Ahad, 24 Ogos 2014

21 ALS Ice Bucket Challenge yang semakin merapu

ALS Ice Bucket Challenge merupakan kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit Amyotrophic lateral sclerosis (ALS) atau Lou Gehrig's disease di mana peserta harus menyiram sebaldi air berisi ais ke tubuhnya lalu mencalonkan 3 orang yang lain untuk melakukan perkara yang sama. Jika tidak dapat melakukannya, mereka harus menyumbangkan $100 ke yayasan ALS. Ia bertujuan untuk mengutip derma bagi membiayai pusat penyelidikan & mencari penawar utk penyakit ALS ni.


Tujuan menyimbah ais ke tubuh seseorang adalah kerana kesan yang kita rasai apabila sebaldi air berisi ais disimbah ke tubuh kita adalah sama dengan apa yang dirasai oleh pengidap penyakit ALS ini. ALS adalah sejenis penyakit yg mengganggu urat saraf di dalam otak dan saraf tunjang. Gangguan saraf ini kemudiannya akan menjadikan pesakit itu lumpuh dan akhirnya meninggal dunia.
Sumber fanpage FoBN.

Trend siram air sejuk dan ais ke atas kepala dan badan sendiri sudah semakin menular dari negara2 barat sehinggalah ke Malaysia sendiri. Tujuannya hanya semata2 nak meningkatkan kesedaran tentang penyakit ALS dan menderma kepada yayasan dan institusi pengkajian ALS, dan ia langsung tiada kaitan dengan untuk kita rasa apa yang dirasai oleh pengidap penyakit ALS ini, ini ntah sapa2 yang pandai2 je reka. Ia hanya satu trend suka2 yang mudah dibuat oleh semua orang agar benda ni jadi viral, itu sahaja. Pernah sebelum ini, idea menyimbah ais kat kepala ni pernah dibuat untuk kempen lain tapi bukan untuk kempen ALS ini. Boleh rujuk wiki kat bahagian Origin tu.


Setakat ini, ramai tokoh, selebriti, ahli sukan, pemimpin, retis k-pop yang dah buat cabaran ni seperti Bill Gates, Mark Zuckenberg, Cristiano Ronaldo dan lain2 artis Hollywood. Dan baru2 ini, ia juga telah mula merebak ke Malaysia dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin melakukan cabaran ini dan kemudiannya Menteri Pelancongan, DS Nazri Aziz pun melakukannya setelah menerima cabaran dari KJ. Walaupun aku tengok ramai yang kritik diorang, tapi dari sudut positifnya aku tengok diorang ni sangat sporting.



Cuma aku rasa cabaran ni semakin lama semakin mengarut. Tujuan asalnya hanya untuk meningkatkan kesedaran pasal penyakit ALS dan meminta orang ramai derma kepada tabung ALS ni, tapi sekarang ramai orang buat hanya kerana ia trend dan untuk suka2, malah ramai yang seperti bertanding menunjukkan siapa yang buat paling hebat. Ada yang simbah air pakai besen besar, simbah pakai kereta bomba, ada yang sampai pakai helikopter! Dan bila masing2 nak tunjuk hebat, shit happen, so much fail. Ada yang kepala kena hempap dengan baldi, ada yang kena renjatan elektrik. Dari takde pasal jadi pasal.


Masalah kedua adalah, ramai orang buat hanya untuk kegembiraan diri sendiri dan hanya untuk tagih perhatian, tapi at the end, takde pun bagitau cara untuk menderma, dan kepada siapa, tabung mana, yayasan mana untuk didermakan, terutama orang Malaysia yang buat cabaran ni. Kepada siapa nak kena derma? Nak derma yayasan ALS US atau Malaysia? Ada ke tabung penyakit ALS di Malaysia? Apa laman webnya? Apa no akaunnya? Siapa yang perlu dihubungi?

At the end, matlamat tak sampai, yang tinggal hanya kerja bodoh dan sia2. Lebih baik buat satu trending untuk tingkatkan kesedaran terhadap masalah di Palestin dan untuk dermakan sumbangan kepada mereka.





tags: als ice bucket challenge cabaran baldi ais simbah kepala badan air sejuk sampah khairy jamaluddin nazri aziz bill gates palestine video trend 

21 ulasan:

  1. Sanggup tak nak derma 100USD pada yayasan ALS. Sengkek sangat ke?

    BalasPadam
  2. tk guna pnya kj, tk habis2 syok sendiri, dh xde keja len ke nk buat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesuai dengan taraf intelek beliau yang rendah.

      KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

      Padam
    2. KJ adalah menteri paling suka mencapap (attention whore) semua benda dia nak menyelit kasi up nama.

      Padam
    3. walaupun taraf intelek rendah, beliau lepasan universiti no 4 di dunia.

      Padam
  3. Kedepan blh kebelakang sket x. Kesini nak kesana. Kesitu pula nk kemari..

    BalasPadam
  4. Mereka patut cuba ulti Rylai-The Cristal Maiden

    BalasPadam
  5. Salah satu benda yg popular utk org yg dilebel org yg update dgn perkembangan moden ialah follow apa org barat buat. Sy pun tau benda ni sejak minggu lepas n menjadi viral smpi hmpir semua tokoh n selebriti hiburan n sukan buat...pas2 menular ke malaysia n jd bnda fav utk budak havoc utk buat n upload kat fb.

    Bg sy, niat menderma hmpir tiada, just nak show off yg dia 2 power tahan sejuk n nmpk macho/berani, itu je. Yg buat berjangkit ialah nominate org lain utk buat dll masa 24jam n kena denda $100 kalau x buat. Even kalau buat on time pun derma $10 tp x menderma lansung, pasal $100 jgn cite la.

    Konsep menderma dlm islam ialah dgn ikhlas n tanpa menunjuk2...kalau follow stail barat, lebih merosakkan org kita utk niat menderma sebenar. Even buat perkara sama utk derma Palestin pun sy x setuju, sbb x tepat konsep memderma dlm islam. Just hiburan semata-mata ialah penyakit org kita sedangkn doa sbgi senjata kuat ory islam pun pyah nak tadah minta kpd Allah secara ikhlas spy kekejaman di Palestin ditamatkan.

    BalasPadam
  6. Kang orang barat buat trend berak pasti main lempar2 taik..orang malaysia pun buat gak. Mula2 skali kj lempar taik dia kat menteri lain.

    BalasPadam
  7. eeei,xmao2.. Sejukk laa n bullshit..

    BalasPadam
  8. Last-last yg betul2 untung ialah tokey ais seluruh dunia...

    BalasPadam
  9. aku dh agk mesti akan ad budk2 org nak up ikut ALS hanya sebb trend tp apa kan daya disebbkan bnyknya anon yg gila disini puihh lol

    BalasPadam
  10. Memandikan diri dengan sebaldi ais dengan merakam serta mencabar nama-nama lain. Jika tidak terima cabaran itu, maka mereka terpaksa membuat sumbangan kepada NGO kebajikan.

    Ramai terima cabaran untuk tidak mahu membuat sumbangan ataupun mereka menyumbang walaupun menerima cabaran semuanya mahukan perhatian.

    Yang menarik, sampai kepada pemimpin juga lakukannya atau itu satu indikasi bahawa mereka akan lakukan apa sahaja untuk tidak membuat sumbangan.

    Atau tidak perlu melayani langsung cabaran itu. Sila jangan cabar saya...kerana saya tak mungkin terima cabaran itu. Kalau nak beri...beri sahaja. Kalau taknak beri, tak perlu merendahkan iq diri dalam rasionalisasikan perbuatan kurang cerdik atas dasar populis.

    SAIFUL NANG

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf atas persepsi yang tersasar tentang kempen ALS sebelum ini. Ia buat saya membaca tentang ALS dan saya fikir, ia salah satu kempen untuk orang mengenali apa itu ALS melebihi satu kempen untuk menarik sumbangan.

      Who want to challenge me for ice-bucket challenge??
      (tak mengapa...nak cabar boleh, tapi saya yakin saya tetap tak akan buat).

      KATA SAIFUL NANG LAGI

      Padam
    2. The problem is...donating is not viral enough.
      It works both way...get wet and viral but no donation...or just donate but not viral.

      Or...on the other side...

      Just like Nurul Izzah did...
      Not wet
      but donating...

      And let's make it viral

      SAMBUNG SAIFUL NANG DALAM BAHASA INGGERIS SAMBIL MEMPROMOSI NURUL IZZAH

      Padam
  11. bukan original dia ..berjaya pon kene bayar ke?

    BalasPadam
  12. No need to waste water in order to inculcate awareness

    BalasPadam
  13. sat ini karena semakin mebumingnya ice bucket challenge, sudak tersebar ke negara mana saja gan?
    terimakasih ;)

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.