Iklan Leaderboard

Rabu, 6 Ogos 2014

21 Tips untuk mengenalpasti produk berkaitan Israel

Ok sebelum ni aku dah tulis pasal perangai segelintir orang Malaysia yang nak boikot produk Yahudi tapi tak berapa nak guna otak sebaliknya lebih guna emosi. Kita kena faham, boikot tu bermaksud tidak membeli, dan kita menyeru kepada orang ramai agar turut tidak membeli jenama yang diboikot, dalam hal ini produk2 yang mempunyai kaitan dengan Israel. Tapi produk2 mereka terlalu banyak, macam McD, Starbuck tu ramailah orang tahu. So macam mana kita nak tahu dan kenalpasti yang produk itu ada kaitan dengan Israel?


Kalau siapa2 yang ada smartphone iPhone atau Android, boleh download aplikasi mobile Buycott seperti berikut:
Caranya senang je, register dulu (atau boleh juga sign-in pakai Facebook profile), lepas tu pilih kempen (Campaign) seperti "Long live Palestine boycott Israel" dan "Avoid Israeli Settlement Products".



Lepas tu scan barcode mana2 produk yang korang bercadang nak beli dan dia akan bagitau sama ada produk tersebut ada kaitan dengan Israel dan harus dielakkan atau tidak. Aku try scan beberapa barang kat rumah aku dan terjumpa la jugak beberapa barangan yang perlu dielakkan untuk dibeli lagi.


Ini antara barang kat rumah aku yang OK dan tiada kaitan dengan Israel:


Antara barang yang aku dah beli sebelum ini yang berkaitan Israel dan perlu diboikot:



Kita juga boleh melihat Family Tree bagi sesuatu produk yang telah discan, siapakah Syarikat Induk, anak syarikat dan kumpulan jenama yang di bawahnya.


Tapi ada juga barang yang kita scan tapi tak jumpa maklumat produk tersebut, so kita boleh masukkan sendiri maklumat tersebut. Aplikasi ini berbentuk komuniti, lagi ramai orang join, lagi ramai orang masukkan data, lagi banyak maklumat yang boleh disalurkan untuk membantu dan memudahkan orang lain.

Dengan adanya mobile app ini, lebih mudah untuk kita boikot produk berkaitan Israel. Kita juga boleh juga nak boikot produk lain berdasarkan kempen2 lain yang anda rasa nak join seperti boikot produk yang menggunakan haiwan sebagai bahan eksperimen, produk kosmetik yang berbahaya, boikot barangan yang made in China dan lain2 lagi kempen.

Oleh itu marilah kita mulakan untuk cuba memboikot semua produk berkaitan Israel.


* Sebarkan artikel ini agar lebih ramai orang tahu mengenai kewujudan aplikasi yang sangat berguna ini.



tags: aplikasi mobile app buycott cara nak kenalpasti produk barangan yahudi israel jew kempen campaign boycott boikot pulau scan barkod barcode nestle gilette oral-b milo ridsect ambi pur

21 ulasan:

  1. Dah install bila adik lelaki Ayuni beritahu tentang aplikasi Buycott minggu lepas :D

    BalasPadam
  2. Oh Rozana

    Bukan niatku menuntut kembali seketul bisjurt & royi
    apatah lagi segalanya telah aku membeli bisjut & royi
    simpanlah ia milikmu,
    kau telah bayar mahalnya bisjut & royi
    buangkanlah bisjut & royi jika perlu,
    tetapi usah kembalikannya padaku,
    kerana bisjut & royi itu sudah tiada lagi nilai adanya,
    dan kerana itu aku sedang membeli bisjut & royi baru
    untuk aku berikan kepada jejaka bangla
    bisjut & royi yang tak sama seperti dibeli olehmu

    nak bisjut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh Rozana

      Ingin kutitipkan rindu pada bisjut

      Agar kau tahu

      Bisjut ini bukan sekadar rasa

      Tapi bisjut & royi ini telah menjajah jiwa


      Oh Rozana

      Jejaka banlga menyapu beranda.

      Kamu,

      Tak tahu dimana bisjut & royi

      Mungkinkah bisjut & royi itu telah dijual bangla?

      Walau rasanya tidak seenak bisjut & royi dibuat olehku?

      Nak bisjut?

      Padam
    2. nak royi?

      Padam
    3. Nak telor?

      Padam
  3. Terima kasih bang bagi info ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2 yang.. muahh chupp chupp

      Padam
    2. muahh fap fap fap

      Padam
  4. Yang penting kita berusaha kan..

    BalasPadam
  5. Tq noob. Ada jugak panduan memudahkan untuk check produk.

    BalasPadam
  6. lepas ni mulakan dgn barang2 di rumah... kemudian nk carik alternatif lain kt kedai, pnyer la lama kang nk meng scan lol. takpe2.. usaha.

    BalasPadam
  7. thanks prince of noob..i luv it

    BalasPadam
  8. Lepas install apps ni, keje aku asyik dok scan je...hehehe

    BalasPadam
  9. Tapi ada juga barang yang kita scan tapi tak jumpa maklumat produk tersebut, so kita boleh masukkan sendiri maklumat tersebut. Aplikasi ini berbentuk komuniti, lagi ramai orang join, lagi ramai orang masukkan data, lagi banyak maklumat yang boleh disalurkan untuk membantu dan memudahkan orang lain.


    walaupun aku setuju dgn apps ni, tindakan boleh mengedit maklumat boleh membawa kepada kekeliruan.sepatutnya maklumat boleh ditambah hanya oleh org tertentu shj. melihat keperibadian meleis-meleis yg suka troll sana sini, ini boleh membawa masalah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul juga, meleis mmg virus perosak segala usaha murni, selain mnjd losers gersang abadi..malang sungguh bumi ni dgn kewujudan meleis.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...