1. Aku mula menulis di blog Buasir Otak TV pada tahun 2011 dan mula buat komik pada tahun 2013. Aku biasa tulis/lukis hal-hal berkaitan orang dewasa seperti isu semasa, realiti kehidupan, sikap dan mentaliti masyarakat, politik, hubungan manusia dan sebagainya sebab audien aku ramai orang dewasa.
2. Tahun 2019 aku terfikir nak buat channel Youtube pula, tapi aku tak suka tonjolkan muka dan lebih suka kekal anonymous seperti sekarang. Jadi content macam mana yang kau boleh buat tanpa tonjolkan muka sebenar? Salah satunya dengan guna kartun animasi.
3. Jadi aku pun mula nak buat content sketsa macam Syahmi Sazli, Asyraf Rozami, MTAS, KOKOM dan sebagainya tapi dalam bentuk animasi di channel Youtube aku Buasir Otak TV. Topik sketsanya pun pada mulanya aku buat topik-topik berat orang dewasa sebab target asal audien adalah orang dewasa.