Rabu, 22 Januari 2014

14 Jangan belok kiri jika tiada otak

Di Putrajaya ada satu undang2 jalanraya yang special sikit daripada tempat lain. Peraturan ini tak banyak ada kat Malaysia, setakat ini yang aku tahu hanya di Putrajaya, Kuantan, Kuching dan Kuala Lumpur. Siapa yang duduk atau selalu pergi ke Putrajaya pasti tahu peraturan ini, iaitu "Belok kiri jika tiada kenderaan dan pejalan kaki".


Cuma aku perhati ramai lagi yang samada ada tak biasa dengan peraturan ni atau tak reti bahasa tak faham dengan papan tanda yang dah terang2 tulis peraturan tu kat situ. Peraturan ni sebenarnya sangat mudah dan senang untuk diikuti. Kalau anda nak belok kiri, tak perlu tunggu lampu isyarat bertukar menjadi hijau. Kalau tiada kereta yang lalu atau pejalan kaki melintas, terus je belok kiri.

1. Biasanya yang ada peraturan khas ni kat lampu isyarat simpang 4 jalan yang ada 2 atau 3 lane. So kalau nak pergi terus atau ke kanan, jangan duduk di lane sebelah kiri sekali, sebab kalau ko nak jalan terus lepas tu lampu isyarat merah, bila ko berhenti kat lane sebelah kiri tu, orang belakang yang nak ke kiri pun terpaksa berhenti dan menunggu sekali sedangkan mereka boleh terus ke kiri jika tiada kenderaan atau pejalan kaki walau lampu isyarat masih merah. Tolong jangan menyusahkan orang lain, mengganggu trafik serta lalu lintas.

Orang yang selalu berhenti ni biasanya orang luar sebab mereka tak biasa dengan peraturan tu. Kalau penduduk setempat, mereka semua dah tahu dah pasal peraturan ni.


2. Yang ni pula biasanya dilakukan oleh penduduk setempat. Peraturan ni nama dia pun "Belok kiri jika TIADA KENDERAAN dan PEJALAN KAKI", tapi ramai yang bangang sangat terus belok kiri walau ada kenderaan tengah lalu dan pejalan kaki tengah melintas sampai menyusahkan orang lain terpaksa brek emergency dan mengakibatkan kemalangan.

Mungkin kena tambah sikit peraturan tu kat bawah tu tulis "JANGAN BELOK KIRI JIKA TIADA OTAK DAN AKAL".


Bacaan lain:




tags: belok kiri jika tiada kenderaan dan pejalan kaki jangan tiada otak kanan terus jalan simpang tiga empat lampu isyarat traffic light pengguna masih ragu persimpangan disenarai boleh peraturan sistem undang khas special istimewa lampu merah kuning hijau penduduk setempat putrajaya kuala lumpur kuching kuantan

14 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Signboard ni salah UMNO-BN, konspirasi untuk memastikan ramai rakyat eksiden, supaya rakyat beli kereta baru dan melariskan jualan Proton.. Nampak tak konspirasi ni?

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. biasalah tu..nak salahkan signboard pun x leh jugak....apa2 pun atas diri sendiri...

    BalasPadam
  4. adik aku pernh beritau hal ni masa ak g putrajaya ngan dia... bagus jugak function dia ni

    BalasPadam
  5. Yg selalu pemandu kereta selalu 'patuh' tanpa fikir panjang ialah "Jalan terus even lampu merah jika anda rasa nak cepat ke destinasi" & "Tiada had laju jika kecemasan/urgent"

    BalasPadam
  6. ramai yang ragu2 lagi sedangkan memang boleh jalan. semua takut kena saman.huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sbb langgar traffic light antara saman maksimum (x silap RM300) kpd pesalah jalanraya selain pandu laju n memandu secara merbahaya.

      Padam
  7. Di Singapura juga ada undang2 begini yang dipanggil "Left Turn On Red". Di Indonesia pula agak lucu. Berbunyi "Belok Kiri Jalan Terus"!!!!

    BalasPadam
  8. Mmg pun bangang pemandu di mesia ni... dah la otak cam uudang... pandu keta ingat jln bapak.. pas tu blok jln sbb henti atas kotak kuning... xpe kan? Asalkan aku cepat sampai destinasi.. org lain.. pedulilah aku korang xsampai2 umah

    BalasPadam
  9. Kadang2 keliru juga dgn jalan2 begini yg tiada signboard boleh ke kiri atau tidak,
    Jadi kalau tak ada merah tu jalan je lahh, haha

    BalasPadam
  10. Ni sama macam signboard beri laluan sebenarnya yang segitiga merah tu.....

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.