Lelaki.
Perempuan.
Lelaki dan perempuan walaupun juga adalah manusia yang sama, namun mereka seperti 2 spesis yang berlainan. Selain dari sudut biologi dan sudut fizikal, banyak lagi perbezaan tentang dua jantina ini dari sudut psikologi, cara berfikir, emosi, perasaan, ego, mentaliti dan sebagainya. Kenapa berlaku perbezaan ini?
Kerana seorang lelaki tidak pernah dan tidak akan menjadi perempuan, dan perempuan pula tidak pernah dan tidak akan menjadi lelaki. Lelaki tidak pernah hidup sebagai perempuan, begitu juga sebaliknya. Maka disebabkan itu amat sukar lelaki dan wanita untuk memahami antara satu sama lain, kerana mereka tidak pernah merasa berada dalam kasut masing-masing.
Sebagai seorang lelaki, aku perhatikan ada banyak perkara tentang lelaki yang wanita sering salah anggap. Berikut adalah beberapa mitos dan salah tanggapan biasa perempuan terhadap lelaki.