Memaparkan catatan dengan label Boikot. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Boikot. Papar semua catatan

Selasa, 30 April 2024

1 Kisah bekas pekerja KFC dan boikot

1. Ada seorang sepupu aku, ada diploma. Habis belajar, dia cari kerja dalam bidang dia, tak dapat-dapat. Sebab nak juga kerja demi membina kehidupan dewasa, dia kerja di KFC. Aku tak pasti dia start dari bawah atau masuk management trainee.

2. Tau-tau dah bertahun juga dia kerja kat KFC sebab boleh sustain. Gaji bayar elok, ada caruman KWSP, ada promotion. Dia pun dah selalu berpindah-randah cawangan KFC kat area Lembah Klang sebab dapat promotion. Lepas beberapa tahun, dapat la dia beli kereta, sewa rumah, kahwin dan ada anak.


Selasa, 31 Oktober 2023

1 Boikot jangan sampai pandang hina orang sendiri

1. Nak boikot produk barat, aku lebih prefer boikot produk yang kita bayar direct pada ibu pejabat syarikat di luar negara tu melalui subscription, terutama produk hiburan dan IT macam Netflix, Disney, HBO, Spotify, Google, Microsoft, Dropbox, Apple, FB, Amazon dan sebagainya.

2. Boikot produk francais yang ada di Malaysia sebenarnya lebih melumpuhkan ekonomi negara kita dan memberi kesan pada rakyat kita sendiri. 


Ahad, 12 Julai 2015

26 Punca sebenar Melayu serang kedai Cina di Low Yat

Pengunjung di Plaza Low Yat kecoh selepas berlaku pergaduhan antara sekumpulan lelaki dengan pekerja salah sebuah premis di kompleks berkenaan. Selain merakam gambar, mereka yang menyaksikan aksi bergasak turut memuat naik beberapa visual yang kemudian dikongsi di laman sosial. Banyak versi cerita yang disebarkan di media sosial, namun kisah dia yang sebenarnya macam ni.



Sabtu, 16 Ogos 2014

62 Kritikan kepada kritikan untuk Kiosk Ramly Burger

Malam semalam den bersamo 2 rakan yg lain pergi makan Ramly Burger di kiosknya. Niat nak makan Ramly Burger di outletnya sendiri dah lamo. Sejak korang sebarkan bhw Ramly Burger juga mempunyai outlet mcm mekdi. Buek plan seminggu baru la boleh poie sesamo. Peh sibuk mcm Perdano Montori masing-masing. Ha Ha Ha. Walaupun makanan ruji kami ialah nasi tapi sesekali nak jugak makan burger beb. Lepas solat Isyak teruslah kami ke kiosk Ramly Burger yg dituju. Sampai je trus den snap amik beberapo gmbr pakai kamera handset. Boleh lihat gmbr kek atas. Sapo dapek teka dimanokah letaknya kiosk ini, den akan belanjo korang jenjalan sekitar KL dgn menaiki keto Ferari 4 pintu milik den. Amacam? Ngeee..



Khamis, 14 Ogos 2014

64 Guru pulau dan boikot anak murid yang suka Israel

Anda seorang cikgu sekolah? Ada add akaun FB anak murid anda jadi friend Facebook anda? Keluar kat newsfeed anda anak murid anda Like page "I Love Israel"? Apakah tindakan yang betul dan wajar yang perlu anda buat sebagai seorang cikgu kepadanya? Ya, mari kita boikot, pulau, ancam dan malukan dia beramai2. Jangan tegur dan bercakap dengan budak ini. Malu je kan ada anak murid macam ini?



Jumaat, 8 Ogos 2014

34 Kempen boikot bukan untuk orang yang tiada otak

Sebelum ni cuma baca2 je cerita2 kebodohan2 meleis yang buat khianat kat McD macam ludah pekerja, baling objek keras, hina pekerja McD sebagai pekerja Yahudi dan lain2 di Facebook dan blog sahaja, tapi kali ini kita ada video, video yang memaparkan kedunguan meleis2 yang kurang akal yang membuatkan nama orang melayu dan Islam lain yang berakal dan benar2 nak boikot produk Yahudi jadi busuk.



19 Jangan mencemuh dan menghina pekerjaan orang lain

Pada suatu hari yang tak berapa nak cerah...

Fatin: Abang, kawan2 adik semua cakap adik ni pekerja yahudi sebab adik kerja kat McD.
Amran: Memang betul pun kawan2 adik cakap tu. Macam ni, adik kerja je kat tempat kerja abang. Abang supervisor kat situ.
Fatin: Ye ke bang. Bolehlah kalau macam tu. Abang kerja kat mana?
Amran: Abang kerja kat Tesco.
Fatin: ...



Rabu, 6 Ogos 2014

19 Tips untuk mengenalpasti produk berkaitan Israel

Ok sebelum ni aku dah tulis pasal perangai segelintir orang Malaysia yang nak boikot produk Yahudi tapi tak berapa nak guna otak sebaliknya lebih guna emosi. Kita kena faham, boikot tu bermaksud tidak membeli, dan kita menyeru kepada orang ramai agar turut tidak membeli jenama yang diboikot, dalam hal ini produk2 yang mempunyai kaitan dengan Israel. Tapi produk2 mereka terlalu banyak, macam McD, Starbuck tu ramailah orang tahu. So macam mana kita nak tahu dan kenalpasti yang produk itu ada kaitan dengan Israel?



Selasa, 5 Ogos 2014

119 Boikot produk Yahudi dengan cara paling terpuji

Seorang lelaki yang tidak dikenali mengambil langkah cukup bergaya dengan memboikot produk berkaitan Israel apabila muncul di restoran McDonlads bersama dengan nasi kerabu bungkus dan teh o ais. Tindakan beliau mendapat pujian ramai pengguna media sosial. Namun, lokasi dan identiti lelaki tersebut tidak pula dinyatakan dalam gambar ini. Tidak perlu popular dahulu untuk buat sesuatu yang cukup luar biasa, salute brader.



Sabtu, 24 Mei 2014

12 Coklat halal yang mengandungi DNA babi

Aku dulu suka makan coklat Cadbury Black Forest dan tak suka coklat yang ada kacang, tapi sekarang keberahian aku terhadap coklat dah hilang, so bila kecoh isu coklat Cadbury ada DNA babi aku tak risau sangat dalam badan aku ada babi sebab aku dah lama gila tak makan coklat.



Selasa, 4 Mac 2014

61 Tunjukkan protes selain bakar suar dan bom asap

Aksi persahabatan pasukan bola sepak Malaysia VS Filipina yang berakhir dengan terikat 0-0 tanpa jaringan baru2 ini dicemari dengan insiden sekumpulan penyokong pasukan Malaysia iaitu Ultras Malaya membakar suar dan membaling bom asap pada minit ke-30 sehingga memaksa pengadil memberhentikan perlawanan selama 10 minit. Mereka juga turut melaungkan chant "FAM Bangsat" dan menunjukkan simbol jari tengah sebagai tanda protes terhadap 30 tahun kepimpinan Presiden FAM.



Selasa, 18 Februari 2014

49 Bantah VS Boikot Astro: Mana lebih berkesan?

Bermula bulan November 2013 tahun lepas, bil Astro dinaikkan sebanyak RM6 sebulan untuk Sport Pack, dan RM2 sebulan untuk Family Pack. Selain daripada kenaikan bil, Astro sebagai satu2nya syarikat television satelit berbayar memang sudah terkenal dengan siaran selalu tergendala2 bila hujan lebat, masih ada iklan walau ia stesen TV berbayar serta terlalu banyak rancangan2 yang diulang. Disebabkan itu, sebuah NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat kempen Bantah Astro untuk membuat bantahan dan tuntutan terhadap Astro.