Ahad, 30 Julai 2017

2 Lelaki jika menangis masih lagi lelaki

Macam semua tahu penyanyi vokalis sceamo Linkin Park, Chester Bennington telah bunuh diri di estetnya pada 20 Julai 2017. Ramai juga yang terkesan dengan kehilangannya memandangkan mereka antara pemuzik Nu-Metal yang meletup pada awal 2000-an dan banyak juga muzik mereka yang digemari ramai terutamanya dua album terawal mereka (Hybrid Theory dan Meteora).


Rabu, 26 Julai 2017

3 Kemurungan boleh berlaku pada semua orang

Kesedihan. Kekecewaan. Keperitan.
Keresahan. Kebimbangan.  Kesakitan.
Kepayahan. Masalah. Tekanan.

Sindrom di atas boleh menjadi punca seseorang itu untuk mengalami depresi atau kemurungan. Ia boleh berlaku pada semua orang tanpa mengira kaum, agama, warna kulit, status, tahap pendidikan, taraf ekonomi, jenis pekerjaan dan sebagainya, termasuklah orang yang sering memberi motivasi dan menjadi inspirasi pada orang lain. Kadang-kadang luaran nampak kuat, ceria dan gembira tetapi di dalamnya sedang bertarung dan bergelut dengan raksasa yang ada dalam diri.


Jumaat, 21 Julai 2017

4 Legasi Linkin Park dan kematian vokalis utamanya

Linkin Park dan kematian vokalisnya Chester Bennington.

Walaupun aku bukanlah peminat setia Linkin Park, tetapi aku membesar dengan lagu-lagunya terutama ketika aku masih belajar di universiti sekitar awal tahun 2000 dahulu terutama dari 2 album pertama mereka iaitu Hybrid Theory dan Meteora. Lagu-lagu seperti "Crawling", "One Step Closer", "Papercut", "In The End", "Somewhere I Belong", "Faint", "Numb", "Breaking The Habit" dan beberapa lagi aku masih boleh ingat melodi dan rentaknya walaupun aku tak dengar lagu-lagu itu dalam suatu tempoh yang agak lama.



Ahad, 16 Julai 2017

3 Penyakit lupa lelaki sebelum dan selepas kahwin

Ada sejenis perangai lelaki tu, sebelum kahwin kerana awek selalu lupa kawan, tapi lepas kahwin baru nak ingat kawan sampai lupa anak bini kat rumah. Macam tu lah waktu tengah angau bercinta, sibuk sangat nak jumpa awek macam la hari lain tak boleh jumpa sampai tinggal kawan-kawan. Lepas kahwin duduk kat rumah rasa resah je panas punggung nak keluar lepak dengan kawan.




Ahad, 9 Julai 2017

2 Kecenderungan pertahan puak sendiri walau salah

Manusia itu hidup berpuak-puak. Setiap manusia ada kumpulan puak mereka sendiri.

Kalau kumpulan seperti rumah sukan, parti politik, kelab hobi dan lain-lain itu memang kita sendiri yang pilih untuk menjadi sebahagian daripada mereka, namun ada kumpulan yang kadangkala bukan kita memilih pun untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan tersebut malah kita menjadi salah seorang dari kumpulan tersebut secara tidak langsung sama ada mahu atau tidak.

Antaranya kumpulan mengikut jantina seperti lelaki dan perempuan, kumpulan mengikut negeri kelahiran, kumpulan mengikut kaum, kumpulan mengikut agama, kumpulan mengikut negara, kumpulan mengikut keturunan dan tali kekeluargaan dan sebagainya.