Iklan Leaderboard

Ahad, 20 Ogos 2017

3 Pengajaran kisah warga Malaysia samseng di Jepun

Rata-rata ramai yang dah tahu isu tentang 3 orang anak muda Malaysia yang bersikap samseng bertelingkah dengan pekerja sebuah penginapan di Jepun yang juga merupakan orang Malaysia disebabkan mereka tidak mematuhi peraturan di situ. Akibat ditegur, mereka telah memaki dan mengherdik pekerja tersebut, salah seorang daripadanya menumbuk dinding, malah ada yang meninggalkan tahi di bilik mandi.

Difahamkan juga salah seorang daripada mereka merupakan seorang perantis muda yang berbakat besar dalam bidang fotografi dan telah menyertai pertandingan anugerah fotografi antarabangsa. Rentetan dari isu ini, mereka semua dikecam oleh netizen kerana imej dan tanggapan buruk yang mereka berikan serta impak yang mungkin berlaku kepada pelancong warga Malaysia di Jepun.

Maka apa pengajaran yang kita boleh dapat dari isu ini?


1. Kita semua adalah duta

Seperti artikel yang aku pernah tulis dulu, kita semua semua adalah duta atau wakil kepada suatu kumpulan masyarakat. Sebelum nak melakukan suatu kebodohan, fikirkan dulu yang kita sebenarnya adalah wakil kepada keluarga kita, agama kita, kaum kita, negeri kita, negara kita dan lain-lain lagi yang kita berkaitan. Segala kebodohan yang kita lakukan pasti mencemar nama dan memberi impak buruk pada kumpulan masyarakat yang kita wakili.

Sebab itu bila kita melakukan suatu kebodohan, akan ada yang berkata, "Buat malu mak bapak je", "Mencemar imej orang Islam je", "Memburukkan nama Malaysia je" dan sebagainya, kerana mereka malu dan kecewa, imej baik yang mereka semua bina selama ini musnah kerana perbuatan segelintir individu.

2. Masuk kandang kambing mengembek

Pepatah mengatakan, masuk ke dalam kandang kambing mengembek, masuk ke dalam kandang kerbau menguak. Bermaksud apabila berada di tempat orang atau negara orang, kita harus ikut adab atau aturan tempat atau negara itu. Lain-lain ungkapan:
  • When in Rome, do as the Romans do.
  • Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
  • Every land has its own laws.
  • Lain lubuk, lain ikannya.
Ya, benda ini adalah asas kehidupan bermoral. Pergi tempat orang, hormat tempat mereka. Tak payah tengok jauh-jauh, kalau kat rumah kita selalu tak pakai baju sambil tengok TV, takkan di rumah orang lain kita akan berbuat perangai yang sama, bukan? Kalau kau buat juga, itu namanya tidak bermoral, tidak berakhlak, tiada adab, kurang ajar. Pelancong asing pun kalau datang Malaysia bawak budaya mereka yang bertentangan dengan budaya kita, kencing berak merata kat dinding, mesti kau akan marah juga, bukan?

3. Salah tetap salah walau sekufu

Jangan kerana kita ini sekufu, sekeluarga, sebangsa, seagama, senegeri, senegara, aku tidak boleh menegur dan perlu membela kesalahan kau. Yang salah tetap salah, tiada istilah tolong sesama melayu hanya kerana nak membenarkan kesalahan kau, lepas tu bila aku tak nak tolong, kau maki pula "macam ni la melayu". Tak perlu jadi penunggang sekufu yang mana kau tunggang nama kaum, agama, negari, negara, hanya sebab nak selamatkan bontot kau.

Tolong sesama sekufu hanya boleh jika tidak melibatkan apa-apa kesalahan, seperti aku beli produk kau kerana kita sekufu, atau aku tolong promosi produk kau kerana kita sekufu, atau aku belanja kau makan sebab kita sekufu, takde hal. Tapi kalau kau buat salah dan nak minta aku pertahankan kau hanya kerana kita sekufu, tidak, you are on your own.

4. Moraliti mengatasi bakat, kehebatan dan populariti

Isu ini dan juga banyak isu yang tular sebelum-sebelum ini yang melibatkan individu atau personaliti memberikan satu pengajaran besar pada kita, iaitu moraliti mengatasi bakat, kehebatan dan populariti. Sudah ramai orang yang begitu hebat, popular dan berbakat akhirnya jatuh hanya kerana isu moral, tiada akhlak, tidak beradab dan kurang ajar. Walau hebat mana kita, pada akhirnya, kita bukanlah sesiapa pun.

Maka ingatlah, tak kira siapa pun kita, di mana pun kedudukan kita, adab adalah perkara yang paling penting. Kau hormat orang, orang akan hormat kau. Kau respek orang, orang akan respek kau. Kau baik dengan orang, orang akan baik dengan kau. Kau mesra dengan orang, orang akan mesra dengan kau.

5. Kita semua manusia yang tidak lepas dari kesilapan

Ya, siapa pun kita, kita semua adalah manusia, yang tidak lepas dari membuat kesilapan. Ada yang belajar dari buku, ada yang belajar dari guru, ada yang belajar dari pengalaman, ada juga yang belajar dari kesilapan, malah kesilapan yang besar. Aku percaya, kita semua mendapat pengajaran dari isu ini, terutama orang yang melakukannya. Mereka sudah pun mendapat balasan, dah puas kena maki oleh netizen, dan sudah pun meminta maaf atas perbuatan mereka. Apa yang sudah berlaku tidak boleh diundur, apa yang kita boleh buat hanya menjadikan iktibar agar ia tidak berulang lagi.

Oleh itu aku harap kita juga bolehlah move on ke isu seterusnya. Biasalah negara kita kan banyak sangat viral isu masyarakat yang bermusim-musim. Viral satu isu, panaslah dalam 4 5 hari, lepas tu orang dah lupa, viral pula isu lain, orang bising 3 4 hari, kemudian senyap balik dan seterusnya.

Ya, begitulah kitaran kehidupan kita di media sosial.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: ramadhan sinclair gaduh maki qayyum pekerja vitti lodge apartment osaka berak tahi tandas tumbuk dinding pecah bayar samseng kurang ajar biadab

3 ulasan:

  1. Ok..💩💩💩

    BalasPadam
  2. Mana pergi semua org nii..senyap jerr..ko xnk komen kerr plain83..sejak balik darii korea utara menyombong jerr ko nii..kikikikikiki..😸😺😹

    BalasPadam
  3. Dengan buat macam tu, apa yang sebenarnya diaorang ni nak tunjuk, tak paham aku.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...