Sabtu, 25 Januari 2014

29 Kurang subsidi demi ekonomi dan kebajikan rakyat

Kos sara hidup rakyat semakin meningkat. Dalam masa yang sama, perbelanjaan kerajaan semakin meningkat untuk mengurus tadbir negara, belanja pembangunan serta pemberian subsidi barangan. Dengan peningkatan hutang negara saban tahun, ekonomi juga perlu dijaga agar tidak jatuh merudum dan menyebabkan pelabur lari dan tahap inflasi meningkat teruk. So macam mana sesebuah kerajaan nak handle semua benda agar semua pihak puas hati dengan win-win situation?

Putrajaya: Kerajaan akan campur tangan jika mekanisme harga barang masa kini tidak berfungsi dengan baik bagi memastikan rakyat tidak dibebankan dengan harga barang yang tidak berpatutan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) boleh berperanan menjual sayur dan ikan secara terus kepada pengguna supaya dapat dibeli dengan harga lebih rendah.

“Saya sudah berbincang dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) supaya melihat perkara ini. Di pasar tani, mungkin boleh jual dengan harga lebih murah dan kita sudah bagi peruntukan tambahan supaya FAMA dapat menjual terus (kepada pengguna).

“Jumaat ini, saya akan turun bersama menteri dan FAMA ke Pasar Tani Putrajaya. Kita tengok, kalau pembekal dan penjual tidak boleh menjual dengan harga berpatutan, FAMA dan NEKMAT boleh memainkan peranan,” katanya pada perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di sini, semalam.
Turut hadir Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Najib menegaskan, harga sesetengah barangan bukan dalam kawalan kerajaan tetapi bergantung kepada prinsip permintaan dan penawaran.

Iklim pengaruhi harga

“Kita kena lihat secara rasional. Harga ikan naik pada musim tengkujuh kerana nelayan tidak boleh ke laut, manakala banjir dan perubahan iklim juga menyebabkan harga sayur naik,” katanya.

Najib turut menegur sikap sesetengah peniaga yang menaikkan harga barang seperti minuman dengan sewenang-wenangnya atas alasan penarikan subsidi gula oleh kerajaan, sedangkan ia tidak memberi kesan besar kepada harga setiap minuman itu.

Najib turut berseloroh ketika menyentuh isu ‘kangkung’ yang menjadi viral di media sosial, sedangkan katanya, beliau hanya memberi contoh mengenai prinsip permintaan dan penawaran.

“Saya bagi contoh prinsip saja, permintaan dan penawaran. Sawi ke, ikan kembung ke, itu semua prinsip saja.

Kita hapuskan subsidi gula dan gula ini pun tidak baik untuk kesihatan. Doktor nasihat kalau boleh minuman jangan gunakan gula, doktor yang cakap bukan saya ya,” katanya secara berjenaka.

Sumber Berita Harian.

Apa yang aku dapat simpulkan daripada berita ini:
1. Kalau pembekal dan penjual sayur dan ikan jual barang dengan harga yang mahal, agensi dan badan kerajaan berkaitan seperti FAMA dan NEKMAT boleh jual sayur dan ikan terus kepada pengguna dengan harga yang lebih murah.

2. Harga sesetengah barangan bukan dalam kawalan kerajaan ia bergantung kepada prinsip permintaan dan penawaran, contohnya seperti ikan dan sayur.

3. Kenaikan dan penurunan harga sayur kangkung hanya contoh mengenai prinsip dan permintaan dan penawaran.

4. Subsidi gula dihapuskan kerana ia pun tidak baik untuk kesihatan. Doktor cakap kalau nak minum jangan taruk gula. Doktor yang cakap, bukan Najib.

Bila cerita bab subsidi, berikut adalah jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan untuk tahun 2012 dan anggaran untuk tahun 2013 menurut maklumat yang diperolehi daripada KPDNKK:


Antara barangan yang disubsidi adalah gula, tepung gandum, minyak masak, minyak petrol RON 95, diesel dan LPG. Negara kita membelanjakan kira2 RM26 billion setahun untuk subsidi sahaja, dan jumlah ini dijangka meningkat dari tahun ke tahun dengan pertambahan bilangan penduduk dan kenderaan di Malaysia.

Umum tahu negara kita didiami oleh pelbagai jenis jenis manusia yang mempunyai taraf kerakyatan warganegara dan juga bukan warganegara seperti pelancong, pelancong tetap, pendatang dengan izin, pendatang tanpa izin dan lain2 yang datang daripada luar negara seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Bangladesh, Filipina, Vietnam, Jepun, Korea Selatan, China, India, negara Arab, US dan negara2 lain.


Rekod tahun 2010 mencatatkan penduduk Malaysia berjumlah 28.3 juta orang, dengan 91.8% warganegara dan 8.2% bukan warganegara. Ini bermakna lebih kurang 2.3 juta penduduk bukan orang Malaysia, namun mereka juga menikmati subsidi barangan yang diperuntukkan untuk rakyat Malaysia. Itu jumlah yang direkodkan, aku percaya ia lebih dari itu dengan kemasukan ramai pendatang asing tanpa izin dan pelancong2 tetap dari Singapura dan selatan Thailand yang turut dapat menikmati subsidi dengan kerap.

Berikut pula adalah taburan statistik peratusan pendapatan isi rumah rakyat Malaysia yang diambil daripada laman web EPU. Berdasarkan statistik tahun 2012, 33.6% daripada berpendapatan lebih daripada RM5,000 manakala bakinya iaitu 66.4% berpendapatan kurang daripada RM5,000.


Kalau dikira daripada jumlah warganegara Malaysia sebanyak 91.8% iaitu 26 juta orang, 8.7 juta orang terdiri daripada mereka yang berpendapatan lebih daripada RM5,000 dan 17.3 juta orang berpendapatan bawah RM5,000.

8.7 juta orang yang berpendapatan sederhana tinggi dan tinggi, tambah lagi 2.3 juta penduduk bukan warganegara, menjadikan 11 juta orang daripada 28 juta penduduk Malaysia dengan peratusan 39.3% yang sepatutnya kurang layak menerima subsidi. Daripada jumlah subsidi yang dibelanjakan setiap tahun kira2 RM26 billion setiap tahun, RM10 billion subsidi sahaja telah dibelanjakan kepada mereka yang berpendapatan sederhana tinggi dan tinggi serta bukan warganegara.

Malah yang kebanyakannya menikmati subsidi ini adalah golongan kaya dan menengah atas termasuk para menteri, CEO, serta juga syarikat2 swasta dalam sektor perindustrian, pengilang, logistik dan lain2, terutama penggunaan subsidi minyak. Ini kerana kadar penggunaan minyak oleh mereka lebih tinggi berbanding golongan2 miskin dan menengah rendah yang kurang menggunakan minyak.


So adakah wajar dan berbaloi kerajaan membelanjakan lebih RM10 billion untuk kumpulan yang tidak layak menerima subsidi? Sebab itu dengan Program Rasionalisasi Subsidi, subsidi akan diturunkan secara berperingkat agar perbelanjaan kerajaan terhadap subsidi dapat dikurangkan.

Dengan penjimatan ini, kerajaan akan memperoleh hasil pendapatan yang lebih, dengan itu barulah kerajaan dapat menyalurkan lebihan pendapatan itu dengan lebih fokus kepada golongan sasaran melalui BR1M, TR1M, KR1M, Baucer Buku 1Malaysia, Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia dan lain2 lagi bantuan kepada mereka yang layak.


Namun pemberian bantuan tunai seperti BR1M tu bukanlah bermaksud ia dapat menampung keseluruhan perbelanjaan membeli barangan. Ia sebenarnya hanya untuk menampung jumlah subsidi yang hilang dan ditarik balik itu sahaja. Contohnya jika harga minyak masak sebotol dengan subsidi adalah RM8, bila subsidi dihapus maka harga minyak masak jadi RM10. So bantuan tunai ini bukan bermakna ia digunakan untuk cover harga RM10 tu, ia cuma digunakan untuk cover harga subsidi yang telah hilang itu iaitu RM2 itu tadi agar kumpulan sasaran masih boleh beli minyak masak dengan harga bersubsidi iaitu RM8.

So bila Perdana Menteri DS Najib Razak kata BR1M cukup untuk setahun, bukan bermaksud BR1M tu cukup untuk menampung kesemua perbelanjaan kita untuk setahun, ia hanya cukup selama setahun untuk menampung subsidi yang hilang pada barangan. Kalau kita kira untuk keseluruhan barangan, bagi RM5,000 setahun pun takkan cukup. Bakinya tu, kita kenalah bekerja untuk memperolehinya untuk menampung sendiri perbelanjaan kita dari segi keperluan, kemahuan dan kemampuan. Bagi golongan yang benar2 susah, miskin, fakir, OKU dan mereka yang layak, disamping dapat bantuan BR1M ini, boleh juga mohon bantuan di jabatan2 kebajikan serta pusat zakat, dan jika layak, anda akan mendapat bantuan tunai lagi secara bulanan.


Selain itu juga, program rasionalisasi subsidi ini juga dapat menampung program pembangunan seperti penambahbaikan sistem pengangkutan awam, klinik 1Malaysia, penambahan jumlah jururawat, polis, tentera dan lain2 yang dapat memberi manfaat kepada semua golongan masyarakat. Malah penjawat awam juga lepas ni boleh menikmati kenaikan gaji, elaun serta bonus yang lebih banyak hasil daripada penjimatan ini, seterusnya meningkatkan motivasi dan kecekapan perkhidmatan awam kepada rakyat.

Apa yang aku tulis di atas adalah ulasan dan pandangan aku terhadap kepada langkah2 serta usaha2 yang dilakukan oleh kerajaan yang memerintah pada hari ini untuk memperbaiki sistem subsidi, ekonomi dan kebajikan di negara kita, malah pengiraan2 kat atas tu cuma anggaran aku berdasarkan data2 yang diperolehi, mungkin berbeza dengan jumlah sebenar.

Cuma mungkin ada juga mekanisma dan kaedah yang lain selain daripada Program Rasionalisasi Subsidi ini untuk mencapai tujuan yang sama, oleh itu... sila BINCANGKAN.




tags: program rasionalisasi subsidi kerajaan campur tangan jika mahal gerak agensi pasar barangan perhimpunan bulanan warga kementerian kewangan mof ministry of finance bersama perdana menteri ds najib razak ahmad husni hanadzlah timbalan tok mat maslan

29 ulasan:

  1. Balasan
    1. Rasanya 26 billion hanya subsidi petrol dan diesel. Semua subsidi di Malaysia bernilai RM49 Billion. Bayangkan belanja pembangunan cuma RM40 billion.. Mana lebih baik? Belanja Subsidi atau Belanja Pembangunan?

      Padam
    2. tp kat statistik dari kpdnkk tu tulis RM26 juta billion termasuk minyak dan barangan

      Padam
  2. perkara yang rakyat wajib fiqir, ini apa yang aku dapat dari sembang-sembang internet dari website lain.

    1. malapetaka ekonomi negara malesia yang melanda sekarang ini dan menyebabkan kos untok hidup isi rumah semakin meningkat berpunca dari salah urus tadbir ekonomi oleh siapa?

    2. Malaysia terletak pada kedudukan kelima mengikut jumlah wang haram yang mengalir keluar, iaitu di belakang China, Russia, Mexico dan Saudi. Dalam tempoh tahun 2000 hingga 2008 jumlah wang haram yang keluar dari Malaysia adalah sebanyak $291 billion, manakala sehingga 2009 jumlahnya ialah $337 atau lebih RM1 trilion (iaitu RM1000 bilion)


    2. suatu ketika dahulu ramai tunduk menyembah konon ada seorang dewa membuat keputusan tepat tidak meminjam dengan imf. maka berbondong-bondonglah manusia-manusia ini menyembah dewa tersebut. nah, sekarang lihatlah negara seperti korea selatan yang meminjam dengan imf sudah jauh meninggalkan malesia. tak perlu lihat jauh. lihat saja jiran tetangga dari utara, thailand. dengan rate currency yang hampir sama dengan malesia, kos barang makanan untuk hidop disana lebih murah dari malesia. malah indonesia sendiri sudah habis membayar hutang imf.
    link


    3. benarkah subsidi minyak itu wujud? setiap kali harga bahan mentah dinaikan. inilah yang dibising-bising. apa kata warong pak yeh? lihat sini.
    http://warongpakyeh.blogspot.com/2013/12/subsidi-itu-dusta-kekufuran-umnobn.html

    4. ramai orang cakap buat apa biar warga asing guna subsidi(kalau benar ada subsidi lah). somehow aku terfikir kata-kata cece aishah pasal uk. kemakmuran negara kafir kristian bukan saja memakmurkan rakyatnya, malah imigran muslim juga mendapat tempias.

    5. sgd1 sudah mencecah rm2.61. gaji yang kita dapat bulan lalu semakin susut nilainya pada bulan ini.

    6. dari sudut sudut kau cuba menonjolkan kau sedang berjimat, dari sudut lain pentadbiran kau penuh dengan pembaziran dan korupsi dengan pengaliran wang haram yang sangat tinggi.

    7. pagi ini aku mungkin masih boleh bersarapan pagi. malam ini mungkin aku masih boleh membeli belah barang mainan. bulan ini mungkin aku masih mampu menyimpan asb dan membayar ansuran rumah. hari esok siapa yang tahu?suatu ketika dahulu staf gomen di greece juga tak pernah terfikir mereka akan kena vss.

    8. akhirnya, bila aku dewasa baru aku sedar. selain kartel dadah, kartel beras, kartel gula, kartel penjana tenaga bebas, kartel minyak, kartel ap kereta, kartel-kartel inilah lebih merbahaya kepada masyarakat didunia ketiga seperti malesia. ops...lupa. kartel jual fatua agama. ini bapak segala kartel.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. "2. suatu ketika dahulu ramai tunduk menyembah konon ada seorang dewa membuat keputusan tepat tidak meminjam dengan imf. maka berbondong-bondonglah manusia-manusia ini menyembah dewa tersebut. nah, sekarang lihatlah negara seperti korea selatan yang meminjam dengan imf sudah jauh meninggalkan malesia. tak perlu lihat jauh. lihat saja jiran tetangga dari utara, thailand. dengan rate currency yang hampir sama dengan malesia, kos barang makanan untuk hidop disana lebih murah dari malesia. malah indonesia sendiri sudah habis membayar hutang imf."

      dekat sini aku agak ko nak menyindir orang-orang yang menyanjung tindakan tidak meminjam wang tersebut. kalau ko nak menemplak orang yang tak nak meminjam dari imf sangat tak kena. pasal dia bukan di tampuk pentadbiran lagi. btw bagi aku meminjam atau tak, yang penting urus tadbir kenalah bagus. soal pinjaman bukanlah perkara utama. kalau ko tak meminjam pun, tapi urus tadbir punah, hancur juga lah. begitu juga yang meminjam kalau tak bagus urus tadbir pun punah jugak.

      (p/s:pada era 'dewa' tu kadar tukaran wang usd 1.00 = myr 2.50. tu pun sebelum kemelesetan ekonomi ler...)

      Padam
    3. dey robot macha, baca blog ntah sapa lps tu percaya bulat2 utk dijadikan fakta. subsidi tu mmg la wujud, xkan la ramai sgt org bodoh kat kementerian kewangan, kpdnkk, bank negara, pakar ekonomi yg sengaja nk reka2 cerita psl subsidi tu?? semua cendekiawan ekonomi yg mengatur & merancang ekonomi negara tu semua bodoh2 ke dan mmg sengaja nak jatuhkan ekonomi negara? kalau ko dgn pak yeh ntah org tua ganyut mana tu hebat sgt, kenapa xjadi pakar ekonomi? dah main robot mcm budak2 kecik lepas tu ckp pasal ekonomi mcm hebat gila babi kalah org ada phd dlm ekonomi.

      dah la pendatang asing yg dtg kerja kt malaysia cukai pendapatan pun xbyr, byk pulak buat jenayah, ada hati nk dpt subsidi kerajaan... cit poooodah

      Padam
    4. macai illuminati detected.

      Padam
    5. Semua ni salah UMNO-BN!

      Padam
    6. aku sokong ko mecha ... at least you talking more sense than diorg kt atas ni ... they do not smart enough to extract your info .. someday they will, inshaallah

      Padam
    7. yang indon pinjam IMF tu jadi lagi teruk takmau tunjuk ke?
      korea selatan jadi lagi maju sebab rakyat dia semua sokong barangan diorang.
      dan satu lgi perlu benarkan pengkalan amerika dibina dikawasan diorang.

      ko suka ke pengkalan amerika dibina di malaysia sambil malaysia maju macam korea selatan ada M-Pop dan nuwar berahim bole tibai cinadol dan liwat?

      Padam
  3. Hanya sandiwara UMNO

    BalasPadam
  4. rasionalisasi subsidi tindakan yang wajar dari sudut perspektif ekonomi. mampu membaikpulih keadaan fiskal defisit.

    Namun, program rasionalisasi subsidi ini tidak akan berkesan andai dari sudut pengurusan masih berlaku penyelewengan, pembaziran yang menyumbang kembali kepada kenaikan nilai defisit negara. Jadi perlunya program rasionalisasi subsidi ini bergerak sama dengan kecekapan pengurusan dan pentadbiran negara.

    Malangnya, saban tahun meneliti kembali laporan audit, seakannya hal "salah urus tadbir dan pengurusan yang tidak cekap" ini tidak dipandang serius.

    Untuk membaik pulih ekonomi, perlunya kerjasama antara dua pihak.. Rakyat (rasionalisasi subsidi) dan Kerajaan (tidak menyumbang kepada pembaziran)..

    BalasPadam
  5. waah bestnye dpt salam najib ehehe

    BalasPadam
  6. ''Namun pemberian bantuan tunai seperti BR1M tu bukanlah bermaksud ia dapat menampung keseluruhan perbelanjaan membeli barangan. Ia sebenarnya hanya untuk menampung jumlah subsidi yang hilang dan ditarik balik itu sahaja. Contohnya jika harga minyak masak sebotol dengan subsidi adalah RM8, bila subsidi dihapus maka harga minyak masak jadi RM10. So bantuan tunai ini bukan bermakna ia digunakan untuk cover harga RM10 tu, ia cuma digunakan untuk cover harga subsidi yang telah hilang itu iaitu RM2 itu tadi agar kumpulan sasaran masih boleh beli minyak masak dengan harga bersubsidi iaitu RM8.''


    apasal ayat ko lagi sedap didengar dari ayat menteri2 pandai ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju dengan statement diatas.Ulasan kau berkenaan subsidi dari sudut pandangan kau sendiri tanpa mencampuradukkan elemen lain.

      Padam
    2. vote noob for menteri!!! atau mungkin menteri2 kaduk tu boleh ambil kursus latihan media dgn noob - http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/elak-kenyataan-kurang-bijak-menteri-wajib-jalani-latihan-media

      Padam
    3. boleh jadi wakil rakyat bebetul dah ni noob, ada yg nak sokong hang nih heheh ^^

      Padam
    4. Aku teringat ayat bangang nak guna duit BR1M untuk bayar deposit beli rumah!

      Padam
    5. ini artikel yang antara aku paling suka, ulasan dan penjelasan yang patutnya boleh membuka minda orang ramai (kalau org ramai sudi membaca la).

      hang faham konsep BR1M, dan juga agihan subsidi2 didalam negara kita ini. Program rasionalisasi subsidi inipun kamu jelaskan dengan nada yang mulia.

      Cumanya, mcmana kita nak ukur kejayaan program rasionalisasi subsidi ini?

      Padam
  7. Isu harga barang ni kita kena tengok 2 perkara.
    1. Penguatkuasaan undang-undang.
    2. Kena pantau pemborong atau lebih baik hapuskan terus pemborong( penyamun tengah jalan???).

    BalasPadam
  8. Konsep subsidi diberi kpd golongan tertentu adalah lebih baik dr bg subsidi sepenuhnya sbb org x patut dpt tiba2 enjoy lebib subsidi yg diberi. But ini menyebabkan undi dr golongan berpendapatan tinggi tidak memihak kerajaan sbb mereka pun nak merasa subsidi jugak walaupun kereta terpaksa isi ron 97 n kereta import sgt tinggi secara x lansung mereka antara pembayar cukai terbesar kerajaan. Apa sy nmpk semua org xnak byr cukai langsung x kira gst, kereta, cukai pendapatan sekalipun sbb mereka rasa gov sgt kaya dgn sumber bahan mentah.

    Papepun langkah yg gov buat skrg still relevan, cuma perlaksanaan yg x telus sepenuhnya n pembaziran still ada. Tp skrg kita boleh nmpk rakyat sgt berkuasa di mana mereka boleh suka hati tukar kerajaan mereka suka. X kira PR atau BN....berusahalah tolong rakyat n bukan sibuk cari salah lawan masing2.

    Sy selalu letakkan konsep di mana sy sendiri sbg PM atau menteri...adakah anda nak laksana segala isu2 yg timbul dgn mengambil segala faktor yg ada...bukan senang nak mentakbir negara...pasal pemimpin makan rasuah itu dia punya kubur, one day dia akan kena balasan di dunia...tp dasar2 yg dilaksanakan yg perlu diambil berat samada konsep menang-menang antara kerajaan n rakyat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1st paragraph fail..konklusi kurang bijak...banyakkan membaca bro,..aku tengok ko suka bagi ko punya pendapat tapi pengisian kurang..serius bro, banyakkan lagi membaca

      Padam
  9. HI noob. Tadi ko dah ulas panjang pasal Rasionalisasi Subsidi. yang aku faham tujuan utama dia supaya subsidi kerajaan ni betul2 sampai dengan tepat pada golongan yang memerlukan, bukan pada orang2 kaya, orang asing dsb, tapi kalau tempias sikit2 tu mmg xle nak watpe la kan.
    TApi aku nak ulas pasal point no. 2 ko kat atas td.
    '2. Harga sesetengah barangan bukan dalam kawalan kerajaan ia bergantung kepada prinsip permintaan dan penawaran, contohnya seperti ikan dan sayur.'
    Aku nak sentuh pasal polisi kerajaan yang telahpun membebankan rakyat, dan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan sumenyer tinggi, pastu tiap2 tahun nak naik.

    1. ASTRO. ape kate ko bukak je tender sekurang2 nya 5 company utk supply Satelite TV kat Mesia nih. Ake gerenti harga bole jatuh giler2 nye. Banyak cantik nak monopoli sorg2.
    2. TELCO. Setakat ni hanya Telekom je yang bole SUpply utk Talian tetap. company2 lain hanya bole supply utk wireless jek. sbb tu line tenet cam hampeh, pastu mahal nak mampus dicampur dengan cas yang bukan2.
    3. BERAS. selama ni AP utk beras hanya diberi kepada Bernas. seingat aku 5 thn lepas harga beras biase 10Kg baru RM16 tapi skarang dah RM25. Masalahnya kat cni kalau harga beras dunia naik, Harga kat Malaysia pun naik, tapi bila harga dah stabil harga x turun2 jgk, Kalau ko kasi peluang company2 lain Import beras jugak, aku rasa orang kat sempadan sana dah x perlu nak smuggle beras Siam lagi. Kita sume pun dapat makan beras wangi dengan harga yang murah.
    4. PUSPAKOM. pemeriksaan berkala kenderaan tu bagus, tapi nape mesti nak buat kat Puspakom Je? dah la selalu penuh je hari2. Ni COmpany sape ni? X bole ke jadikan satu Jabatan kerajaan seperti JPJ ke yang kendalinakan benda2 ni. Kalau untung pun masuk poket kerajaan kan? Sebab selalu penuh dan leceh, orang nak berurusan selalu pakai agent. Agent pulak cas mahal giler. Sape yang rugi? kita jugak.
    5. TOLL. Perjanjian berat sebelah yang telahpun ditandatangani, dan gomen sndiri pun xle nak watpe dah ( memang sial la sape yang dapat benefit under table) menyebabkan harga tol agak tinggi dan membebankan. memang la ade jadual utk kenaikan tol, cthnyer setiap 3 thn naik 20sen, tapi kenapa x diunjurkan sekali dengan aliran trafik? Katakan konsesi tol utk PLUS ni 30 thn, aku rasa dalam 20 tahun je dh balik modal + untung gila babi nyer. X perlu la nak naikkan tol seperti dalam jadual tu. INi x, bila x dapat naikkan tol, kerajaan kena bayar pampasan, (duit kita jugak). Bila tol naik, transport charges sume naik dan harga barang pun naik. Abis tu orang meniaga xkan nak rugi? kita la yang kena tanggung sume.
    6. TNB. Untung bersih gila2 tiap2 tahun, tapi still kena naikkan tariff atas alasan nak cover kenaikan kos. Yang bodoh nya masa mula2 dulu nape nak diswastakan? Kan bagus kalau TNB ni milik kerajaan sepenuhnya. TNB plak dipaksa beli tenaga drp IPP yang dimiliki oleh Kroni2 sampai lebih daripada Reserved yang diperlukan (keje bodoh). IPP tu plak dpt subsidi dr kerajaan, yang kita ni Ron 95 nak naik je selalu. Wei kat Indon harga RON95 baru RM1.70/liter jer taw.
    Lain2 korang sambung la pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu bukan point aku, itu point Najib, aku cuma rumuskan sahaja.

      Padam
    2. nilai mata wang negara jiran naik sikit2... malaysia lagi gila slow nak naik...andddd tgk la sket lagi kita punya nilai mata wang boleh kalah dah ngan negara jiran lain2....sekang singapore ngan brunei dh tinggalkan... ngan ekonomi pun mcm ...........

      Padam
    3. "Kan bagus kalau TNB ni milik kerajaan sepenuhnya."'

      ko agak2 la bagi kerajaan sepenuhnya..ko pun tahu macam mana orang gomen kerja..jahanam weee..

      Padam
    4. bukan hanya Telekom boleh provide talian tetap.

      Padam
  10. yelah, aku faham tu. yang aku maksudkan point najib yang ko rumuskan tu la... huhu

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.