Rabu, 6 April 2016

10 Jual hanya sekali di Internet tetap kena daftar

Individu yang ingin menjual barangan di internet perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), bermula tahun depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata pihaknya sedang merangka peraturan melibatkan kesemua penjualan barangan termasuk secara "one-off" (sekali sahaja).

"Walaupun hanya menjual satu barangan seperti telefon secara dalam talian, harus mendaftar dengan SSM dan barangan itu perlu terjual dalam masa 30 hari.

"Sekiranya barangan itu tidak terjual dalam tempoh 30 hari, penjual perlu memohon semula untuk satu lagi tempoh 30 hari," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan cawangan Farmasi Constant di sini semalam.


Farmasi Constant bekerjasama dengan MyAngkasa, sebuah anak syarikat Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dan Perbadanan Nasional Berhad (PNS) untuk membekalkan produk dan perkhidmatan kesihatan kepada ahli koperasi.

Menurut Hamzah, langkah itu bertujuan memastikan hak pengguna terjamin selain mengelakkan penipuan urus niaga dalam talian.

Sementara itu, beliau mahu lebih banyak farmasi dibuka di kawasan luar bandar bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bekalan produk kesihatan dan menikmati gaya hidup sihat.

Selain itu, katanya ia mampu menjana pendapatan dengan nilai keseluruhan pasaran penjagaan kesihatan dalam negara pada 2014 adalah RM48 bilion.

"Suruhanjaya Koperasi Malaysia boleh membantu dari segi pinjaman untuk anak-anak luar bandar yang menjadi ahli farmasi untuk membuka francais farmasi sendiri," katanya. — Bernama
Sumber The Malay Mail Online bertarikh 30 Mac 2016.

Aku pun tak tau kenapa la kerajaan selalu plan benda-benda yang rumit dan complicated untuk rakyat. Takkan kalau ada orang nak jual barang second hand, nak jual kereta dia kat Internet kat FB, kat Lelong, kat Mudah, kena daftar perniagaan atau syarikat dengan SSM? Nak daftar tu confirm kena bayar. Lepas tu kalau barang tak terjual dalam tempoh 30 hari, kena daftar lagi, kena bayar lagi.

Aku faham tujuannya untuk elakkan penipuan urus niaga dalam talian, tapi kaedahnya sangat tidak sesuai pada orang perseorangan yang menjual barang terpakai, atau yang menjual barang sekali sekala, atau yang menjual produk indie. Lainlah kalau orang yang betul-betul berniaga sepenuh masa, atau stokis, atau yang memang ada perniagaan Internet atau web-store seperti Lazada, Zalora dan sebagainya.

Kalau nak tangkap penipu atau scammer ni tak payah tunggu daftar perniagaan. Semua bukti pun ada, mesej urusniaga, no. akaun bank, no telefon, semua maklumat tu pun pihak berkuasa memang boleh dapatkan, nak atau tidak je.



P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: jual hanya sekali di internet kena daftar ssm suruhanjaya syarikat perniagaan tahun depan

10 ulasan:

  1. yang kaya bertambah kaya mcm nie...especially politikus...

    BalasPadam
  2. so kalu aku nak jual brg 2nd hand harga RM50 kat mudah, berapa kos reg SSM?

    BalasPadam
  3. Jual ruang iklan kat blog camana lak?

    BalasPadam
  4. persetankan je permintaan individu2 bangang kat malaysia ni.

    BalasPadam
  5. Diorang fikir plan diorang tu dah cukup perfect dah, padahal sangat cetek dan tak berpandangan jauh. Suka betul nak susahkan rakyat.

    BalasPadam
  6. Setial registration kat ssm kena caj few RM....tujuan utama ialah nak penuhkan kantung kerajaan, kalau x kena haramkan terus...pening2

    BalasPadam
  7. Nanti ada ulamak cakap..ini ketentuan Allah.. lu jgn bising2 dowh..

    Lu bising2 pun tak akan dapat mengubah keadaan. Apatah lagi tulis komen dlm blog orang, lagi la tak akan mengubah apa2. Membuang masa saja ambil peduli pun.

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. Aq setuju dengan cadangan ni klw tiada kos dikenakan terutama pada penjual tak tetap. klw nak selamat, sebelum register dptkan buyer..pastikan serious buyer...baru register

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.