Memaparkan catatan dengan label Emosi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Emosi. Papar semua catatan

Khamis, 7 November 2024

0 Lelaki hanya manusia bukan robot

1. Kadang aku tak gemar bila orang tentukan apa yang kaum berlawanan jantina perlu jadi. Seperti contoh ada orang perempuan post orang lelaki kena jadi itu ini, kena kerja macam orang gila, hari minggu kena keluar rumah juga kerja dan sebagainya.

2. Dia sama je sebenarnya bila ada lelaki yang tulis post tentukan orang perempuan kena itu ini begitu begini, apa perempuan kena jadi, apa perempuan kena buat, walaupun bercakap benda yang betul, mesti ramai orang perempuan tak puas hati dan akan defensif.


Sabtu, 24 September 2022

0 Jadi ibu bapa bukan lesen buat suka hati pada anak

1. Anak remaja perempuan minat K-Pop, bapak bakar barang-barang hobi anak, mak pula rakam upload kat TikTok buat konten.

2. Aku tak pernah suka cara mendidik anak-anak muda dengan cara ekstrim macam ni. Janganlah kata "dulu lagi teruk dulu lagi teruk, kita relaks je". Tak, dulu kita nampak relaks sebab takde media sosial.


Selasa, 14 Jun 2022

2 Masuk dan kekal dalam Comfort Zone

1. Seringkali kita dengar dari para influencer, orang-orang berstatus tinggi, sifu-sifu bisnes, motivasi dan yang sewaktu dengannya yang acah-acah suruh kita keluar dari comfort zone. Disuruh kita bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

2. Orang yang selalu dikatakan hidup dalam comfort zone adalah orang yang kerja makan gaji dengan majikan. Mereka dianggap sudah terlalu selesa hingga hilang daya saing dan daya kreatif. Mereka ini diajak keluar dari zon selesa, perlu berubah dengan berniaga atau bekerja sendiri. 


Jumaat, 3 Januari 2020

0 Buasir Otak TV: Bila perempuan terlebih perasan

Bila perempuan terlebih perasan ingat semua lelaki nak mengurat dia. Jom tonton video animasi ini.



Ahad, 28 Oktober 2018

7 Soalan wartawan yang membuatkan Najib hilang sabar

Belum reda isu pelbagai pertuduhan dikenakan terhadapnya, terbaru, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan gagal mengawal perasaan ketika ditemubual organisasi media antarabangsa.

Menurut Al Jazeera, Najib beberapa kali gagal mengekalkan ketenangannya apabila menjawab soalan pengacara, Mary Ann Jolley dalam program 101 East, hari ini.

Al Jazeera berkata, antara soalan yang ditanya kepada Ahli Parlimen Pekan itu adalah perkara berkait dengan dirinya termasuk ‘berlian merah jambu’ dan ‘derma RM2.6 bilion’.

Apakah soalan yang diajukan oleh wartawan Mary Ann Jolley dari rangkaian media Al Jazeera kepada bekas Perdana Menteri Malaysia itu sehingga membuatkan beliau mula hilang sabar dan kemudiannya angkat kaki dari sesi wawancara tersebut?


Rabu, 10 Januari 2018

9 Berhenti bila sudah tidak mampu dan tiada peluang

Ini adalah artikel luahan perasan demotivational shit.

Sebagai seorang manusia, tiada siapa yang terlepas dari perasaan sedih dan kecewa. Ada orang walaupun di luaran nampak begitu gembira dan bahagia, namun jauh di sudut hatinya amat berbeza. Begitu juga dengan aku. 

Banyak benda yang aku rasa sedih dan kecewa, hanya kerana aku tidak berjaya menggapai suatu kejayaan, gagal untuk memperoleh suatu pencapaian besar, gagal melakukan suatu yang aku minat hanya kerana aku tidak mampu, tidak mampu atas kelemahan diri sendiri serta kekangan lain yang menghalang.



Sabtu, 6 Februari 2016

14 Apa yang Wanita Mahu?


Ini persoalan yang sentiasa diutarakan oleh wanita.
Dan lelaki sentiasa tertanya-tanya, APA YANG WANITA MAHU?

Seolah-olah kucing dan laser pointer.
Keliru. Pening.
Tapi peliknya, masih berharap.


Sebenarnya, wanita mahu apa yang kontra dari seorang lelaki.


Khamis, 11 Jun 2015

13 Melayu bergaduh berebut tapak bazar Ramadan

1 Ramadan yang menandakan bermula ibadah puasa bagi umat Islam dijangka tiba tujuh hari lagi, namun gara-gara Bazar Ramadan, sekumpulan penjaja dan peniaga kecil di bandar ini sudah berkelahi sesama sendiri.

Kejadian tercetus di perkarangan pejabat Majlis Perbandaran Seremban (MPS), hari ini.

Puncanya adalah perebutan lot tapak bazar untuk berniaga sepanjang Ramadan nanti.


Isnin, 1 Disember 2014

19 Perasaan ayah yang mempunyai anak perempuan

Apa Yang Seorang Ayah Berharap Dan Sedih dengan Anaknya?

Aku seorang ayah, aku juga adalah anak kepada ayah aku, anak kepada emak aku, adik kepada abang dan kakak aku, abang kepada adik aku, abang ipar kepada adik-adik ipar aku yang duduk serumah dengan aku dan juga suami kepada isteri aku. Tapi apa yang aku nak cerita, ialah perasaan seorang ayah kepada anak perempuan aku. Aku kongsi cerita sebab aku masih belum dianugerahkan rezeki anak lelaki lagi.


Selasa, 5 Ogos 2014

119 Boikot produk Yahudi dengan cara paling terpuji

Seorang lelaki yang tidak dikenali mengambil langkah cukup bergaya dengan memboikot produk berkaitan Israel apabila muncul di restoran McDonlads bersama dengan nasi kerabu bungkus dan teh o ais. Tindakan beliau mendapat pujian ramai pengguna media sosial. Namun, lokasi dan identiti lelaki tersebut tidak pula dinyatakan dalam gambar ini. Tidak perlu popular dahulu untuk buat sesuatu yang cukup luar biasa, salute brader.