Iklan Leaderboard

Sabtu, 16 Ogos 2014

62 Kritikan kepada kritikan untuk Kiosk Ramly Burger

Malam semalam den bersamo 2 rakan yg lain pergi makan Ramly Burger di kiosknya. Niat nak makan Ramly Burger di outletnya sendiri dah lamo. Sejak korang sebarkan bhw Ramly Burger juga mempunyai outlet mcm mekdi. Buek plan seminggu baru la boleh poie sesamo. Peh sibuk mcm Perdano Montori masing-masing. Ha Ha Ha. Walaupun makanan ruji kami ialah nasi tapi sesekali nak jugak makan burger beb. Lepas solat Isyak teruslah kami ke kiosk Ramly Burger yg dituju. Sampai je trus den snap amik beberapo gmbr pakai kamera handset. Boleh lihat gmbr kek atas. Sapo dapek teka dimanokah letaknya kiosk ini, den akan belanjo korang jenjalan sekitar KL dgn menaiki keto Ferari 4 pintu milik den. Amacam? Ngeee..


* Nota: Kalau korang dah baca cerita ni kat tempat lain, sila skip dan scroll terus sampai bawah.

1] Perut dah lapar, apo lagi tggu, orderlah. Alamak kaunter dio bukak satu je. Kono beratur panjang. Jadi den ditugaskan amik order. Cis! Hampeh punyo member. Kalau tgk dlm gmbr kek atas mmg itu je kaunternya. Aduhai. Dalam reramai beratur tu ado 2 org cino beratur sekali. Den ingat ni musti cino yg boikot mekdi. Kalau betul den puji sesangat. Walaupun beratur panjang tapi copek. Den masuk line queue beratur kemudian sampai ke kaunter kurang drpd 5 minit. Wow, respek!

2] Den pun amik order.

"Bang, mintak 3 set Oblong Kambing"

"Yang set punya pakai air tin Pepsi, nak tukar ke encik?"

"Tukarlah, malas la minum air gas. Kalau tukar harga sama ke?"

"Tambah 50 sen cik. Ini airnya" Sambil tunjuk ke kiri den.

Alamak air cap Nestle. Ini barang wajib diboikot. Hadusss.

"Bagi je ler air mangga tuu"

"Ok encik amik ni"

Sambil beri kad kecil tulis nombor 3.

"Ape ni?"

"Angka giliran. Nanti kami panggil encik bila dah siap nanti"

"Erk..."

3] Patut la copek beratur. Pakai sistem angka giliran rupo ey. Member ajak duk luar sbb nak isap rokok. Den cakap kalau duk luar mcm mano nak dgr budak kaunter panggil nombor kito. Okay stay dalam. Aircond mmg sejuk bai. Mmg caya. Hargo satu set Oblong Kambing rm9.50. Tukar air jadi rm10. Murah jugaklah. Dlm set tu ado air, kentang goreng dan oblong kambing.

4] Hati member dah start paneh. Member merungut. Dah 10 minit tggu, tapi order tak sampai-sampai. Den bg sabar. Sabarlah, order diorg tongah byk la tuh. Kito kono sangko baik la kan. Ngeee...

5] Kali ni hati den pulak yg paneh. Dah 20 minit, budak kek kaunter tak jugak panggil-panggil nombor giliran yg den tongah pegang nih. Budak tuh asyik sebut nombor giliran org lain je. Fuhhh, sabar-sabar.

6] Minit ke-25 barulah nombor giliran kami dipanggil. Aduh fail siot. Ini bukan fastfood bro. Kalau order oblong daging unta maun 4 hari 4 malam baru siap kot. Yolah kono tggu daging unta drpd Saudi beb. Den pun amik set yg di order.

"Bang, mana sos?"

"Tepi ni je bang"

Sambil tunjuk bahagian kanan den.

Kalau kek mekdi, kito main picit je tombol tu baru keluar sos. Tapi kiosk ni main botol bosa. Muncung tu ado 2 laras lubang. Bilo picit botol dio kluar sekali byk. Ok laa sobab copek penuhi mangkuk sos plastik yg kiut tuh.

7] Hak ala, besar ni je oblong Ramly. Member den komplen. Mmg kurus dan slim oblongnya. Dlm kepalo otak den, oblong ni mesti samo saiz mcm Prosperity Burger mekdi. Meleset sekali andaian den. Kami tertipu dgn gmbr iklan yg dipaparkan oleh Kiosk Burger Ramly. Ceh. Tgk gmbr kek atas. Den letakkan oblong kambing kek sebolah henfon den jenis Samsung model Champs. Kocik kan? Air manggo cap Nestle pulak, cawannya kecik je. Tak samo saiz dgn cawan saiz regular mekdi. Lepas tu raso kentang goreng lak. Adus tak sodap langsung raso ey. Pedulik lah. Perut dah lapar. Den terus makan oblong kambing. Hak ala ado sehelai sayur je. Raso oblong kambing tu boleh tahan la. Member den yg sorang trus hilang selera makan. Menyesal aku datang. Baik kite makan kedai tomyam. Duit rm10 boleh beli mcm-mcm, lagi puas hati. Rungutnya. Oblong kambing yg dio punyo, dio bagi kek den. Haa mcm tu lah member. Ngeee...

8] Prestasi kiosk Ramly Burger ni kira serderhana shj. Kiosknya sempit sbb dio jual sekali makanan frozen food keluaran Ramly. Takdo wifi. Takdo tv. Mmg kiosk ni bukan tmpt lepak yg sesuai utk anak mudo. Time operasinya bermulo 10 pagi sampai 10 malam. Org cari mekdi jugak kalau lapar tongah-tongah malam. Tapi tandas kiosk ni mmg tip-top. Bersih siap shining sekali. Den bagi A plus plus. Terbaiklah!

9] Hargo mmg murah tapi kalau makan tak puas hati tak sodap pun tak guno jugak. Sudah la order yg dipesan lambat siap. Sbg bekas pokojo restoran fastfood, polisi tmpt den kojo dulu bilo customer masuk beratur, customer tu sampai ke kaunter haruslah bwh 7 minit. Lps tu amik order kurang 1minit. Akhir sekali, setelkan order customer tu kurang 2 minit. Kalau ordernya byk dan amik maso nak siapkan ordernya, mako customer itu akan dibawa ke topi. Layan customer yg kek belakang pulak. Mano ado restoran fastfood pakai sistem nombor giliran bai. Ingat ini klinik kjaan ke?

10] Sesuatu perlu dilakukan kalau Kiosk Ramly Burger mahu bersaing dgn restoran fastfood antarabangso. Setakat yg den hadap smlm, mmg tak ke mano Kiosk Ramly Burger nih. Setakat gitu-gitulah.

11] Antara cadangan-cadangan den utk memperkasakan Kiosk Ramly Burger ialah :

- Asingkan premis jualan frozen food dgn Kiosk Ramly Burger.

- Kiosk haruslah dilokasi yg strategik. Tmpt tumpuan org ramai. Kalau boleh buek premis Kiosk Ramly burger kek sebolah premis mekdi. Mcm KK Mart lawan 7E. Premis diorg sebolah menyobolah je bro. Barulah Kiosk Ramly Burger benar-benar jadi alternatif kpd mekdi.

- Sila beroperasi 24 jam. Bilo bukak 24 jam, boleh dapek customer 24 jam jugak. Untung bergando beb.

- Kentang goreng kasi sodap la bro.

- Kiosk Ramly Burger wajiblah berjiwa fastfod. Order yg dipesan mestilah disetel dgn copek. Jgn bagi nombor giliran kpd customer. Sistem nombor giliran amat dibonci oleh customer.

- Kono pandai cari publisiti. Den bagi satu contoh, sila taja jersi kelab atau negeri pasukan bolasepak yg bertanding dlm Liga Super Malaysia. Satu pasukan pun jadilah. Kalau boleh taja pasukan yg glemer mcm pasukan Selangor, JDT atau Kelantan.

- Kualiti daging mestilah tip-tip. Begitulah jugak dgn minyak yg mengorengnya. Karang tak pasal-pasal kono saman dgn Jamie Oliver. Baru padan dgn muko kau labuuuu. Ha Ha Ha.

- Meja dan kerusi kasi design yg berlainan dgn restoran-restoran fastfood yg ado dlm market. Biarlah unik drpd restoran fastfood yg lain. Cipta identiti sendiri. Cipta branding/jenamo yg tersendiri. Bilo ado jenamo sendiri, ia memudahkan customer utk mengenali kiosk anda.

- Utk air minuman, bagilah pilihan cup regular dan large. Sbb nafsu customer ni berbezo-bezo. Ado nak yg bosa dan ado nak yg kocik. Begitu jugak dgn set-set menu yg Kiosk anda sediokan, buatlah set burger/oblong regular dan large samo mcm cup air. Buek extra large pun boleh. Ngeee...

- Sediokan wifi dan tv kpd customer.

- Buek servis delivery mcm Pizza Hut. Hantar Burger Ramly yg dipesan ke rumah-rumah. Kito bagi kojo kpd mat-mat rempit yg sdg menganggur. Amacam?

- Bagi menarik ramai customer, beriklanlah di tv dan radio. Jgn sekali duo. Bueklah selalu. Biar brand jenamo Ramly melekat di minda rkyt Malaysia. Iklan di tv haruslah berkualiti. Jgn main tangkap muat je mcm iklan herba, kecantikan tradisional dan ubat jamu yg selalu muncul dlm tv3.

- Utk kiosk-kiosk Ramly Burger yg bakal dibuka kek seluruh negara buek la servis 'Drive thru'. Sonang org nak boli dan 'take away' bilo menaikki kenderaan. Kalau Pusat Zakat boleh buek 'Drive thru' bayar zakat fitrah utk org Islam, apsal Kiosk Burger Ramly tak boleh pulak? Ngee..

- Jgn bungkus burger oblong pakai selotip. Susah den nak bukak kertas balutan oblong tu time den makan smlm. Tak pro la balut oblong pakai selotip.

- Muko para pokojo Kiosk Ramly Burger haruslah manis dgn senyuman kpd customer.

- Buek surau beraircond di setiap kiosk anda. Memudahkan para customer dan pokojo anda menunaikan kewajiban solat fardhu dgn seleso. Sbg restoran fastfood muslim yg bakal mencipto namo dipersada antarabangso, berkat dan rahmat Allah SWT jgnlah kito lupokan.

- Jgn jual air jenamo Nestle. Nestle masih dlm senarai boikot rkyt Msia. Pakailah jenamo air sendiri. Barulah class brader!

- Tolong jgn bukak satu kaunter time peak hour. Kehadiran customer yg sgt ramai krn boikot mekdi haruslah ditangani dgn segera oleh owner Ramly Burger. Kiosk anda perlu bukak byk kaunter dan jgn segan tambah pekerja. Pecayolah anda takkan rugi.

- Yang lain-lain kenkawan boleh tambah sendiri. Ngeee...

12] Kalaulah Malaysia sign perjanjian TPPA (sesuatu yg amat dibenci oleh den dan rkyt Msia yg lain), Ramly Burger bolehlah amik kesempatan drpd perjanjian itu utk meluaskan sayap kiosknya ke negara-negara anggota TPPA yg lain.

Den harap apo yg den tulis ini tidak disalahanggap sbg satu tulisan kondem terhadap Kiosk Ramly Burger. Mungkin den tak tahu kiosk ini baru bermulo mako mmg byklah kesilapan yg mrk sdg dilakukan. Ruang penambahbaikkan itu ado. Mako tutuplah ruang itu supayo customer sentiaso berulang ke kiosk anda. Ramly Burger haruslah copek tutup kelemahan ini krn kebanjiran ratusan ribu customer mekdi sdg mengalih perhatian kpd kiosk anda krn isu boikot Israel. Kalau Kiosk Ramly Burger menyajikan servis yg tidak berkualiti, mako para customer mekdi akan meninggalkan kiosk anda dan kembali makan mekdi. Peluang sebegini jarang sekali muncul. Jadi baik anda jgn lepaskan peluang keemasan ini bro!


- Luahan hati dari FB Ali Abu.



1. Aku sebelum orang start2 boikot McD lagi aku dah lama makan kat Kiosk Ramly Burger. Dan sejujurnya, burgernya tak lah outstanding mana, sama seperti kalau kau beli kat stall2 burger tepi jalan, dan servisnya pun biasa2 sahaja.

2. Lepas timbul isu boikot McD, barulah ramai terhegeh2 pergi Kiosk Ramly Burger kononnya sebagai alternatif kepada Mekdi di samping tolong melayu. Dan2 je lah baru sekarang nak tolong melayu, kenapa dulu syok sangat makan Mekdi sampai takleh tolong melayu?

3. Dah tu komplen pulak macam2 seperti burger kecik la, tak sedap la, sayur layu la, servis lambat lah, suruh letak wifi dan tv la, buat delivery macam Pizza Hut la, macam2.


Sumber

4. Perlu diingat yang Kioks Ramly Burger bukan saingan kepada Mekdi dan lain2 restoran makanan segera kat Malaysia ni. Nama pun kiosk, bukannya restoran, so what to expect?

5. Kat kedai Kiosk Ramly Burger tu dia jual macam2 produk Ramly Burger beku seperti yang korang beli kat pasaraya tu, ditambah lagi dia ada beberapa tempat duduk dan orang yang akan buatkan burger atau lain2 makanan sama macam kalau kau beli sendiri produk yang sejuk beku tu dan masak sendiri kat rumah atau order kat stall burger tepi jalan, itu je. Ia bukan produk makanan baru yang istimewa yang hanya boleh didapati di kiosk tu sahaja.

6. Sila faham betul2, produk utama Ramly Burger adalah bahan mentah untuk membuat burger seperti daging, roti dan lain2, bukan produk akhir atau finish product seperti Big Mac.

7. Ramly burger adalah burger yang dibuat mengikut acuan dan rasa orang Melayu, so jangan harap rasanya akan sama seperti burger yang dibuat oleh rangkaian restoran makanan segera dari barat.

8. Dan Kiosk Ramly Burger bukanlah alternatif kepada McD, KFC dan lain2 rangkaian restoran makanan segera. Mekdi dan lain2 tu berada di kelas mereka yang sendiri dan Kiosk Ramly Burger hanya bertaraf kiosk, so membandingkan Kiosk Ramly Burger dengan Mekdi adalah tidak wajar sama sekali.

9. Malah tak payah lah nak mengharap sangat yang rasanya sesedap burger Mekdi dan servisnya tip top macam di Mekdi, lepas tu kecewa lebih2 pulak. Kau nak burger yang rasa macam Mekdi dan servis yang laju dan pantas macam Mekdi, kau pergilah ke Mekdi, tak payahlah nak mengharap benda yang sama kat Kiosk Ramly Burger.

10. Melainkan Kiosk Ramly Burger dah dinaiktaraf menjadi rangkaian Restoran Makanan Segera, baru la korang boleh nak bandingkan dengan Mekdi dan komplen macam2. Kalau banyak sangat mulurnya, tak payah datang Kiosk Ramly Burger tu dan pergi je lah makan Mekdi tu.

11. Agak2 la, Kiosk Ramly Burger tu pun bukannya besar sangat, tukang masak pun bukan ramai sangat, diorang tak target pun ramai sangat orang akan datang makan kat kedai mereka sebab sasaran utama kedai tu adalah orang datang untuk beli produk sejuk beku, kalau ada yang makan kat situ kira macam bonuslah.


12. Ini sebab bila orang boikot Mekdi, tiba2 ramai pulak orang serbu kedai diorang nak order beli makanan macam makan kat restoran fast food dengan mindset kat kepala hotak masing2 yang Kiosk Ramly Burger ni boleh dijadikan alternatif kepada Mekdi, lepas tu bila kena beratur panjang dan makanan lambat sampai, komplen macam2. Oblong kambing kecik lebih kurang hanset la, tak sama macam kat gambar la. Kat Mekdi tu burger GCB tu pun bukan besar mana pun, lepas tu bukan sama 100% dengan gambar hiasan pun, tak pernah pulak aku dengar ramai orang komplen?

13. Pernah pergi Domino's Pizza? Ya kedai pizza tu diorang fokus untuk delivery dan makanan bawak balik (take away). Kalau nak makan kat situ boleh, tapi dia cuma sediakan 3 4 meja je, lepas tu layan diri takde pelayan yang nak layan2 ko macam kat Pizza Hut, sos takde, pinggan sudu garpu takde, tempat basuh tangan takde, air pun beli air gas botol isi la sendiri kat cawan kertas kecik yang diorang bagi. Tak pernah lak aku dengar orang komplen macam2 pasal Domino's Pizza dan kata kenapa servis diorang tak macam Pizza Hut?

14. Sebelum nak komplen macam2 tu, fahamilah dulu jenis dan konsep suatu perniagaan tu. Ini tidak main komplen je dan mintak macam2. Karut gila. Apa kata korang bukak sendiri kiosk makanan korang lepas tu aku komplen kenapa tak setanding Mekdi ni?

15. Dan yang baru pergi Kiosk Burger Ramly sebab nak tolong melayu tu, kalau betul2 nak tolong melayu, anda tak perlu tunggu untuk boikot Mekdi baru nak pergi makan kat situ. Kalau rasa makan kat situ tak best, beli daging sejuk beku, beli sos cili dan black pepper, mayonis, cheese, telur, sayur segar, roti burger lepas tu bawak balik dan masak sendiri kat rumah.




tags: kritikan untuk kiosk ramly burger luahan pelanggan customer staff kakitangan tukang masak frozen sejuk beku stall tepi jalan komplen facebook fb ali abu

62 ulasan:

  1. maju la burger untuk negara dan perkenalkan sistem RAML1 untuk memajukan lagi perniagaan malays yg suka melampau2 haha2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pr00000000oootttT! Argh!! Leganya!

      Padam
    2. Ahlul PKR seumur hidup..18 Ogos 2014 11:07 PG

      salah kroni UMNO-BN..
      Sokong Dr Wan Azizah untuk memajukan Selangor...

      Padam
  2. anwar ibrahim bin khalid ibrahim16 Ogos 2014 12:58 PG

    Ramli dan burger berpisah tiada......

    BalasPadam
  3. kiosk kecik ngan restoran pn x reti nk beza, x penah gi kiosk ayamas la tue..jakun giler, demand over siot, geli aku bace..dh la bahase die tulis cam syial..

    "kojo", "kek", "copek", "bonci", "den" ???
    bahase ape tu cam syial.. ???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu bahasa nenek kau masa zaman film bobby, film p ramlee tgh hot dulu2.

      Padam
    2. Kau dok dalam hutan ke sampai bahasa nismilan pun tak pernah tau?

      Padam
    3. Dia BABOON, tu pasal xtau bahasa n9

      Padam
    4. Selagi ada bentuk manusia, selagi itulah apa kerja buatnya akan dikomplen oleh orang lain.

      Dah lama perhatikan komen2 BO ni, rata2 positif dan ada yang bersungguh2 komen dgn harapan penambahbaikan. Namun sedihnya, tak semestinya diterima pengomen lain. Kasarnya layanan Urban Malays sekarang. Rasanya dlm 5 tahun akan datang, akhlak maya sebegini akan diterjemahkan pula dalam budaya sebenar warrior Melayu dan Malaysia.

      Syabas noob n da geng, banyak idea2 bagus diketengahkan. Untuk pembaca dan pengomen, kurangkan komen2 yg keterlaluan mengikut hati kerperwiraan anda yg menyakitkan hati pihak lain.

      Padam
    5. anti kenegerian16 Ogos 2014 6:58 PG

      Kot iye pun n9, perlu ke tulis artikel panjang2 dlm bhsa n9? Artikel dia tu khas utk org n9 saja ke? Dia tujukan artikel dia tu kpd para pengusaha ramli burger, kan? Utk diorng baiki servis diorng, kan? Jadi, semua pengusaha ramli burger tu anak n9 lah, cmtu?

      Simpan2 sikit semangat knegerian tu dlm poket beb, gunakan bahasa melayu standard yg x melambangkan mana2 daerah atau negeri bila nk tulis artikel yg bersifat menegur mana2 pihak awam. Masa skolah dulu xde belajar bahasa melayu yg betul ke? Kalau korang tengok budak2 muda pakai bahasa rempit "shayer, skunk, itew, akew, aqew, dux2 (budak2), kitew.. ", tau pulak korang nak bantah, berontak dan maki, cakap diorng merosakkan bahasa melayu, tapi bila ada yg tulis ikut bahasa negeri yg lebih kurang sama saja salah ejaan semua, korang sibuk nak backing pulak? Butthurt lelebih pulak sekor2 ank n9 ni bila ada org lain kutuk bahasa kg dorang. Double standard laaa.....

      Tolong la, simpan2 sikit semangat kenegerian bodoh korang yg xde maknenyer tu yer, aku tujukan ni bukan setakat ke org n9 saja, komen ni juga ditujukan buat org lain yg suka tulis (bukan cakap, tapi tulis) panjang2 dlm dialek pantai timur, utara dan borneo, lepas tu bajet semua orang malaysia faham tulisan ikut dialek pekat negeri korang tu. Korang faham apa maksud jelek? Pe'el korang lah, jelek.....

      Padam
    6. Anon 658. Takde masalah pun isu2 slang ni. Rilek dah la. Kalau kau laki..mmg mcm bapok la complain2 benda remeh cmni. Kalau kau pmpn..mmg gedik la. Hal org ckp slang negeri masing2 pun nak komen tak puas hati panjang lebar. pe de hal.aku kedah, bini klntan, pernah tinggal ganu, kwn2 org nogori ke, sabah ke..semua ada. Aku phm je.

      Padam
    7. Ha'arh lewww, kiteww xdew poblemz pownnn nge bahacew diew, kiteww fhm jewwr, gewdiks arhhh huuuu, akew ramei jyew kwnz bapokz ganew nge kerdawh.....rawrrrr

      Padam
    8. Membe aku dlu fail bahasa melayu spm sebab suka tulis karangan pnjng2 ikut ejaan lorat klate, cikgu dia dh berbuih mulut tegur suruh dia berenti buat perangai mcm tu, tp dia degil, dia ingat pmeriksa akn suka dan bg markah lebih..hahaha, sian doe org mcm tu, mental.

      Padam
    9. suka hati dia lah nak ckp dialek apa sekalipun.. klu ko org malaysia, mesti ko blh faham apa mesej yg dia nak sampaikn..

      Padam
  4. Uih..lapar burger la pulak.

    BalasPadam
  5. marah betul noob...tapi aku sokong. haha... masalahnya sanggup karang panjang2 sebab nak komplen pasal kiosk ramly burger je pulak tu...pasal mekdi taknak pulok menaip panjang2 kan...haha

    BalasPadam
  6. CustomerAlwaysRigth16 Ogos 2014 5:06 PTG

    Ulasan kau ni sama je dgn ayat noob ni. Kalau tak suka malaysia sila kluar malaysia. Haha tak suka ramly pg mkn mekdi? . And one more thing... Bila nak maju klaudah berpuluh tahun pon ramlly burger ni still setakat tu je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ramly burger dh lama maju... kau je yg masih xmaju2 lg... bodoh punye melayu

      Padam
  7. Hari itu..... ya aku masih ingat hari itu ...masih segar didalam ingatan ku ......
    dia lelaki namun rupa parasnya sepersis wanita ...cuma yang berbezanya dia mempunyai kote,,,,,ya ...punyai kote
    aku mengelar dia wanita ada kote..dijadikan cerita ..satu hari aku jalan-jalan sambil makan roti 20sen..
    tiba-tiba seseorang memanggil ku ....panggilan itu tidak lain tidak bukan perempuan kote.aku bertanya samanya
    mengapa kamu memanggilku ...lalu dia berkata "i pun nak roti jugak ..beli untuk i bleh ....i nak sepuluh kotak...eh tak ..tak
    sepuluh lorilah ....you belikan untuk i ya ...okay byeeeeoooo"...setelah ku mendengar apa yang dikatakan ...Lantas aku menyapai shotgun dalam
    kocekku lalu kutembak beliau di kote taklama kemudian ku campak beliau seperti underwear ke dalam mesin basuh...dituangnya gasolin lalu dibakar...tidak lama kemudia binawel itu telah
    dimasukkan kedalam hospital sakit jiwa ....tanggal 1 bulan 3 aku coba melawat beliau ....sungguh ku tak sangka rupa parasnya yang dulu sepersis wanita kini seperti babi utan kacukan gorrila
    aku bertanya samanya "kamu masih kenal aku, wahai wanita ada kote" dia mengarukan kepala nya ketawa macam orang kurang vitamin lalu menyanyi

    Oh Rozana

    Bisjut bawa royi
    royi bawa bisjut
    bangla bawa bisjut & royi
    bisjut & royi bawa bangla
    kau bawa bisjut
    aku bawa royi
    bisjut bawa kamu
    royi bawa aku
    bisjut & royi bawa kita bersama

    Oh Rozana

    Apa itu bisjut?
    Apa itu royi ?

    Nak bisjut?

    ...............aku cepat-cepat larikan diri ...bertapa dalam gua 10 hari 8 malam ...kenapa 10 hari 8 malam ..itu sebabnya aku tidur kat R&R utk 1 hari sebab ada banyak nyamuk dlam gua....
    tujuan aku bertapa dalam gua ialah untuk melupakkan apa-apa yang
    kudengar hari itu .....................TRUE STORY .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mcm karangan bdk skolah rndah je, adik ni skolah katner? Skolah khas ek..

      Padam
  8. wat to expect... malay maaa. melayu kalau berniaga mmg mcm ni la, typical malay punye perangai... tp aku xnk kondem byk2, nnti anon nasi goreng pejuang melayu kata aku nk jatuhkan bisnes org melayu la, sokong cina la.. pfttttt

    BalasPadam
  9. Sy akui melayu kurang agresif n kretiviti utk memajukn business. .paling typical ialah dpt modal, start business tanpa buat marketing yg baik pastu terus jual. Bila customer x byk complain mcm2 sdg2kn satisfaction level customer x sebagus mana.

    Pasal ramli ni sy pum dah pernah mkn...x segah mana, lmbt siap n harga x begitu competitive. .senang cite susah nak lwm fast food lain. Tp spt apa noob ckp, kiosk ramli bukan spt status fast food restoran. Tp demand dah ada, cuma make it in better way, bukan cara selesa yg just goyang kaki buat bisness n harap untung lebih kurg je.

    Dlm business, kena pandai ambil peluang n risiko ttap ada. Tp kena ada kesungguhan n x putus asa. Jgn just takut rugi bila buat pelaburan mmg pyh nak maju..tp jgn labur sesuka hati, selalu buat homework n kaji dulu..bukan just nmpk mcm MLM untg besar tp x fhm keberkesanan mcmana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Satu lg perkara penting, kualiti adalah perkara pertama utk maju. Kalau makanan anda sedap n layanan anda baik, bisnes anda senang nak maju....ada modal besar tp xnak jg kualiti, ttup kedai cepat nmpknya.....

      Padam
  10. ni yang rasa macam takde tekak dan kaki nak pergi ni... bukan nak kata apa... melayu tak pandai guna strategi untuk pikat pelanggan.... hurmmm...

    BalasPadam
    Balasan
    1. xlahh yg aku tgk melayu jd “A” bila nmpk melayu pnye silap. pdhl kdg2 bnda2 yg remeh je kot. ape agknye yg diorg expect eh? demand melangit pon hadoooo pdhl xphm tema bisnes.. last choice bt karangan2 pnjg utk update fb.. hoho

      Padam
    2. Oke la kn dpt smbutan pengomen yg kununnye prihatin menimbun nimbum yg mmpu melenakn tidur diwktu mlm yg penuh kementalan.

      Padam
    3. haha tahu xpee. aku syak tunsha suda click “post” kt fb.. kah2 bnyk la tu modal nk jwb blk.. xjwb kang xdpt tido.. hoho

      Padam
  11. Pegawai marketing n operational Ramly ni patut amik kesempatan tgh musim2 boikot n musim viral ni...
    Ubah sikit strategi n tinggalkan kesan positif dkat smua pelanggan, baru boleh tahan lama...

    BalasPadam
    Balasan
    1. diorg tak pikir byk dah.. lagi2 peg marketing dia semua cina.. pedehal.. pergi mampos la perniagaan melayu nk jadi apa pun.. yg aku tahu gaji aku masuk bulan2.. kalo ramli bangkrap, aku cari keje lain.. byk lagi syarikat melayu yg aku boleh pergi dan lingkupkan..

      Padam
  12. Kedai sup kat tnjung malim

    Aku: bang..sup apa ada kat sini?
    Pelayan: nama pun kdai sup..macam2 sup ada.
    Aku: menu ada bang?
    Pelayan: meja mana nth amik..xtau la
    Aku: bagi sup puyuh 1.
    Pelayan: puyuh xde..mmg tak jual
    Aku: lau cmtu bagi sup ayam
    Pelayan: sup ayam xde. Yg ada ayam cuma nasik ayam tu je.
    Aku: sup apa de bang?
    Pelayan: daging ngn tulang
    Aku: bg sup tulang la lau cmtu
    Pelayan: ko order sup daging je la..tulang dah de orang tempah.boleh?

    Tuan2 dan puan2..meleis berniaga

    BalasPadam
    Balasan
    1. ciss simalang menceritakan kisahnya yg sgt malang. demm.

      Padam
    2. Bangang tul ckp je la sup daging je yg ade skrng ni, kn ke snang dn cpt je klau jwp je cmtu kt planggan dari awl??? Hai meleis2, ckp bangang kang marah pulak pejuang kebod meleis..sampah la

      Padam
    3. korang anon 2 ekor yg bodoh bebenor pergi percaya cerita anon lembab atas tu kenapa? nampak sangat cerita rekaan... aku mmg makan malam hari2 kedai melayu... kalo kedai sup, konfirm2 dia tahu apa stok yg masih ada, dan yg takde..

      tak payah nk tipu la.. kalau tinggal daging jer, dia akan beritahu siap2.. tak payah nak mintak menu bagai la... menipu pun pada-pada la..

      Padam
    4. haha..sabar anon 1003, jgn emo sngt..nmpak macam ko yg jual sup daging lak.haha

      Padam
    5. aku bukan jual sup daging.. tp aku hidup di alam realiti yg lihat perkara sekeliling.. bukan main percaya cerita karut utk burukkan org lain.. nampak sgt cerita rekaan.. tukang sokong bukan main macam cerita kisah benar..

      Padam
    6. owh..yeke. tul gak tu. but don't be so sure. sebab ada sedikit kebarangkalian berlaku. Utk ko..ko mungkin letak 100% tak percaya. Tapi kena ingt, you bet everything..and if you lose..you'll lose everything. Bagi aku cerita dia memang agak mustahil berlaku, tapi still ada kemungkinan berlaku. Sebab variable kat sini ialah tingkahlaku pelayan tersebut dan suasana kedai tu. Sebagai contoh kau andaikan pelayan tu akan terus cakap yang ada cuma sup daging.secara tak langsung kau menjadikan pelayan tu suatu variable yang fixed sedangkan tingkahlaku dan sikap bukan merupakan sesuatu yang tetap dan tidak dipengaruhi oleh banyak faktor. Ada kebarangkalian pelayan tu suka troll..atau memang bengap..atau perangai memang tak elok.
      Based on the menu dan location yang dia cakap..ada sup, ada nasi ayam..di tnjung malim..aku rasa ada kemungkinan kedai tu yang nama sup saudagaq..sebab kat tnjung malim..kedai tu yang fokus betul2 memang jual suap dan ada nasi ayam. Aku pernah makan sana sekali masa jumpa kawan dulu. Makanan ok..menu sup memang mcm2 jenis. ada pelayan yang good..ada yang pasif (sebab dia mcam ada masalah dengan tuan kedai-berdasarkan pemerhatian sikap dia bila bercakap dengan tauke). order aku pelayan pmpn yang amik. Good.tak de masalah. Cuma time kawan aku nak tmbah tomato utk nasi ayam dia..pelayan laki tu cakap "kami tak jual tomato sebijik" lepas tu tauke pandang pelayan laki tu sambil muke tahan sabar. Pelayan pmpn tu yang dtg bagi tomato. So, ini menambah point sikit kepada peratusan kebolehpercayaan cerita mamat kat atas.
      Lagi satu kedai tu memang laku..ramai sangt orang makan sana..kalau ko gi petang..memang kemungkinan untuk sup tinggal sikit ataupun hanya tinggal sup2 yang sikit orang order. So, aku assume mamat tu gi kedai time petang..dan sup yang lain dah habis tapi pelayan laki yang bersikap teruk tu tak amik tau pasal pe menu yang ada. For me, aku letak 60% ( atas dasar kedai sup mungkin kedai lain, pelayan teruk tu mungkin dah benti, dan ini hanya tulisan komen..bukan video atau keterangan yang boleh dibuktikan) untuk tak percaya..dan 40% percaya (atas sebab varibale yang dia sebut semua ada kemungkinan utk berlaku).

      Padam
    7. Anon 10:03 adlh cth meleis trkuncup emo bebal yg xdpt terima realiti yg meleis mmg mostly kalu berniaga mmg perangai mcm tahi, atopn nasibnya xpnh mlg stiap kali mkn di kdai meleis. Sekian.

      Padam
    8. perghh!!giler la anon 12.40. analitikal siakkk. Banyak pikir siot lu ni.hahah. Bagus la. Tapi aku tetap nak percaya yang kejadian tak pelik kalau berlaku.aku amik 40% tu.haha.

      Padam
    9. kalau setakat nak cerita kisah benar.. macam2 kisah benar aku ada.. semua kedai ada baik buruk..

      aku takde la tolak 100%.. aku terima jugak ada kedai macam celaka.. tapi berpada2lah kalau setakat kedai melayu je yg ko makan.. cuba ko jadi cina ke, india ke.. ko makan kat kedai2 kecik mcm kedai melayu tu.. perkara yg sama juga akan berlaku...

      jgn ckp pasal restoran.. diorang dah ada standard.. pekerja pun ada gaji tetap dan kwsp.. kedai tepi jalan tu, kwsp pun xde.. keje amik gaji hari jer.. pekerja boleh tukar2 suka2 hati.. sorang berenti, main sebat je amik pengganti.. takdenya diorg nk interview mcm keje mcd.. sbb tu boleh jadi mcm2.. sbb diorg takde standard yg betul2.. setakat jaga hati pelanggan jer.. itu je standard diorang.. jaga yang macam mana tu.. pandai2 la...

      Padam
    10. Jadi..anon 509.pada mulanya ko confident je tolak cerita dia..then..lepas dihujah..ko trus hilang keyakinan td dan terus tambah point mengapa cerita dia betul. Lagi satu..whats up dengan 'kalau stakat nak cerita benar'? Ibarat ko menyamakan situasi cerita benar dan rekaan..mcm xde beza. Perbaiki ayat ko tu. Permulaan ayat analitikal yg salah.

      Padam
  13. da namenye kiosk so kene pahamla konsep kiosk.mcm kiosk bege bakar abg burn tuh jugak..mane tau 1 hari nanti duit da banyak ke ape ke dapt bukak restoran dan jadik franchise.sekarang pelan2 kayuh dulu maa..kalau ade duit 1 mil cash pon lom tentu dapat bukak restoren standing mcd..sabala..apepon aku harap abg burn boleh bukak restoren yang cam mcd..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko ni nak sokong kiosk ramli ke, nak sokong kedai burger bakar abang burn? abang burn tu melayu ke? nama pun dah macam org inggeris.. takde jati diri langsung.. entah2 nama dia borhan ke, Bang Bakar ke,Bakir ke, Baha ke,.. tapi nak nampak class mcm org putih, diletakkannya nama Burn...

      sedih mak dia.. penat2 bagi nama sedap2 tukar jadi burn.. tp nasib baik dia pandai.. pandai cari duit..macam tu la melayu.. cuma jgn lupa diri.. bila dah berjaya, bantu adik2 melayu kita juga untuk berjaya sama..

      Padam
  14. Noob mintak buat review pasal kemelut politik selangor plz..

    BalasPadam
    Balasan
    1. cik siti wan kembang @ wan azizah nak jadi MB.. nak review apa lagi.. tambah lagi satu penggal la kita air free..

      Padam
    2. tak payah la review. menyemak sini je. masing2 boleh baca sndiri. kat paper dengan tv dok cerita.

      Padam
    3. pasal kemelut politik selangor aku pernah tulis kat sini - http://buasirotak.blogspot.com/2014/08/keterpaksaan-dan-tiada-pilihan-dalam.html. nak lebih lanjut boleh check kat blog2 politik pro-kerajaan dan pro-pembangkang.

      Padam
  15. tak dapat nak baca semua.. tersangat la panjang..

    aku bukan nak kondem burger kat kiosk burger ramly ni.. cuma kalau kite pergi pasar malam, beli burger dagingnya jenama ramly, baru rm2 pun dah sedap, ada sayur, timun, sos cili, sos black pepper je. tapi bila beli kat kiosk ni, burgernya rasa lain, tak sesedap yang kat pasar malam atau buat sendiri. tu yang jadi isu besar tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. isu tak sedap pun jadi isu besar? pelik aku dgn ko ni anon 853... kalo tak sedap, bagitau je la tak sedap.. suruh sedapkan.. bukan jadikan isu besar..

      Padam
    2. isu besar la der.. dah tak sedap.. sapa nak makan lagi dah lepas tu?

      tak sedap -> orang dah tak nak pergi -> tak laku/ tak dapat sambutan -> orang pergi beli kat tempat lain...

      so serius tak sedap ni bukan isu besar? cuba ko tengok kedai2 makan yang masakannya tak sedap, lama2 bungkus weh... bungkus!

      Padam
    3. McD mula2 tak sedap.. > pelanggan komen elok2.. > Mcd buat penambaikan > komen lagi > tambah baik lagi > jadi sedap.. > orang ramai dtg > untung juta2.. > timbul kesedaran bahawa zionis memerlukan dana > sumbang dana > teruskan operasi perniagaan > sumbang dana lagi... dan seterusnya...

      semua perniagaan bermula dgn tak perfect.. patutnya bagilah nasihat ke apa.. ini tidak.. terus pindah kedai lain.. pindah pun takper.. tapi beri nasihat dulu.. kemudian selang beberapa minggu, dtg balik tgk dh improve ke belum.. kalo belum, suruh improve lagi..

      kalo dh berniaga.. konfirm nak untung.. bukan nk rugi.. kalo nk rugi, mmg dia takkan improve la..

      Padam
    4. ok la anon 1012.. so kite bagi peluang kat kiosk ni.. tahun lepas aku pergi, burger dia tak sesedap macam kat pasar malam. aku pergi bukan sekali.. tapi 3 kali, sebab tak percaya, takkan burger ramly kurang sedap mcm tu.. tapi memang sama je 3x tu, tak berapa sedap..

      tahun ni rasanya dah ramai kot yang komplen pasal kiosk tu, tunggu next month. aku nak tengok ada tak improvement daripada tahun lepas.. so next month aku reply sini balik, inshaaAllah kalau umur masih panjang dan masih ingat. hahaha

      Padam
    5. ye dop? aku ada beberapa kali tegur gak burger diorang nmpak layu je. burger ramli yang tepi jalan gak ag best. Tapi xde perubahan pun. Ke nak tunggu kena tegur dalam TV atau surat khabar?

      Padam
    6. ko tegur je direct kat pakcik ramly tu.. hehehe.

      Padam
  16. bagus.. saya mmg setuju dgn tuan rumah atas kritikan kepada mereka yg hanya tahu komen org lain. macam tu la yg sepatutnya. kalau nak tolong melayu kata tuan rumah, tak perlu tunggu isu boikot, sepatutnya dari dulu lagi dah tolong melayu ni..

    sebab tu saya cakap dulu.. benda2 mcm ni kita kena mulakan dari awal. jangan bila dah jadi apa2, masa tu baru nak berpindah ke penjual melayu, pastu nak demand mcm2.. sama macam kes kalo korg dah biasa makan nasi goreng cina.. tiba2 dpt tahu nasi goreng cina tu produk zionis.. masa tu semua sibuk nak order burger ramly buatan melayu... tapi nak murah mcm nasi goreng cina, lepas tu nak rasa sedap mcm nasi goreng cina, nak makan guna sudu mcm makan nasi goreng cina..dan semua demand2 yg tak sepatutnya.. boleh ke dapat macam tu? dalam keadaan org kedai burger ramly tu masih tidak bersedia? sebab perkara tu jadi secara tiba2..

    kadang2 sedih tengok segelintir melayu yg hanya tahu nak menjatuhkan org melayu sendiri.. nmpk mcm logik bila buat teguran supaya tingkatkan kualiti. sebenarnya itu bukan teguran, tetapi sengaja nk glamer tunjuk kat internet biar komennya dapat seribu share.. glamer la sekejap.. tapi kesannya pniagaan melayu tu akan dipandang hina sepanjang masa..

    kalo betul nk bantu perniagaan melayu, tak payah pergi kiosk ramly pun takper.. pergi je kedai2 brader melayu kita yang banyak berniaga di tepi2 jalan.. diorg pun amik dari ramly.. ramli untung, brader2 melayu kita juga untung.. sama2 kita kembangkan ekonomi melayu secara serampang dua mata.. tak payah sibuk nak kondem kiosk yg sememangnya belum bersedia nk buat restoran makanan segera...

    korg bayangkan.. dulu xde org pun nk dtg kiosk ramly tu.. sepi jer.. semua sibuk mekdi, mekdi, mekdi.. tp tiba2 org boikot mcd.. dan tiba2 sibuk nk cari kiosk ramly.. mestilah kiosk tu terkial-kial nak tune-up balik... nk cari pekerja..cari modal beli pelbagai alatan, sistem... sbb selama ni diorang cuma pakai manual jer.. bila dah ramai, kenalah kukuh sikit.. tp tak sempat... yg sempat cuma terima kritikan-kritikan membunuh dr org melayu sendiri.. dan tanpa segan silu guna bahasa negeri sembilan.. seolah2 nk tunjuk ini betul2 melayu yg komen pasal perniagaan melayu.. bukan cina yang menyamar..

    sekali lagi..terima kasih tuan rumah yg semakin memahami apa yg saya nak sampaikan selama ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha 2 tahun lepas aku pernah makan kat kiosk ramly ni, memang slow sikit system dorang. ye la, pelanggan pun 2-3 kerat je kan.. lagi2 bila isu boikot ni berbangkit, tetiba customer makin up, yang slow tu bertambah2 la slow. hehehe..

      Padam
  17. Tak payah kecoh la. Ramly keluarkan produk dah kira ok, bab memasak tu bagi org lain yang masak dan jual.lagi sedap. bukak kiosk pun makanan tak sedap tak guna gak.

    Ok, aku berbalik kepada burger..aku pernah makan burger kat ganu tu..dia letak lapisan2 sayur n bahan2 lain..de selapis sengkuas (dipotong bulat macam daging burger), de tomato, de sayur mcm2 tu pastu de lagi yang special..dia letak kit nenas bakar..perghhhh..sedap giler der. Korang leh la try..potong nenans dan bakar sikit..pastu letak je atas daging dan tuang sos bbq..rasanya memang mengancammmm.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau aku, aku suka timun jeruk.. perghh tangkap leleh wei.. yang nenas tu, jenuh juga tu nak ke terengganu. tapi tak pe, next time try sndr la.. kalau rajin

      Padam
    2. timun jeruk..nice jugak.tapi rasa dia kalau terlebih letak..agak intense. kena letak sikit je..baru perfect.

      Padam
    3. ha betul.. timun jeruk x boleh over letak. sebab dia masam kan.. aku suka kalau hilis nipis je.. maglek

      Padam
    4. korang ni chef ke apa?hahah..aduh,jadi lapar pulak aku.

      Padam
    5. setakat sebut timun jeruk pun ko dah lapar? apa jenis perut ko ni? macam sponge bob. mmg sesuai la kawan dgn noob si patrick tu.. makan burger crusty crab..ada timun jeruk jugak

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...