Jumaat, 22 Ogos 2014

64 Hari Berkabung Malaysia untuk MH17

Hari ini, 22 Ogos 2014 merupakan Hari Berkabung Malaysia untuk tragedi MH17. Ucapan takziah dan simpati dari kami kepada keluarga dan waris mangsa penumpang serta anak kapal pesawat MH17.

DaripadaNya kita datang, kepadaNya jugalah kita kembali. Marilah kita sama2 mendoakan agar mereka yang terlibat dalam nahas tersebut mendapat keredhaan, keampunan dan rahmat dari Allah Taala dan semoga mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.







64 ulasan:

  1. No stupid comment please!!!

    BalasPadam
  2. ada keperluan apa yg ketibaan jenazah dan pengkebumian mangsa MH17 itu ke satu tingkat penghormatan tertinggi jika di bandingkan kenyataan saksi dlm mahkamah masa penyerangan penceroboh di Lahad Datu?

    mayat2 anggota kita dibunuh dan di kerat secara sadis.. Masa kebumian.. ada Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Menteri Besar dan pembesar kerajaan hadir dan ambil peduli dan berikan hari perkabungan negara atau negeri?

    Ada kita atau Kerajaan mengistiharkan mereka2 yang terkorban mempertahankan negara itu sebagai Pahlawan Nasional?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan m'sia ni suka ikut2, cara buat penghormatan pun sebiji mcm belanda buat. Klu belanda x buat confirm m'sia pun x buat. Menteri2 mana ada idea......

      Padam
    2. keretapi pun akan berhenti serentak 2 minit... kapal terbang di udara tak nak suruh terapung 1 minit ke... kerja bodoh....

      Padam
    3. Kita belanja duit buat benda2 ni takpe. Tapi lain kali ada kes macam ini orang akan harapkan layanan dan penghormatan yang sama. Bila tak buat orang akan menyoal keikhlasan kerajaan.

      Padam
    4. Yang ini special kes.. tragedi 2 kapalterbang dalam 5 bulan, satu hilang dan satu lagi di tembak, kedua2 Boeing 777 yang boleh di kawal jauh. 2 kes ini membuatkan kabinet tercabar dan di ragui???

      Padam
    5. betul tu.aku lagi sokong kita beri penghormatan lebih kepda anggota yang terkorban di lahad datu.

      Padam
    6. tragedi kematian dan kemalangan ni berlaku setiap hari.. cuma kali ni kita ambil kisah lebih2 sebab kerajaan suruh.. kalau kerajaan tak suruh, mungkin kita kongsi sedih dari jauh camtu2 jer.. xde sampai nak kena berkabung 1 malaysia.. doa tu doa jugaklah... tapi jgn lupa doakan juga utk mangsa2 yg hari2 blaku kematian

      Padam
    7. memang kematian berlaku setiap hari, tapi kematian disebabkan kapal terbang kena tembak bukan berlaku setiap hari. kena faham ini isu nasional dan antarabangsa.

      dan ya, aku tak rasa orang yang berdoa untuk mangsa mh17 tidak lupa untuk doakan juga untuk hari2 lain yang berlaku kematian. tolong jangan sempitkan sangat pemikiran tu.

      Padam
    8. lahad datu isu nasional dan antarabangsa... perkabungannya tidaklah semeriah ini walaupun tujuannya jauh lebih mulia, menyelamatkan negara.. tapi pkabungan kali ni bukanlah salah pun..

      Padam
    9. lahad datu isu nasional antarabangsa - asia.. yang mh17 ni pulak antarabangsa dunia, sebab banyak negara-negara yang terlibat.

      tapi still aku sokong yang anggota keselamatan yang terkorban kat lahad datu patut dapat perhormatan seperti ini. tapi pendekatan kerjaan mungkin berbeza di mana anggota-anggota yang terkorban, ahli keluarga diberi pampasan wang.

      Padam
  3. dulu masa peristiwa helicopter nuri jatuh terhempas di Sarawak, seorang Major General dan Brigadier General dan berapa orang lagi anggota ATM terkorban.. tak ada pun penghurmatan negara. tak ada pun hari perkabungan dan tidak pula di naikan pangkat mereka yg mati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. masa tu DSNajib ke jd PM ke?

      Padam
    2. apa sangkut sapa jadi PM dgn crash

      Padam
    3. Banyak yang kerajaan buat perkara baik....tapi kadang2 terlampau....Perwira negara yang berjuang utk negara pun di beri penghormatan biasa2 je....

      Padam
    4. Askar yg mati baru2 ni terbalik kereta perisai.. Senyap gitu jer.. Mati dlm tugas tu..

      Padam
    5. Penghormatan sepatutnya lebih kepada para pejuang kita. ni tidak..bila pejuang terkorban..buat penghormatan mcam apa je..takde nak menghargai pejuang2

      Padam
    6. pejuang tu lain.. diorg mmg patut mati sebab diorg berjuang.. kerajaan nak bkabung buat apa.. ini mangsa.. mangsa kejadian yg dia tak duga.. pejuang tu dia dah duga dan bersedia...

      Padam
    7. kalau tak tahu cerita, jangan komplen, wira lahad datu, memang ada kerajaan nak beri penghormatan negara, tapi keluarga mangsa rata-rata menolak penghormatan tersebut.
      Sama macam kes MH 17, ada juga keluarga yang tak mahu diberikan penghormatan.

      Padam
  4. Itu la nama nya politik. Nak menjaga hati rakyat tu lagi penting atau jaga 2/3 keluarga...tp sy lebih cenderung utk memberi penghormatan diseluruh negara kpd pejuang2 yg terkorban semasa menjaga tanah air kita.

    BalasPadam
  5. Kejadian MH 17 telah di ambil sebagai lonjakan politik oleh Pimpinan Negara untuk MENAWAN kepercayaan Rakyat terhadap kerajaan BN, kita lihat terlalu banyak Menteri yang bercakap berkaitan Membawa Pulang Jenazah dan Mayat mangsa 17 ini, kita melihat MH 17 di berikan terlalu lebih Publisiti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ketua Polis Negara Tan Sri Rahman Hashim di Tembak oleh komunis di persimpangan jalan Tun Perak, Ketua Polis Perak pun di tembak oleh komunis, tiada pun di istiharkan Perkabungan Nasional.

      Padam
  6. kematian manusia di negara ini tiap2 hari dari pelbagai darjat kedudukan dan strata tak masuk dlm kategori penghormatan negara pun....penin penin..

    BalasPadam
  7. Apa jasa yg besar sangat mereka ni sampai dpt penghormatan sedemikian...tak salah tp dah melebih2 pulak..

    BalasPadam
  8. Bila Belanda buat mcm tuu. Maka kerajaan kena buat mcm tuu juga .. Sebab belanda dah buat. Kalau tak ikut maka tak rock la.. belandakan pernah jajah melako satu ketika dulu..... ikutlah penjajah.. apa daa korang ni..buta sejarah ko?

    BalasPadam
  9. Dulu ramai rakyat kita terdiri daripada rakan2 ayah kita sendiri kot gugur dimedan peperangan.. tahun 1976 dulu tu.. tu bukan kemalangan, peperangan demi negara... tidak pernah pun diberi penghormatan sebigini rupa...Erm.!!! Entalah apa yg dimaksudkan oeh pemimpin sekarang

    BalasPadam
  10. setahu saya bendera separuh tiang & bendera yg membaluti keranda itu adalah Hanya khusus buat Raja serta perwira negara yg mempertahankan negaranya..

    BalasPadam
  11. guys, boleh tak korang stop kondem atau mempertikai macam2 untuk 1 hari ni atau sekurang2nya untuk entry ni? kerajaan nak buat hari berkabung ke nak buat apa ke lantaklah diorang punya pasal. diorang pun tak paksa korang untuk join istiadat perkabungan tu atau bertafakur. korang nak buat, buat, tak nak buat, sudah. takde kesan apa2 pun dalam kehidupan korang, tapi at least, perkabungan ni memberi kesan kepada keluarga 20 jenazah yang dibawa pulang hari ni, so bagi la sedikit penghormatan kepada mereka. kalau tak nak hormat, diam2 sudah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau nak hormat, sila heboh2kan.. kalau tak nak hormat.. diam2 sudah.. macam tu juga kalo orang murtad.. nak hormat pendirian dia, heboh2kan.. tak setuju, diam2 sudah..

      Padam
    2. jaga hati 20 keluarga...

      Padam
    3. ya, mujurlah bukan keluarga kau, ye tak?

      Padam
    4. ya, apa perasaan kau bila ahli keluarga ko yang mati berjuang di lahad datu tak dapat apa2 penghormatan sebegini pun..tapi yang MH17 ni berkabung dan berarak dan penuh istiadat? apa perasaan kau tgk tv..abg kau yang meninggal kena tembak kat lahad datu tak dapat apa2,malah ramai yang tak amik kisah..sedangkan dia berjuang utk rakyat negara ni agar penceroboh tak dpt mengapa-apakan kita?aku tak marah kalau nak beri penghormatan kepada MH17 ni,tapi aku mintak yang meninggal di lahad datu tu diberi penghormatan lebih tinggi dari ni. kalau inilah standard yang ditetapkan utk mangsa nahas, standard yang lebih tinggi patut diberikan kepada pejuang

      Padam
    5. utk hari ni saje.. sila beri penghormatan.. soal lahad datu ke apa.. tu esok boleh cerita..

      Padam
    6. sape tak sedih kalo keluarga sendiri meninggal.. aku pun sedih.. so, sila hormati keluarga orang lain.. diorg masih dalam mood sedih...

      Padam
    7. wira lahad datu yang gugur juga telah diberi penghormatan oleh ketua2 negara - http://www.astroawani.com/photos/album/majlis-pengebumian-wira-wira-lahad-datu-malay-184/majlis-pengebumian-wira-wira-lahad-datu-malay-6-1505. mereka turut mendapat kenaikan pangkat, pencen, tabung koperasi, anugerah dan lain2 lagi - http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Penghormatanterakhiruntuk2wiranegara/Article/.

      majlis perkabungan untuk mangsa mh17 hanya istiadat. so bagi aku tiada keperluan untuk beza2kan mangsa tragedi mh17 dengan wira lahad datu.

      Padam
    8. dapat la sebenarnya penghormatan case lahad datu tu.. cumanya kurang diwar-warkan di media massa.. tapi aku dengar radio, ada je penghormatan ni.. cuma seruan untuk bersama-sama memberi penghormatan ni kurang ditekankan/diwar-warkan macam case mh17 ni..

      Padam
  12. saya bersimpati kepada mangsa dan waris MH17... sesape yg nak berkabung, ikutlah berkabung.. cuma nak kongsi pendapat..

    Diam sejenak, membaca al-Fatihah, memakai pakaian warna gelap, memakai songkok, mengibarkan bendera separuh tiang bukanlah ajaran Islam.

    Cukuplah kita ucapkan Inna lillah wa inna ilaihi rajiun

    BalasPadam
    Balasan
    1. pasal baca al-Fatihah atau apa2 ayat Al-Quran aku pernah tulis dulu, dan aku kongsikan surah Al-Fatihah serta maknanya kat atas untuk peringatan kita semua yang masih hidup.

      pasal diam sejenak, pakai warna gelap, songkok, kibar bendera separuh, ya memang semuanya bukan ajaran islam, ia cuma istiadat dan budaya negara kita, buat atau tidak bukan menjadi ukuran kepada iman kita, ia lebih kepada semangat kenegaraan bukan agama.

      Padam
  13. dulu dia lahh
    org yg mmpertikai status org sulu
    org yg mmpertikai status mati askar
    org yg mmpertikai pesawat mas
    org yg mmpertikai tindakn kerajaan
    org yg plg bnyk update al-fateha
    org yg plg bnyk komen ameen
    sekarang dia lahh
    org yg mngutuk kerajaan
    org yg ungkit cerita sulu
    org yg cerita sulu bila org cerita mh17
    org yg aku kira apa ntahh
    org yg fapp fapp fappp mungkin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya.. orang itu la.. "Tanpa Nama".. seperti kita. kekeke

      Padam
    2. da jd habit nk pumpang
      selagi hidup mst fapp fapp

      Padam
  14. Yang terbaik boleh dilakukan kerajaan adalah mengeluarkan arahan agar setiap masjid dan surau diseluruh negara membaca doa qunut pada setiap solat mendoakan kehancuran orang yang menembak MH17....hantar teks qunut keseluruh negara.....menghadapi saat getir ini dengan solat hajat berjemaah tidak pernah dilakukan Rasulullah dan para sahabat.. Adapun berdiri seketika bertafakur, itu perbuatan munkar yang bukan berasal dari islam....nak pacak tiang bendera separuh tiang ke apa, itu urusan keduniaan kamu yang lantaklah kamu nak buat apa pun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hukum Tafakkur Dan Berkabung

      ISU:

      Saya ingin bertanya tentang isu tafakkur dan berkabung. Adakah dalam Islam ada amalan tafakkur sebagai tanda kedukaan atas kematian sepertimana dalam kes MH17. Begitu juga tentang amalan berkabung. Dalam Islam apa yang sepatutnya dilakukan. Mohon penjelasan. Terima kasih.

      PENJELASAN:

      Faham bertafakkur dalam Islam tidaklah sama dengan apa yang dilakukan sekarang ini yang dipanggil ‘moment of silence’ (tunduk selama beberapa minit) bagi menghormati orang yang mati. Tafakkur membawa makna “kegiatan hati untuk memahami makna setiap perkara bagi mencapai apa yang dihajati. Tafakkur juga merupakan pancaran hati yang dengannya kebaikan, keburukan, manfaat dan kemudaratan akan menjadi jelas (al-Jurjani, Kitab al-Ta’rifat, ms.77)

      Namun perbuatan tunduk selama beberapa minit (moment of silence) bagi menghormati orang yang mati tidaklah bertentangan dengan syarak kerana ia sekadar tanda penghormatan yang bersifat universal dan tidak melibatkan apa-apa ritual bacaan dan pergerakan yang menyerupai amalan keagamaan agama lain. Penekanan dalam perbuatan 'moment of silence' lebih kepada bagi menunjukkan kesedihan, ingatan dan penghormatan kepada mereka yang telah meninggal dunia.

      Namun sekiranya perbuatan tersebut disertai dengan ritual keagamaan agama lain seperti menyalakan lilin atau bacaan-bacaan tertentu maka ia menjadi tidak selari dengan amalan Islam dan dilarang oleh syarak.

      Asas terhadap keharusan tersebut boleh diambil dari perbuatan Rasulullah yang bangun menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan baginda atas dasar kemanusiaan. Begitu juga dengan kisah seorang Sahabat Nabi bernama Qays Ibn Syamas yang pernah menyatakan hasratnya kepada Rasulullah untuk menghadiri majlis kematian ibunya yang beragama Nasrani, Nabi membenarkan dan menyuruhnya berjalan di hadapan jenazah sebagai tanda hormat. (Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Ahkam ahl Zimmah, vol.2 ms. 434).

      Walaupun apa yang dilakukan oleh Nabi dan Qays, tidaklah benar-benar sama dengan perbuatan 'moment of silence', namun kedua-dua perbuatan tersebut memberi isyarat bahawa tidak salah untuk menghormati orang yang meninggal melalui perbuatan yang tidak bertentangan dengan syariah, termasuk bukan Islam. Islam sendiri menggalakkan kita mengambil iktibar dari kematian. Namun yang terbaik untuk dilakukan bagi menghormati orang Islam yang meninggal dunia ialah dengan mendoakan mereka dan membaca ayat-ayat suci al-Qur’an.

      Sementara perbuatan berkabung bagi menunjukkan tanda dukacita kepada orang yang meninggal dunia seperti mengibarkan bendera separuh tiang dan memakai pakaian berwarna serba hitam atau suram adalah dibenarkan selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur atau ritual keagamaan agama bukan Islam yang bertentangan dengan syarak.

      Dalam perbahasan para ulama amalan berkabung banyak merujuk secara khusus kepada apa yang dilakukan oleh seorang wanita yang kehilangan suami. Istilah yang digunakan ialah al-ihdad/al-hadad yang bermaksud menahan diri daripada berhias.

      Menurut istilah pula, perkabungan memberi erti meninggalkan perbuatan memakai haruman, perhiasan, celak, minyak, sama ada yang harum ataupun tidak, iaitu yang khusus bagi tubuh. Namun ia boleh dikiaskan kepada konteks yang lebih besar termasuk dalam konteks masyarakat dan Negara seperti dalam kes MH17. Maka keputusan untuk menetapkan beberapa hari untuk tujuan berkabung adalah termasuk dalam perkara yang harus.

      Malah dalam hal memakai pakaian berwarna hitam, terdapat perbahasan yang mengatakan bahawa Keempat-empat mazhab mengharuskan (iaitu dalam konteks wanita kematian suami) untuk memakai pakaian berwarna hitam. (Wahbah al-Zuhayli, Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, jild 7. 662

      Wallahu a'lam.

      Sumber http://www.e-fatwa.gov.my/blog/hukum-tafakkur-dan-berkabung

      Padam
    2. yeah win bro

      Padam
  15. Tahukah anda, bendanya simple saja. Common sense.

    1. Kita buat berkabung di peringkat kebangsaan sebab nak tunjuk kepada dunia betapa rakyat Malaysia sedih & mahukan keadilan dari tragedi tu. Kita nak pesalah dihadap ke muka pengadilan..

    2. Memakai pakaian berwarna suram adalah untuk mewujudkan atmosfera yang sedih dengan kehilangan ini. Takdenya nak tiru adat dan ritual Kristian. Sekadar facial atmosphere. Takkan la hari orang meninggal kita nak pakai cantik-cantik. Tanggungjawab sesama warganegara ko kena paham.

    3. Sebagai pengamal bahasa, abang tahu perkataan bertafakur itu ada makna yang luas. Maksudnya "bermenung memikirkan se­suatu dgn sungguh-sungguh." Jadi, kau ambik la masa bertafakur tu untuk muhasabah. Benda-benda macam ni boleh jadi kepada sesiapa sahaja.

    4. Bendera yang dinaikkan separuh tiang adalah simbolik kepada kesedihan yang jadi bukan sahaja kepada kumpulan individu tetapi dikongsi bersama seluruh warganegara. Itu sebahagian protokol apabila terjadi tragedi yang menyedihkan dalam negara.

    5. Islam tak ajar pakai serba hitam, naikkan bendera separuh tiang, dan bertafakur. Islam jugak takde ajar main pesbuk. Islam juga takde ajar makan pakai sudu.

    6. Akidah tu ada 3 elemen. Hubungan manusia dengan tuhan, hubungan manusia sesama manusia, dan hubungan manusia dengan alam. Kalau kau singkir salah satu, boleh terjejas akidah kau.

    7. Kesimpulannya, nak paham benda-benda basic common sense macam ni pun ramai yang dah gagal. Mampos la. Abang nak makan tengah hari.

    #kopipessokernet

    BalasPadam
  16. PM plz fight for them.. bangkit dan lawan... !!!

    BalasPadam
  17. pasal berkabung pun mau gadoh.. pasal nak tanam org yg mati dlm perjalanan balik holiday pun mau persoal.

    anggap saja itu dah rezki para penumpang dan anak kapal mh17. sesetengah org di hari pengkebumian, mereka dapat penghormatan yg sgt besar. padahal mereka bukan ada apa2 pun yg melayakkan dapat begitu. tapi, dah nama rezeki. biar je la. in the end, yg tinggal meratapi pemergian orang2 ni hanyalah kaum keluarga mereka je.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.