Rabu, 27 Ogos 2014

64 Filem tempatan yang masih belum merdeka

Kita akan menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia tidak lama lagi. Temanya tahun ini: 'Disini Lahirnya Sebuah Cinta'. Mungkin maksudnya ialah cinta sayang atau semangat patriotisme pada negara akan lahir pada hari-hari istimewa ini apabila kita akan kembali mengenang perjuangan pejuang tanahair yang dulu-dulu. Sebab biasanya untuk meraikan hari-hari ini macam-macam konsert patriotik akan dianjurkan tapi memandangkan menghormati tragedi MH370 dan MH17, mungkin tiada konsert yang akan diadakan atau dibatalkan. Walaupun saya terbaca Konsert Chow Kit Road 2.0 akan diadakan pada 29, 30 dan 31 Ogos ini.


Jadi saya google untuk lihat-lihat senarai filem tempatan yang akan ditayangkan sepanjang bulan kemerdekaan ini di sinema kita.

  1. ADNAN SEMPIT SAWADIKAP (7 Ogos) - Filem komedi dan franchise terbaru filem box office Adnan Sempit. Kali ini Adnan merantau ke Thailand dan membuat kecoh disana.
  2. KAWAN AKU MATI DALAM RUMAH SEWA (14 Ogos) - Filem komedi seram mengenai seorang kawan yang mati di dalam rumah sewa yang disewa bersama kawan-kawannya.
  3. JIN (21 Ogos)- Filem seram, ngeri tentang pasangan yang diganggu jin.
  4. MAMAK CUPCAKE (28 Ogos) - Filem komedi tentang mamak yang mengusahakan cupcake.
  5. LAGENDA BUDAK SETAN 3 - KASYAH (11 September) - Drama, kisah cinta dan penutup trilogi Lagenda Budak Setan.
  6. NASI TANGAS (18 September) - Filem seram dan ngeri tentang kehebatan nasi tangas atau nasi kangkang.
  7. AMIR & LOQMAN PERGI KE LAUT (25 September) - Filem aksi komedi tentang pengikut ahli kongsi gelap yang mahu insaf.

Filem komedi, seram, hantu mewarnai hari kebangsaan.

Sementara itu:

Saya google lagi untuk membuat perbandingan kecil dengan Indonesia yang menyambut kemerdekaan mereka pada 17 Ogos yang lalu. Sekitar pertengahan Julai hingga hujung September bioskop mereka menayangkan banyak juga filem tapi antaranya filem-filem ini yang menarik perhatian.

  1. HIJRAH CINTA - Kisah benar tentang perjalanan hidup Ustaz Jefri al-Buchori, dan pengalaman hidupnya yang membawanya menjadi seorang pendakwah yang disegani di Indonesia.
  2. SOEKARNO (EXTENDED VERSION) - Ini karya pengarah terkenal Hanung Bramantyo tentang kehidupan dan perjuangan Presiden Soekarno dalam merintis kemerdekaan Indonesia. Filem ini diulang tayang dengan versi lebih panjang dan detail.
  3. NEGERI TANPA TELINGA - Filem dari pengarah yang disegani di Indonesia, Lola Amaria. Ini sebuah filem komedi satira politik yang secara dalamnya mengkritik penguasa dan institusi di Indonesia yang sering tercemar dengan jenayah kolar putih dan skandal seks.
  4. HAJI BACKPACKER - Ini filem spiritual tentang perjalanan seorang anak muda didalam mencari makna diri dan makna kewujudan tuhannya. Juga tentang kegigihan apabila pemuda itu berkeinginan menunaikan ibadah haji dengan keterbatasan yang menghambat. Mengikut info filem ini dirakam di sembilan buah negara antaranya India, Iran, Arab Saudi, Indonesia. Dijadualkan untuk tayangan sempena Hari Raya 'Idiladha.

Beza kan.. Saya fikir pembikin filem mereka sangat sayang dengan negara dan penonton mereka dan semacam ada satu tugas sosial yang mereka fikir patut mereka pikul. Maka terus lahir filem-filem yang mengangkat semangat patriotisme dan semangat jati diri di negara sahabat kita ini. Sementara kita disini terus hanyut dengan filem komedi, gangster, rempit, hantu dan sebagainya.

Google lagi.. dan baca satu artikel Pembentangan Belanjawan 2010 oleh Perdana Menteri tentang peruntukan Dana Industri Kreatif berjumlah RM200 juta bagi membiayai aktiviti seperti pengeluaran filem dan drama, muzik, animasi,pengiklanan dan pembangunan kandungan tempatan. (http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2009/10/24/dana-industri-kreatif-gembirakan-penggiat-seni/)

Juga tentang Geran Industri Kreatif Negara yang diperkenalkan dibawah Rancangan Malaysia ke-Sepuluh (2011-2015) iaitu sebanyak RM120 juta diperuntukkan melalui KPKK bertujuan untuk merancakkan pembangunan industri kreatif tempatan supaya mampu bersaing dan lebih kompetetif di peringkat antarabangsa. (http://www.industrikreatif.gov.my/dana-dan-geran/pengenalan)

Rancak tu memanglah rancak tapi persoalannya dari tahun 2011-2014 ada berapa filem tempatan yang mampu bersaing dan kompetetif di peringkat antarabangsa. Ya la.. Upin Ipin tapi itu setakat tembus pasaran Indonesia saja.

Mengambil sisipan kata dari Ketua Pegawai Eksekutif Global KRU Studios, Norman Abdul Halim, tentang dana RM200 juta itu.

“Untuk bergerak maju, kita harus bersedia dengan keterbukaan pasaran untuk penerbitan bahan-bahan dan diketengahkan kepada pasaran dunia.

“Untuk membawa perkembangan ke pasaran dunia, kita perlu sediakan modal dan dengan adanya peruntukan RM200 juta ini sedikit sebanyak ia membantu karyawan kita membangunkan produk kandungan bertaraf dunia,” kata Norman.

BERTARAF DUNIA!
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2014. Sayang Malaysia.

Hasil nukilan Adlan Harith.



Tulisan ini bagi aku sangat bagus untuk dijadikan renungan kepada para penggiat seni dan penerbit filem tempatan. Maaf kata tapi saban tahun penerbit filem tempatan asyik menghasilkan filem2 bertaraf longgokan sampah yang tidak sudah2 melonggokkan rakyatnya dengan wadah dan wacana yang langsung tidak mencetus dan membentuk pemikiran penontonnya terutama anak2 muda, malah lebih banyak sisi negatif daripada positifnya.

Bayangkan, dengan lambakan cerita bertemakan gangsterisme, gejala sosial seperti mat rempit yang diangkat menjadi wira, kisah cinta taik kucing yang langsung tidak logik dan masuk akal yang diadaptasikan daripada novel2 cinta yang sering memberi harapan palsu kepada gadis2 dan wanita2 melayu di luar sana, kehidupan ahli2 korporat kaya raya yang tidak memberi gambaran sebenar kehidupan majoriti rakyat Malaysia,  lambakan cerita komedi yang langsung tidak kelakar dan hanya menjamukan lawak taraf murahan yang hanya mampu mengetawakan kanak2 sekolah rendah, serta kisah hantu yang sangat khurafat dan tahyul dengan tambahan watak ustaz2 yang mampu mengeluarkan gelombang aura dan kuasa qiqong dengan hanya menepuk tanah sambil menempik nama Tuhan.

Serius, itu sahajalah yang mampu penerbit filem melayu kita buat. Setakat itu sahajalah kemampuan mereka, dan setakat itu sahajalah tahap filem2 tempatan kita. Dari filem box-office dengan kutipan belasan ribu mahupun filem yang mendapat sambutan suam2 kuku dengan kutipan hanya puluhan ribu dan hanya bertahan di pawagam selama 3 hari, sekali lagi, tiada apa yang layak untuk dibanggakan, melainkan beberapa filem2 lama yang jauh lebih berkualiti dan mencabar tahap intelektual penonton.

Sementara itu, filem2 Indonesia sudah lebih berani meneroka isu2 yang lebih berat dan taboo seperti isu politik dan pemerintah, ahli politik dan penguasa yang tiada integriti yang penuh dengan jenayah kolar putih dan skandal seks, kisah realiti golongan gelandangan dan miskin, perjalanan seseorang mencari Tuhan, kisah rakyat marhaen biasa yang cuba mencari erti kehidupan dan lain2.

Selagi penerbit dan pengkarya2 filem tempatan tidak mahu dan takut untuk keluar daripada kepompong yang mereka cipta sendiri, keluar dari kepompong dan dunia gangster, mat rempit, komedi murahan, kisah cinta palsu, kehidupan minoriti golongan korporat dato2 dan datin serta cerita hantu tiruan, selagi filem tempatan masih TAKUT UNTUK MEMAPAR REALITI SEBENAR ISU, MASALAH, KEHIDUPAN RAKYAT DAN MASYARAKAT di Malaysia, selagi itulah filem melayu kita dihambat di tahap yang rendah. Dalam masa yang sama, filem cina tempatan sudah terlebih dahulu mula mengorak langkah untuk maju dan bergerak ke depan.

Ayuh penggiat filem tempatan, MERDEKAKAN diri anda dari kepompong!




tags: filem melayu tempatan merdeka perbezaan malaysia indonesia download free watch tonton online stream

64 ulasan:

  1. FIRST!!!...saje cop tempat. Esok la comment..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila syarikat filem kita leboh pentingkan keuntungan je and pada masa sama penonton lebik suka tgk cerita aksi/lawak kering/gengster dr cerita2 sejarah n berat jalan cerita...jd la mcm kita nmpk skrg. Bg sy kena ada sokongan kedua2 pihak utk pastikan filem yg ditayangkan lebih berkualiti dr segi jalan cerita n kesan pada masyarakat.

      Tp mana2 filem kat Malaysia akan pentingkan keuntungan, diaorg apa kisah nilai2 murni. Kalau buat cerita 18sx tp untung berjuta2, dah lama mereka buat kalau xde penapisan n sekatan. Senang cerita, mentaliti kebanyakan rakyat malaysia still x semaju mcm negara2 lain, masih di takuk lama, cuma ada CGI. Tgk cerita Tanda Putera bg free pun x byk nak tgk, cerita Mail Lambung penuh wayang even tiket smpi RM20.

      Padam
    2. aku 3rd la, haha2 apa punya melayu la semua nak complain suka hati la nak buat filem apapun orang malaysia nk citer2 simple la, xde nak tgk citer pening2 kepala la, standart pelakon mesti popular kalau nak laku, ni geng complain pun bukn support filem melayu pun, g la support filem c1na tu kasi pecah rekod lagi filem malaysia puihh dasar melayu yg suka menjatuhkan bangsa sendiri!!

      Padam
    3. ko ni tak paham isu SiRosli.. ini masa merdeka.. negara lain yg sambut merdeka byk jer buat filem utk naikkan semangat patriotik.. setakat nak glamer, korang ada lagi berbaki 11 bulan.. blakon carilah glamer puas2.. bod jugk ko ni sirosli..

      Padam
    4. ah anon bodo ni, ni satu lagi spesis nak jatuhkan bangsa sendiri nak sgt citer patriotik buat la filem patriotik sendiri haa tgk bape rmi nak tgk? dulu buat citer patriotik hampir2 flopy..... alih2 psl kereta saga ad dlm filem tu pun nak complain, pastu propa ganda politik la apa la ehh cam wtf la malays ni semua nak complain puihhh la!! sendiri x support mcm mana nak kuar filem patriotik tiap2 tahun bulan ogos? sembang je la sini pastu habuk tarak puihh bodo

      Padam
    5. dh la nak buat filem patriotik manjang nak mintk kerajaan support dana haha2 dr situ dh tau mentaliti mcm mana...... nk patriotik buknnye perlukan kerajaan je semata2.. tapi patriotik dr setiap diri individu sendiri.. ini tak dr menterinya smpi kerakyatnya semua sembang lebat haha2 sembang je la kuat haha2 termasuk aku bwahaha2 sedih2 haha2

      http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_07.htm

      link ats tu salah satu perkara yg akn dibincang pastu cari salah sapa bwahaha2.... tp ada perubahan? xda pung habuk pun tarak last2 kutipan pun xlebih dr bajet..... filem tu pun tengelam menyelam dan terkubur haha2 org ambik pun hanya buat sekadar kajian untuk memenuhi syarat tesis yg diorang ambik.. pastu berkubur balik.. haha2 sedih ngan org malaysia....
      apapun ak nak tgk mamak cupcake, seronok tengok sam berlakon ^_^V

      Padam
    6. Inilah akibat apabila UMNO-BN yang memerintah.. filem yang dihasilkan juga untuk memperbodohkan rakyat. Sokong Azizah jadi MB Selangor!

      Padam
    7. boleh buat filem politik dan patriotik tp isi perlu ringan dan mudah dihadam..sbb tu org panggil seni lakonan bknnya sampah

      Padam
    8. kalau buat filem, pastu tak dapat sambutan atau kurang sambutan, maksudnya kurang masyuk la keuntungan bagi setiap produksi.. sapa yang nak rugi wooo..

      betul cakap ayam tu, cita Tanda Putera, berapa kerat je yang pergi tengok? aku tengok seat separuh panggung je. sepatutnya kesedaran tu ada pada kedua2 belah pihak, produksi filem dan penonton tu sendiri..

      dulu2 masa sekolah rendah, aku balik sekolah naik basikal, time ni pemerintahan Mahathir, memang setiap kedai2 akan jalurkan bendera Malaysia sepanjang bulan Ogos. now tak dapat dah nak tengok view tu..

      Padam
    9. sebelum ko nak bodohkan org, ko cermin diri dulu SiRosli woi.. bila filem patriotik tak dpt sambutan, adakah sebab filem tu tak bagus? filem tu bagus.. yg jadi tak bagus bila ada unsur politik yg melampau.. menjatuhkan satu pihak dan menaikkan satu pihak yg lagi satu secara berlebihan. itu sahaja.

      cara fikir ko ni mudah.. asalkan untung okey dah.. rasa cintakan kenegaraan ni tak payah kalau asyik kena kondem je dgn pembangkang.. kita follow jer.. kalau pembangkang tak suka, tak payah buat.. itu namanya pentingkan keuntungan jangka pendek.. buduh berpanjangan..

      kalau xbleh buat cerita patriotik, mari kita lambakkan cerita2 kelakar.. ha! bagus.. pemikiran skeptik yg konfirm akan jatuhkan negara 50 tahun lagi kalau ada pemimpin bpikiran mcm ko ni siRosli..

      Padam
    10. anono bodo buang masa tul taip bg ko bc puihh memang bodo bwahaha2

      Padam
  2. Bpunca drp pnonton gak. Filem2 lawak bodoh dpt untung. Filem2 yg memerlukan pnonton bfikir sikit xramai yg nk tgk. Sbb minda pnonton yg kononnya "kaki wayang" minda smpit mls nk tgk filem2 yg kena guna otak cmtu.
    Lg satu, kat malaysia ni suka sgt jaga hati semua pihak. Filem patriotik d kutuk ole pihak pmbangkang konon nk pnonton sokong kjaan. Nak buat Filem yg memaparkn politik kotor plak nti d kata hina kjaan.
    Situasi filem malaysia, xbyk idea dn suka ikut trend. Dulu mat rempit jd trend, blambak kuar filem mat rempit (Remp-It). Filem hantu jd trend, blambak kuar filem hantu (Jangan pndang blkg). Skrg plak trend filem dr novel (lagenda budak setan). Filem2 fantasy, sci-fi ntah kemana..

    BalasPadam
  3. Ko jangan nak kecoh la sirosli.. ko bukan 3rd.. sebelum tu aku dah komen dulu.. byk kali pulak tu.. disebabkan komen aku mcm celake, lalu hilang dibuang oleh admin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dh tu ko g la register apa mongok punya anon baru register! puihh!!

      Padam
    2. haha.bagus, kau terima seadanya ayat2 kau dikategorikan celaka. Nak buat cmner der..org celaka,ayat pun semua celaka.

      Padam
    3. Azizul Sukri Ahmad27 Ogos 2014 pada 9:48 PG

      woi sirosli yg tolol.. aku bukan isukan pasal register.. aku isukan pasal ko mengaku 3rd.. padahal ko lembab.. komen lambat tapi mengaku ko cepat.. puihh 5 kali..

      Padam
    4. azizul yg tolol puihh 5 kali gk!! ko tu lembab bwahaha

      Padam
    5. sirosli dah kantoi? haha.. siap kena ludah

      Padam
    6. Seriously is seriously stupid!

      Padam
  4. apapun bincang je la sepuas2nya bincang smpi negara kena jajah, pas kena jajah pun masih bincang. x habis2 bincang haha2 keje tarak, akhirnya semua nya bisnes saja haha2

    oi asik2 upin ipin kalau ckp psl animasi.....
    boboiboy pun dh popular jugk la smpi thai,indo ngan Philippine nak sembang bincang konon puihh...geng2 lascopaque ngan animonsta je memang ad nmpk usaha nak mempopularkan malaysia...... tak lama lagi nanti ada animasi 2d siri Awang Khenit environment zaman melayu lama dengn sentuhan moden....

    BalasPadam
  5. Malaysiaku sayang..
    Aku pernah terfikir jugak bro betapa mundurnya Malaysia ni, tak kira raya ke.. merdeka ke, industri kita suka sangat dengan cerita komedi cintan cintun, seram hantu segala bagai ni...

    mana merdekanya...?? kosong~~~kosong~~kosong~~

    BalasPadam
  6. suka2 ahti ko je kata filem sampah! kalau pndai sgt ko bikin filem ikot acuan ko lh noob, xyhlh nk prlkeh karya org

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya memang aku kata kebanyakan filem melayu tu sampah. tapi sampah ni bukan terhad pada filem sahaja, ada banyak je drama, rancangan hiburan, sistem e-kerajaan, kedai, perkhidmatan dan lain2 lagi yang boleh dikategorikan sebagai sampah. kalau ko nak anggap filem2 tu sebagai karya agung, aku peduli apa.

      satu lagi, tolong stop guna nick orang lain. lepas ni ada lagi nick ni aku akan delete terus komen.

      Padam
    2. Mmg btl pun kbnyakan filem tempatan mcm sampah.utk tgk skdr hburan r ska2 bleh la tp xda apa pengisian brkualiti..
      *To fake shamsuladli,xsmestinya kita nk komen tntng filem ni,kta kena ada dlm industri y sma ngn diorng.kta sbg penonton,kalo dh tgk filem tu xbrkualiti,xda pengisian,mcm sampah la jwbnya..bru kndem cket,dh suruh wat filem sndiri..cpt sentap.

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  7. Peruntukkan tu benar2 sampai kepada penggiat seni tak? Dana dan geran ni selalu kena rompak kat tengah jalan. Siapa perompaknya lu fikirlah sendiri

    BalasPadam
  8. Filem malaysia ni banyak merosakkan minda masyarakat

    BalasPadam
  9. Kat sini kalau buat filem berkaitan politik dan sikap2 pemimpin yg rasuah, menipu dan sebagainya tu..memang masuk berita kne soal siasat pastu denda dan tahanan. Oppss..melainkan kau cina..baru la boleh buat filem camtu.

    BalasPadam
  10. Rasanya bukan takde pengarah nak buat filem2 berunsur patriotik. Masalahnya.... keterbukaan kerajaan kita dalam menerima filem2 sebegini sangat rendah. Mereka hanya ingin filem patriotik yang tidak ada unsur menghina kerajaan atau Malaysia. Bila dah siap filem tak lepas wajib lulus tayang sebab katanya menghina pemimpin atau kerajaan.

    Tengok cerita TAMIL lagi seronok. Rasa macam mereka bebas sangat nak buat filem yang mengutuk kerajaan yang korupsi, rasuah, jenayah kolar putih, kehidupan kasta... walaupun kadang2 ada aksi mereka yang agak tidak masuk akal.... hehehe.... yang penting jalan cerita mereka banyak berkisar dengan kehidupan seharian.

    BalasPadam
  11. Sedar tak sedar, Malaysia kita ni sebenarnya tak ada hak rakyat bersuara pun. kebebasan menyampaikan pandangan tu tak ada. kau boleh suarakan kesusahan hidup kau, kemudahan yang tak mencukupi dan benda yang berkaitan dengan bantuan kerajaan bagi. Tapi kau tak akan boleh cakap menteri itu salah, sistem ini salah. kau cakap sikit je, masuk berita. Lepas tu tak pukul sama rata pulak, kalau cina yang cakap..semua senyap. siap jadi terkenal segala bagai.
    Kita semua telah ditanam minda menurut dan patuh kepada pemimpin. Sistem kita dibentuk dari dulu untuk jadi seperti itu. Menteri tu umpama dewa. tak boleh disentuh. wujud taraf yang berbeza antara mereka dan rakyat seperti kita. Namun perbezaan tu ditutup agar tidak kelihatan dimata kita. Kita jadi terbiasa dengan Sistem sultan yang ntah apa fungsi sebenarnya, kita jadi terbiasa dengan menteri yang hidup kaya raya. kita terbiasa dengan gaya hidup anak menteri yang mewah dan enjoy sakan menikmati kehidupan bertuah mereka. Sampaikan bila kita nmpak anak menteri dengan kereta mewah berjuta pun kita boleh kata "biasa la tu,dia anak menteri..untungla". Kita sendiri yang menyesuaikan diri kita untuk terima diri kita sendiri dan keadaan kita seperti sekarang.
    Kita berusaha mencari rezeki siang dan malam untuk sara hidup dan mampu memberikan kita kehidupan selesa dan normal. Tapi bagi mereka yang diatas sana, mereka sama sekali tidak berhak untuk menikmati semewah-mewahnya. Siapa yang kita angkat untuk letak diatas? seseorang untuk menjadi pembela dan membangunkan kita atau seseorang yang menjadi pembesar yang kita kena patuhi?.
    Kita benci tgk anak2 sultan yang ntah apa dibuat mereka hidup semewah-mewahnya sedangkan negara tetap ada masalah sosial, tetap bangsa lain rampas hak bumiputera, tetap islam menjadi kritikal. kita benci anak2 menteri hidup atas pengaruh bapanya seperti mereka merupakan kluster tinggi yang 'untouchable' oleh orang2 seperti kita. Kita tak cemburu..kita tak inginkan pun kehidupan seperti itu..kita cuma mahukan hak kita dan tahu sistem yang kita sanjungi ini berbaloi untuk kita.
    Tuhan memang dah tentukan qada dan qadar seseorang..tapi tiada siapa tahu qada dan qadar mereka. kita renungkan sendiri. Ya, kita kena bersyukur..tapi apa salahnya kita bertanyakan 'kenapa?"

    BalasPadam
  12. sebenarnya tak perlu buat filem patriotik, tapi filem yang lebih memaparkan realiti dalam kehidupan kita dan masyarakat, sebagai contoh:

    1. kisah mengenai seorang penipu yang menjadi kaya dengan membodoh2kan kawan dan orang kampungnya untuk join skim piramid cepat kaya.

    2. wabak penyakit yang tiba2 merebak dalam negara kita, memaparkan bagaimana kerajaan menangani situasi itu serta wujudnya konspirasi punca kepada merebaknya wabak tu.

    3. kisah mengenai seorang polis yang cuba membanteras sindiket pengedaran dadah terbesar di malaysia, rupa2nya yang menjadi dalangnya adalah rakan setugasnya sendiri, seorang polis yang korup.

    4. cerita bagaimana seorang lelaki OKU yang sering dihina dan dipandang rendah mencari solusi untuk memperjuangkan haknya sebagai seorang manusia.

    5. kisah cinta 2 orang pelajar lepasan universiti yang cuba untuk hidup bersama, namun dengan kesukaran untuk mendapatkan kerja, serta karenah orang tua, akhirnya impian mereka tidak kesampaian kerana ibu bapa perempuan menikahkan anaknya dengan lelaki lain yang lebih tua dan berharta, dan lelaki itu membawa diri untuk meneruskan kehidupan tanpa wanita yang dicintai disisi.

    6. cerita bagaimana seorang ahli politik cuba naik ke atas dengan cara yang kotor dan akhirnya dijatuhkan juga dengan cara yang kotor. tak perlu guna watak atau parti sebenar bagi menjaga hati mana2 pihak, boleh je gunakan watak dan parti rekaan seperti cerita2 negara lain. watak pm tak perlu guna najib, watak ketua pembangkang tak perlu guna anwar, guna je watak rekaan.

    tengok sahaja macam mana filem2 yang bergenre realiti dan kehidupan dari barat, korea, jepun, indonesia, thailand, dan lain2. tengok betapa bezanya filem mereka dengan filem kita. jangan kata filem, tengok sahaja anime jepun seperti one piece, dalam plot cerita itu sendiri memaparkan pemerintah dunia iaitu world government merupakan pemerintah yang korup dan mempunyai agenda dan rahsia tersembunyi, tapi takde pula ia diharamkan di jepun atas kesalahan menghasut rakyat membenci kerajaan jepun.

    malangnya filem kita terlalu takut, takut untuk memapar realiti dan sisi sebenar masyarakat malaysia, maka keluarlah cerita2 yang terlalu berfantasi, palsu dan langsung tidak realistik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Produser filem Malaysia penakut untuk buat filem seperti dicadangkan di atas? Atau bak kata Ahmad Idham kena ada degree perfileman barulah layak untuk mencadang dan mengkritik?

      Padam
    2. plg aku xleh brain filem mamak cupcake... mamak cupcake?? filem komedi tentang mamak yang mengusahakan cupcake??? mamak mana kt malaysia ni yg jadi pengusaha cupcake? cerita karut gila

      Padam
    3. Tak pun nanti pakar2 pengkritik filem yg kita leh baca setiap hari di surat khabar or online akan kutuk kata tiada idea baru... menceduk idea luar... copy paste...

      Kekadang pengkritik pro nih pun benggong... org peduli apa ko kata... janji unik... lain dari yg lain dan x buat org terus jadi bodoh sbb tgk citer hantu, lawak bodo, pelakon yg sama dalam semua cerita, kisah cinta yg sampai kita tgk leh kata bodo nye couple tu sbb x leh gi tanya sendiri tuan badan ke dari nak cayer cakap org lain?

      Padam
    4. Last2 cerita mcm Sayang Awak 200%, Love u Mr Arrogant, Project Memikat Suami n seangkatannya yg popular meletup2 smpi artis yg x kenal sebelum ni meningkat naik...sbb cerita cinta fantasi yg pada saya mustahil berlaku. Sapa xnak ada bf atau bakal suami pki kereta mahal2 n anak tauke company...cerita budak kerje gaji kecik kat KL melalui pelbagai dugaan sehingga mati kena bunuh along x cite lak. So nanti anak2 kita dimomokkan utk kawin dgn org kaya mcm dlm drama, baru ada standard org malaysia.

      Sabar je la.

      Padam
    5. cerita bagaimana seorang pengomen tegar kat blog tapi takut nak bukak blog sendiri pun menarik gak..

      Padam
    6. betul tu anon 333.. setakat bising kat blog org.. baik bukak blog sendiri.. nk jugak tengok pemikiran sendiri.. bukan bertempek atas nama noob.. nak btempek sampai bila?

      Padam
    7. Kan ke dia dh gtau cra pemikiran dia sama dgn pmikiran noob.xperlu nk tls artikel pape,just komen.
      *Tang mana y sma xtau..btw,ada jgk komen y menarik

      Padam
    8. Sy pernah bangkitkan isu ni....setiap kali noon buat entry, pengolahan n idea lebih kurg sama mcm apa sy fikirkan. Nanti kalau sy buat blog sendiri, nanti nmpk sama konsep mcm BO, cuma title blos ialah Ayam Afrika Golek. Drpd buat benda yg sama mcm noob buat, baik sgt meriahkan blog ni dgn komen tegar sy...lgpun sy mls nak buat blog dgn letak gambar n link2 sekali.

      Responsibility sbgi penulis blog lg besar dr sy sbgi pengomen, siap byk pembomen yg mecarut2 n scam, nak diaorg jd blogger? Rosak nama blogger lain je pasni, By the way, it is my stail...popular sbgi pemgomen tegar di mana2 blog

      Padam
    9. cik ayam,k la kalo ko kata pengolahan idea sama untuk entry y noob tlis..tp kalo kta ko bukak blog sndri pun,xkan la tjuk setiap entry pun sma?
      *Ko rasa pasni noob nk tls entry psl ape ek

      Padam
    10. Ekceli aku ska gak kt ayam africa ni.wpun kdg2 komen dia agk perasan bgus n menjengkelkan..ahakss..aku suka,dia sgt cool.xda pun maki blik even dh brnanah org maki dia.

      Padam
  13. adnan sempit sawadikap..i dont tong si..eh benci giler denga..

    BalasPadam
  14. salam.. Setuju sgt ap noob ckap.. Tp sesetengah filem je laa.. Sy memg suke tgok wayang asalkan bkan filem melayu.. Filem barat jaoh lebih best dri filem melayu..kalau cter barat byk unsur pengajaran yg disampaikan.. Plot cter t'susun dgn baik skali.. Intro ,klimaks, ending.. Sgt t'susun skli b'banding dgn cter melayu yg agak hambar..kadg2 kte dgar tajuk cter nye pn xb'minat .. Bg sye cter mlayu ckap je lebat, ditambah unsur lawak2 bodoh.. Then,ending nye lgsung xde moral of story..

    BalasPadam
  15. Senang cerita, filem malaysia tiada kualiti. Jika dibuat perbandingan dgn filem hollywood, filem malaysia bertaraf sampah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko pun sampah... gi tgk cerita romen n sokong yahudi je tau...

      Padam
    2. kalau filem malaysia taraf sampah, filem holywood bertaraf najis.. lagi mcm2 unsur tak elok ada dalam filem holywood.. dia punya jalan cerita dan hasil sahaja yg bagus..

      tapi budak sentiasa panas ni la sampah sebenar..

      Padam
    3. tak semua cerita malaysia sampah..ade juga cerita malaysia yg best2 macam kil,cun pastu drama2 melayu jam 10 malam tv3,tv2..

      .,.,

      Padam
    4. Btl tu.
      ada jgk jln cite y best mcm cite embun aku suka.kalo korng msh ingt la,cite tntng penjajah jepun.heronya Aqasha..tp filem ni kntroversi psl pengarahnya sndri menjtuhkn maruah org melayu tp dlm msa sma brjuang nk memartabatkn filem Melayu..y trlibat dlm kntroversi ni pun dh xda.Al fatihah utk Allahyarham Izi Yahya.
      ~Masa ni y wat lg best nk tgk hero n heroin tu la..Aqasha n Umie Aida..msa ni depa tgh kapel.

      Padam
  16. cuba korang layan cerita indon yang berjudul " alangkah lucunya negeri ini"

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku dah cuba.. tapi tak boleh nak pancut.. camne ye,..

      Padam
    2. http://www.youtube.com/watch?v=VSs1_PVjJ7U

      Padam
  17. menonton hentai lagi bermakna dari menonton filem tempatan..

    BalasPadam
  18. Susah nak buat filem patriotik ni.
    Asal ade yg x kena confirm kena tapis.
    Silap haribln kena banned terus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. citer yg menyumbang ke arah gejala sosial, seksi meksi, xde plak nk di banned kan.

      Padam
  19. Apa lah korang ni duk bergaduh pasal filem. Baik layan hentai lagi bagus. I lurve hentai 200%..

    BalasPadam
  20. Apa yang saya nampak kat scene filem melayu ialah penerbit filem sendiri bersikap kapitalis yang hanya fikirkan keuntungan tanpa mengambil kira kualiti. Bagi saya semua ni berpunca daripada mentaliti audience jugak. Sume suka citer yang ringan2 ditambah dengan lawak bodoh. Sume citer cinta khayalan gadis. Kalau audience x minat citer2 camni syarikat filem xkan buat. Sebenarnya bukan xde pembuat filem yang bagus, ada cuma x mainstream atau kena kecam dengan kerajaan. Contohnya citer Lelaki Komunis Terakhir. Citer ni kena banned oleh kerajaan tapi hakikatnya gain international recognition. Dalam hal ni LPF jugak sangat sempit fikirannya dimana bahan berbentuk edukasi yang merujuk kepada ideologi radikal jugak kena banned. Bagi saya jugak genre filem mainstream cam rempit, cinta, lawak bodoh sume tu lagi banyak influence buruk kat anak muda. Konklusinya penerbit patut sedar dari tidur. Filem malaysia desperately need a new breath.

    BalasPadam
  21. kalau meleis pandai boikot mcD dan starbucks setiap kali israel bedil gaza, kenapa tak boleh nak boikot filem2, drama dan media tempatan yg berkualiti sampah?

    selagi ada penonton, produser akan terus buat karya2 bertaraf sampah. selagi ada untung, diaorang buatla cerita2 merepek.

    nak ubah sikap penggiat seni tempatan, boikot saja hasil karya mereka yang tak senonoh dan memalukan malaysia. duit di tangan masing2.

    BalasPadam
  22. Filem melayu yang boleh dibanggakan - Leftenan Adnan,Hati Malaya,Bukit Kepung,Tanda Putra,bukit kepong etc..
    Filem Indon yang bangang - suster ngensot,nenek gayong,goyang kerawang,kesurupan,kuntilanak dan etc...

    So..2X5 gak...jgnlah nak bias sgt menilai...kalu kita carik keburukan dalam 1000 kebaikan dan hanya 1 keburukan tu jugak yang nampak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku bukan berbicara tentang filem patriotik, tapi keberanian pembikin2 filem untuk menerbitkan filem yang realitistik tentang perkara yang berlaku di sekeliling kita. tak dinafikan banyak juga filem indonesia yang sampah, tapi banyak juga filem mereka yang sudah berani menonjolkan sisi realistik dalam isu dan kehidupan masyarakat di Indonesia, sedangkan filem kita yang bagusnya terlalu sedikit dan yang sampahnya terlalu banyak, malah masih takut dan tidak berani untuk memaparkan isu dan realiti negara kita.

      Padam
    2. ko mmg bias lah noob...apalah sgt realiti yg dipaparkan dalam filem indon tuh?? kalu filem yg berkisarkan sejarah ..yer mmg diakui berkualiti dan jalan cerita yng logik kerana berdasarkan fakta sejarah,,sama juga apa yg dihasilkan oleh filem kita. Kalu filem lain tu payah aku nak setuju dengan ko bro. Takder lebih nyer movie indon tu. Sama gak ngan movie kita. suntikan elemen kemewahan dan pelakon yg seksi dan handsome dh jadik mcm kewajipan. Tapi yang aku perasan filem indon lebih gemar shooting kt oversea pastu pelakon utama semua mix blood rupa mat salleh. Mana yag realitinya pelakon muka jawa ????.Takder maknanya filem indon memaparkan realiti negaranya. Yang kt Malaysia ni pulak,,,movie mesti ada mat rempit, gengster lps tu yang realitinya semua mesti ada bro zizan raja lawak..oppssss,,,,.!!..Itulah belum lg aku sekolahkan ko psl sinetron indon yg bodoh lg membodohkan tu. Ker ko ni kaki sinetron..??? heheheh

      Padam
    3. kau baca habis ke tak artikel kat atas tu? filem malaysia ke filem indon ke filem hollywood memang banyak filem sampah, tapi sekurang2nya diorang ada filem yang realistik dan berani memaparkan apa yang benar2 berlaku di sekeliling masyarakat dan negaranya. kita?

      ada orang bagi link filem indon "Alangkah lucunya (negeri ini)" kat atas tu, dan daripada wiki, filem itu mengangkat kenyataan sosial yang terjadi di Indonesia mulai dari masalah pengangguran hingga tindakan sewenang-wenang Satuan Polisi Pamong Praja (Satpol PP) terhadap anak-anak jalanan.

      filem malaysia? ada pernah 1 filem yang mengisahkan masalah yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan Malaysia, yang berani menegur pemimpin, atau yang menyentuh isu2 semasa dan masalah rakyat? takde kan?

      kalau ko tak faham2 lagi apa yang aku nak sampaikan, ko tengok kat sini - http://buasirotak.blogspot.com/2013/01/filem-tempatan-yang-takut-memapar.html. kalau ko masih tak faham, lantak kau lah.

      Padam
  23. aku suka filem indon bertajuk '5cm'. best giler..! patriotik!

    BalasPadam
  24. you have to watch these indo movies:
    sokola rimba
    what they don't talk about when they talk about love
    9 summers 10 autumns
    kita vs korupsi
    kisah 3 titik
    sebelum pagi terulang kembali
    toilet blues
    vakansi yang janggal dan penyakit lainya
    madre
    adriana
    mari lari
    cahaya dari timur beta maluku
    seputih cinta melati
    killers
    belenggu
    12 menit
    tabula rasa (september 25 2014)
    3 nafas likas (oct 2014)
    jejak dedari (oct 2014)
    mimpi sejuta dollar (oct 2014)
    supernova (dec 2014)
    pendekar tongkat emas (dec 2014)
    hatta (2015)
    tjokroaminoto (2015)
    bumi manusia
    bara di negeri hujan
    ketika mas gagah pergi
    gundala


    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.