Isnin, 31 Disember 2018

8 Hall of Fame: Ahli politik paling popular 2018

Sebelum tahun 2018 melabuhkan tirainya, aku nak buat Hall of Fame (tidak menurut sebarang turutan) ahli politik yang terdiri dari pemimpin kerajaan dan pembangkang yang popular yang namanya sering tular dan disebut-sebut di berita dan juga media sosial pada tahun 2018 sama ada atas sebab yang baik mahupun yang mengundang kontroversi. Populariti yang sama ada semakin mengundang kesukaan mahu pun kebencian, yang semakin mendapat sokongan mahupun kemarahan rakyat.



Ahad, 30 Disember 2018

4 Antara warkah, tsunami dan restoran fast food

Hari ini baru sahaja pulang setelah bercuti seminggu. Dalam minggu ini juga ada macam-macam isu hangat yang aku hanya sempat baca di Facebook sahaja. Berikut antara sedikit ulasan tentang beberapa isu yang tular dalam minggu ini.



Jumaat, 21 Disember 2018

4 Kerajaan harus membaiki semula perpaduan rakyat

Antara isu yang semakin menjadi-jadi selepas jatuhnya kerajaan lama dan naiknya kerajaan baru adalah isu perpaduan. Tidak tahu di mana silapnya, tetapi perpaduan antara masyarakat majmuk dilihat semakin rapuh dengan berlakunya beberapa kes rusuhan dan pergaduhan yang dikaitkan dengan kaum dan agama, malah ada kes yang sehingga melibatkan kecederaan dan kematian.

Pihak berkuasa juga dilihat semakin sukar untuk menangani masalah yang melibatkan kaum dan agama. Apabila pihak polis menembak orang India yang mengancam keselamatan orang ramai, orang India bising. Apabila pihak polis menangkap orang Melayu yang merusuh, orang Melayu bising. Apabila pihak polis tidak mengambil tindakan apabila orang Punjabi mengamuk dengan pedang samurai dan pemadam api, pun masyarakat bising.



Selasa, 18 Disember 2018

6 Pemimpin bodoh lahir dari pengundi yang bodoh?

Pergi ke kedai buku tempoh hari, kelihatan banyak buku komik Sapuman Man of Steal karya Zunar diletak berderet di rak buku. Begitu juga dengan buku Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, and the World tulisan Tom Wright dan Bradley Hope.

Buku seperti ini tidak mungkin boleh dijual malah diharamkan di zaman kerajaan lama, namun buku-buku yang isi kandungannya berkait rapat dengan bekas PM Malaysia DS Najib Razak, skandal 1MDB dan Jho Low ini kini boleh dijual secara terbuka di kedai-kedai buku arus perdana.

Namun kini, adakah orang masih lagi peduli?



Ahad, 16 Disember 2018

4 Trend lompat parti menganggu kestabilan politik

Ramainya pemimpin BN kini dilihat meninggalkan parti dan mahu lompat ke parti kerajaan terutamanya dari parti UMNO ke parti PPBM (Bersatu) dilihat sebagai suatu trend yang membimbangkan, bukan sahaja kepada parti pembangkang itu sendiri malah kepada iklim politik keseluruhannya.

Parti kerajaan sepatutnya menasihatkan pemimpin parti pembangkang selesaikan masalah dalaman mereka dan membaik pulih semula parti mereka, bukan menerima pemimpin pembangkang lompat masuk parti mereka.

Nak biar parti pembangkang hancur lingkup terlungkup terus ke macam mana?


Sabtu, 15 Disember 2018

5 Jenis perniagaan yang relevan sepanjang zaman

Berniaga atau membuat bisnes adalah suatu cabang pekerjaan yang sudah wujud sejak dahulu kala lagi. Dengan bekerja sendiri sebagai ahli perniagaan, seseorang dapat menjadi bos dan tidak terikat pada mana-mana peraturan syarikat, berbeza dengan orang yang kerja makan gaji. Malah hanya dengan berniaga sahaja seseorang boleh mengumpul kekayaan walaupun jalannya tidaklah mudah dan ada risiko untuk rugi.

Sebelum memulakan perniagaan, seseorang perlu tahu dan membuat perancangan tentang apakah jenis perniagaan yang dia mahu buat, apa barang dan produk yang ingin dijual, lokasi dan tapak bisnes, teknik jualan, pemasaran dan pengiklanan melalui surat khabar, media elektronik, Internet, telefon dan sebagainya.

Namun tak semua jenis perniagaan yang sentiasa relevan sepanjang zaman. Ada jenis perniagaan yang dahulunya menguntungkan kini sudah tenggelam, contohnya seperti kedai menjual kaset/CD muzik dan filem yang sudah merudum sejak kebangkitan industri digital. Ada juga bisnes yang tiba-tiba popular dan viral pada suatu ketika seperti kedai vape namun lama kelamaan semakin berkurangan.



Selasa, 11 Disember 2018

3 Alkisah tulisan jawi dan tulisan Melayu purba

Kelihatan seorang pemuda Melayu sedang memandu kereta untuk menuju ke sebuah tempat bersama seorang rakannya yang berbangsa Cina. "Lama lagi ke nak sampai kampung tu?", soal Lim. "Rasanya dah nak sampai dah ni.", balas Fazli.

Tiba-tiba Lim ternampak sebuah papan tanda dan berkata, "Ha cuba tengok dia tulis apa?".

Di papan tanda tersebut tertulis "كامڤوڠ تلاڬ مراك كايڠن".

"Apa benda yang dia tulis tu? You faham ke Fazli?", tanya Lim dengan wajah penuh keliru.

"Ha betul la kita dah nak sampai. Tu dia tulis Kampung Telaga Merak Kayangan.", kata Fazli.

"Waa really aa? Hebat lah you. Macam mana you boleh tau? You boleh baca ke itu tulisan?", kagum Lim.

"Itu cuma tulisan jawi maa, mestilah saya faham.", jelas Fazli pada Lim.

Lim berkata lagi, "Tulisan jawi? Saya macam pernah belajar la waktu sekolah rendah di SRJK dulu, ada dalam buku teks, 3 muka surat sahaja, tapi saya sudah lupa lah. Saya ingat itu tulisan sudah lama, sudah takde orang pakai."



Khamis, 6 Disember 2018

7 Review Filem: Polis Evo 2

Sudah masuk 2 minggu filem Polis Evo 2 keluar panggung. Polis Evo 2 ini antara satu lagi filem berprofail tinggi yang boleh dikatakan dinanti-nanti ramai selepas kejayaan filem Polis Evo terdahulu dan juga setelah ia dilanda dengan kontroversi sebelum penayangannya.

Sinopsis filem ini mengisahkan tentang sekumpulan pengganas telah menawan sebuah kampung dan menjadikan penduduk sebagai tebusan. Pasukan Khas dari Malaysia dan Indonesia telah ditugaskan untuk mengendalikan kes itu tetapi misi mereka gagal. Kini ia semua terserah kepada Inspektor Khai dan Inspektor Sani untuk menyelamatkan tebusan dan pada masa yang sama cuba untuk menumpaskan kumpulan pengganas itu.



Selasa, 4 Disember 2018

12 Sejarah ditulis pemenang dan sejarah yang hilang

Penulisan sejarah secara rasminya merupakan catatan dan rakaman pada peristiwa lalu, namun catatan sejarah ini juga boleh dilakukan secara terpilih oleh pihak yang memerintah atau berkuasa, bak ungkapan Winston Churcill, “Sejarah ditulis oleh orang yang menang”, mantan perdana menteri Britain paling terkenal di dunia.

Sepertimana yang berlaku sejak zaman dahulukala lagi, orang yang menang akan menulis semua yang baik-baik, hebat-hebat malah mungkin ditokok-tambah tentang diri mereka agar diri mereka dilihat dan dikenang sebagai orang hebat dan berada di pihak yang benar. Kerajaan yang berkuasa pada suatu ketika biasanya cenderung untuk melemah dan memburukkan kerajaan sebelumnya.

Catatan sejarah dari pihak yang kalah pula biasanya tidak direkodkan secara rasmi sebaliknya hanya disampaikan secara lisan dan catatan peribadi secara turun temurun melalui cerita, hikayat, puisi, buku dan sebagainya.



Isnin, 3 Disember 2018

1 Meraih publisiti murahan dengan aplikasi Tik Tok

Sekarang ini Tik Tok sudah menjadi trend dan kegilaan anak muda dan remaja bukan setakat di Malaysia malah satu dunia. Pada waktu ini ia dianggarkan mempunyai 500 juta pengguna di 150 negara. Apa benda sebenarnya Tik Tok ni?

Tik Tok merupakan sebuah aplikasi media sosial telefon di mana penggunanya boleh membuat perkongsian video pendek dengan memasukkan efek, muzik dan juga suara latar. Sebelum TikTok, ada beberapa aplikasi perkongsian video pendek yang popular seperti Musical.ly, Vines, Dubsmash dan sebagainya, namun kini TikTok telah pun menjadi aplikasi paling popular dalam kategorinya, menjadikan syarikat di sebalik TikTok kini bernilai lebih $75 bilion!



Rabu, 28 November 2018

2 Cara meredakan ketegangan insiden kuil Seafield


Insiden yang melibatkan kuil Sri Maha Mariamman di Seafield nampaknya semakin hari semakin panas. Walaupun pada mulanya kuil diserang oleh sekumpulan individu yang dikatakan diupah oleh pemaju yang juga tuan tanah tapak kuil tersebut, namun kini ia sudah menjadi seperti pergaduhan antara dua kaum.

Pergolakan ini berubah menjadi isu perkauman apabila awal-awal lagi ada pemimpin, ahli politik dan pihak berkuasa memberi kenyataan salah dengan menuduh dan mendakwa ia dilakukan oleh sekumpulan kaum dan agama tertentu. Lepas dah kena kecam baru menggelabah edit tukar kenyataan.



Selasa, 27 November 2018

1 Media dan ahli politik henti melagakan rakyat

Isu-isu perkauman, keagamaan dan kenegerian di negara Malaysia memang tak boleh dipisahkan dari rakyat Malaysia sebab naluri manusia hidup berpuak-puak.

Ada yang sentimen puaknya sangat tebal sampai membenci dan prejudis terhadap puak yang lain, ada pula yang sentimen puaknya tidak kuat dan boleh je bercampur dan "get along" dengan puak yang lain.



Isnin, 26 November 2018

3 Kerajaan perlu menubuhkan Jabatan IT Negara

Dalam bidang Teknologi Maklumat, walaupun negara Malaysia ini boleh dikatakan sudah agak maju dan terkehadapan, hakikatnya bidang IT ini di negara kita ini masih di tahap negara pengguna, bukan negara pencipta.

Kita masih banyak menggunakan perisian, perkakasan, peralatan, perkhidmatan web, permainan digital dan lain-lain produk ICT dari negara luar seperti Google, Facebook, Microsoft, iPhone, Samsung, HP, Sony Playstation, Grab dan sebagainya, berbanding produk ICT keluaran tempatan. Ia sama ada sangat sedikit atau tiada langsung produk IT tempatan.

Ada tak komputer berjenama tempatan? Masih adakah telefon pintar jenama tempatan? Wujudkah konsol permainan video jenama tempatan? Berapa ramai orang main permainan digital yang dihasilkan syarikat tempatan?



Sabtu, 24 November 2018

4 Bagaimana masyarakat maskulin menilai kaum wanita

Ramainya isteri meminta cerai sebagai petanda akhir zaman, ramainya suami abai nafkah tidak mengapa.

Ramai isteri tidak mahir memasak sebagai petanda akhir zaman, ramai suami tidak mampu menjadi imam solat tidak mengapa.

Ramainya ibu 'suka' berada di lapangan awam kerana bekerja berbanding berada di rumah sebagai petanda akhir zaman, ramainya suami 'tidak suka' bekerja tidak mengapa.

Ramainya ibu tunggal meninggalkan anak-anak sendirian di rumah kerana bekerja sebagai petanda akhir zaman, ramainya para wali enggan bertanggungjawab tidak mengapa.



Jumaat, 23 November 2018

2 Persediaan dalam menghadapi kematian pasangan

Pernahkah kita terbayang suatu hari setiap kali kita bangun dari tidur, orang yang kita sayang tiada lagi di sisi. Setiap kali kita nak makan, orang yang kita saya tiada lagi bersama kita. Setiap kali kita nak keluar berjalan, orang tersayang tiada lagi duduk di sebelah kita.

Setiap yang bernyawa pasti akan mati, termasuk juga pasangan hidup kita. Kita perlu bersedia dalam menghadapi kematian pasangan. Maka apa yang persediaan yang harus kita lakukan ketika kita dan pasangan masih hidup? Baca perkongsian di bawah...

Pengalaman kehilangan ‘my other half’ membuatkan saya ingin berkongsi beberapa perkara sebagai persediaan anda menghadapinya nanti. Sesuatu yang PASTI berlaku. Ianya samada kita ditinggalkan atau kita yang meninggalkan...



Khamis, 22 November 2018

2 Ibu bapa usah rasa malu dan putus asa pada anak

Minggu ini merupakan minggu terakhir sesi persekolahan. Dalam minggu ini banyak sekolah mengadakan majlis penyampaian hadiah bagi pelajar yang cemerlang. Pelajar yang tidak mendapat hadiah biasanya direhatkan dan tidak perlu hadir ke sekolah. Pasti ada ibu bapa yang gembira apabila anaknya mendapat hadiah dan anugerah, namun ada ibu bapa yang kecewa dan malu kerana anaknya tidak pernah mendapat apa-apa anugerah di sekolah.


Selasa, 20 November 2018

4 Cadangan penyelesaian isu pemandu Teksi VS Grab

Isu ini mungkin dah lama namun ia sentiasa menjadi bualan ramai sehingga hari ini iaitu isu Grab VS Teksi. Sejak perkhidmatan e-hailing bertapak di Malaysia seperti Grab, Uber (kini sudah tiada di Malaysia), MyCar, Riding Pink, Dacsee dan sebagainya, ia sering menjadi sasaran kemarahan pemandu teksi yang rata-rata membantah perkhidmatan tersebut kerana dikatakan telah mengganggu dan menggugat periuk nasi mereka.

Syarikat teksi dan pemandu teksi pernah meminta kerajaan agar menyekat perkhidmatan e-hailing seperti Grab di Malaysia, malah pernah membuat mogok, protes dan demonstrasi di hadapan bangunan Kementerian Kewangan di Putrajaya dan lapangan terbang KLIA pada bulan lepas kerana membantah rancangan kerajaan untuk menjadikan Grab sebagai kenderaan di stesen MRT.



Ahad, 18 November 2018

3 Malaysia kini dalam Fasa Pembersihan dan Kesedaran

Ada orang menganggap Malaysia kini berada di Fasa Kemunduran dan Kerosakan selepas kerajaan berubah.

Ada orang menganggap Malaysia kini berada di Fasa Membaik Pulih dan Progresif selepas kerajaan berubah.

Bagi aku pula perubahan kerajaan ini perlu untuk Fasa Pembersihan dan Kesedaran demi membuka mata rakyat Malaysia yang selama ini mengamalkan politik kepartian dan kemacaian.



Jumaat, 16 November 2018

11 Banyak cakap, pendiam, bijak atau tidak berilmu

Ketika di zaman belajar di sekolah, universiti dan juga alam pekerjaan, ada macam-macam jenis orang yang kita akan biasa jumpa, antaranya orang yang banyak cakap, yang pendiam, yang rajin, yang malas, yang bijak, yang kurang bijak, yang ada banyak ilmu, yang kurang ilmu, yang otak pick up, yang lambat pick up, yang introvert, yang extrovert dan sebagainya. Kita sendiri juga mungkin ada salah satu dari ciri-ciri tersebut.

Berikut adalah 4 jenis orang yang sering kita jumpa itu:



Isnin, 12 November 2018

9 Filem Polis Evo 2 belum tayang sudah diajak boikot

Polis Evo 2, filem aksi yang bakal keluar di pagawam pada 22 November 2018.

Belum pun tayang lagi, tak sangka dengan poster dan trailer je orang dah boleh buat kesimpulan pasal filem ni macam dah tengok habis sampai suruh boikot dan gelarkannya filem sampah.

Apa yang aku nampak filem ni mengisahkan sekumpulan penunggang agama yang sudah sesat nak bunuh ramai orang sehingga mengancam kedaulatan negara Malaysia, sebuah negara yang pemimpinnya orang Melayu dan agama persekutuannya agama Islam.



Ahad, 11 November 2018

6 Anda ada Trypophobia atau ketakutan pada lubang?

Pernah tak anda tengok apa-apa objek atau gambar yang ada banyak lubang-lubang sampai rasa takut, geli, loya, jijik, runsing, terganggu dan meremang sampai nak muntah?

Kalau ya, mungkin anda mempunyai Trypophobia.

Apa dia Trypophobia?



Khamis, 8 November 2018

5 Gunakan kentang untuk menggantikan bateri

Tahukah anda, kentang boleh menghasilkan tenaga elektrik dan boleh dijadikan bateri? Kalau tengok kat Youtube, ramai orang telah menghasilkan video eksperimen tentang bateri kentang boleh menyalakan lampu, malah

Persoalannya betul ke boleh kentang boleh hasilkan tenaga elektrik?

Betul ke kentang boleh menyalakan mentol lampu?



Sabtu, 3 November 2018

8 Suatu ulasan dan respon terhadap Belanjawan 2019

Belanjawan 2019 telah pun dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat, 2 November 2018 yang lepas, yang bertemakan "Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera".

Ia mencatat sejarah apabila menjadi bajet persekutuan pertama dibentangkan di Parlimen oleh sebuah kerajaan baharu sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Boleh baca ringkasan dan rumusan intipati penuh di sini.



Jumaat, 2 November 2018

4 Ringkasan dan rumusan intipati Belanjawan 2019

Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng telah pun membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat pada hari ini, Jumaat, 2 November 2018 bermula jam 4 petang tadi. Belanjawan 2019 kali ini bertemakan Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera.

Ia mencatat sejarah apabila menjadi bajet persekutuan pertama dibentangkan di Parlimen oleh sebuah kerajaan baharu sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Guan Eng baru-baru ini berkata, bajet 2019 akan menjadi bajet yang sukar kerana kerajaan perlu mengurangkan hutang negara berjumlah RM1 trilion untuk membawa ekonomi kembali ke landasan yang betul secara fiskal dalam masa tiga tahun.



Khamis, 1 November 2018

13 Zaman Ketuanan Melayu berakhir sebelum bermula

Baru-baru ini timbul semula satu isu yang sensitif di kalangan orang Melayu iaitu berkaitan "Ketuanan Melayu" apabila Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan zaman ketuanan Melayu telah berakhir dan Malaysia sedang bergerak ke arah fasa baharu yang memperjuangkan kesaksamaan.

Syed Saddiq yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu berkata, perkara tersebut turut menjadi agenda yang akan diperjuangkan parti itu.



Selasa, 30 Oktober 2018

9 Kehidupan kita bukan tanda aras kepada orang lain

“Be nice to nerds. Chances are you may end up working for them.” dipetik dari Charles Sykes, penulis buku “50 Rules Kids Won’t Learn in School”.

Tular di media sosial satu luahan hati dari seorang bekas mangsa buli dan ejekan ketika di zaman sekolah yang kini sudah pun menjadi pelatih doktor merasa puas apabila melihat orang yang pernah membulinya kini bekerja sebagai pengawal keselamatan menjaga tempat letak kereta di hospital tempat dia menjalani internship.

Status ini turut disokong oleh orang lain dengan mengatakan budak-budak yang dipanggil nerd dulu, sekarang ini lah yang menjadi harapan apabila besar nanti. Yang glamour, famous, nakal ni takkan jadi apa-apa atau sekadar biasa-biasa sahaja.

Persoalannya... benarkah?



Ahad, 28 Oktober 2018

7 Soalan wartawan yang membuatkan Najib hilang sabar

Belum reda isu pelbagai pertuduhan dikenakan terhadapnya, terbaru, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan gagal mengawal perasaan ketika ditemubual organisasi media antarabangsa.

Menurut Al Jazeera, Najib beberapa kali gagal mengekalkan ketenangannya apabila menjawab soalan pengacara, Mary Ann Jolley dalam program 101 East, hari ini.

Al Jazeera berkata, antara soalan yang ditanya kepada Ahli Parlimen Pekan itu adalah perkara berkait dengan dirinya termasuk ‘berlian merah jambu’ dan ‘derma RM2.6 bilion’.

Apakah soalan yang diajukan oleh wartawan Mary Ann Jolley dari rangkaian media Al Jazeera kepada bekas Perdana Menteri Malaysia itu sehingga membuatkan beliau mula hilang sabar dan kemudiannya angkat kaki dari sesi wawancara tersebut?


Rabu, 24 Oktober 2018

9 Bongkar teknik scam Phishing hack secara langsung

Anda ada email? Facebook? Instagram? Maybank2u? CIMBClicks? Dan pelbagai lagi akaun media sosial dan akaun di Internet?

Adakah anda rasa username dan katalaluan yang gunakan selama ini selamat? Biasa dengarkan ramai orang yang akaun Internetnya digodam atau kena hack?

Selain dari katalaluan yang lemah yang senang diteka, tahu macam mana hackers atau scammers dari kalangan orang biasa boleh dapatkan password anda tanpa mereka perlu berusaha pun untuk hack komputer atau akaun online anda?

Mudah sahaja, mereka cuma gunakan teknik PHISHING.



Sabtu, 20 Oktober 2018

5 Buasir Otak: The Komik - Enigma

Anda adalah Bo, seorang pemuda yang tidak pernah bercinta dan sering gagal dalam percintaan, namun tak disangka-sangka seorang rakan perempuan anda meluahkan perasaannya pada anda.

Apakah yang anda akan lakukan?
Terima atau tolak cintanya?

Mulakan pengembaraan anda sebagai Bo dalam misi untuk mencari cinta hati. Buat pilihan dengan baik kerana setiap pilihan yang anda buat akan menentukan jalan cerita dan penamat yang berbeza.



Selasa, 16 Oktober 2018

10 Pilih orang kau suka atau orang yang suka kau?

Dalam dunia ini akan hadir banyak pilihan dalam hidup kita. Dan apa yang kita pilih hari ini, pasti akan memberi kesan pada diri kita masa akan datang.

Maka kalau kau diberi pilihan, untuk memilih orang yang kau suka, atau orang yang sukakan kau, siapa yang akan kau pilih?



Ahad, 14 Oktober 2018

5 Bongkar teknik penipuan online scheduled payment

Kita biasa dengar kes peniaga online menipu pembeli di mana selepas pembeli membuat pembayaran duit ke dalam akaun penjual, penjual pun terus hilangkan diri dan tukar nombor telefon. Tapi macam mana kalau peniaga adalah jujur tapi pelanggan pula adalam scammer?

Pelanggan bagi je bukti resit pembayaran melalui email atau Whatsapp kepada penjual, kita pun dengan yakin dan selambanya terus pos barang. Sekali bila check balik akaun, duit tak masuk. Dulu orang edit resit tu pakai Photoshop, tapi cara tu ambil masa, perlukan kemahiran dan senang nak trace penipuan resit tu.



Khamis, 11 Oktober 2018

4 Bagaimana cara untuk menangani orang yang rumit?

Di sekeliling kita pasti akan ada orang yang rumit atau sukar untuk diurus atau ditangani, atau biasanya digelar difficult person. Orang yang rumit ini biasanya sering mempunyai masalah bila bergaul, berkomunikasi, berinteraksi dan berkerja dengan orang lain. Bak kata kalau mereka ada je, suasana akan jadi tak best. Mereka suka cakap besar, bodoh sombong, selalu nak menang, tak nak dengar pandangan orang lain, kuat menyindir, ambil mudah, sering menjatuhkan semangat orang lain dan lain-lain sikap negatif yang jelek dan menyakitkan hati orang lain.



Selasa, 9 Oktober 2018

6 Apabila negara sendiri tidak lagi dicintai

Masa 31hb Ogos 2018 tempoh hari, aku dan kawan aku pergi menyaksikan sambutan dan perbarisan Hari Kemerdekaan ke-61 di Putrajaya. Kebiasaannya sambutan Hari Kemerdekaan peringkat kebangsaan ini disambut di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, tapi tahun ini kerajaan baru membawa semula acara perbarisan dan perarakan Merdeka ini di Putrajaya selepas 13 tahun. Kali terakhir ia diadakan di Putrajaya adalah pada tahun 2005. Maka pada hari tersebut, Putrajaya dipenuhi dengan lautan manusia dan kenderaan yang menghadiri sambutan tersebut.



Ahad, 7 Oktober 2018

7 Ada masa diam di media sosial itu lebih baik

Sebagai netizen dan keyboard warrior yang bebas bersuara, tak salah untuk kita menyuarakan pandangan dan pendapat kita terhadap sesuatu isu. Namun ada masanya, adalah lebih baik jika kita menahan diri dari mengulas atau memberi komen pada sesuatu isu secara terbuka di media sosial.

Kalau rasa nak luahkan sangat, nak sembang, nak bincang, nak komen, nak bagi pendapat, nak kutuk, nak kecam, carilah kawan-kawan ajak lepak kedai mamak lepas tu bincang la sesama korang atau sembang je la dalam Whatsapp group kawan-kawan korang.

Terutama sekali apabila suatu isu itu melibatkan kemalangan atau musibah sehingga mengakibatkan kehilangan jiwa kerana hal ini melibatkan hati dan perasaan manusia terutama ahli keluarga dan orang terdekat.



Sabtu, 6 Oktober 2018

6 Video perkahwinan tular yang luar dari kebiasaan

Tular sudah video perkahwinan pasangan mempelai Hadi dan Farah yang dilihat sebagai terlalu amatur dan tidak profesional kerana mengandungi elemen-elemen luar kebiasaan video perkahwinan seperti ikon Whatsapp dan Twitter, animasi yang pelik-pelik seperti roket terbang, 3D word art kat sana sini, kartun Mickey Mouse, motor atas bumbung, diiringi lagu Metallica dan lain-lain lagu putus cinta dan sedih yang sangat tidak sesuai dan menjengkelkan.



Khamis, 4 Oktober 2018

6 Punca utama pekerja berhenti dan cari kerja lain

Pekerja masuk dan berhenti adalah perkara biasa dalam industri pekerjaan. Dalam pekerjaan tiada seorang pun yang akan kekal. Walaupun seseorang itu setia bekerja dengan syarikat atau majikan yang sama dalam tempoh yang lama, hakikatnya suatu masa nanti pasti akan meninggalkan pekerjaan tersebut apabila sudah tiba umur persaraan atau meninggalkan dunia ini.

Namun apakah punca dan faktor utama seseorang pekerja itu mengambil keputusan untuk berhenti bekerja dan mencari kerja lain?



Isnin, 1 Oktober 2018

7 Review Filem: Paskal The Movie

Minggu lepas aku tengok filem Paskal The Movie, satu lagi filem Astro Shaw berprofail tinggi yang boleh dikatakan dinanti-nanti ramai.

Sinopsis filem ini mengisahkan tentang Leftenan Komander Arman Rahmat, seorang anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) iaitu pasukan elit Tentera Laut Diraja Malaysia. Namun ibunya tidak merestui pekerjaannya kerana ayahnya juga seorang ahli PASKAL yang telah terkorban semasa menjalankan tugas.

Apabila rakan sepasukannya terkorban dan seorang lagi diberhentikan, Arman membuat keputusan untuk berhenti. Namun, dia terhimpit dengan misi terakhir yang perlu diselesaikan. Antara misi yang diinspirasikan dari kisah sebenar adalah misi merampas kembali kapal dagang MV Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden.



Jumaat, 28 September 2018

9 Tiada istilah kawan baik antara lelaki dan perempuan

Orang lelaki boleh berkawan dengan orang perempuan.
Orang perempuan juga boleh berkawan dengan orang lelaki.
Namun persahabatan lelaki dan perempuan hanya boleh kekal sebagai kawan biasa sahaja, jika mereka tiada sebarang hubungan percintaan.
Hanya orang lelaki dan perempuan yang bercinta sahaja boleh menjadi kawan baik.
Selain dari itu, lelaki atau perempuan hanya boleh mempunyai kawan baik dari kaum yang sejantina dengan mereka sahaja.



Isnin, 24 September 2018

9 Jenis pekerjaan yang harus difahami orang Islam

Dalam dunia ini ada macam-macam pekerjaan yang kita boleh lakukan, dari pekerjaan yang mudah sehingga yang paling susah, dari pekerjaan yang dilakukan di atas kerusi pejabat sahaja sehingga pekerjaan yang dilakukan dengan kenderaan, dari pekerjaan yang menggunakan otak dan akal fikiran sehingga yang menggunakan tenaga dan kudrat yang banyak.

Namun bagi seseorang yang beragama Islam, ada 3 jenis pekerjaan yang kita harus tahu dan faham.



Rabu, 19 September 2018

4 Review Filem: One Two Jaga

Baru-baru ini aku baru berkesempatan menonton filem One Two Jaga di wayang, sebuah filem tempatan arahan Nam Ron. Sinopsis filem ini berkisarkan tentang kisah di sebalik tabir pasukan badan beruniform Polis Diraja Malaysia, yang mana ia memaparkan sisi gelap segelintir anggota yang sanggup mengkhianati amanah dengan mengambil rasuah dan terjebak dalam kegiatan jenayah.

Aku bila menonton sebuah filem tempatan, perkara utama yang aku akan nilai dulu adalah plot dan jalan cerita. Pelakon, lakon layar, sinematografi, suntingan, kesan khas dan elemen-elemen lain kalau bagus tu bonus lah.

Dan untuk filem ini, aku bagi markah 5/5. Ya, markah penuh. Sebab apa? Sebab ceritanya memang sangat best. Bukan mudah aku nak berpuas hati dengan sebuah cerita melayu, tapi untuk filem ini aku sangat-sangat berpuas hati.

Kenapa? Ini ulasan aku.



Selasa, 18 September 2018

7 Manusia nampak lebih bijak ketika tiada kuasa

Dua hari yang lepas kita menyambut Hari Malaysia yang pertama di bawah kerajaan baru. Walaupun banyak suara-suara tak puas hati dengan kerajaan baru lebih-lebih lagi dengan beberapa pendekatan yang diambil serta kegagalan kerajaan untuk menunaikan kebanyakan manifesto 100 harinya, namun perubahan ini tetap perlu dan sedikit sebanyak telah mengubah lanskap dan budaya politik Malaysia.

Satu perubahan positif yang aku perasan selepas ahli politik kerajaan lama menjadi pembangkang adalah ada di antaranya yang dulu nampak kurang bijak, malas dan tak proaktif, kini nampak lebih bijak, rajin dan agresif.



Khamis, 13 September 2018

5 Elak cari pasangan toksik, psiko dan penting diri

Lumrah dalam hidup ini kita tak kira lelaki atau perempuan, mahu bercinta dan cari pasangan hidup. Walaupun mencari pasangan itu bukanlah mudah, lebih-lebih nak dapat pasangan yang benar-benar boleh memahami dan menerima diri kita, namun amat penting untuk kita elakkan dari memperoleh pasangan yang toksik dan pentingkan diri.



Rabu, 12 September 2018

5 Buasir Otak: The Muzik - Permata Hati

Dalam melayari sebuah perhubungan cinta dan rumahtangga, pada peringkat awal biasanya mesti semuanya indah belaka, bak kata orang kentut pun bau wangi. Namun semakin lama melayari bahtera cinta, semakin banyak juga ujian dan dugaan yang mendatang, semakin banyak rahsia, kelemahan dan sisi hitam pasangan yang diketahui, membuatkan hubungan itu menjadi renggang, tawar dan tidak lagi seindah dahulu, sehingga akhirnya boleh membawa kepada kebosanan, keretakan, kecurangan dan perpisahan.

Situasi ini memang biasa berlaku dalam suatu hubungan percintaan dan juga asam garam dalam kehidupan. Sebab itu bila dah terlalu lama dalam hubungan, perkara paling penting untuk mengekalkan hubungan adalah kekal hormat dan menjaga hati pasangan, penerimaan terhadap kelemahan pasangan dan juga sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri agar menjadi lebih baik, serta paling penting, sentiasalah ingat mengapa kita mencintainya pada asalnya dahulu.

Lalu dengarkan coretan aku dalam lagu Permata Hati ini.



Isnin, 10 September 2018

3 Kesalahan orang Melayu yang perlu diperbetulkan

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapan sempena ulangtahun kedua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menggariskan kesalahan yang perlu diakui dan diperbetulkan oleh orang Melayu.

Dr Mahathir berpendapat, setiap orang Melayu perlu berani mengaku kesalahan untuk melangkah ke hadapan dan memperbetul kesilapan supaya mendapat nikmat oleh Allah SWT.



Selasa, 4 September 2018

6 Bangsa merdeka jangan hidup dalam kejahilan

31 Ogos 2018 yang lepas kita telah menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-61, dan yang pertama kali di bawah kerajaan yang baru. Sempena ulangtahun Hari Kebangsaan Malaysia ini juga, ramai orang mengambil kesempatan ini untuk membuat cabaran merdeka, membuat kuiz dan  menemuramah orang awam serta selebriti sejauh mana pengetahuan mereka tentang Malaysia khususnya.


Hasilnya agak mengejutkan. Masih ramai lagi warganegara Malaysia yang kurang pengetahuan asas tentang Malaysia dari sudut pengetahuan am, sejarah, geografi dan sebagainya, walaupun mereka lahir, membesar, mendapat pendidikan, bekerja dan tinggal di Malaysia.


Isnin, 3 September 2018

5 Perbandingan harga barang sebelum dan selepas SST

Selain daripada menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2018 yang lepas, hari keesokannya iaitu 1 September 2018 menandakan tempoh cuti cukai selama 3 bulan telah pun tamat, di mana hari tersebut Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) telah mula dilaksanakan semula setelah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan.

Sistem cukai SST ini bukanlah benda yang baru. Negara kita sudah pun pakai sejak sekian lama, sehinggalah ia digantikan dengan GST pada 1 April 2015, dan kini diguna pakai semula bermula 1 September 2018. Maka tak perlulah rasa kalut semacam benda ini suatu yang baru, kena bersedia bagai. Macam kau dah laluinya sejak berpuluh-puluh tahun yang dulu, macam tu lah kau akan laluinya semula. Mungkin ada lah sedikit perbezaan dan pembaharuan, tapi asasnya tetap sama.



Khamis, 30 Ogos 2018

3 Bukan mudah melahirkan atlet wanita yang handal

Nama Fatin Syahirah tiba-tiba menjadi bualan para netizen. Siapa Fatin Syahirah? Beliau bukan gadis yang terkenal kerana TikTok, tetapi beliau adalah wakil negara untuk sukan papan selaju atau skateboard kategori wanita dalam Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang, Indonesia. Beliau menjadi viral kerana persembahannya yang agak hambar dalam pusingan akhir acara "Women Street" yang menyebabkan beliau mendapat tempat terakhir dalam kalangan 8 peserta.



Isnin, 27 Ogos 2018

2 Hargai pengorbanan pejuang, syukuri nikmat merdeka

Dia terdiam. Di riak wajahnya ada tanda tanda muram dan sedih yang teramat dalam apabila melihat wajah anaknya yang sugul.

“Janganlah pergi Abah. Siapa nak jaga Mira dengan Ummi?”, ujarku yang ketika itu baru berusia 8 tahun."

“Mira janganlah sedih. Mira kan dah besar. Mira kena kuat, kena jaga Ummi dan adik-adik. Abah pergi tak lama. Abah janji habis je tugasan, abah bawa kita semua pergi Zoo Negara.”, pujuk abahku.

Kata-kata abahku itu masih terngiang-ngiang lagi di telingaku sehingga kini. Satu janji terakhir yang tak mampu dia kotakan.


Isnin, 20 Ogos 2018

6 Punca rakyat tidak gembira dengan kerajaan PH

Menjelang 100 hari pentadbiran kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan tempoh hari, banyak page di Facebook yang membuat undian untuk mengukur tahap kepuasan dan kegembiraan rakyat di alam maya atau netizen terhadap 100 hari pemerintahan kerajaan Malaysia hari ini. Hasil undian ini, rata-rata majoriti netizen tidaklah begitu gembira dan tidak berpuas hati dengan pemerintahan kerajaan hari ini selepas 100 hari.



Sabtu, 18 Ogos 2018

1 Kerajaan Pakatan Harapan selepas 100 hari

Maka semalam genaplah 100 hari pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan sejak 9 Mei 2018. Seperti yang umum tahu, semasa PRU14 PH ada mengeluarkan manifesto 10 Janji 100 Hari dalam Buku Harapan.  Selama 100 hari ini banyak yang telah kita lalui, dari hal-hal yang menggembirakan, hinggalah isu-isu yang mengecewakan.

Antara yang menggembirakan sudah pasti apabila kes dan skandal yang berkaitan bekas PM terdahulu Dato' Seri Najib Razak dibongkar satu persatu seperti kes 1MDB, rampasan duit dan barangan bernilai jutaan ringgit, penamatan dan peletakan jawatan pengurusan tertinggi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan, penangkapan Dato Jamal, penyitaan kapal mewah Equanimity yang terkait dengan Jho Low dan sebagainya.