Hard Rock Cafe merupakan rangkaian restoran yang bertemakan Rock and Roll yang diasaskan oleh 2 warga US di London. Kebiasannya di restoran ini terdapat persembahan muzik live band, dendangan lagu2 rock, gigs, pertandingan battle of the band, makanan barat dan tempatan serta menghidangkan minuman keras dan beralkohol, selainnya aku tak tahu sebab aku tak pernah pergi. Setakat ini di Malaysia cawangan restoran ini ada di Kuala Lumpur, Melaka, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu. Dan berdasarkan carian aku di Direktori Halal Jakim, rangkaian restoran tersebut masih tidak ada sijil Halal Jakim.
Justeru dengan cadangan itu, ia mengundang pelbagai bantahan daripada orang ramai yang terdiri dari segelinap masyarakat termasuk orang Melayu UMNO, PERKASA, PR dan tak berparti sehingga wujudnya fanpage "Rakyat Malaysia Menentang Hard Rock Cafe dan Kelab Malam di Putrajaya" yang kini sudah mendapat lebih 10K like. Malah cadangan membina Hard Rock Cafe demi untuk menarik penunggang motosikal berkuasa besar datang Putrajaya juga dilihat sebagai tidak masuk akal.
Mungkin disebabkan bantahan daripada ramai pihak, Presiden Perbadanan Putrajaya membuat sidang media untuk menegaskan tiada lagi cadangan pembukaan Hard Rock Cafe di Putrajaya.
Isu ini juga telah membuat menarik dua tokoh politik iaitu mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk membuat kenyataan. Ku Nan memberitahu kerajaan akan membenarkan Hard Rock Cafe membuka cawangan di pusat pentadbiran negara itu jika beroperasi secara Islamik dan tidak melanggar garis panduan Perbadanan Putrajaya, serta tidak patut menyajikan minuman keras dan mempunyai persembahan nasyid secara langsung.
Dah nama pun Hard Rock Cafe. Kalau dendang nasyid, nama restoran kena la tukar Soft Nasheed Cafe. Malah tak menyajikan minuman keras dan tak hidang babi masih tidak menjadikan ianya Islamik kalau sijil halal Jakim pun takde. Dan daripada nak Islamikkan restoran yang memang dah terang2 tak Islamik tu, banyak lagi benda2 lain yang boleh diislamikkan seperti pentadbiran dan undang2 jenayah, sambutan Tahun Baru dan Hari Kemerdekaan, Hari Belia dan segala hiburan di Putrajaya tu. Malah kat Alamanda tu berlambak restoran yang tak Islamik yang takde pun sijil halal, apa citaaaa?
Kenyataan daripada Tun Mahathir pula seperti yang dicatatkan di blog beliau antaranya seperti berikut:
9. Di Negara maju terdapat CBD – Central Business District yang penuh dengan pejabat-pejabat syarikat terkemuka di Bandar besar. Pada siang hari ramailah pekerja dan pelawat membanjiri CBD. Apabila pejabat tutup pada 5 petang, CBD menjadi senyap sunyi. CBD juga berbahaya pada waktu malam kerana ramai penjenayah merayau-rayau dan menyamun orang yang masuk kawasan ini.
10. Sudah tentu jika ramai orang terdapat di mana kawasan, kemungkinan penjenayah bermaharajalela akan berkurangan.
11. Saya cadang kepada pengurusan Putrajaya supaya diadakan kedai-kedai makanan dan barangan sepanjang jalan tengah Putrajaya. Dalam pada itu pusat hiburan ringan juga perlu diadakan.
12. Pada malam Sambutan Ambang Tahun Baru hampir 100,000 orang, kebanyakannya Melayu telah dihibur dengan lagu-lagu merdu dan tarian. Mereka tidak mungkin datang jika tidak ada hiburan.
13. Adanya hiburan ini tidak bercanggah dengan idea Putrajaya.
14. Saya tidak bersetuju jika diadakan kedai arak dan tarian bogel di Putrajaya. Tetapi jika diadakan sedikit hiburan tidak mengapa.
15. Saya tak pernah pergi ke Hard Rock Café. Mungkin ia tidak sesuai. Tetapi ia dan pusat hiburan lain boleh disesuaikan jika sanggup mengadakan hiburan yang tidak lucah. Kita perlu kepada hiburan. Jika ada acara persandingan di dewan-dewan di Putrajaya tidak ada larangan terhadap hiburan. Kenapa tidak pusat hiburan di restoran.
So secara logiknya, dengan membuat lebih banyak kedai makanan dan barangan serta pusat hiburan ringan yang beroperasi sehingga waktu malam, orang akan lebih ramai di kawasan itu dan jenayah dapat dikurangkan. Sedikit hiburan dengan lagu dan tarian tidak mengapa sekirannya tidak bercanggah dengan idea Putrajaya (walau kebanyakannya memang bercanggah di sisi agama). Dan kedai arak tu logik kalau tidak diadakan di Putrajaya sebab ia ada dijual di tempat lain, tapi tarian bogel? Selain daripada di Putrajaya, ada ke tempat lain dalam Malaysia yang dibolehkan tarian bogel? Lagipun ada ke cadangan nak tubuhkan kelab tarian bogel kat Putrajaya?
Dan kenapa bila cakap pasal soal hiburan je, balik2 lagu, nyanyian, tarian. Banyak lagi bentuk hiburan lain yang boleh diketengahkan. Sukan juga sejenis hiburan, bermain game juga sejenis hiburan, membaca buku juga sejenis hiburan, seni lukis juga sejenis hiburan, fun fair juga sejenis hiburan. So aku cadangkan untuk wujudkan kedai snuker, arked video game, perpustakaan, galeri lukisan dan Universal Studio kat Putrajaya, confirm ramai pelancong datang malah bandar Putrajaya akan hidup sampai ke tengah pagi seterusnya mengurangkan kadar jenayah. Jangan lupa bina drive thru fast food McD atau KFC juga.
Satu lagi point yang menarik perhatian aku adalah, sebelum ini PERKASA cakap Putrajaya di bina berdasarkan konsep kota Madinah:
Tambahnya, Putrajaya adalah satu-satunya kota pentadbiran yang dibangunkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad dengan mengambil konsep pembinaan kota Madinah apabila masjid dibangunkan terlebih dahulu sebagai asas pembinaan sebelum dikelilingi bangunan lain.
Malah di fanpage "Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad" juga berkata yang sama:
Sekarang Tun M cakap ia dibina berasaskan konsep ibu kota Perancis iaitu Paris:
2. Berkenaan dengan Putrajaya. Yang sebenarnya tujuannya ialah untuk mendiri sebuah Bandar pentadbiran. Kita mendapat ilham dari bandar-bandar dunia untuk tujuan ini.
3. Di antara yang mempengaruhi rekabentuk Putrajaya ialah ibu kota Perancis, iaitu Paris.
4. Yang kita pilih sebagai contoh ialah Champs Elysees, boulevard utama yang melintasi tengah Bandar Paris.
5. Boulevard ini mempunyai jalan tengah yang luas untuk lalu-lintas kereta dan dua buah jalan kecil antara jalan tengah dengan deretan bangunan di kiri kanan untuk pelawat ke kedai dan restoran.
Mana datang cerita Tun Mahathir cakap Putrajaya dibina berdasarkan konsep kota Madinah? Kalau ada tolong bagi link. Sebab kalau dari cakap orang2 yang terlalu memuja Tun M ni, walau tak nafi jasa Tun M memang banyak, tapi kadang2 ceritanya ada je yang ditokok tambah untuk menunjukkan betapa agungnya tokoh ini seperti cerita Tun M pernah kena tembak di bahu ketika di Bosnia dulu sehinggalah ia dinafikan sendiri oleh anaknya Marina Mahathir.
Dan bila ada yang terlalu mengagungkan kota Putrajaya sehingga menyamakan dengan kota Mekah dan Madinah di mana satu2nya bandar dunia yang tiada gereja, tokong, kuil, biara dan seumpamanya, yang ada hanyalah masjid dan surau, cuba teliti balik berita "Putrajaya bakal miliki kuil Hindu paling unik" serta tanah perkuburan orang Kristian yang mempunyai lambang salib besar. Malah dekat Alamanda tu ada je pusat karaoke, panggung wayang, TGI Friday dan lain2 kedai yang tak Islamik mana pun. Kes2 khalwat kat hotel, kecurian dan rompakan rumah2 di Putrajaya pun banyak juga, so takyahlah over sangat agungkan sangat Putrajaya sama seperti Mekah dan Madinah sebab realitinya jauh berbeza.
Kat sana setiap kali masuk waktu solat dengar azan je terus tinggal segala juga pekerjaan dan perniagaan untuk tunaikan solat. Memang tak dinafikan Putrajaya ni majoriti orang Melayu dan Islam, banyak masjid dan surau, tapi kalau kat Putrajaya dah sampai tahap macam di Mekah dan Madinah tu, baru boleh cerita betapa Islamiknya kota Putrajaya ni.
Dan kenapa Putrajaya sahaja yang asyik diperjuang dan diperkatakan sebagai kota yang Islamik? Agama Islam sebagai agama rasmi hanya terpakai di Putrajaya sahajakah?
Bincangkan...
tags: presiden perbadanan putrajaya dr aseh haji che mat cadangan bina wujud buat hard rock cafe syed yusuf syed nasir ali maju mamak restoran live band motorsikal berkuasa tinggi bikers minuman keras arak alkohol wine beer bantah perkasa kelab malam umno pr kerajaan benarkan islamik lagu nasyid ku nan tengku adnan menteri cakap ok kenyataan tun dr mahathir mohamad che det tiada tarian bogel kuil paling unik salib besar perkuburan kristian
SSTDM ni macam apa je kalau bagi maklumat. bukan betul sangat pun. hahaha
BalasPadamItulah jadinya kalau UMNO yang memerintah. Cuba bayangkan kalau PKR yang memerintah putrajaya tu..
PadamPKR memerintah boleh buka pusat LGBT senang anwar berahim nak tibai cinadoll dan belakang
Padamkalau islamik, kenapa bank konvensional yg mengamalkan riba boleh je bukak cawangan kat putrajaya?
BalasPadamkepala butuh mak ko jgk yg guna bank tu puihhh
Padamkepala butuh mak ko jugak yg makan gaji hasil duit riba tu..
PadamKepala butuh BAPAK ko la yang makan hasil riba dan membiak spesis mcm ko
Padamjap. citer pasal bank islamik ni aku mintak NooB buat satu entri lain. kalau ko buat loan, tgk intrest bank islamik ngan konvensional, lagi rugi kalau kol pinjam guna islamik. ape kejadahnye Islamik kalau membebankan ? setakat tukar istilah2 jadi perkataan arab dah kira jadi islamik la kononnyer.. dalam hal ni aku mmg x bole nampak islamiknyer kat mana.
PadamSecara jujurnya ape yang aku lihat rakyat malaysia dan pelancong luar negara lebih berminat dengan hiburan. berapa peratus je yang berminat dengan dengan pendapat ko tu noob, games baca buku boleh buat kat rumah je malam2, galeri seni contohnya ade orang tunggu sampai malam ke, sukan & gym dalam dewan bila dah penat balik takde masa nk lepak2 dah..
BalasPadammaaf mencelah..ada sahaja yang akan berkunjung..bukan semua rakyat malaysia tidak suka membaca, pergi ke galeri seni dan sebagainya..sekurang-kurangnya apabila tempat2 sebegitu mula dikomersialkan akan ada sambutan dari pelbagai pihak..cadangan tentang tempat membaca tu saya setuju namun letakkan konsep bersesuaian seperti ala2 cafe ke..saya tinggal di ukm bangi, sekurang2nya jika ia dibuka tidaklah pengunjung waktu malam pergi putrajaya hanya melepak di jamabatan atau pun depan masjid putra sahaja..sekadar pandangan..no offence..tq =)
PadamJadikan Putrajaya bandar pusat pentadbiran negara dgn lokasi2 menarik utk tarikan pelancong...
BalasPadamTak payah nak dijadikan hab hiburan pulak...
Rasa-rasa nak hiburan sgt, KL, PJ, Subang bukannya jauh sgt dr Putrajaya tu...
poin yg aku nampak dkt sini, asalkan kau bermazhab umno. suma kau boleh buat... janji masyuuukk, halal haram tolak tepi...
BalasPadampemikiran meleis yg sgt tahi : mkn duit haram xpa janji jgn mkn babi.
kalau kau bermazhab pr pun sama jugak...ko buat jenayah, polis tangkap, pastu ko akan dibackup oleh pemimpin tertinggi fuckatan...
Padamkorang tak BN singkatan dari apa? BN = Babi Negara, sifat babi ni dia suka meyondol, tak kira halal atau haram, mmg BN di tubuhkan khas dari Babi yang mentadbir Negara, so terjadi lah BN , tgk skrg la mcm mane halal haram semua dia sondol kih kih kih
Padamhaha..kesian aku tengok meleis yang kena tipu dengan pekembar. mati mati percaya pekembar jaga ketuanan allah. ketuanan melayu. siang demo depan gereja, malam happy hour di hard rock cafe.
BalasPadamwaiter, chang 1 jar!
meleis yang sokong PR plak kiranya sokong kristian la kan?
Padamhebat betul
sokong LGBT,sokong kristian,sokong peliwat...
ini bermakna Najib masuk gereja di Rom jumpa dgn Pop so kiranya Najib tu paderi la yer
PadamPR x sokong lbgt
PadamPR x sokong lbgt
PadamBila timbul pasal HRC, semua cerita buruk2 Putrajaya akan jd isu jugak. Tp dr buat HRC versi Islamik, better buat malaysian made cafe, at least ada produk buatan Malaysia yg setanding mcm HRC.
BalasPadamTp sy rasa isu HRC wujud sbb demand dr duta2 atau pewakilan dr luar negara yg nak ada HRC dekat pentakbiran Putrajaya as part of entertainment, nak pergi KL mcm jauh sgt. Tp kalau org melayu nak cari ketenangan jiwa lepas kerja, seelok2nya pergi la Masjid samada solat atau majlis ilmu, tp nak gak gi tempat2 mcm HRC. Tp kalau demand org putih/non-muslim nak follow, jgn ckp HRC je, takut smpi nak kelab malam mcm kat bukit bintang pun nak diwujudkn kelak.
Better kekalkn identiti Putrajaya yg ada skrg, kalau nak bg reason malam kat Putrajaya lebih 'happening'..x perlu la bg idea mengarut mcm HRC atau mcm2 kelab 'dosa' lain. Buat la kedai makan makanan ikan bakar ke, sate ke atau idea2 yg lebih bernas yg lebih diterima rakyat.
Sy takut Putrajaya nak buat mcm kat Dubai, negara Islam tp 'mcm2' ada.....sbb nak tingkatkn permintaan pelancong asing dtg byk kat sana, mentang2 tahun melawat Malaysia 2014. Jgn sbb duit kita halalkn perkara yg sepatutnya haram utk umat Islam.
zzz...
Padamaku pun rasa mengantuk baca benda ni. sembang kemaih.woi lembu, benda-benda yg ko tulis - kedai makan/cafe malaysia, kedai ikan bakar, kedai sate semua dah ada kat putrajaya. ko ni penah pergi putrajaya x?
PadamTau..kedai ikan bakar kat dgn PICC tepi tasik, tapi buat la yg class sikit..kalau kedai kecik2 mcmana nak tarik pelancong. Yg kedai ikan bakar sate 2 contoh je...byk benda lain boleh promote, ni x habis2 HRC, pasni Zouk pulak cawangan Putrajaya, tp nak menari ala Islamik cikit.
PadamZzzzzzzzzz
Padammacam mana nak bina HRC sedangkan kebanyakan penduduk di putrajaya org islam..niat tak menghalalkan cara..
BalasPadamjangan risau, ayatollah Pkr akan tolong setelkan isu ni..
PadamPop Najib n Mother Ros ade boleh keluarkan Fatwa halal kah kah kah
Padampayah kalau hidup berlangitkan duit...
BalasPadamKenapa muzik2 zaman dahulu aku rasakan lebih berkualiti dan berbaloi untuk dinikmati berbanding dengan lagu2 sekarang yang kebanyakannya dipenuhi dengan sampah sarap seperti auto-tune, runut bunyi digital, techno sound, feat penyanyi rap nigga Pitbull, suara budak yang belum akil baligh tapi digilai ramai, lirik yang murahan, 4 chord gitar yang diulang2 dari awal sampai akhir serta macam2 lagi?
BalasPadamAku kecewa bila budak2 generasi sekarang lebih kenal Justin Bieber dari kumpulan Metallica. Aku sangat jelek bila budak2 sekarang mengaku peminat Green Day tapi lagu yang mereka tahu hanya 21 Guns tetapi tidak tahu lagu Basket Case.
Kembalikan kegemilangan muzik2 80's & 90's!
noob, ko layan butterfingers x? subculture?
Aku layan sil khannaz dari zaman conception of madness....ape barang butterfingers...
Padameleh...metal malaysia pondan...pakai sirap..
Padamhasil pemerintah umno - ahmad dan spesis2 yg sewaktu dengannya
PadamHard Rock Cafe pemiliknya orang Melayu Islam?
BalasPadamwahhh...
kira dia jual arak juga lah yer?
Konsep yang BN pakai ni xpe selagi tak mkn babi di kira halal, contoh kalo terung masak gulai babi, halal dorg mkn dorg tak mkn babi dorg mkn terung jer ... tu ada dalam Kitab perlembanggangaan UMNO try buka kah kah kah kah
PadamKu Nan cakap bole bukak Hard Rock Cafe asalkan "beroperasi secara Islamik dan tidak melanggar garis panduan Perbadanan Putrajaya, serta tidak patut menyajikan minuman keras dan mempunyai persembahan nasyid secara langsung." Ape Kejadahnye.??!! Abis kalau bukak kat tempat lain x ikut islamik jual arak sume kira bole la eh.. Pusat pusat hiburan yg dah ada sekarang ni aku rase sumenyer x ikut islamik langsung tapi xde tindakan pun aku tengok.
BalasPadampart nashid tu mcm far-fetched sikit la dengonyer... mcm trolling je lebih, haish geleng kepala aku dgn puak2 politicfags meleissia nih...
PadamTak perlu HRC kat Putrajaya.
BalasPadamhaha puak2 agung2 kan lagi Dr.M ni, ak hormat je Dr.M tapi kdg2 bukan semua ckp dia boleh pki, ni citer gebang kuat penjilat bontot Dr.M kuat ni, padahal tuan empunya bontot pun x suh jilat bontot dia, dasar melayu sungguh,
BalasPadamko ni malam jumaat cerita jilat bontot lah bagai ni kenape..sangap ape
Padamtapi, bape bnyk pust hiburan ni? x abis mcm2 nak berhibur, melayu hidup untuk berhibur saje ke? dah la mcm2 hiburan dh ad pun nk tambah lagi? tamak dengan hiburan ke?
BalasPadamaku tak nak sentuh bab lein tapi aku paling suka point arked game, kedai buku/manga, funfair, futsal dll
BalasPadamhiburan ni klo diteliti sebenarnye luas.. kreatif la sikit..