Selasa, 7 Januari 2014

52 Sikap generasi muda dalam bidang pekerjaan

Aku teringat lagi zaman aku baru lepas grad lebih 10 tahun lalu dan masa tu baru nak menempuh alam pekerjaan. Nak mintak kerja punya pasal, resume aku sampai 5 6 muka surat, walau masa tu aku belum lagi ada pengalaman bekerja tapi kalau boleh semua projek dan kerja freelance yang aku buat aku sumbat kat dalam tu. Tu belum lagi surat permohonan rasmi lagi memang ayat gila skema dan formal macam nak ambik kertas Bahasa Melayu SPM. Kalau minta kerja kat syarikat swasta, aku siap upah belanja kawan yang pandai English tolong karangkan surat untuk aku.


Jangan kata nak mintak kerja, masa nak mintak buat latihan industri atau praktikal pun sama. Surat permohonan, resume, salinan transkrip dan sijil hantar sampai 20 syarikat pada satu2 masa. Tak cukup dengan pos, submit pulak kat Jobstreet.com, malah ada yang aku pergi sendiri ke pejabat yang aku nak mintak untuk hantar dokumen by hand.

Dengan sabarnya aku menanti surat balasan atau panggilan untuk temuduga sehingga berminggu2 dan berbulan2. Sementara menunggu panggilan temuduga, kadangkala aku buat kerja part time kat hotel, kadang2 buat freelance ambik upah buat assignment dan projek budak2 IT kat universiti. Lepas 2 3 minggu baru la aku call syarikat2 yang aku hantar resume untuk bertanyakan status permohonan. Sampai la aku dipanggil temuduga oleh beberapa buah syarikat dan akhirnya aku diambil bekerja dengan gaji yang paling minima untuk jawatan tu, sesuai dengan status aku pada masa tu sebagai seorang fresh graduate.

Itu cerita dulu, tapi cerita sekarang lain pula. Sekarang ini zaman di mana budak2 akhir generasi-Y yang zaman remajanya membesar dengan Justin Bieber, K-Poop, Facebook, Twitter, fake relay, hot stuff dan smartphone telah mencapai umur awal dewasa, ada yang baru lepas tamat belajar di IPTA/IPTS/kolej, telah menggenggam segulung diploma/sarjana muda dan mula untuk mencari kerja.


Namun, apa yang aku lihat, generasi baru ini banyak yang aku jumpa yang agak biadap, tidak sopan, manja, berkira, demand dan kurang rasa tanggungjawab. Aku dah banyak kali menerima permohonan kerja daripada lepasan universiti dan latihan praktikal daripada pelajar tahun akhir, tapi daripada banyak2 permohonan, biasanya hanya 2 3 sahaja permohonan yang memuaskan hati dan layak dipanggil temuduga. Yang lain tu boleh aku cakap sampah yang layak dibakul sampahkan.

Dengan surat permohonan rasmi tak ikut format yang betul, banyak kesalahan ejaan dan tatabahasa, ayat yang digunakan pun sangat pasar dan kebudak2kan macam tulis surat dengan kawan2, malah resume pun ada yang satu muka surat je, ada yang maklumat tak penuh, gambar pun takde dan pelbagai lagi kelemahan macam nak tak nak je mintak. Masalahnya yang buat tu semua pandai2, ada diploma, degree, yang ada master pun ada. Kalau rasa tak bersungguh dan tak berminat pun nak mintak, tak payah susah2kan diri sedia dan hantar dokumen. Aku tak buang masa kau, kau tak buang masa aku.


Pernah juga aku beberapa kali interview calon untuk diambil kerja bawah aku. Masa tu yang mintak 15 orang, lepas aku tapis dan stalk profile candidate kat Facebook search pakai nama dan email diorang, yang aku rasa berkenan dan layak ditemuduga hanya 3 orang, ketiga2nya fresh grad. Bila panggil interview, hanya 2 orang je yang datang. Yang sorang tu sembang pong pang pong pang macam bagus, dia cakap dia banyak  buat freelance projek IT walau pointer tak tinggi mana, tapi bila cakap pasal gaji yang boleh dioffer kepadanya berdasarkan statusnya sebagai seorang fresh grad, dia cakap tak cukup dan demand gaji yang lebih tinggi, malah lebih tinggi daripada gaji aku pada masa tu.


Calon kedua pulak tak banyak cakap. Aku tanya sepatah, dia jawab sepatah. Bila aku buat lawak bodoh, dia buat muka blur. Tapi result degree dia tinggi, 3 pointer ke atas. Bila cakap pasal gaji pun, dia terima je dengan gaji yang ditawarkan. Mungkin terdesak sangat nak kerja. Selepas berbincang dengan Human Resource dan manager IT, diorang ambil keputusan ambil calon kedua, satu sebab dah takde pilihan lain, desperate sangat nak ambil orang, satu lagi sebab kompeni tu bapak punya kedekut nak bayar gaji tinggi.

Tapi bila budak tu dah masuk kerja, dia langsung tak menunjukkan prestasi yang aku harapkan. Selalu datang lambat, selalu MC, bila petang habis waktu pejabat pukul 5.30 terus angkat beg balik. Nak suruh standby selalu merungut, bila mintak datang on-call waktu malam atau hari Sabtu Ahad, macam2 alasan dia bagi. Kerja yang diberi pun dibuat ala kadar je asal boleh siap. Aku tak nampak langsung passion untuk bekerja serta kurang rasa tanggungjawab. Disebabkan tu, orang lain boleh confirm jawatan 2 bulan, dia dah masuk setengah tahun masih tak confirm2 lagi. Last2 8 bulan lepas tu dia berhenti.


Malah beberapa graduan2 muda yang diambil selepas2 itu pun tidak menunjukkan kesungguhan, semangat, minat, prestasi dan tanggungjawab dalam pekerjaan mereka seperti mana generasi2 terdahulu. Walaupun tidak semua, akan tetapi ramai generasi muda sekarang yang layback dan tidak begitu bersemangat dalam dunia pekerjaan mereka. Baginya kerja itu bukan suatu kerjaya tapi sekadar kerja. Mereka hanya buat kerja mereka, tak peduli pasal aktiviti pejabat lain, objektif syarikat/agensi dan KPI yang ditetapkan. Asal cukup bulan dapat gaji cukup. Kalau rasa bosan, lompat cari kerja lain. Kalau takde kerja pun masih boleh bergantung duduk rumah mak bapak.

Aku ada terbaca juga kes seorang rakan FB dan blogger, ade student universiti nak buat case study kat pejabat dia. Dia baru hantar surat semalam, pagi ini dia emel kat bos cakap "Untuk pengetahuan pihak tuan, sebelum ini saya pernah berhubung dengan salah seorang pegawai tuan mengenai perkara tersebut tetapi belum ada maklum balas dari mereka." Hantar surat baru semalam, hari ni pusing menyalahkan kita. Ingat kerja ni takde prosedur ke boleh main langgar sesuka hati? Itu macam punya biadap, kalau aku la yang jadi pegawai tu jangan harap la kau nak jejak kaki kat ofis aku.

Ni satu lagi contoh budak generasi sekarang mintak kerja kat Facebook. Nama je ada diploma, tapi ayat dan ejaan sangat sampah. Kalau aku yang uruskan pengambilan pekerja, orang2 macam ni awal2 aku blacklist sebab orang2 macam ni lah yang bakal memberi kesusahan dan masalah kepada aku dan syarikat.


Ada jugak yang mohon kerja melalui email tapi hantar email kosong sahaja. Attach resume guna Word, lepas tu tulis subjek "resume", kemudian send email. Kalau aku memang aku tak layan dan set email as spam terus. Baca tips dan cara2 memohon kerja melalui email di sini.


Dan kepada adik2 yang baru nak cari kerja tu, pastikan email yang korang guna untuk urusan rasmi bukan email yang sama korang guna untuk register Facebook, dan jangan guna nama sebenar penuh2 untuk profile Facebook, sebab anda bakal distalk oleh para penemuduga anda.




tags: sikap generasi muda dalam bidang pekerjaan kerja kerjaya tugas jawatan cara mohon tips panduan temuduga mohon kerja hantar isi borang tulis surat permohonan cover letter resume cv curriculum vitae kesalahan praktikal latihan industri biadap kurang ajar tak tidak sopan budak gen-x gen-y k-pop kpoop kpooper stalk facebook interview penemuduga calon candidate facepalm

52 ulasan:

  1. apa yg ko merapu ni setann!? lntak doranglh nk keja apa pn

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmglah lantak diorg nk keje apa. noob cerita psl adab org2 muda nak mintak kerja & sikap diorg dalam alam pekerjaan, bukan dia ckp jgn buat kerja itu ini. org dah bagi kerja tu buat la bersungguh2, bkn main2. ko ni baca ke tak setan???

      Padam
    2. setan bertopengkan tanpa nama detected

      Padam
    3. Hoiiii Setan A/P Iblis, baca bagi habis dulu la SEtannnnnnn!!!! cilaka punye Setan Macai puiiiiii

      Padam
    4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  2. ckp psl kerja ni,hari tu aku gi interview jawatan peg. teknologi maklumat dgn kerajaan... yg tukang interview tu xtanya byk pun psl teknikal, tp dia suruh aku terjemah doa qunut dlm bahasa melayu... sial gila. nk uji benda berkaitan agama pun bg la soalan yg logik skt... dhla aku mintak jawatan pegawai IT, bkn pegawai agama. seperti yg dijangka, aku xdpt pun jawatan tu sbb aku xdpt jwb soalan interviewer tu... nampak sgt jawatan2 tu dh diisi oleh org yg ada kabel

    BalasPadam
    Balasan
    1. uish lu mcm kne troll je nan org tu :/

      Padam
    2. jawatan gomen penuh dgn manusia yg dtg dari CABLE

      Padam
    3. patut tanya balik tukang interview tu....
      apa plak terjemahan doa qunut tu dalam bahasa melayu
      mintak suruh dia plak bagitau jawapan

      Padam
    4. aku keje gomen tanpe kabel..rezeki..kadang kadang interviewer sengaja nak uji kite boleh jawab soklan or not..dea nak tengok sejauh mane keberanian dan kesunguhan ko..nape ko x jawab jek doa qunut dalam bahasa arab yang ko semayang subuh tuh..daripada ko diam jek..aku amse intw jawatan aku sekarang pon dea tanye soklan yang xde kaitan dengan pemohonan aku..tapi aku bantai jawab jek..alhamdulillah aku dapat keje ni..tanpe kabel lansong tau!!

      Padam
    5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  3. aku lepas keluar ipt terus kerja kat restoran mamak...elok je hidup sampai sekarang...sihat walafiat...dah 5 kali tukar kereta....aku ingat nak bukak restoran.....

    BalasPadam
  4. “Our youth now love luxury. They have bad manners, contempt for authority; they show disrespect for their elders and love chatter in place of exercise; they no longer rise when elders enter the room; they contradict their parents, chatter before company; gobble up their food and tyrannize their teachers.” -socrates-

    point is, this topic has been mentioned even since before the concept of electricity has been introduced.our great-grandfather,grandfather,father had been berated and belittled by their previous generation and then returned the favour to the next one.people always be 'syok sendri' by thinking that their generation is the best generation without realizing that theirs are just messed up as the rest of them.before we start passing the blame baton to these kids,why dont we look at how screwed up and incompetent the old generation in messing up with our economy,politics and education?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni mesti budak generasi k-poop nih...butthurt nampak?

      Padam
    2. Lol.do you even think that those kids could type in proper language?talk about being emotional.it seems that you are the one being 'butthurt'.it does really hit the spot,eh?

      Padam
    3. why would we want to 'look' how screwed up & incompetent our past generations were? if we acknowledge the problem then we should be better, don't we?

      we can blame the past, in order for us to find ways to improve.

      Padam
    4. Because everyone especially those so called past generation are so busy criticising for mistakes done by the kids while they themselves are in no position to do that.

      acknowledgement.thats the problem.do you think they will actually acknowledge for the screw ups they have done?its not going to happen at least here since our culture dictates that it is rude for young people to correct the oldies despite of their incompetence.

      And you also said that we can blame the past in order for us to improve.so this is what im doing,blaming them in order for us to improve

      Padam
    5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  5. sy ingat malas nak sambung belajar...nak kerja terus...

    BalasPadam
  6. Tq untuk link cara2 mintak kerja gune email tu.

    BalasPadam
  7. Susah nak dpt kerja zaman skarang ni..pe yg ada..sebat je dulu.walaupun gaji kecik..smbil tu slow2 cari keje yg lagi elok. Tapi tak boleh nak salahkan yg mencari kerja tu sepenuhnya. Ada bnyak company yg alami kekeliruan dan tak teratur sistem hr. Aku dah kerja 3 compny.kebetulan mmg 2 daripada 3 tu ada problm hr. Pertama..kurang alert pilih calon..rambang je. Kedua..cabel. Pilih kawan atau sedare.ketiga..terlalu bnyak agenda terselindung. Contohnya..ambil pekerja byr gaji paling rendah..setiap 2 bulan..tukar dia masuk jabatan lain..dah 8 bulan..tak tetapkan lagi.pastu bg alasan dia blum perform..jadi tak boleh tetap. Agenda disebaliknya ialah untuk jimat kos naik gaji dan supaya perbuatan tu tak nmpak ketara sngt..lau tak pekerja tu sedar yg dia ditindas. Benda cmni mmg nmpk remeh dan ramai org tak nmpk.tu menunjukkan teknik tu berjaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..company pun kdg2 tunggang terbalik..klau rasa nak baru ambil..klau xnk suka2 je tkr2 dept..

      Padam
  8. Well said..generasi sekarang mostly lahir dalam 1990-an keatas..terlalu dimanja dan disenangkan....tahniah untuk negara maju untuk berpandapatan tinggi...hehe

    BalasPadam
  9. aku kerja dah 8 tahun... ada sorg junior ni baru masuk kerja tmpt aku. dah la keje malas, suka balik awal nak jumpa awek la apa, bila suruh overtime masa public holiday atau hari cuti, kalau time tu ada perhimpunan haram jgn harap la dia nk buat ot. siap kita pulak yg dibasuhnya konon merekalah yg memperjuangkan nasib kitorg semua. sial betul... aku mmg benci taik2 politik ni sbb2 macam ni la... kerja yg sepatutnya dibuat diabaikan tp sibuk berdemo sana sini

    BalasPadam
  10. skrg ni ssh nk cr krja... utk fresh graduate yg pointer xbrapa elok tu, elok la gna cable dawai besi... klu x, mmg ssh nk dpt keje... bla dh ad experienced dh ok dh.

    BalasPadam
  11. Haha..sekarang mana main cable dah..skrng wireless.liputan ada dimana2. Puih!aku keje bertahun-tahun..still tak cukup itu ini. Budak fresh grad keluar trus dpt keje gaji besar.padahal keje tak tau buat..pakai smart..keje failed. Kite dok backup keje dia.
    Bila time meeting..punya la pndai jawab kat bos.bos puji..dia dpt nama. padahal geng2 staff lama ni la yg dok cover dia.cuba kalau mogok tak tlng dia.haaa..merana kau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah die pegawai,kau tu staf memang la...nak gaji naik p la sambung blaja...sibuk mengata orang,ape yg kau dapat...

      Padam
  12. NOob, ko keje kat mana ek..? aku nak try interview tmpt keje ko leh x? aku ni berdedikasi lagi bertanggung jawab, hehe.. By the way, aku masih tertunggu2 entri oleh Cik Aila kita. dah lama jugak xde buat entri baru, agaknya tengah kumpul bahan2 yang menarik utk tatapan bersama kot. hehe..

    BalasPadam
  13. Couldnt agree more pasal generasi skrg menganggap kerja sebagai kerja bukan kerjaya. Asalkan hujung bulan gaji masuk cukup. Lain2 hal tolak tepi. Aku xtau la aku generasi mane but time blaja dulu, diajar buat resume sesingkat yg mungkin. 2 page ok, 3 page ke atas da kire banyak. Sbb org yg nk interview tu tgk first few page je. (kate senior2 & lecturer). So sumbat sume kat page 1 n 2. Even smpai skrg resume aku 2 3 page je. X sure btol ke x. (>.<)

    BalasPadam
  14. tapikan lain pula dekat tempat saya mencari rezeki. yang mana makin senior tu makin lama perangai macam Cartoon network. Bos bukan main lagi lambung-lambung dia sebab dia da kerja 10 tahun. kemudian dia merupakan satu2 nye staf perempuan dalam QA/QC dept. Bila sy jadi staf perempuan yang kedua dalam ofis ni disuruh jadikan saudari tersebut sebagai contoh. Tapi selama setahun 3 bulan kerja kat sini tak nampak pun contoh yg baik utk sy ikut..wayang je kuat dan tak tau la ape yang bos suka sangat dengan dia. sabar jela kerja dekat company macam ni. Kerenah orang macam-macam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko pn sama je, org keja ko bergosip lps tu mntk gaji tinggi

      Padam
    2. Ntah.. gaji nak tinggi.. kerja malas!

      Padam
    3. Mungkin dia ada satu benda yg awak xde, iaitu KHARISMA.

      Padam
    4. alhamdulillah smoga gaji sy tinggi dan berbaloi dengan ape kerja yg sy buat. amin amin

      Padam
    5. http://buasirotak.blogspot.com/2014/01/sindrom-aku-sentiasa-betul-orang-lain.html

      Padam
    6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  15. Byk berlaku skrg, lg2 fresh grad yg xde experience tp demand gaji besar mcm kerje Petronas, Shell, etc. Kalau ada skill n experience mmg xde masalah nak demand.

    Tp betul apa noob ckp, bdk skrg mcm less motivation nak kerje..anggap mcm dia own the company. Kesungguhan x sebanyak mana, tp demand mcm2...tp yg buat kacau kalau dia jenis politik kuat yg kdg2 menyampah.

    Ni mesti sbb byk tgk drama korea & malaysia...tgk pelakon rilek kuar jalan2 gi shoping mall n borak2 time waktu kerje mcm dia CEO kat company 2, even CEO pun busy dgn kerje dia, bukan personal business. Pas2 pelakon yg muda2 n hensem2, tp kaya gile n bawak kereta besar, nmpk sgt x relialiti sbb nak dpt rating tinggi oleh penonton wanita yg suka tgk laki kaya, muda hensem...so lelaki pun nak berlagak mcm 2 gak.

    So, jgn layan sgt la drama malaysia n korea, tgk cerita org putih nmpk lg real sbb nmpk kesungguhan mereka kat tempat kerja, bukan sibuk cintan cintun waktu kerja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni lagi sekor ntah apa yg ko merapu ni syaitooonn!?

      Padam
    2. sy layan drama korea tapi takde la plak smpai terbawa ke alam realiti..mcm kelakar je..

      Padam
    3. My personal opinion, tp kalau rasa x betul maybe ada faktor2 yg lebih kukuh, faktor di atas sy consider antara punca.

      Tp apa sy nmpk budak 2nd class lower ada yg lebih better kerja dr budak 1st class. Last2 bila kerja ni more on interpersonal skill n sifat tanggungjawab yg tinggi. Kelulusan akademik just syarat lepas interview je. Maybe budak2 2nd lowe class lebih pandai sosial n memahami masyarakat sekeliling, dr situ dia byk belajar interpersonal skill dgn kawan2 n senior. Dr dduk bilik n library baca buku baik jd pensyarah je.

      Padam
    4. ya..mgkin ada betul jg faktor drama..sebab personaliti kita berbeza2..sy tak tahu sy kategori yang mana..tapi saya suka ambil tahu tentang dunia luar...bosan juga bila tengok kawan sy asyik belajar dan belajar..

      Padam
  16. betul. sangat betul apa yang ditulis ini. saya sendiri pernah menerima permohonan kerja dari mereka-mereka ini tanpa letterhead main hantar saja resume randomly. Resume pula letak gambar yang dipotong dari gambar lain bukan gambar berukuran passport dan email yang merapu-rapu. Sungguh tidak profesional. Ini menunjukkan sikap sebenar calon terhadap kerja. Sambil lewa. Tidak bersungguh. Jadi macamna nak kerja.

    BalasPadam
  17. AIK NOOB?? AK DGR RITU KO DA KURG AKTIF DA KT ALAM MAYA NI? NI AKTIF JA AKU TGK ? PA CITA? HAHA

    BalasPadam
    Balasan
    1. tkde apa2 pn bro..tu hari aq kecewa cinta ditolak,tu yg sepi kjap..

      Padam
  18. http://buasirotak.blogspot.com/2013/04/sila-balik-kerja-tepat-pada-masanya.html

    BalasPadam
  19. Gua kje JAGA je...rilex.isap kok lu...

    BalasPadam
  20. trimas atas tips2 yg PON beri. Ingat nak tukar kerja baru setelah 3 thn berkhidmat.
    *terus buat email baharu*

    BalasPadam
  21. mcmanew nk mint4k kejew gom3n skunk ni?!?

    BalasPadam
  22. bergelar generasi muda ni dari umur berapa?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.