Iklan Leaderboard

Jumaat, 3 Januari 2014

15 Segmen Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 8

[ULASAN DI UPDATE SECARA LIVE] Dengan hanya tinggal 8 peserta di minggu ke-8, setiap peserta kini diberi masa 7 minit untuk setiap persembahan mereka. 7 minit tu boleh dirasakan sangat panjang kalau persembahan tak berapa nak lawak tapi dirasakan sangat pendek kalau peserta membuat persembahan yang outstanding dengan punchline kelakar yang tak henti2. Undian teratas kini nampaknya pertarungan di antara Sepahtu, Shiro dan Nabil.


* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

  • HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
  • HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
  • HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
  • HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
  • LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
  • LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
  • ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

Tema Minggu 8 - Rancangan TV

1. NABIL (Laugh-O-Meter: LMAO)


Sekali lagi Nabil buat stand up comedy, kali ni cerita pasal pengacara2 tersohor rancangan TV di Malaysia, pasal AC Mizal dan Pak Nil. So far dia dah nampak selesa dengan MLM2013 ni, cuma bab nak habiskan sketsa masih lagi perlu diperbaiki. Kalau masa Raja Lawak dulu ending dia mesti terbaik dengan tagline "Lu Pikirla Sendiri!".

Rating juri: 4 bintang

2. COMEY (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Diorang buat rancangan Jom Tembak, parodi rancangan Tom Tom Bak. Suhaimi jadi Aznil, Ropi jadi budak lelaki lembut nama Fifi. Banyak punchline yang kelakar terutama bab katak, cuma lawak diorang agak dewasa sampai kena potong.

Rating juri: 4 bintang

3. WALA (Laugh-O-Meter: LOL)


Kumpulan Wala buat parodi rancangan Fear Factor siap jadi Aaron Aziz. Agak slow, adalah beberapa punchline yang lawak, cuma banyak sangat lupa2 skrip, mungkin 7 minit terlalu lama bagi diorang.

Rating juri: 3 bintang

4. SYJ (Laugh-O-Meter: LMAO)


Jihan jadi Neelofa dan Syuk jadi Nabil dalam parodi rancangan Meletop. Ada segmen gosip, iklan ubat kurus dan sedutan filem. Masa awal2 agak slow, Yasin pun macam agak teragak2 nak sampaikan punchline, dan rasanya ending masih panjang tapi AC Mizal dah potong mungkin sebab dah nak overrun.

Rating juri: 4 bintang

5. JAMBU (Laugh-O-Meter: LMAO)


Kumpulan Jambu buat parodi rancangan kemuncak Sehati Berdansa dengan pengacara Fahrin Ahmad dan Jaafar Onn sebab Linda Onn jadi peserta. Peserta2 lain macam Lana Nordin dengan Johan Asari, Che Ta dengan Zain Saidin, Fizo Omar dengan Mawar, Khairul Fahmi dengan Leuniey dan lain2. Kali ni lebih banyak lawak gerak badan berbanding dialog.

Rating juri: 4 bintang

6. BOCEY (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Parodi rancangan Macam Macam Aznil iaitu Azmil Ni Macam Macam La. Ada segmen air mata,  segmen anak2ku. Yang bestnya punchline tak putus2. Walaupun masa agak lama tapi persembahan diorang takde sangkut2 atau lupa2 skrip. Kumpulan Bocey ni memang konsisten setiap minggu.

Rating juri: 4 bintang

7. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Kumpulan buat parodi rancangan yang dah lama tak muncul iaitu AC? Di Sini dengan Shuib jadi AC. Jemputan untuk rancangan tu seorang pakcik pejuang kemerdekaan yang cerita pengalaman dia dengan harimau, tentera Jepun, radio, kemudian jemput pulak ahli silap mata dari Morocco buat magik burung, ular dan lawak tadika. Salah satu persembahan Sepahtu yang menjadi.

Rating juri: 4 bintang

8. SHIRO (Laugh-O-Meter: LOL)


Shiro yang buat persembahan penutup minggu ni buat rancangan berita Awani, pegi inteview budak hari pertama sekolah yang main bola lepas tu kepala tersepit kerusi, iklan minyak wangi, interview mat pit dan lawak kena panah petir. Tapi entah kenapa tempo diorang macam slow je dan kurang menjadi sangat malam ni.

Rating juri: 3 bintang

Peserta yang tersingkir: TIADA

Kesimpulan: 

Minggu ni tema dia rancangan TV, tapi kenapa semua nak kena buat parodi rancangan TV yang berbentuk pengacaraan? Drama juga rancangan TV, kartun juga rancangan TV, boleh je kalau nak buat. Lepas tu watak2 pengacara yang digunakan asyik AC Mizal dan Aznil Haji Nawawi, so nampak ada pengulangan di situ.

Persembahan terbaik bagi aku tanpa syak lagi adalah Bocey. Bagi aku diorang ni sangat konsisten dari minggu pertama lagi. Lakonan diorang memang bagus, takde sangkut2 macam orang lain, skrip teratur, punchline tersusun, aku faham dengan status diorang sebagai underdog memang agak mustahil diorang nak jadi juara, tapi diorang memang layak masuk final.

3 peserta terbawah adalah Shiro, SYJ dan Wala. Pemilihan Shiro tu agak mengejutkan, namun minggu ni tiada penyingkiran, tapi aku rasa kumpulan yang diselamatkan minggu ni adalah SYJ, sebab undian diorang paling rendah antara 3 peserta tu bila aku tekan butang merah kat remote lepas tamatnya MLM 2013 tadi.

Cuma mulai minggu depan, tak mustahil kalau peserta2 yang buat persembahan bagus pun akan terkeluar sebab peserta dah semakin sikit, ada pula favoritism dalam undian, so janganlah terkejut atau marah kalau peserta yang anda rasakan tak patut keluar terkeluar. Apa2 pun, ni cuma rancangan lawak, so jangan serius sangat sampai ada yang gaduh2 dan kutuk mengutuk kat Maharaja Lawak Fanpage tu so relaks2 sudah.


Ranking aku untuk persembahan Minggu 8:

1. BOCEY (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 4 bintang)
2. COMEY (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 4 bintang)
3. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 4 bintang)
4. JAMBU (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 4 bintang)
5. NABIL (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 4 bintang)
6. SYJ (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 4 bintang)
7. SHIRO (Laugh-O-Meter: LOL | Rating juri: 3 bintang)
8. WALA (Laugh-O-Meter: LOL | Rating juri: 3 bintang)


Kredit gambar: Fanpage Maharaja Lawak
Kredit video: GuaTVDotCom | Blog Maharaja Lawak Mega 2013
Laman rasmi MLM2013: http://www.maharajalawakmega.com.my/




tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2013 2012 mlm tonton full video jambu jozan sepahtu nabil shiro boboi saywho peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri pak nil aznil haji nawawi azwan ali hattan video penuh download youtube hd astro mustika warna markah episod minggu kedua minggu-8

15 ulasan:

  1. aku rasa wala tersingkir malam ni..kalau wala x keluar, aku potong kepala kotey aku...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    2. jgn ckp mcm tu .. aku rasa persembahan wala minggu ni
      okey la , best juga ..

      Padam
    3. mlm ni tiada penyingkiran, ap lagi,potong la kpla k***y tu. tdi beriya sgt..muahaha

      Padam
    4. Tlg tukar dp kau bleh??..pns plak ati aku nengoknye..

      Padam
    5. Dasar janji melayu. Ckp berapi. Simpan lu punya lancau dlm gobok la.

      Padam
    6. ye2..dy nak potong

      Padam
  2. Sepahtu out malam ini

    BalasPadam
  3. Bocey terbaik... Aku bagi 5 bintang....

    BalasPadam
  4. noob..
    shiro bahan budak sekolah dan kerusi :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha kn aq dh kate, salahkan rajalawak..

      Padam
  5. nampaknya semua ni ada kelebihan tersendiri la x sangka bocey

    BalasPadam
  6. for me... semua ROFTLMAO !!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  7. Bocey mmg layak jadi juara.

    Luna Maya ni aku tgk, klu layan dia sembang, sampai esok pagi tak kan habis kot?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...