Iklan Leaderboard

Selasa, 26 April 2016

16 Ramai guru sudah bosan dan tak seronok mengajar

Beberapa hari lepas keluar di sebuah suratkhabar tempatan laporan tentang cikgu mengeluh kerana dibebani pelbagai tugas di sekolah selain daripada tugas hakiki mereka iaitu mengajar dan mendidik, sehingga ramai yang sudah tak seronok mengajar yang antaranya cikgu terpaksa keluar duit sendiri beli alat mengajar dalam kelas. Disebabkan rutin itu ada cikgu yang bosan menyebabkan mereka tidak mengajar dengan bersungguh-suungguh dan ala kadar, ada juga yang berniaga secara part-time malah tidak kurang juga yang sanggup berhenti awal untuk menceburi bidang perniagaan secara sepenuh masa.

Maka apakah sebenarnya punca ramai guru sudah tidak seronok mengajar? Antara sebab musababnya ialah:


  1. Kedatangan saja kena key in online dan tanda register.
  2. Key in data hampir 400 ibubapa dan murid dalam sarana untuk hari orientasi tingkatan 1.
  3. Beli sendiri dakwat pen marker. Dibekalkan 3 batang (1 hitam, 1 biru dan 1 merah) dan 1 botol kecil ink untuk refill. Memang perlu beli sendiri untuk mengajar.
  4. Syok sendiri. Buat latihan dalam VLe frog. Dah dua kali cuti sekolah kena jawab sendiri guna ID pelajar. Sendiri soal, sendiri yang jawab.
  5. Tak boleh fokus sediakan BBM pelbagai sebab mengajar kelas pelbagai tahap. Masa , tenaga dan fikiran banyak dikerah untuk kerja-kerja lain. Tidak sama seperti semasa praktikal dan mula-mula posting 2008-2010. Macam-macam boleh buat.
  6. Sejak idea PBS, online-online, jadi confuse dengan tugasan sebenar. Dulu masih boleh mengajar time relief sebab kasihan pada pelajar. Sekarang? Tak tak larat, penat urus macam-macam perkara.
  7. Baru syok nak mengajar, teringat kena bagi kehadiran budak pada guru kelas. Kena key in kedatangan kelas sendiri online. Lambat atau sibuk, jadual pack atau habis data, nanti nama naik. 
  8. Kemudahan sangat terhad. Internet sendiri, print sendiri.

Sebenarnya menjadi seorang cikgu adalah penat dan tidak mudah. Kalau sehari masuk 4 kelas, kena urus 120 pelajar sehari yang pelbagai ragamnya. Ada yang menjerit, ada yang bergaduh, berdiri atas tembok koridor, bertumbuk, sakit dan macam-macam lagi.

Bergerak dari satu kelas ke satu kelas. Naik turun tangga jelajah satu sekolah. Masuk kelas, budak-budak tak dengar arahan. Dah perlu kerah tenaga lebih untuk kawal pelajar. Cakap pelahan-lahan, budak tak kisah.

Kadang-kadang, kerana kes salah laku pelajar, kalau cikgu tersilap percaturan, terpaksa menghadap polis. Silap-silap naik mahkamah. Dah ada kes di sekolah, iktibar.

Macam-macamlah penyebab hilangkan rasa seronok cikgu nak mengajar. Tak terdaya nak taip kesemuanya. Itu pun ada yang cemburu bila cikgu pun turut sama cuti sekolah, tak kerja tetapi gaji masih berjalan.

Kami bawa balik kerja ke rumah, orang tak nampak. Waktu cuti sekolah, kami kena buat vle frog. Jawab sendiri guna ID pelajar. Pelajar seronok bercuti.

Orang tak nampak kami kena datang ke sekolah, bersihkan bengkel dan kelas sebelum mula persekolahan. Orang tak nampak kami perlu datang bertugas mengikut jadual semasa cuti.

Seronok menjadi cikgu apabila dapat mengajar subjek dengan memberi sehabis baik tanpa sebarang tekanan dari hal-hal yang lain. Seronok nak melentur dan mendisiplinkan pelajar kalau kami tidak perlu serap tekanan dan kesibukan siapkan kerja-kerja lain. Seronok nak membentuk akhlak pelajar kalau kami mendapat kerjasama daripada ibubapa.

Sebenarnya seronok menjadi cikgu kalau sistem pendidikan berwarna ceria. Masalahnya warnanya kusam dengan pelbagai e- dan sebagainya. Cikgu-cikgu lama yang sudah nak pencen selalu sebut,

"Tak sabar nak pencen. Dulu seronok jadi cikgu. Sekarang? Aduhai..."

Siapa yang bekerjaya sebagai guru akan faham masalah dan luahan hati seorang guru.

Artikel ini ditulis oleh Shahrul Hisham.

* * * * * * * * * *


Mengajar...

Belum pernah dalam sehari sepanjang 11 tahun berkhidmat menjadi guru aku merasa bosan di dalam kelas. Langsung tidak terlintas di fikiran "tak seronok mengajar". Belum pernah. Tiap kali melangkah masuk kelas, tiap kali teruja ingin menyampaikan ilmu.

Tiap kali berhadapan dengan murid, aku dapat pengalaman baru. Dapat idea dan ilmu baru untuk mengenakan budak-budak. Bagi mereka seronok,bagi mereka rasa belajar itu mudah. Ada masa kena tegas, ada masa aku perlu menghayun rotan walau hati tidak rela. Itu sebahagian proses pendidikan. Dan itulah akan menjadi secubit kenangan terindah untuk dikenang dimasa depan.

Namun, tahukah anda, 40,000 guru memohon untuk bersara awal tika ini? Jumlah 40,000 bukan angka yang kecil. Sebahagian besar dari jumlah ini,suatu ketika pernah menjadi guru cemerlang. Penuh semangat dan dedikasi. Penuh kecintaan pada profession ini. Namun kenapa?

Aku. Sangat cintakan profession ini. Sangat. Tinggalkan aku bersama 1000 murid untuk sepanjang hari, InsyaAllah aku mampu handle kesemua mereka seorang diri. Namun perlu aku akui, segala sistem 'e' dan dasar yang kerap berubah sangat membebankan. Sangat menyusahkan. Aku tidak suka. Sebagaimana tidak suka majoriti guru lain.

Itu rasanya punca utama 40,000 guru mohon bersara awal. Tidak bolehkah biar kami hanya mengajar sahaja? Mengapa tidak biarkan kami menikmati keindahan menyampaikan ilmu dengan cara kami sendiri? Kenapa harus dibebani dengan tugasan pengkeranian yang banyak? Dengan segala sistem yang caca marba?

Saat melangkah ke kelas adalah saat paling mengujakan. Tiada takwil! Namun saat melangkah keluar, memikirkan berpuluh jenis tugasan pengkeranian dan 'e' yang perlu kami selesaikan, itu perkara yang berbeza. Ya,kalau ada terlintas di hati untuk bersara awal, itulah punca. Itulah dia.

Suara hati guru kecil yang cintakan profession ini takkan dipandang orang-orang besar di atas sana. Walau banyak mana meluah. Aku hanya semut merah. Hanya semut merah. Hanya!


Nukilan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh.

* * * * * * * * * *

Isu pendidikan terutama beban guru ini adalah isu yang dah lama yang tidak nampak jalan penyelesaian. Buatlah kajian banyak mana, hantarlah berapa ramai guru dan pegawai ke luar negara untuk mengkaji sistem pendidikan negara-negara terbaik, balik Malaysia sama sahaja. Takpelah cikgu, bersabar jelah ya. Mengajar lah dengan ikhlas demi anak bangsa. Tapi kalau tak tahan sangat cari jelah kerja lain yang dirasakan lebih baik jika itu pilihan anda. Masyarakat takkan salahkan anda.

Artikel lain yang berkaitan:

P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: cikgu guru bosan hilang minat mengajar tak seronok mengeluh dibebani pelbagai beban tugas kerani masukkan markah berhenti

16 ulasan:

  1. what they can do fix the problem they having now buang mana yang menyusahkan pada para guru dengan cara vote dsb dan permudahkan mana yang xbermasalah... tapi nak laksanakan geng atasan la perlu selesaikan... apa2 je le... ak xdpt jadi cikgu so aku mampu perhati je le...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kanina lu sirosli meyamar jd denoutantei. mana prootT ko jilake. pro0t d muka ungx.

      -siroslia-

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. eleh, gaji besar,gred 41, naik gred cepat,petang dah boleh tidur, kat sekolah kereta cikgu besar-besar, apa lagi cikgu mahu? kami di sektor awam lain ada kena kerja 7 hari seminggu, 8pagi-10mlm,gaji gred 11- gred 17 je, korban waktu dgn keluarga, ada bising mcm cikgu? bersyukurlah wahai cikgu-cikgu sekalian

    BalasPadam
  4. kalau boleh biarlah kami guru guru diberi gred 52, Sesuai dgn dengan bebanan "e" yg kami hadapi, kalau boleh biarlah kami mengajar satu subjek shj sehari sepertikebaykan profesor di universirti, barulah murid kami ada class macam penuntut uni

    BalasPadam
  5. Sy pernah jd cikgu. Sekarang dah berhenti dan kerja sendiri. Sy juga pernah kerja2 lain dalam sektor swasta. Dari pengalaman sy, kerja sbg cikgu paling kurang stress dan relaks. Cuti juga byk. Walaupun dtg awal darikerja2 lain, cg juga dpt pulang awal. Kalau buat tuisyen dpt pendptn lebih dgn kerja yg sy rs rigan shj berbding dgn kerja2 lain.

    Sy hairan mengapa rakan2 guru merungut. Mgkin mereka belum pernah merasai kerja2 lain.

    BalasPadam
  6. Komen pertama:
    New menteri ambil alih, buat sistem baru, habis overhaul sistem pendidikan yg ada sbb keberkesanan dipertikai...tp org atasan x kisah pun, janji projek jalan, ada side income. Bila tukar portfolio, leh cuci tangan.

    Komen kedua:
    Ada engineer atau eksekutif jualan di sektor swasta yg give up masuk mengajar x kira sekolah, matrik, maktab, uni...kebanyakan mengatakan stress level berbeza, relex sedikit. Sy akui beban cikgu semakin bertambah semenjak menggunakan system IT sebagai tugasan tambahan, tp akuilah yg jika anda diberi peluang kerje 1-2 bulan kat sektor swasta, anda akan patah balik mengajar di sekolah. Stess level di sketor swasta ialah potensi nak kena buang mmg ada kalau x achieve KPI, pas2 kerenah customer yg boleh buat anda sakit jiwa berbanding pelajar sekolah, n xde istilah cuti sekolah di mana dduk rumah gaji jalan di sektor swasta.

    Just my 2 cents...

    BalasPadam
  7. Patut terap sistem 'teaching assistants', bagi peluang pekerjaan kpd org lain utk buat kerja pengkeranian guru. Baru laa guru boleh fokus membina anak bangsa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Idea yang baik..tapi gov xde duit dah sekarang nak amik kakitangan baru..perjawatan pun dah beku..tapi ada hati nak tambah adun..puiii

      Padam
  8. patut la murid sekarang semua rosak perangai,cikgu sekarang kuat merungut, ni mesti nak kerja senang je sebab tu pilih jadi cikgu kan, buka la mata tu sikit wahai cikgu-cikgu sekalian, aku punya kawan-kawan yang dah jadi guru dan aku tahu mentaliti mereka dari zaman universiti lagi, SEGELINTIR mereka bagi aku tak layak jadi pengajar! ambil profession guru sebagai jalan mudah bergaji besar!

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku sokong hang kedepan

      -sirosliaq-

      Padam
    2. Aku setuju Tanpa Nama27 April 2016 3:06 PTG.

      Guru hari ni ramai yang tidak layak untuk menjadi guru. Sekadar jadi guru hy untuk kerja makan gaji dengan kerajaan.

      Padam
  9. apapun, buat lah benda yg kita suka dan benda tu baik..
    kalau kerja cikgu tp jiwa takda pn payah jugak..

    BalasPadam
  10. assalamualaikum.. kalau tidak keberatan.. boleh saya tahu keratan akhbar di atas daripada akhbar ape ye? sebab saya nak buat rujukan untuk tesis saya berkaitan pembelajaran abad 21. Mohon bantuan daripada anda. tq

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...