Selasa, 28 Januari 2014

98 Macai MLM yang terpaksa pertahan penipuan produk

Lebih satu dekad yang lalu, masa aku masih belajar kat universiti, ada sorang member aku memang kaki MLM (bukan Maharaja Lawak Mega tapi Multi Level Marketing). Masa tu yang paling glamor Omega Trend, lepas tu Luxor, lepas tu ntah apa lagi ntah. Aku pernah dipaksa untuk jadi downline dia tapi aku tolak dengan baik. Sekarang MLM tu dah senyap ntah ke mana. Member aku tu pun sekarang ntah masih lagi aktif dengan MLM aku tak tahu. Tapi produk MLM ni bermusim, mula2 panas, beberapa tempoh lepas tu, senyap, tak lama kemudian keluar produk MLM lain, hot balik, lepas tu senyap, begitulah kitarannya. Dan sekarang ni MLM yang paling terhangat adalah Phyto Science Double Stemcell.


Cuma sekarang ni sedang melanda satu kontroversi di mana produk Double Stemcell ni dikatakan menggunakan logo halal Jakim pada produknya tanpa mendapat pengesahan dan kelulusan JAKIM seperti yang ditulis oleh Mazidul Akmal Sidik di blognya:

Malah ia menjadi isu hangat di FB Fanpage SAY NO to MLM. Kebanyakan gambar dan screenshot aku ambil dari fanpage nih, korang semua jangan lupa LIKE untuk dapatkan update mengenai pelbagai isu mengenai penipuan MLM dan skim ponzi. Tapi sebelum tu, baca dulu posting "Kenali scam MLM, pelaburan dan skim cepat kaya" kalau yang belum baca. Ok sekarang, fahamkan dulu situasi di bawah.


Dah faham? Ok ini adalah kenyataan daripada pihak JAKIM mengenai produk Double Stemcell yang bukan merupakan pemegang sijil pengesahan halal Malaysia. Ini bermakna, mereka tidak boleh menggunakan logo halal JAKIM di produk mereka. Mudah sahajakan isunya? Isunya bukan produk itu halal atau haram, tapi kerana menipu dengan menggunakan logo halal JAKIM sedangkan mereka tiada pengesahan pun.


Namun ramai stokis dan pengedar produk ini bersungguh2 cuba mempertahankan produk MLM ini, malah orang yang cuba membongkar penipuan ini pula dituduh fitnah.


Oh orang lain pula iri hati dengan kemajuan mereka. Tu belum yang cakap "Itulah orang melayu tak suka tengok orang melayu lain kaya".


Sijil halal JAKIM dah tamat tempoh? Sembang lebat sangat ni.


Tiba2 je diorang ada mesyuarat dengan pihak JAKIM, sekali busted dengan pegawai JAKIM sendiri cakap takde, gila lawak.


Kelulusan dan pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan pun dah ada orang mula selidik.


Bukti sijil pengesahan halal dari JAKIM takde pun diorang tunjuk, tapi sebaliknya tunjuk surat pengesahan Halal daripada Mibelle Group Biochemistry. Kalau gitu jangan la guna logo halal JAKIM kat produk, tapi guna la logo halal yang dikeluarkan oleh Mibelle Group Biochemistry tu.


Masih ada lagi yang tak sedar diri tu...


Tak puas hati siap kondem pulak pihak JAKIM suruh buat research sebelum keluarkan statement. Nak research jadahnya, isu dia mudah je, JAKIM tak keluarkan pengesahan sijil halal untuk produk ni tapi diorang guna jugak logo tu. Kat part mana yang susah sangat nak faham?


Oh ada kereta mewah. Patutlah bukan main tak puas hati. Yelah kalau MLM ni lingkup, nak bayar bulan2 macam mana. Tapi kenapa macam Photoshop je gambar kereta tu?


Tipikal MLM, fokus utama semata2 kepada income, bukan produk pun sebab kadang2 produknya tak seberapa pun, tapi sembang marketing je lebih. Jual produk biasa tapi harga up berganda2 sebab nak tampung income upline, downline, founder lagi, segala platinum diamond semua. Yelah kalau jual murah macam mana nak beli kereta mewah untuk ditayang kat prospek.


Produk yang lebih kurang sama, stem cell berasaskan buah2an, jual di pasaraya terbuka cuma RM39.90 sahaja. Tapi bila produk macam ni dijual dengan kaedah piramid MLM, harga jadi berlipat kali ganda.


MLM dengan kereta mewah memang berpisah tiada...



Satu lagi ciri2 MLM merapu ni adalah produknya TOO GOOD TO BE TRUE. Hanya makan atau kemam beberapa kali sahaja, habis semua masalah kesihatan yang dihadapi selama ni terus hilang dan menjadi sangat sihat, sampai masalah kanser pun boleh sembuh. Penat je para doktor, pharmacist dan jurutera perubatan belajar ilmu perubatan dan kedoktoran untuk mengkaji bagaimana nak cari penawar kanser, buat alat rawatan kemoterapi, radioterapi dan lain2 serta hasilkan pelbagai ubat2an untuk merawat penyakit kanser, tiba2 makan benda alah ni boleh sembuh? Hebat...

Sumber
Dengan produk ini, semua orang boleh jadi doktor, tak perlu belajar tinggi pun. Siapa ada masalah kesihatan dan penyakit seperi kencing manis, darah tinggi, stroke, gaut, sakit sendi dan macam2 lagi tak payah pergi klinik atau hospital jumpa doktor dah, jumpa je penjual produk nih. Oh kereta mewah tidak lupa.


Bukan aku tak percaya akan kebesaran Tuhan, tapi ceritanya terlalu hebat sampai jadi sukar untuk dipercayai. Hanya 2 kali mengemam Double Stemcell, penyakit yang dihadapi sejak kecil terus sembuh? Kalau sampai tahap tulah punya mujarab gila produk ni, patut dah lama dah dapat anugerah Nobel.


Ni pulak penerangan marketing plan Phytosciene Double Stemcell oleh salah seorang sifu yang mungkin dah ada kereta mewah. Berapa banyak punya piramid daaa.


Sebenarnya ramai pun tak kisah dan peduli pasal produk ni. Kalau nak kata pasal makanan halal haram, kat restoran macam TGI Friday, Hard Rock Cafe yang tak pernah ada sijil halal JAKIM malah hidang minuman keras tu pun berlambak je aku tengok orang melayu Islam makan. Jangan kata restoran tu, kedai2 mamak, restoran nasi campur melayu, restoran tom yam siam, gerai cendol tepi jalan, banyak je yang tak ada sijil halal JAKIM pun tapi ramai je orang Islam makan kat situ.

So sebenarnya kalau founder syarikat ni tak letak pun logo halal JAKIM kat produknya sebab tak nak apply, mesti takkan jadi isu sebab akan ada je orang melayu Islam yang sanggup beli dan join MLM tu, biasalah orang melayu. Kesilapan mereka hanya kerana mereka menipu pelanggan dengan meletekkan logo halal JAKIM tu walaupun takde sijil pengesahan dari JAKIM. Tapi nak buat macam mana, nasi dah jadi bubur.


Dan ya, menipu sijil logo halal JAKIM bukan benda yang remeh, kerana ia menipu umat Islam demi mendapatkan keuntungan. Malah isu MLM dan isu Palestin adalah 2 isu yang berbeza, dan kami semua tak buta hati. Satu lagi cuba jangan guna kata2 keagamaan macam tepuk dada tanya iman dan lain2 semata2 nak pertahankan penipuan korang.


Cuma aku sebenarnya kesian tengok macai2 produk MLM ni. Yelah yang buat taiknya founder dan tokey MLM yang menipu tu, tapi macai2 MLM ni yang terpaksa mempertahankan diorang sedangkan diorang sendiri tak tampal pun logo halal JAKIM tu. Join je MLM tu, logo tu dah memang terpampang kat produk2 tu, so bukan salah diorang pun sebenarnya tapi nak buat macam mana, duit banyak dah habis, loan dah buat beribu, kereta mewah dah keluar, so nak tak nak terpaksa backing jugak MLM diorang.

Kesian kesian...





tags: phyto science double stemcell kemam penipu scam logo halal jakim umie aida duta karut gila

98 ulasan:

  1. dulu hampir sangkut dgn luxor...ngarut sume tuh,,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini bisnes UMNO-BN untuk mejahanamkan wang rakyat!

      Padam
    2. bodoh punya macai umngok xhabis2 nak provoke org... sudah2 la tu ko buat mcm tu lg bertambah org benci & menyampah dgn umngok

      Padam
    3. mcm best jer bole pakai ferrari atau lamborghini.... nak join aahhh...

      Padam
    4. bodoh biang korang mcai pkr/dap cam sia je....bodoh cam lembu

      Padam
    5. yang bongok tu korg..otak melayu ni mmg tk pernah nak kembang..bkn semua mlm penipu..korg keje mkn gaji pun bknnya korg yang kaya..bos korg yang kaya kan..mlm ni dua2 kaya..pkir sendiri lah bos..akal diberi utk berfikir bkn bersangka mcm org bodoh

      Padam
  2. kalau cerita MLM, sampai bila tak habis. Inilah masalah orang Melayu, sibuk nak kaya cepat.

    BalasPadam
  3. Penat dah aku nak layan MLM semua ni..mengarut je semuanya...

    BalasPadam
  4. Tak fahamlah..kenapa ada orang yang pertikaikan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM. Dia tak boleh faham ke, sedangkan isu logo pun nak menipu, lain2 macam mana. MLM MLM MLM..Jangan tak tidur malam sudah sebab fikir hutang keliling pinggang lepas MLM lingkup.

    BalasPadam
  5. Kaya pun mati juga

    BalasPadam
  6. Kita perlu org sperti aidid muaddib utk membongkar lanun2 mlm ni...

    kpd siapa2 yg nak tahu lbh lanjut ttg mlm blh tngok blog aidid muaddib.. Dia tu legenda!

    BalasPadam
  7. ala, bro noob. kita ni sama je ngan org putih yg tipu org2 dia gak kencing abis-abisan kaum sendiri (pastu jaja kehulu ke hilir pertahan kaum sendiri ptuih perangai lebih jahat dr yahudi)... kat Amareka benda nipun bnyk je jadi, ak kenal kwn onlnie amreka pun ad citer hal ni... geng2 ni pun belajar teknik ni pun dari luar gak..... tapi Alhamdulillah ada mcm korang noob dan insan yg lain kaji dan dpt menunjukkan muka2 jenis MACA1 ni, terima kasih noob :) dan insan2 lain....

    BalasPadam
  8. aku rindu dengan blog aididmuaddib......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...saya pun mengharapkan comeback from him

      Padam
  9. hahaha photoshop kereta
    tak boleh blah.. agak2 la kalo nk nipu pon. curi2 bergambar dgn kereta mewah orang lain kt shopping complex ke..

    BalasPadam
  10. ada sape2 boleh komen pasal amway tak......ni pun MLM juga....dh lama kat malaysia ni.....satu2nye MLM yg xde stokis.......semua kedai milik amway sahaja....

    BalasPadam
    Balasan
    1. amway mengutamakan product.... kemewahan tolak tepi. saya pengguna amway & ahli amway juga. masuk ahli sbb nk dpt diskaun beli barang. bukan utk menjual. tapi kalu ade kawan2 yg berminat saya tolong gak belikan guna harga ahli.... x amik untung pun...

      Padam
    2. MLM kalu product ok cam amway, coway, avon boleh terima. ni produk low class made in china jual berganda mahal tu yg buat sial. satu lagi MLM yg sedang 'berkembang maju' di kalangan melayu skrg ialah TTTE (tune talk tune excel) apa faedahnya org join pun aku xtau. Rate panggilan tertinggi di kalangan semua syrt komunikasi

      Padam
    3. Maaf.. Boleh TERANGKAN apa maksud panggilan rate TERTINGGI? Kalau tak tau sila study dahulu sebelum membuat andaian tanpa menggunakan AKAL fikiran.. Tq..

      Padam
  11. nasib mak lum beli lagi,kalau tak sayang je duit

    BalasPadam
  12. ngarut la mlm2 butoh ni...mak aku mmang didik aku sejak kecil lagi supaya menjauhi mlm....

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha..siap ada didikan sejak kecil.mad,mungkin sekolah patut ajar subjek menjauhi mlm..

      Padam
    2. masalahnya akak-akak aku yg kerja cikgu semua masuk MLM..hahahaha

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  13. Zaman sekarang ni ramai betul yang..saya tak tau nak bagi istilah apa..tapi seakan-akan munafik. Apa yang saya perhatikan, ramai org yang menipu dengan cara menggunakan kalimah-kalimah suci. Contohnya Subhanallah, Masyaallah dan sebagainya. Ianya seperti mereka sedar mereka sedang menipu,tapi masih mampu menggunakan kalimah tersebut sebagai 'asas' untuk mereka kelihatan lebih suci dan ikhlas.

    Saya ada seorang kawan (bekas kawan). Dia menipu orang dengan cara mencari rumah sewa, dia sewa rumah tu dan kemudian dia sewakan kepada org lain. Mangsanya ialah pelajar. Student2 tu tak tahu pun bukan dia tuan rumah sebenar. jika rumah tu disewa oleh pemilik asal RM600, dia akan minta RM 900. Depositnya sahaja boleh ambil untung sehingga RM1000. Bila org nasihatkan dia, dia akan ckp "ini lah melayu, dengki tgk kejayaan org lain", "Alhamdulillah, Allah sentiasa buka pintu rezeki aku", "Allah sahaja yang tahu siapa salah siapa betul". Jadi org akan fikir yg dia ini tidaklah sejahat mana dan tidak bersalah.

    Budaya seperti ini seakan-akan merebak. Senang cerita, tgk sahaja asas bagi segala asas. kalau org tu tidak pernah tinggalkan solat dan seringkali mengajak kita solat, maka saya boleh katakan dia seorang yang baik kerana Allah memang ada dalam hatinya. Tapi jika asyik menipu, namun seringkali gunakan nama Allah untuk bersumpah atas penipuannya..org itu tidak akan jaga solatnya.Solat itu tiang agama. Asas bagi segala asas. Orang2 seperti ini ibarat produk diatas, ada logo halal..tapi tidak sah halal..cuma sticker yang disalahguna.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ciri2 org islam sebenar ialah besederhana dlm hidup n kejarkan saham akhirat....dunia ni sebenarnya pentas utk melalaikan manusia, ada yg berjaya n ramai yg terpedaya dg nafsu dunia. Akhirat yg kekal abadi n hidup muda selama2nya.

      Padam
    2. betul.ramai yg camtu sekarang.aku bukan nak cakap aku alim..tapi aku takde la nak syok sendiri rase diri beriman. mmg sakit hati tgk org menipu guna kalimah suci jadi pelengkap penipuan diorang.

      Aku ada member, keje dok main pompuan dan asyik kejar duit sane sini. bukan nak cakap dia jahil aku baik.aku pun kadang-kadang terlepas waktu solat.tapi dia langsung tak solat. But, org akan tgk dia mcm dia mmg suci dan bijak sebab dalam percakapan dia, mesti gunakan Alhamdulillah, Allahuakbar dan lain-lain.

      Bila kerja kotor dia terbongkar sikit,org akan mula marah dan tak suke kat dia..and then dia post kat FB, tweet atau wassup " Ya Allah, adakah ini ujian yang kau turukan untuk menguatkan imanku,sesungguhnya hanya kau yang memberi balasan kepada org2 yang menzalimiku". Org akan fikir "owh..kesian kat dia,dia tak buat..org fitnah dia". See? that's the game. Same as yahudi dan musuh islam. menzalimi org tapi kelihatan dia yang dizalimi. aku takut betul dengan org yang cmni. dia dilevel kejahatan yang ramai org belum bersedia hadapi..(fuh! mcm supervillan)

      Padam
    3. kepada cik "tanpa nama".. bekas kawan cik itu sebenarnya membuat business "SUB LET" . Sila google kalau tak tahu. lain kali tak tahu jgn main cakap je. ramai dah org buat business "SUB LET" ni. Pemilik rumah yg sebenar akan dapat manfaat (cari sendiri add on value tu malas den nak explain) kepada org tgh yg diberi sewa murah tersebut sebelum dia sewakan kepada org lain semula. Cuma dlm kes ni mungkin bekass kawan cik tu samada noticed ataupun tidak yg dia menjalankan business sublet tu. xde salah pun

      Padam
  14. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.. Syukur saya tak terjebak dengan DS ni. Bila dikaji sistemnya, memang banyak unsur-unsur yang meragukan. Tak salah nak buat MLM sebab ia 1 cabang bisnes yang bilionaire dunia pun nak buat kalau diberi kesempatan. Even though kita dilahirkan dalam bentuk MLM. Kerja makan gaji pun MLM. Ada networking tapi tak boleh demand income. Keje teruk camne pun, u still there. But in MLM bisnes kalau betul2 buat dan dijalankan dengan sah, pasti berjaya. cuma kena tengok 3 perkara before join. Company background. Produk-safety & quality. Marketing plan. Kalau fikir nak kaya cepat, memang org takkan lihat 3 benda ni dulu. Don't go for money.. Money will runaway. Go for success, money will come.:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. pd pendapat sy, kerja makan gaji bukan mlm. kerja mkn gaji pekerja xperlu keluar duit sendiri utk bekerja,mereka hanya bekerja utk majikan & akhirnya dibyr upah atas kerja yg dilakukan. berbeza dgn mlm,utk join network mlm kita perlu keluar duit byk utk join,lps tu nk kena keluar duit lg utk beli produk nk maintain point & sbgnya... ada beza kt situ

      Padam
    2. MLM yg mana bro maksudkan yg kena keluar duit byk tu.....pada saya bkn semua MLM kena keluar duit yg byk...mmg xdinafikan byk syrikat MLM yg menipu di luar sana..tapi bkn semua yg mnipu...

      kalau ada yg kena keluar duit byk untuk suruh org beli produk..tu menipu namanye...bkn nk membantu....kalau kena bayaran bagi pendaftran... pada saya ia berpatutan untuk sesorang yg mahu terlibat dgn perniagaan..sekiranya tidak melebihi RM 100...

      pada saya MLM antara bidang perniagaan yg org boleh ceburi tanpa memerlukan modal yg besar...

      untuk memulakan perniagaan konvensional memerlukan modal yg besar...tidak semua org mampu menyediakan modal tersebut w/pun hati minat utk berniaga..

      jadi pilihannya adalah syrikat MLM jika minat berniaga dgn modal yg paling minimum...

      Apa pun pilihan di tangan kita untuk mengubah nasib kita....

      Buat apa perkara pun minta dgn tuhan bkn dgn manusia...sembahyang isktiharah minta petunjuk dgn tuhan sekiranya ingin menceburi bidang MLM..

      Padam
    3. saya sokong ape yang diperkatakan zamri husin

      Padam
    4. MLM tak salah.. Yang salah mempergunakan PRODUK tu.. Mana2 kompani pun guna sistem MLM.. Director > GM > Sr. Manager > Manager > Supervisor > Operator..

      Padam
    5. bodohnya fuzzy, bangang x bertempat ya? tu namanya company ranking ngok, bkn system mlm.

      Padam
  15. wow macai memang ada dimana2 tempat dan peringkat.

    BalasPadam
  16. peluang nak beli saham zhulian..harga sham tengah murah, baru anounce dividen 7sen/share..tak yah sibuk2 nak jual produk atau cari down line...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa nama 10.00 PG..ko ni begap ke ape..dah ko beli saham dia..for sure ko pun dapat saham haram akhirat..sistem piramid bertingkek-tingkek atau pair dalam mlm tu kan haram..tula orang suh pi cari ilmu+faham+amal xmau..nak short cut je..dunia akhir zaman

      Padam
    2. untuk makluman ustat keyboard, aku tak beli pun saham zhulian dan untuk pengetahuan ustat K saham zhulian ni syariah compliance kalo menurut suruhanjaya sekuriti..tak tahula sapa yang begap dalam hal ni..hablun minallah wa hablun minannaas...
      P/S : dah berapa kali online dengan tuhan harini?

      Padam
    3. apa jadah beli saham zhulian emas tiruan... kalau nk beli emas beli la emas tulen

      Padam
    4. saham itu la,saham ini la..bagi ja la duit kat mak sruh pi tanah suci. mak tambah sayang,tuhan ag la tambah sayang.

      Padam
    5. susah betul dgn org yg wat andaian sendiri..
      http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/list-of-companies/plc-profile.html?stock_code=5131&current_stock=5066
      aku bukan nak promote zhulian kat sini, aku pun anti multi level.barang dia overpriced.kalo setakat nak vitamin atau supplement pegi farmasi..cuma aku nak cakap dari join multi level ni baik jadi share holder dia terus.zhulian,amway memang bagi dividen yang bagus untuk share holder dia orang..

      Padam
  17. Selain daripada kehebatan produk yang maha hebat yang entah apa2, sistem MLM ni mempunyai persamaan dari sudut sistem dan perancangan kompeni..yang dok kat atas semua cina exept produk gelang hebat AC Mizal, dan yang dok kat level bawah yang head hunting dan jadi macai dan protect produk tu adalah kaum melayu. Disarankan sebelum join MLM better la khatam ape yng Adidmuaddib tulih dalam blog dia..

    BalasPadam
  18. Kalau kat FB ada post tulis "Mahu kaya macam saya/Mahu hidup senang dapat duit dengan goyang kaki...sila hubungi saya", nmpk sgt konsep MLM ada kat situ di mana nak org nak jd downline dia dan bertambah kaya dgn apa yang ada, bukan nak menolong org jd kaya secara ikhlas.

    Manusia secara fitrah kalau nak kaya xkan kongsi kekayaan dgn org lain. Jika dia post nak kayakan org lain, berhati2lah sbb sbnrnya dia nak kayakan diri sendiri dulu. Elakan kes MLM ni....sbb apa2 perniagaan yg evem ada unsur penipuan dianggap HARAM. So...effect kat makan minum kita n keluarga kita, n menyebabkan hati semakin hitam n keluarga porak peranda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku rasa bro dh keliru dgn MLM n SKIM CEPAT KAYA.....yg bro maksudkan kan tu skim cepat kaya kot

      Padam
  19. newsfeed FB aku penuh psl benda ni.
    eh, duta dia pun ada kan? Umie Aida klu tak silap

    BalasPadam
  20. drpd pinjam duit beribu2 utk join mlm yg ntah apa2 dan menipu melayu tu, baik pinjam kat MARA dan buka bisnes cuci kereta ke, gerai burger ke, bengkel kereta ke, bengkel motor ke, dobi ke, kedai gunting rambut ke, kedai makan ke lg bagus. mmg nampak mcm low class dan lambat kaya, tp percayalah, org cina yg kaya raya skrg ni pun kebanyakannya bermula dari bawah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju.....kecil2 lama2 jadi bukit...

      Padam
  21. Kenapa aku terasa ada macai MLN yg komen dkt sini. btw aku hampir nak terjerat dgn geng2 MLM. Apabila aku tgk member aku pakai mazda cx5 terdetik dlm ati aku utk tau apa benda biz dia buat ni.

    Las2 aku diajak pegi ke sebuah kafe. dkt dpn kafe keta bapak mahal dgn civic type r, volkwagen scirocco, fairlady.

    Bila diaorg buka plan dkt aku. diorang suh aku join dgn modal maxima 33K. buat loan bank rakyat. then ko kena cari org bawah ko join kasi modal. 1kepala kasi modal ko akan dpt 8K.

    Nasib la aku buat research dkt google pasal geng diorang ni. bapak penipu besar. kaya hasil dari duit org. org tanggung ko dkt atas sedap mkn duit.

    Yg ade keta besa tu pun bukan bli cash. ansuran je 2k lebih sebulan. xdpt cari downline melingkup la keta kena tarik.

    Cuma yg aku prasan dkt kafe tu bukan stakat upline yg kaya je. yg downline2 diorang muka sedih cam haram. ni mesti kes pening kepala tanggung hutang. xdpt nk tarik org join kasi modal. kah kah kah.

    Xpnah lg aku lepak dkt kafe sampai 2 -3pg baru balik. yg pempuan pun ada melepak sampai ke pg. ini kot yg diorang ckp kebebasan masa lepak tiap2 mlm smpi ke pagi.

    Dlm dunia ni. xda cara senang nak kaya kecuali ko kena menipu org.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suka tagline terkahir....papepun konsep MLM barang harga biasa jual beribu2...yg untung berlipat kali ganda jadi gaji/bonus mereka/upline/downline.

      Lg satu, yg cepat terpengaruh benda2 mcm ni ialah org muda & melayu sbb cepat terpengaruh n nak kaya cepat dgn cara senang. Dahla dlm ekonomi ditipu, dlm politik pun melayu senang ditipu.

      Padam
    2. rasenye saya tau syrikat yg bro ckp tu....

      tu bukan beniaga bro...tu menipu

      Nak terlibat dengan MLM kena hati2.. kena tgk produk dia...siasat betul2...
      kita nk berniaga nk jual brg dkt org bukan nk menipu org...
      biar brg yg org beli tu betul2 berbaloi dgn yg dia byr baru ada berkat kita berniaga...

      Jgn mudah terpengaruh dgn tgk keta beso2 ni.....org nk menipu mmg suka tunjuk dia kaya w/pun tak kaya...

      apa2 pun mintak nnasihat dgn tuhan bro...petunjuk yg betul kalau kita nk mulakan apa2 perkara...sembahyang isktiharah...petunjuk yg sebnar jika kita nk terlibat dgn apa2 bidang termasuklah MLM..

      manusia hanya boleh nasihat n komen...yg jwpn nye belum pasti betul ke salah...

      Padam
    3. dulu ada member lama ajak jumpa. aku excited sbb mmg dah lama tak jumpa dia. last2 dia dtg bawak geng2 luxor dia. cilakak,luxor lagi. aku sabar lagi masa tu sbb member aku saja yang borak dengan aku. yang lain2 tgk saja. de yg bawak bmw, lancer dan caldina.

      dia pun story kat aku mcm biasa macai MLM buat,dah bernanah telinga aku dengan org luxor ulang theory kejayaan diorang. Sampai la tetiba member dia mencelah "kau blaja kat U ni pun, perabis duit mak bapak kau aje.ko tak teringin ke nak bagi diorang duit sambil ko belajar?"

      Aku pun tetiba meletus gila-gila punya. segala makian,carut,hina aku luah. aku blaja penat-penat, target pointer tinggi2 nak bagi mak bapak aku suka. dia boleh kata aku perabih duit mak bapak aku. aku cakap la yang aku tau org2 luxor ni mcm mana. kereta pun kereta sewa. ingat aku bodoh ke apa. mmg aku tak pandai marketing..tapi aku bidang automotif. aku awal2 dah keliling tgk kereta diorang.

      tapi aku nak bgtau korang semua. mamat sewel tu ada bg cadangan kat aku.kan luxor nak modal RM2,000. aku cakap la aku nak guna duit untuk tampung kos kat U. dia cakap..

      "Apa ke sempit sangt pemikiran kau ni. kau boleh pinjam RM10 dari 200 orang. kau akan dapat RM2000. tak pun kau pinjam RM200 daripda 10 org"

      masa tu dalam otak aku "dayyuumm, how stupid this motherfucker can go?"

      Padam
    4. sakit hati gak bila aku membaca kisah2 MLM korang ni, utamakan kesenangan diri dengan cara yang salah iaitu menghina penat lelah orang lain cari rezeki utk kebaikan anak sendiri serta beri cadangan yang selalunya menghina perasaan si pendengar.

      Kebanyakan pelabur2 hebat yang aku dengar dari radio perniagaan, semuanya cadang guna modal atau aset sendiri. Cara pinjaman hanya menambah risiko hutang pokok dan hutang faedah.

      Padam
    5. Dulu aku prnh gak ikut "kawan2" g tmpt pebenda ntah MLM tu namanya dah lupa yg dorg jual AromaTherapy.. Kul 3 pg baru balik, tmasuk yg pompuan2 skali melepak.. Yang paling sedih dorg ajak makan nasi lemak (je punnn) tp aku bayar sndr..
      Kata bisnes gempak2, nasi lemak pun aku bayar sndr?? Cehhh

      Padam
  22. haha..segala bagai penyakit boleh disembuhkan. troll giler babeng. Patut dia letak tanda * kat senarai penyakit yang boleh diubati tu.

    * = Just kidding, just die.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nasib baik tak letak "mampu membuang dosa2 serta menjadikan diri suci bak para nabi".hahahah

      Padam
  23. Terbaik entry ni, panjang berjela plak tu mesti penat kan nak taip, boleh buasir notak dibuatnye haha.. Tengkiu sbb share bnde mcm ni biar bukak sikit mata macai MLM batak tu sume. mohon share =)

    BalasPadam
  24. Aku tak suka MLM. Tak pernah lagi aku tgk org yg aku kenal join MLM ni kaya...kayap ada lah.

    BalasPadam
  25. Ade satu port mlm blakang time square,ak dh kne cuci kt situ..tp dieorang pon bkn pandai mne,member yng dh lme xjumpa,tetiba contact ajak lepak.siap jemput dari rumah..tanya ak kje ape,ok ker tak..mmg ak jawab la..tp semua kne kencing dgn ak balik..mmg pdn muka,nk basuh otak ak dgn kemewahan duit,baru umur 20 dh pkai VW..puiiiiii...mmg hancing la kome..tp mmg haram jadah dari pkul 10 smpai dua pagi menadah telinga..

    BalasPadam
  26. Aku punye pengalaman dulu member sekolah call gak ajak lepak. First time bukak cite skit2, pancing ajak jmpe kt HQ kononnye utk tunjuk product. So pegi jugak sbb rase product mcm ok. But bile smpai sane tadah la dengar marketing strategi yg macam haram. Suruh kuar modal ribu-ribu, klo kate xde suruh pinjam ngan org lain. Typical giler. Cite product mmg ke laut la. Aku tanye psl product jawab nak xnak je.
    N lagi satu, time aku g HQ tu semua la nk cite baru balik becuti dr london la, paris la, vanice la n abes duit puluh2 ribu kat sane. Igt org kagum la dengar cite diaorg sambil cakap kuat2 nk kasi prospek dengar dan tertarik la kononnye.
    Owh, klo diaorg cite ade kete mewah smpai 2 3 bijik, mesti akan disusuli dengan ayat "Kete masuk workshop skrg...so mmg xde kat sini". Sembang lebat.
    Dan aku sememangnye anti dengan org MLM yg perlekehkan org yg makan gaji n tak join diorg as tak bagus. Testimoni diaorg biasenye blaja tinggi2 smpai oversea, tp balik tak dapat keje so join mlm and ada income. Which is bagus la rezeki ko kat sane. Tp tak bagus tu bile stat perlekehkan yg lain. Sape yg keje makan gaji lps blaja tak bagus sbb tak dpt income banyak cam diaorg. Diaorg tak perlu nk pergi temuduga mintak keje, kene reject dan mintak lagi pn dah boleh dpt income 6 7 8 digit dlm tempoh yg singkat. Cube campak sikit kat alam pekerjaan n nak tgk camne ko survive!!!

    BalasPadam
  27. kekadang diorang menipu je...
    boleh plak kata....orang yang berjaya tu ialah kena join MLM...
    palahotak btui...
    lepas tu kalau member diorang takmau join atau bagi pinjam duit,mula kata kita boleh tau sapa member sapa tak....
    meaning kalau join MLM tu baru member dia,kalau tak join dia bukan member lagi.
    tahap tu je member bagi diorang....

    dulu aku penah nak kena.aku dengar je sambil buat muka seposen.
    alih alih time maghrib,sekor pun tak solat tapi boleh plak buka posa time tu....
    so.....wut u expect....?

    BalasPadam
  28. ayat biasa didengar.. 9/10 rezeki melalui perniagaan.. hehehe..
    biasanya 3 tahun akan datang sunyi la produk ni..
    nanti akan timbul pula produk baru.. biasa dah ni..
    selalu yang tahu cerita sebenar orang yang betol2 rapat dengan pengurusan tertinggi dalam MLM je..
    takde logo halal dicop logo halal.. takde panel syariah kata ada panel syariah.. macam2 MLM ni..

    BalasPadam
  29. saya nak tanya, yang 1whp tu kira MLM jgk la eh? ke macam mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1whp pun MLM gak..tu pun tgh hot skang ni..

      Padam
    2. Salam mimim.....1whp bukan MLM...

      1whp adalah sistem affiliate ...nak tahu apa tu affiliate,ia bermaksud pemilik laman web perniagaan yg melantik agent promosi alamat laman web perniagaan tersebut.Ini bermaksud mereka yang join 1whp akan diberikan alamat URL ffiliate ID tersendiri dan bertanggungjawab mempromosikannya...

      1whp adalah software dan ia juga dikategorikan sebagai produk..

      Padam
    3. mlm bayar je pendahuluan lepastu goyang kaki dpt duit sampai mati. tp 1whp ada tahap dia. org atas kena bekerja keras untuk dapatkan income, tak boleh harap pada org bawah. sama2 semua buat kerja. mlm org bawah buat kerja, org atas dpt duit. dan 1whp jual software yg mana awk boleh guna sampai bila2. dala software terdapat 5 jenis produk pulak dalamnya untuk kegunaan awak (pembeli software)

      Padam
    4. Software apa yg du jual? Free download sudah... hahahha

      Padam
    5. Dah namanya ada Orang Atas & Orang Bawah , dah sah2 tu MLM (Multi-level Marketing) pfftt

      Padam
  30. Serius ... saya baca dari awal sampai habis ...

    Saya dlulu pernah join MLM ... segalanya kerana duit.... dunia ... tapi tak jadi apa2 pun....

    BalasPadam
  31. Dalam diri saya MLM tidak salah, yang salah diri sendiri..
    Ramai fikirkan yang MLM skim piramid adalah salah, dan ramai orang yang fikir join mlm boleh kaya..
    Yang mereka Fikir Cuma Kaya, sebab tu beza orang yang telah berjaya dan tidak berjaya adalah fikiran sendiri...sekiranya skim piramid adalah salah, seharusnya semuanya berhenti berkerja kerana semua pekerjaan di luar adalah skim piramid kerana orang yang di paling atas adalah boss anda, bukankah itu sama dengan MLM cuma dia tidak disebut MLM.. MLM bukan tempat pasti jadi kaya cuma tempat untuk peluang anda untuk mengubah nasib anda... tepuk dada tanya selera sendiri, berapa usaha yang anda telah curahkan pada MLM yang anda join untuk berjaya, sekiranya anda makan gaji tetapi tidak ada usaha bukankan itu kira meminta kena pecat sama juga gagal dalam MLM sekiranya tiada usaha... MLM bukan SKIM CEPAT KAYA yang cuma duduk terus kaya, tetapi perlukan usaha sendiri...Apa apa perniagaan kat luar sekiranya tiada usaha jawapannya semua sama akan gagal, so jangan salahkan orang lain sekiranya tidak berjaya, tetapi tanya sendiri berapa usaha yang telah kita bayarkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bontot itik la. cuba ko cakap camni masa ko anak ajak prospek ko join bisnes mlm ko. ko yakin bila ko ckp camni prospek ko akan join bisnes mlm ko?
      takyah banding dgn piramid pekerjaan. orang yg kerja seme dibayar gaji sebagai upah bukannya pekerja bawahan bagi duit kat bos mcm mlm tu

      Padam
  32. Aku paling x suka MLM ni..kwn yg dah lama x jmpa ajak jumpa,kata duit dpt byk tp ajak jmpa kat gerai biasa..beria cite mampu beli kete,lastly duit kopi dia aku yg belanja.zhulian pn..kata nk g cuci emas rupanya meeting product.lps tu paksa jd ahli.kne byr 3k masa tu jgk..aku ckp x de duit pn kne paksa g pinjam bank/mak bapak.aku saje la ckp "baik pinjam awk,awk kn byk duit"dan2 masa tu kata x dpt income padahal td beria cite sehari 5k income dia..

    BalasPadam
  33. Those screencaps of MLMfags defending the product gave me cancer. goddamn

    BalasPadam
  34. profil nik mohd shahril izwan tuh kelasss bro! =D

    BalasPadam
  35. Merapu mlm ni x kemana pun mcm uptrend dulu. Aku da lame labur emas dr tahun 2005 lg. Masa tu hrga segram rm45 je. Aku google jer ms tu...trend hrga emas makin naik.Msa tu Tun M suggest emas ni. Ramai buat dek je. US pun reserve emas berlambak takut duit kertas nnti x de value. First aku bli 10 gram. Tiap bln aku topup 15 gram. Kalu emas nek hrga maksimum aku jual sket dlm 100 gram..dpt untung. Hrga jatuh aku bli balik. Setakat hri ni aku berjaya simpan 3 kg emas fizikal dan 500 gram untuk rolling jual bli. Tpi aku buat sikit demi sikit x nk tamak sgt. Petua...jgn invest emas pada company. Bli gold bar 99.9 ketulenan. Start dr gram yg kecil. Emas ni long term investment. Kalu aku jual semua emas yg aku ada skrang cash dlm tangan setengah juta. Emas makin hari makin mahal. Bek simpan. Belakang hari ada masalah kewangan blh pg bank trade emas tanpa ada masalah. Pastikan buat pelaburan yg bijak....aku kj mkn gaji...smpingan buat trade emas. Ada la extra income di situ. Sekian

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalam tanpa nama 12.11 ptg . saya nak tanya lebih lanjut pasal pelaburan yang bro dah buat . boleh email ke saya ? Jodyabduljawwad@gmail.com .

      Padam
  36. Sharulhizam Mohammad18 Julai 2014 pada 2:47 PTG

    Akum..bkn semua tu tak betoi... kalau masuk apa perniagaan sekalipun kena la berusaha..sama ada jual atau pun tambah kan pengguna lelap. Ni bila dah join dok saja dgn harapan dpt income byk nak pakai keta besaq.. kita kena berusaha menjadi peniaga.. amalkan budaya kerja org cina.. saya masuk mlm, tujuan untuk ubah hidup saya dan keluarga.. kami tak cari penjual sgt,tp kami menjual brg.. kami jual barang dgn untung runcit rm 1 satu barang. Tp kami sasarkan bonus dari syarikat.. Alhamdulillah, baru bulan ketiga.. bulan pertama rm 200 lebih bonus, bln kedua pun lebih kurang rm 200 lebih gak.. syukur untuk bln ni sampai skrg dah ada bonus dlm sistem melebihi rm1000. Jadi la.. ini hasil kami suami isteri berniaga.. kami tak pernah tipu org.. sbb seblm kami jual sesuatu barang tu kami akan pakai dulu.. apa yg kami dapat dan rasa baru kami bgtau kat pengguna dan bakal pengguna. Kami tak nak pengguna rasa tertipu. Segala benda tu mesti diserta kan dgn usaha, bkn duduk tunggu aje tanpa usaha tp bertawakal. ALLAH pun nak kita berusaha dulu br kita bertawakal kepada ALLAH SWT. Kami sekadar berniaga.. kalau berminat boleh hubungi saya..prefer whatsapp, jarang pick up phone time kerja. Zam 0122615703.. tiada paksaan

    BalasPadam
  37. tanpa nama ko ni comment org je.ko ni xusaha kot.biarla org dapat income banyak dia usaha lebih

    BalasPadam
  38. Macam ni la wahai penggiat Head Hunter, perniagaan kepala dengan meletakkan duit sebagai pelaburan dan produk yang sebagai pelengkap dan niat si penjual "Yes income aku masuk" dan si pembeli "Yes aku kaya lepas ni". Dalam Islam apa hukumnya.??

    BalasPadam
  39. Kepada MLMer yang tumpu kepada head hunting, betul pihak KPDNKK telah meluluskan pelan pemasaran syarikat anda. Betul wujud fatwa bahawa syarikat yang pelan pemasaran yang diluluskan kerajaan adalah halal. Jadi biar saya tunjuk dahulu apa itu "yang diluluskan oleh kerajaan"

    Syarikat diluluskan lesen jualan langsung dengan pelan pemasaran berbilang tingkat (MLM). Syarikat tidak dibenarkan untuk menjalankan skim piramid di mana perkara ini merupakan satu kesalahan di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993. Untuk makluman, berikut merupakan ringkasan 10 ciri skim piramid:

    i. Promosi skim semata-mata melalui perekrutan peserta (downline) berbanding penjualan barang.
    ii. Pembayaran bonus semata-mata melalui perekrutan peserta (downline) berbanding penjualan barang.
    iii. Kontrak bertulis tidak disediakan.
    iv. Pembelian wajib barang-barang dikenakan sebagai syarat kelayakan atau permulaan bayaran bonus.
    v. Membeli barang-barang dalam amaun yang tidak munasabah atau didesak membeli pakej-pakej terpilih untuk mendapat bonus.
    vi. Dasar bayaran balik tidak disediakan.
    vii. Polisi beli balik tidak disediakan.
    viii. Struktur skim yang ketat atau tidak munasabah bagi pembayaran bonus.
    ix. Pengunduran diri peserta tidak dibenarkan.
    x. Peserta dibenarkan membeli lebih dari satu kedudukan (pembelian pangkat).

    Ayat di atas dipetik dari emel dari seorang pegawai kpdnkk. Apa yang menjadi isu? Pertama, sesetengah pengedar yang hanya tumpu pagi petang malam rekrut downline, penjualan produk hanya berlaku setelah downline (umpan kemewahan dan pendapatan luarbiasa bukan produk bagus) tersebut daftar dan ianya hanya sebagai pelengkap urusniaga. Kedua, bonus yang di terima secara bersih dari kemasukan downline (jualan produk kepad downline sahaja & bukan pembeli). Ketiga, pembelian wajib untuk mendapatkan point value dalam jumlah berpuluh ribu K, pendaftaran ahli hanya beberapa puluh ringgit sahaja dan pasti tidak menguntungkan upline pasal jualan pasti lembab. Keempat, Pembelian dalam jumlah yang tidak munasabah untuk mendapatkan point value bagi melayakkan kenaikan pangkat.

    Jadi dengan beberapa isu yang bercanggah ini masih mengikut lagikah Akta Jualan Langsung & Skim Anti Piramid itu? Jika anda MLMer yang menumpu kepada penjualan produk dan network hanya setelah pelanggan tetap anda berminat untuk jadi pengedar dan anda tidak mengambil kesempatan. Tahniah. Kepada yang core head hunters, tanya diri anda sendiri, apa yang anda buat dibenarkan ke oleh agama. Hitam putih undang-undang boleh diputar belit tetapi realiti dalam agama adalah mutlak. Ingat, networking menjanjikan pendapatan dari rangkaian secara bertingkat. Jika anda mengajar downline melakukan pekara yang salah, dosa juga adalah bertingkat. Harap akhirat nanti bila disoal, downline anda semua tidak menuding jari kat anda dan berkata downline saya yang ajar.

    Sekiranya penulisan saya diatas kurang kebenaran bolehlah tegur. Untuk kebaikan bersama.

    BalasPadam
  40. Tolong share psl 1whp. Rindu nk bx blog aidid. Nk tau citer 1whp ni.

    BalasPadam
  41. Bodoh la phytoscience ni .aku dah kene dah.pegi jahanam la upline aku yg berjaya memperdayakan aku...1sen pon aku xkan halalkan... aku berhrp lebih ramai org yg akn sdar bende ni.
    satu hari market akan tepu...sape lg nk bli double stemcell yg xde effect mane pon ..brg mahal gile.
    phytoscience menipu penipu. Jgn join kalo korg xnk jd cam aku

    BalasPadam
  42. Meh join Arba Network..MLM gak ni..tp insyaa allah berbaloi..whatsapp sy 0195515009

    BalasPadam
  43. Phytoscience double stemcell, harga modal utk package yg paling rendah cuma 80.00 je... I tahu sbb kilang yg buat packing semua tu adalah kilang bapak Kawan saya... Semua kena tipu....

    BalasPadam
  44. Phytoscience double stemcell, harga modal utk package yg paling rendah cuma 80.00 je... I tahu sbb kilang yg buat packing semua tu adalah kilang bapak Kawan saya... Semua kena tipu....

    BalasPadam
  45. jangan kaitkan bangsa Melayu dengan MLM sebab kepalanya adalah cina, itu namanya melayu menjatuhkan bangsa sendiri. saya pernah join tapi tak sampai tahap macai lagi..baru sebulan join income dah masuk sampai 3-4k seminggu, sebab apa? saya tolong org bawahan saya yg anda kata `macai` tu ...kalau tak, kitorang yg atas2 ni pun tak boleh nk bergerak. ini baru MELAYU... bukan pergi singgah kedai kopi kutuk MELAYU yang lain..jadi keyboard-warrior...pecah belahkankan silaturahim. shame on u la.

    BalasPadam
  46. Skim cepat kaya biasalah selagi ada pelabur baru, ia jalan elok.

    Macam piramid bawah support atas. Bawah mesti besar.

    Bila bawah mengecil, tumbanglah piramid .....

    TUNGGU SIKIT HARI LAGI TUMBANGKAH .... ADAT DUNIA YG TAK BETUL AKHIRNYA SONTOT!

    BalasPadam
  47. Pengalaman mok cik..boleh buek pengjaran kalau nak

    Join phyto, byar 5k ++.nk kumpul duit sekian hal.tahan lapo bagai, saving sana sini..dah join, byk modal sampingan anak2 kene pikiaq.

    1)nk jumpa downline, kos minyk kete, blnje makan, pngorbananan mase.biase klu keje full time, malam bru boleh jumpe downline.kome agak2 la, pukul berapa pulak nk balik rumah.modal join dah sekian hal,kn prepare duit samping.tu pun, blom pasti lg downline setuju nk join

    2)kos maintanance.ni kene buat tiap2 bulan walaupon ko x da downline..pling murah dekat rm200++ tuk satu brang. Dengan gaji x berape cukup, 200++ bnyk tu.nk byar sewa rumah , anak , kos hidup lagi....pikiaq3 laa

    3)bru join.ilmu x byk.nk kne join clas.clas nk tmbah ilmu dll.kunun kununnyer...ni lgi satu mslah, biase klas waktu malam,@waktu free ujung minggu.waktu ni biase kite nk urus anak2, tempat nk bg clas tu pon.kdang tak tetap.nk mcari tempat lagi, modal minyak ket lagi.dah duk lama2 dlm kelas, mesti lapo.duit mkn lagi..paling koman, satu mlm hbis dalam rm50..padahal duit nk register tu pun, x sempat rolling modal..kdang2 yg mak cik tengok, klu kelas mula kul 8-11mlm, mok cik x nampak plop dieorng ni solat mgrib termasuk la laki2 yang x berapa nak uzur.nampak,,dari situ keberkatan rezki dah makin kurang sikit..

    Bila x join clas, orang atas ckap kite mlas usaha..die x taw, modal kite bape bnyk dah hbis.nk tunggu ujung bulan.berapa sen gaji dapat..costemer stil x dapat.orang atas boleh la cakap penuh motivadi bgai2, duit kite register sume dieorg dapat saham , buleh la ckp byk.boleh la, nk g tour ke perak, indon, papa new guine, afrika bagai nk promote prodak.kite ni, duit dah kering amat camno nk join semua tuh.

    Sape2 pon, mok cik harap.yg belom join.jgaannn la join..bile pikior balik, korang mmg kayo.tp dr duit org bawah yang korang pun xxtaw sape...apa hukum dia.biar gaji kecik, tp hati tenang.


    Bile dah join phyto, mok cik pon x sampai hati, nk ajak kwan2 join.bile pikior orang hutang byak, sbb kite.boleh putus kawan.pikior yer,....jgan jadi macam mok cik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makcik ni nk join mlm tp xsanggup berkorban masa n tenaga.igt bkk kedai nasik lemak tepi jln tu xperlukan pengorbanan ke makcik?
      Sy join phyto modal rm275. Part time sbb keje bz sgt xde masa nk jumpa prospek.ajak kwn2 lgsung xnk..malu nk jual produk derang ckp.sy pki alternatif promote produk kt fb.sebulan sy upgrade ke pakej mobile 5400 dgn bonus yg sy dpt.sy blajar sndiri psl produk ni..email direct to mibelle biochemistry. 8 bln sy resign buat full time.skrg da dkt 3 thn dgn phyto..alhamdulillah dpt bantu ramai org sihat.. income? Xpyh ceritala nnty kata riak pulak.. produk ni dpt permintaan tggi especially india,south africa n nigeria. Xpyh kuaq duit ribu2 pn utk dpt customer. Online je.. satu lg makcik kalo xde downline watpe nk maintain? Org soh maintain utk beli produk mkn sendiri pki duit bonus. Acc utk seumur hidup.xmaintain pn leyh dpt sponsor bonus.takde paksaan pn.makcik blaja tak habis jgn complaint kalo tak brjaya.usaha,doa,ikhtiar,tawakkal sume kne ade..da cukup ke agak2 usaha tu?
      Regards zaza www.facebook.com/myphytoscience

      Padam
    2. MLM ni takkan habis sampai bila2. Sebab apa sebab bukan ada perniagaan sebenar pon cuma kena cari orang dan orang tersebut kena cari orang lain plak. Mmg takkan habis la kecuali company tu bankrup atau dah takda dah orang nk join. Kbai

      Padam
  48. Manusia yang paling celaka adalah manusia yg cari duit melalui mlm. Halal dan haram tiada dalam kamus hidup mereka. Mereka sanggup tipu bangsa sendiri untuk hidup senang. Riba menjadi makanan mereka setiap hari. Kesudahannya mereka akan dihumban ke dalam neraka.

    BalasPadam
  49. MLM took RM 2000 off from me. Goodbye RM 2000, see u next pay day

    BalasPadam
  50. Assalamualaikum...
    Pertama, saya nak bgtau dulu...takyah sebut psal MLM lah dulu... Perniagaan ape yg tak melibatkan org?
    Jual makanan kucing pon... Adakah kucing dtg gi meow2 mintak nak beli makanan dia...
    Tak mungkin lah kan...still org yg dtg beli makanan kucing...
    Jd kalau taknak berurusan dgn org bila buat business... Pergi ddk hutan...berurusan lah dgn monyet2, kera2 ke dgn rimau ke...
    Takyah nak berurusan dgn org...
    .
    Kedua...utk yg skim piramid, skim kayakan org atas,
    Apa masalah sebagai seorg manusia memberikan keuntungan kepada org atas? Kalau ade masalah tolong jgn keluar ke bumi ni dalam erti kata yg lebih mudah...takyah wujud...
    Di saat anda dilahirkan...anda telah kayakan doktor...
    Adakah doktor2 tu nak sambut percuma?
    Di saat anda bekerja... Anda dah kayakan boss anda? Adakah setimpal kerja dan hasil yg anda terima?
    .
    Ketiga, rezeki ketentuan Allah
    Kpd yg anti MLM..takpelah...
    Mungkin MLM bukan salah satu dlm perjalanan hidup anda.
    Kalau semua org buat MLM siapa nak jd polis, bomba, doktor, cikgu, haters2 kpd yg buat MLM
    Nnt takde pulak FASA KEDUA, di mana wujudnya DREAM STEALER...
    Anda juga adalah cabaran dan penguat semangat kami.... Terima kasih banyak2
    .
    Utk yg dah join gagal...
    Sebab utama adalah anda tak FOLLOW SYSTEM... sama mcm anda sekolah, anda bekerja
    Ade org berjaya, ade org gagal
    Ni dianamakan filter...
    Jd kalau gagal kali pertama terus jatuh...tak mahu bangkit semuala...
    Anda bukan fighter
    .
    Yg terasa seakan2 kami mengutuk org yg makan gaji...tidak sama sekali...
    Kami hanya berkongsi peluang...
    Dan bg yg ingin tahu tentang perkembangan terbaru PHYTOSCIENCE
    Boleh hubungi nombor di bawah
    0192316132 - Rahman (Business Consultant)
    .
    And please sebelum bahaskan ape2... Pastikan anda tak ckp kosong...
    Faham dulu MLM dan money game...
    Yg menipu adalah money game yg mengguna dan merosak nama MLM
    .
    KAMI BUKAN MENGEJAR DUNIA SEMATA2
    ILMU BERHARGA BAGI YG BERMINAT
    SERIUS TAK KENA BAYAR PON PM
    0192316132
    0192316132
    0192316132

    BalasPadam
  51. dah pernah masuk.. mcm taik.. siap bawak jutawan duduk ditepi aku masa nk register.. lpas dh register.. jutawan dah hilang entah ke mana...mccm pukimakkk lanncauuu... terangkan pasal produk sikit jer.. byk kepada nk duit semata.. mcm sialll MLM kimakkkkk....yang paling tak tahan adalah paksa aku isi borang dan byar untuk register.. kalau tidak aku susah nk balik... tk paham aku.. bonggoj

    BalasPadam
  52. bagi aku MLM ni tk perlulah.. klau btol MLM senang nk kaya.. kenapa DR azizan osman dan yang lain2 pakar bisnes tidak join>? tahu kenapa?? sbb mereka tak yakin dengan MLM dan bagi mereka Bisnes yang btol adalah seperti Nabi.... korang fikirlah sendiri.. lagi satu.. mohon korang janganlah pengaruh student dan budak2 sekolah untuk join korang yg MLM,,, ksian mereka tahu tk? sedih aku tgok... dengan semangat mereka cuba pertahankan MLM mereka sedangkan mereka tidak tahu realiti sebenar MLM dan sebabnya mereka banyak pergi ke kelas2 jutawan MLM motivasi.. sebab tu jadi mcm tu dan ada yang smpai bergaduh dengan rakan2...last2.. tk jugk kaya.. ksian btol...budak2 ni baru je nk blaja hidup ... lpas tu kne pulak pengaruh MLM... adehhhh.. pkir lah sendiri oi..

    BalasPadam
  53. https://www.youtube.com/watch?v=mn2eO6dBOAw

    http://phytosciencepowerunityteam.blogspot.my/

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.