedar...takda nilai
BalasPadamItulah noob. aku rasakan kewujudan fb menjadikan manusia lebih tahi. Hipokrasi, riak, fitnah, buka aib orang, fb adalah tempatnya yang paling teratas dalam carta.
BalasPadamTu belum masuk lagi nak jual barang2 dengan fb dengan share cerita2 karut, fitnah dll.
Dan yg terpengaruh, korang boleh senaraikan sendiri sebab aku malas nak menaip.
ok....
BalasPadamprooOo0tTt !
Padam-siroslan-
Sarang retorik pn jgk fb nih. Kesian tgk mahasiswa mahasiswi yg masih 0 terpengaruh. Xtau la mcm mane diorg nak idup dlm dunia 'sebenar' nnt.
BalasPadamAku baca sampai habis noob. Itulah yang aku rasa selama ini cuma tidak tahu bagaimana meluahkannya. Kiranya kau menjawab bagi pihak kami. Terbaik nOob.
BalasPadam